Anda di halaman 1dari 44

PEMBANGUNAN VIDEO CERITA PENDEK

LOVED ONES

SKM KREATIF MULTIMEDIA

NO 2, JALAN DEWAN SULTAN SULAIMAN 1, KAMPUNG


BARU, 50300 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
PEMBANGUNAN VIDEO CERITA PENDEK
LOVED ONES

PROGRAM
SKM KREATIF MULTIMEDIA

KAD MATRIKS
SKMJ582-3-1006

DISEDIAKAN OLEH
WAN MIA SARA BINTI ABDUL LATIFF

NAMA PENSYARAH
KAMA NUR’AIN NATASYA BINTI KAMA AZAM
PENGAKUAN PENGARANG

Saya dengan ini mengaku dalam pengetahuan saya bahawa


semua maklumat didalam laporan projek ini adalah hasil kerja asli
saya sendiri ataupun inspirasi oleh media lain yang dihasilkan
berdasarkan peraturan-peraturan akademik Jabatan Tenaga
Manusia. Saya juga mengaku projek ini tidak pernah diperoleh
sebelum ini daripada pihak lain atau institusi bntuk tujuan
penganugerahan atau kelayakan.

Maka dengan ini saya berjanji, jika idea dan projek yang telah
dilaksanakan oleh saya melanggar mana-mana terma dan syarat
yang tertera di atas, hasil kerja keseluruhan saya akan digagalkan
dan dikira sebagai tidak melengkapi keperluan SKM dan bersetuju
untuk menerima risiko dikenakan tindakan undang-undang di
bawah peraturan Institutsi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
(ILJTM).

Tandatangan :
Nama Pelajar :
Tarikh :
PERAKUAN PENYELIA

Saya memperakui bahawa saya sudah membaca laporan buat


video animasi yang bertajuk “Loved Ones” dan kesemua yang
terkandung adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi
skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-
undang di bawah peraturan Institusi Latihan Jabatan Tenaga
Manusia (ILJTM) bagi tujuan penganugerahan Sijil Kemahiran
Malaysia Kreatif Multimedia.

Disahkan oleh,

Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :

Hakcipta laporan projek ini adalah milik penulis di bawah


terma Akta Hak Cipta 1987 setelah disahkan oleh pihak institut.
Oleh itu, makluman terlebih dahulu kepada penulis perlu dibuat
bagi menggunakan mana-mana bahan yang terkandung atau
dipetik daripada laporan ini.
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran


dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Saya Wan
Mia Sara Binti Abdul Latiff amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Kama Nur’Ain
Natasya Binti Kama Azam selaku penyelia saya yang telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan sekali gus memberi tunjuk
ajar sepanjang tugasan ini dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung .
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
PEMBANGUNAN VIDEO CERITA PENDEK

Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan satu keperluan bagi


memenuhi kriteria pembelajaran kursus Sijil Kemahiran Malaysia
Kreatif Multimedia.Keperluan ini melayakkan pelajar dengan
penganugerahan. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
Pelajar diberi tempoh masa untuk menyiapkan projek selama 3
bulan bermula 01/10/2023.
Video animasi pendek “Loved Ones” ini menceritakan kisah
sepasang suami isteri berpindah ke rumah baharu mereka yang
mempunyai pembantu hologram menyerupai arwah kakak Emi
iaitu si isteri. Setelah sekian lama bersama, hubungan mereka
menjadi toksik akibat Emi yang berkeras untuk tidak
meninggalkan hologram Hana sehingga suatu hari suami Emi
iaitu Aryan memaksa Emi keluar dengan menarik tangannya
hanya untuk melihat isterinya semakin pudar yang membuat
Aryan tersedar bahawa Emi juga adalah hologram. Selepas Emi
mengorbankan dirinya akibat kemurungan, Aryan terus
memprogram Emi tanpa sedar.

ISI KANDUNGAN
PERKARA MS

PENGAKUAN PENGARAN 2

PERAKUAN PENYELIA 3

PENGHARGAAN 5

ABSTRAK 6

SENARAI JADUAL 10

SENARAI GAMBARAJAH 12

SENARAI LAMPIRAN 13

BAB 1 14

PENDAHULUAN 14

1.1 Latar Belakang Kajian 14

1.2 Penyataan Masalah 15

1.4 Objektif Projek 17

1.6 Kepentingan dan Faedah Projek 19

BAB 2 20

KAJIAN LAPANGAN 20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Analisa Projek Lepas 21

2.3 Penghasilan Video 23

2.3.1 Penyunting Video 23

2.3.3 Skop Tugas Projek 32

2.4 Senarai Perkakasan, Perisian, dan Bahan 33


2.4.1 Perkakasan 33

2.4.2 Perisian 35

2.4.3 Kos Keseluruhan 36

2.5 Kaedah Pembangunan Projek 38

2.6 Kesimpulan 44

BAB 3 45

PERANCANGAN DAN KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK 45

3.1 Pengenalan 45

3.2 Konsep Rekabentuk Projek 46

3.3 Kedah Pembangunan Projek 47

3.2.1 Pemilihan Tajuk Projek 48

3.2.2 Menghantar Kertas Cadangan Untuk Tajuk Projek 48

3.2.3 Membuat Lakaran Papan Cerita , Skrip dan Pemilihan Watak 48

3.2.4 Pembentang Kertas Cadangan 48

3.2.5 Menentukan Masa Dan Lokasi Penggambaran 48

3.2.6 Proses Penggambaran 49

3.2.7 Proses Penyuntingan Audio Dan Video 50

3.2.8 Pengujian Projek 51

3.2.9 Penambahbaikan Projek 51

3.3 Penghasilan Projek 53

3.3.1 Proses Pembangunan Aplikasi 55

3.4 Pengujian Projek 57


3.5 Analisa Akhir 61

Kesimpulan 61

BAB 4 62

HASIL, ANALISA DAN PERBINCANGAN PROJEK 62

4.1 Hasil Projek 62

BAB 5 63

KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 63

5.1 Kesimpulan 63

5.2 Cadangan Penambahbaikan 64

RUJUKAN 64
SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

1 Skop Tugas Projek


2 Senarai Perkakasan
3 Senarai Perisian
4 Kos Keseluruhan
SENARAI SIMBOL/TANDA/TERMINOLOGI/SINGKATAN/AKRONIM

ILJTM : Institusi Latihan Jabatan Tenaga


Manusia...................................
ILP : Institut Latihan
Perindustrian........................................................
PTA : Projek Tahun
Akhir.......................................................................
TPM : Teknologi Perisian
Multimedia.....................................................
CPU : Central Processing
Unit...............................................................
RAM : Random Access
Memory..............................................................
FCP : Final Cut
Pro..................................................................................
CD : Compeq
Disk.................................................................................
MP4 : Media Player-
4..............................................................................
AVI : Audio Video
Interleaved................................................................
USB : Universal Serial
Bus......................................................................
DVD : Digital Versatile
Disc......................................................................
FYP : Final Year
Project...........................................................................
CS5 : Creative
Suite5...............................................................................
SENARAI GAMBARAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN


Rajah 1 : Tilting
Rajah 2 : Camera Panning
Rajah 3 : Langkah-Langkah Pembangunan Video Cerita Pendek
Rajah 4 : Carta Alir Penghasilan Projek
Rajah 5 & 6 : Proses penggambaran
Rajah 7 & 8 : Proses penyuntingan
Rajah 9 : Penyuntingan logo video cerita pendek “Maafkan Aku”

Rajah 10 : Proses penyuntingan video

Rajah 3.3 1 : Sony Sound Forge 10.0


Rajah 3.3.2 : Adobe Photoshop CS5
Rajah 3.3.3 : Adobe Premiere Pro CS5
Rajah 3.3.4 : Adobe After Effect CS5
Rajah 11 : Babak 8 – 10 video cerita pendek “Paranoia”
Rajah 12 : Babak 11 – 15 video cerita pendek “Paranoia”
SENARAI LAMPIRAN

Gambar Kaji Selidik


Senarai Soalan
Papan Cerita
Skrip
BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Tugasan yang telah ditetapkan oleh pensyarah dan dipilih oleh diri saya sendiri
sebagai projek tahun akhir ialah cerita animasi pendek. Jangka masa buat
video tersebut dianggar mengambil masa 6 minit atau lebih. Cerita animasi
pendek ini mempunyai genre fiksyen yang dapat memberi moral atau
kesedaran selepas ditonton.
Video projek ini mengandungi ciri-ciri seperti plot, perwatakan, tema,
latar, gaya bahasa, sudut pandangan cerita dan pelbagainya. Selain
daripada itu, kategori-kategori buat cerita pendek adalah sebagai contoh
cerita pendek cinta, cerita pendek toturial, cerita pendek iklan, cerita
pendek mesej, cerita pendek dokumentasi, cerita pendek kesedaran dan
lain-lain lagi.
Disamping itu, sasaran demografi buat cerita pendek ini adalah kepada
remaja sehingga dewasa namun tetapi ia boleh ditonton buat semua
lapisan umur. Projek akhir tahun yang telah dibangunkan ini adalah
sebuah video cerita pendek yang dapat memberi impak moral kepada
penonton.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam naratif projek filem pendek ini, satu masalah kompleks muncul apabila
seorang suami mendapati dirinya tinggal bersama isteri AI dan adik
perempuan AI. Dinamik keluarga yang luar biasa ini mencetuskan soalan
mengenai sifat cinta, persahabatan, dan hakikat hubungan manusia.
Cabaran terletak dalam usaha untuk menggambarkan kedalaman emosi dan
ketulenan interaksi ini, menyoroti garis yang kabur antara emosi buatan dan
manusia, serta meneroka dilema etika dan moral yang timbul apabila
teknologi menentukan semula batasan keluarga dan perkongsian.
1.3 Sipnosis Projek

Berasaskan latar belakang dan masalah yang telah dipermaklumkan


diatas, projek cerita pendek saya yang bertajuk “Loved Ones” ini
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penonton dalam cara yang
unik dan menerujakan. Dijangka durasi yang bersesuaian buat animasi
ini adalah 4 minit ke atas untuk mendapatkan pegangan konsep cerita
pendek tersebut. Projek ini akan memerlukan lukisan latar belakang
seperti lokasi penggambaran di laman rumah, ruang tamu dan segi bilik.
Intipati utama untuk cerita pendek ini adalah bagaimana sepasang suami
isteri telah menggunakan cara untuk mengatasi kesedihan peninggalan
orang yang mereka sayang tanpa mengetahui kesan perbuatan mereka
menjejas cara kehidupan masing – masing.

1.4 Objektif Projek

Objektif buat projek ini mengutamakan bagaimana emosi mempengaruhi


kelakuan seseorang dan orang disekelilingnya.

 Secara tidak langsung penonton akan mendapat moral yang disampaikan


oleh cerita pendek ini.
 Mereka video yang menarik dan mempunyai pengajaran yang tersirat dalam
bentuk animasi
 Mempunyai plot cerita yang mengujakan dan tidak dapat dijangka oleh
penonton.
.
1.5 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran mengikut umur buat projek ini adalah :

 Golongan belia
Cerita animasi pendek ini dapat mengajar golongan belia bahawa ia
tidak mengapa untuk bersedih dari masa ke semasa selepas lama
menahan perasaan tersebut.

 Dewasa
Golongan dewasa yang menonton cerita animasi pendek ini dapat
memperoleh pengetahuan tentang bagaimana untuk menyokong
individu yang sedang mengalami masalah melepaskan orang
tersayang dan cara yang betul untuk mengatasi perasaan itu.

1.6 Kepentingan dan Faedah Projek


Kepentingan dan faedah buat projek ini adalah untuk menunjukkan
bagaimana kuatnya pengaruh emosi apabila kita tidak dapat
mengawalnya dalam bentuk cerita animasi pendek. Selain daripada itu,
penonton dapat menghayati dan lebih memahami perasaan apabila
kenalan yang sedang berhadapan dengan kemurungan atau kehilangan
seseorang dalam hidup mereka secara tidak langsung dalam kehidupan
seharian. Penonton yang telah menonton cerita pendek ini, tidak kira
umur dapat memanfaatkan bagaimana untuk mengendali perubahan
emosi individu dan diri sendiri dengan menggunakan nilai pemerhatian.
BAB 2
KAJIAN LAPANGAN

Analisa Projek Lepas

a) Durasi

Cerita animasi pendek ini akan mengambil lebih kurang 4 ke 5 minit.

b) Lebih Sensitif

Animasi tersebut menceritakan kesan buruk jika tidak mengawal


emosi dengan menggunakan cara yang betul.

c) Kesan khas

Penonton mengetahui bagaimana untuk menyokong dan membiar


perasaan yang telah lama dipendam itu pergi dengan tenang selepas
menonton cerita pendek ini.

d) Angle

Sudut skrin buat animasi ini adalah ‘ close up shot’, ‘over the
shoulder shot’ dan ‘wide shot’’

e) Dialog

Cerita animasi pendek ini mengandungi dialog yang mampat untuk


memberi kesan yang sepenuhnya supaya plot mudah difahami dan
dihayati.
2.3 Penghasilan Video Loved Ones

2.3.1 Penyunting Video

Apabila melibatkan proses penyuntingan video, terdapat beberapa perisian


yang dicadangkan, iaitu:

Gambar Rajah 1.0: Adobe Premiere Pro

Adobe Premiere lebih berfokus pada penyuntingan gambar, video, dan audio
daripada animasi, yang mana Adobe After Effects lebih sesuai untuk tugas
animasi. Walaupun demikian, Adobe Premiere menyediakan pelbagai alat
yang membolehkan penciptaan multimedia yang menarik. Oleh itu, Adobe
Premiere boleh diintegrasikan dengan perisian multimedia lain seperti 3D
Studio Max, After Effects, Adobe Photoshop, dan utiliti multimedia lain.

Gambar Rajah 1.1: Adobe After Effects

Perisian ini digunakan untuk mencipta elemen visual dan grafik yang akan
disisipkan ke dalam video sebagai kesan atau efek. Selain itu, pengguna
juga boleh mengimport grafik 3D dari Adobe Photoshop ke Adobe After
Effects untuk menghasilkan elemen visual 3D. Dengan kemampuan
pemprosesan yang canggih dan daya kreatif yang tinggi, perisian ini
membolehkan pengguna mencipta hasil karya seni dalam bentuk grafik iklan
digital dengan animasi yang eksklusif dan memukau.
Gambar Rajah 1.2: Adobe Animate

Adobe Animate adalah sebuah aplikasi animasi digital 2D yang menyokong


berbagai jenis projek animasi. Ia berguna untuk membuat grafik vektor dan animasi
yang berkisar dari animasi televisyen hingga animasi web, laman web, aplikasi kaya
web, pembangunan permainan, iklan, dan projek interaktif lain.

2.3.2 Suntingan Suara

Suara perlu diedit untuk merekod, memotong, dan mengaplikasikan efek ke


dalamnya. Penukaran format audio boleh dibuat dalam aplikasi penyuntingan
audio. Berikut adalah perisian suntingan suara yang dicadangkan:

Gambar Rajah 2.0: Adobe Audition

Adobe Audition digunakan untuk mengedit fail audio, memotong, menyalin,


menjalankan fungsi 'paste', dan mengatur semula segmen audio. Perisian ini
berguna untuk menghilangkan bunyi latar belakang, menyesuaikan tahap
bunyi, dan menjalankan penyuntingan yang tepat pada rakaman audio.
Selain itu, ia membolehkan pengguna menggabungkan beberapa trek audio
dan mengaplikasikan kesan untuk mencipta komposisi audio yang seimbang
dan berkualiti ting
2.3.3 Suntingan Gambar

Untuk meningkatkan kesan khusus pada berbagai elemen visual dalam video,
penyuntingan gambar diperlukan. Tujuannya adalah untuk membuat elemen-elemen
tersebut lebih menonjol dan menarik perhatian pengguna. Beberapa perisian
penyuntingan gambar yang disarankan termasuk:

Gambar Rajah 3.0: Adobe Illustrator

Adobe Illustrator digunakan untuk mencipta ilustrasi, logo, dan imej vektor. Ia
membolehkan pengguna memasukkan fail yang besar, termasuk fail melebihi 50MB,
dan menawarkan pelbagai alat lukisan bebas menggunakan pelbagai jenis berus
digital, pensel, dan pen. Biasanya, Adobe Illustrator digunakan untuk mencipta logo,
kandungan promosi atau jenama, ikon, grafik laman web, dan karya seni digital.
2.3.4 Format Video
Format video adalah teknik pemampatan yang digunakan untuk
mengurangkan saiz fail audio, khususnya dalam kesan khas, rakaman suara,
dan terutamanya muzik.

MP4 (Moving Picture Exprets)

MPEG-4 Bahagian 14 atau MP4 adalah salah satu format fail video digital
awal yang diperkenalkan pada tahun 2001. Kebanyakan platform digital dan
peranti menyokong format MP4. Format MP4 boleh menyimpan fail audio,
fail video, imej diam, dan teks. Selain itu, MP4 menyediakan video berkualiti
tinggi sambil mengekalkan saiz fail yang relatif kecil.
Skop Projek

a) Menentukan Konsep/Tajuk

Semasa mencari inspirasi di dalam talain, saya telah memerhati kebanyakkannya


cerita pendek mempunyai pengakhiran cerita yang unik dan tidak dijangka untuk
memberi impak yang mengujakan apabila ditonton.

b) Mengumpul Maklumat

Maklumat dan hasil kajian dikumpul dan disediakan sebagai kertas cadangan projek.
Kertas tersebut akan diberi kepada penyelia projek untuk semakkan.

c) Melakar Papan Cerita/Skrip

Apabila penyelia telah mengesahkan kertas cadangan, kami terus menyediakan


pembentangan kertas cadangan, skrip dan storyboard.

Papan Cerita :

Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan susunan
grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-
tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif

Setiap papan cerita mempunyai bahan-bahan yang tertera dibawah:

 Lakaran setiap babak di atas kertas.

 Layout kotak untuk menentukan turutan babak.

 Teks yang menunjukkan jika babak tersebut mempunyai dialog atau sound
effect

 Narration

 Animation

 Video

 Sound Effect

Skrip:
Skrip menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita itu bergerak. Di dalam
erti kata lain skrip adalah teks dialog watak, huraian pemandangan
persekitaran dan masa di dalam cerita pendek ini.
d) Menentukan Peralatan/Perisian

I. Peralatan yang digunakan dalam cerita pendek adalah seperti


kabel USB, hardisk, Laptop Asus, Acer, A4 paper, Kamera
DSLR, Tripod, dan Memory kad Kamera (8GB).

II. Perisian yang digunakan dalam cerita pendek ini adalah seperti
Adobe Premiere Pro CS5, Adobe After Effect CS5, i movie HD,
Sony Sound Force Pro 10.0, soundbooth, Adobe Photoshop
CS5,dan Adobe Illustrator CS5.

Ciri-ciri Projek

 Moral yang diselit di dalam plot yang mengujakan untuk menarik minat
penonton.
 Melukis watak-watak dan penampilan mengikut ciri personaliti yang sesuai.
 Memilih bentuk animasi bagi menarik perhatian belia muda tetapi masih
boleh ditonton oleh golongan dewasa
Skop Tugas Projek

BI NAMA TUGAS SKOP KERJA


L

o Melakar papan
1 Wan Mia Sara o Melakar setiap babak dan
cerita dan video
Binti Abdul Latiff animasi pegerakkan watak bersama
o Menyunting audio dengan latar belakang seperti
dan video laman rumah dan sebagainya
o Menulis skrip o Menjadi pelakon suara buat
o Pelakon suara watak isteri di dalam cerita
pendek ini

o Menyunting audio o Mengabungkan babak dan


2 Norizzati Binti
dan video menambah audio yang telah
Muhammad Rozi o Pelakon suara dirakam di dalam video
o Menjadi pelakon suara buat
watak kakak di dalam cerita
pendek ini

o Pelakon suara o Menjadi pelakon suara buat


3 Muhamad Danial
watak suami di dalam cerita
Tan Muhammad pendek ini
Amin Tan

o Pelakon suara o Menjadi pelakon suara buat


4 Wan Zoriah Binti
watak jurujual di dalam cerita
Gembor pendek ini

Jadual 1.0: Skop Tugas Projek


2.4 Senarai Perkakasan, Perisian, dan Bahan

2.4.1 Perkakasan

BI JENIS PERKAKASAN KUANTITI JUMLAH


L

1 Laptop Acer 1 RM 1,400

2 VEIKK Drawing Tablets 1 RM 150

4 A4 Paper 1 RM 10

JUMLAH
RM 3520
KESELURUHAN

Jadual 2.0: Senarai Perkakasan


2.4.2 Perisian

BI JENIS PERISIAN KUANTITI JUMLAH


L

1 Adobe Illustrator 1 RM 678.25

2 Adobe Photoshop 1 RM 678.25

3 Adobe Premiere Pro 1 RM 678.25

4 Adobe Animate 1 RM 678.25

5 Adobe Audition 1 RM 678.25

JUMLAH
RM 3,391.25
KESELURUHAN

Jadual 3.0: Senarai Perisian


2.4.3 Kos Keseluruhan

BI JENIS PERALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


L

1 Vivo V27 1 RM 2,000 RM 2,000

2 Portable Tripod 1 RM 10 RM 10

3 A4 Paper 1 RM 10 RM 10

4 Laptop HP 1 RM 1,500 RM 1,500

5 DVD-R 1 RM 3.80 RM 3.80

JUMLAH
RM
KESELURUHAN
3,523.80
2.5 Kaedah Pembangunan Projek

2.5.1 Kaedah 1

Pra-Produksi (Pre-Production)

Tahap pra produksi adalah tahap pencarian data awal yang


menjadi pedoman melakukan tahap produksi, data yang didapat
kemudian
dijadikan bahan untuk menentukan alur dari video cerita animasi
pendek yang akan
dibuat. Sebelum masuk ketahap produksi, yang perlu
dipersiapkan dahulu
adalah jalan cerita, papan cerita dan skrip berdasarkan data yang
sudah
diperoleh. Perkara-perkara yang diperlukan semasa pra-produksi
ialah seperti:
a) Sinopsis
 Ringkasan plot utama buat cerita pendek ini

b) Skrip dan papan cerita


 Dilakar oleh pengarah mengikut babak yang telah dipersetujui
 Ditulis berdasarkan dialog yang telah ditetapkan

c) Rehearsal
 Latihan buat semua pelakon suara sebelum merakam bersama-sama
 Mendapat maklum balas daripada pihak lain
2.5.2 Kaedah 2

Produksi (Production)

..

a) Produksi buat filem


 Proses mengaturkan babak lukisan ke dalam video
 Proses meletakkan efek bunyi dan suara latar ke dalam pita
 Proses lakaran bagi setiap babak cerita

Antara teknik yang digunaka semasa menghasilkan video ini adalah:

a) Close up shot

Close up shot ialah tangkapan filem yang diambil daripada subjek atau objek
pada jarak dekat yang bertujuan untuk memberi isyarat kepada penonton
bahawa sesuatu itu penting, dan ini boleh menjadi prop atau reaksi. Ia akan
bermula di bahu dan berakhir di bahagian atas kepala watak

Gambar Rajah 4.0


b) Over the shoulder shot

(OTS) adalah shot di mana kamera diletakkan tepat di belakang


pelakon "luar skrin" supaya bahu mereka berada dalam bingkai
semasa menangkap watak yang berada pdi skrin untuk
mencadangkan sambungan atau pemahaman antara dua watak
dalam adegan tersebut.

Gambar Rajah 4.1

c) Wide shot
Tangkapan ini mempunyai ‘camera angle’ yang menunjukkan
keseluruhan objek atau watak dan hubungannya dengan persekitaran
yang mengelilingi mereka.
Gambar Rajah 4.2

2.5.3 Kaedah 3
Pos Produksi (Post Production)
Pos Produksi akan dilakukan selepas proses produksi telah disiapkan
maka penyuntingan bahan visual dan audio dapat dimulakan. Pos
produksi ialah kerja yang berkait dengan memotong babak video,
memasang audio, penambah efek bunyi, suara latar atau muzik.

a) Linear Editing
Ia adalah proses memilih, menyusun dan mengubah suai imej dan
bunyi dalam turutan yang telah ditentukan. Penyuntingan linear paling
kerap digunakan apabila bekerja dengan pita video kerana ia tidak
boleh dipotong secara fizikal dan disambungkan bersama untuk
membuat susunan baharu. Sebaliknya, editor mesti mengalih suara
atau merakam setiap klip video.

b) Nonlinear Editing
Penyuntingan bukan linear membenarkan editor video menyemak
semula tangkapan pada server video, ‘drives’ atau ‘hard disk’ tanpa
perlu mengikut urutan tertentu. Dalam penyuntingan bukan linear,
teknologi digital digunakan untuk memanipulasi dan mengatur klip
video dan audio pada komputer, menawarkan editor lebih fleksibel,
kecekapan dan kawalan kreatif.
2.6 Kesimpulan

Secara tuntas, animasi ‘Loved Ones’ menggambarkan cara toksik untuk


mengatasi kehilangan orang yang disayangi berfungsi sebagai peringatan yang kuat
tentang akibat buruk yang boleh berpunca daripada perasaan yang tidak terkawal.
Kisah pedih ini menggambarkan bagaimana penafian, pelarian, dan tingkah laku
yang merosakkan diri hanya mengekalkan kesakitan kehilangan, dan bukannya
memberikan ketenangan. Ia menekankan kepentingan mendapatkan sokongan,
meluahkan emosi, dan mencari cara yang sihat untuk memproses dan bergerak
melalui kesedihan.

Dewasa kini, ramai sering menafikan perasaan sendiri akibat tidak


mengetahui bagaimana untuk mengendali emosi tersebut terutamanya apabila
terpaksa mengharungi kesedihan kehilangan orang tersayang. Dengan kewujudan
projek ini, penyebarkan kesedaran mengenai topik ini akan menjadi lebih mudah

Akhir sekali, dengan ini saya berharap bahawa video animasi ini dapat
menyampai nasihat tersurat atau tersirat kepada orang ramai mengambil kira
sebagai nasihat hidup yang boleh membantu penonton memahami dan
menerapkannya.
BAB3

PERANCANGAN DAN KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK

3.1 Pengenalan

Bahagian ini akan menjelasan tentang semua maklumat perkembangan mengenai


filem animasi pendek "Loved Ones" disediakan beserta semua data dengan butiran
komprehensif mengenai perisian dan peralatan yang digunakan.

Cerita animasi pendek ‘Loved Ones’ telah dipilih untuk menjadi video buat projek
tahun akhir (PTA) saya. Pemilihan buat genre ini khusus untuk mereka filem pendek yang
dapat menggambarkan kesedaran terhadap perasaan duka kehilangan orang tersayang
dengan unsur suspen yang dapat menarik perhatian penonton dari titik permulaan hingga
akhir.

Video yang telah dihasilkan ini berbentuk animasi sepenuhnya bagi menarik
golongan belia untuk lebih senang mengambil minat dan berkait rapat terhadap emosi yang
telah digambarkkan oleh watak-watak tersebut tanpa membelakangkan golongan dewasa.
Sudut kamera yang telah ditetapkan memberi efek yang lebih dramatis terhadap hubungan
watak Bersama penonton. Pelbagai teknik-teknik yang digunakan khas untuk penonton
menghayati dan terasa kagum dengan usaha yang diberi untuk menghasil animasi ‘Loved
Ones’.
3.2 Konsep reka bentuk projek

Analisis dibuat selepas melakukan penyelidikan berkenaan tajuk animasi


projek. Carta alir dibawah menunjukkan langkah-langkah pembangunkan
video cerita animasi pendek:-

Menentukan konsep
dan tajuk

Mencari maklumat

Menyediakan papan
cerita dan skrip

Menetapkan peralatan
dan perisian

Menentukan konsep
dan tajuk

Membangunkan cerita
pendek

Penilaian prestasi

Menganalisis data
Rajah 3: Langkah-Langkah Pembangunan Video Cerita Pendek

3.1 Kedah Pembangunan Projek

Carta alir di bawah merujukan penghasilan projek

Mula

Pemilihan konsep dan tajuk

Menghantar kertas cadangan

Menyediakan papan cerita dan skrip

Membentang kertas cadangan

Adakah kertas Tidak


cadangan diterima?

Ya
Menentukan masa dan lokasi pekerjaan

Proses menganimasi dan rakaman

Menyunting video dan audio

Pengujian projek

Menambah baikkan Tidak


projek?

Ya
Memuat naik video ke dalam DVD-RW atau Youtube

Tamat

Rajah 4 :Carta alir penghasilan projek

3.2.1 Pemilihan Tajuk Projek


o Idea dan maklumat digabungkan menjadi faktor besar buat pemilihan
tajuk projek untuk projek tahun akhir.

3.2.2 Menghantar Kertas Cadangan Untuk Tajuk Projek

o Selepas menyediakan kertas cadangan projek, kertas itu akan


dihantar kepada penyelia untuk disemak.

3.2.3 Membuat Lakaran Papan Cerita , Skrip dan Pemilihan


Watak

o Lakaran buat papan cerita dan penulisan skrip akan dilakukan sebaik
sahaja penyelia meluluskan kertas cadangan.

3.2.4 Pembentang Kertas Cadangan

o Pembentangan untuk kertas cadangan akan diadakan supaya dilulus oleh


penyelia. Jikalau tidak lulus maka seluruh projek harus dilakukan semula
menggunai tajuk baharu.

3.2.5 Menentukan Masa Dan Lokasi Pekerjaan

o Mencari masa yang mencukupi dan tempat yang sesuai untuk memulakan
lakaran babak animasi.
3.2.6 Proses menganimasi dan rakaman

Langkah seterusnya, menganimasi cerita menggunakan laptop dan telefon


bimbit untuk setiap babak. Dimulakan lakaran ringkas buat semua babak
termasuk intro dan logo produksi yang tidak mempunyai pelbagai
pergerakan. Lakaran tersebut dilakukan pada hari minggu supaya apabila
tiba masa untuk merakam audio, kesemua pelakon suara hadir pada hujung
minggu.

Berikut adalah proses menganimasi dan rakaman yang telah dilakukan:-

Gambar Rajah 5.0: Proses menganimasi


3.2.7 Proses Penyuntingan Audio Dan Video

Penyuntingan audio dan video akan bermula sebaik sahaja proses


menganimasi dan rakaman siap. Seperti biasa, perisian Adobe Premiere Pro
akan digunakan untuk gabungan bahagian dan audio. ... untuk membuat
transisi setiap babak dengan lancar.

Dibawah adalah contoh penyuntingan buat proses animasi dan audio :-

Gambar Rajah 6.0: Proses Penyuntingan Audio dan Video


3.2.8 Pengujian Projek

Pengujian projek akan dilakukan bertujuan untuk memastikan projek berjalan


dengan lancar tanpa kesalahan dalam unsur multimedia melalui
pelaksanaan ujian projek dengan menggunakan borang kaji selidik
3.2.9 Penambahbaikan Projek

Selesai sahaja melakukan kesemua proses, kru dapat berbincang jika projek ini
memerlukan penambahbaikan di dalam segi video atau audio. Sesudah berbincang
video tersebut boleh dimuat naik di dalam Youtube ataupun memasukan video
tersebut di dalam DVD-RW

3.3 Penghasilan projek

a) Suntingan Suara / Suntingan Suara Latar

Rajah 3.3 1 : Sony Sound Forge 10.0

Aplikasi ini digunakan untuk merakam suara, memotong rakaman suara, serta
memasukkan effect pada rakaman suara. Selain itu, penukaran format rakaman
suara dapat dilakukan dalam aplikasi ini

b) Penggambaran

Rajah 3.3.2 : Adobe Photoshop CS5

Aplikasi ini digunakan untuk edit gambar, menukar dan memadam warna
background, serta memasukkan effect pada gambar. Dengan menggunkan perisian
ini dapat menghasilkan poster dan bunting, video cerita pendek “Maafkan Aku”.
c) Menyunting Video

Rajah 3.3.3 : Adobe Premiere Pro CS5

Digunakan untuk menyunting video, edit video, menukar warna background video,
memasukkan audio dan effect, menukar saiz video, memasukkan teks serta tetapan
pencahayaan dan sebagainya dapat ditetapkan.

Rajah 3.3.4 : Adobe After Effect CS5

Dapat membuat montaj, credit role,


memasukkan effect, pergerakkan khas ataupun animasi dapat dibuat di dalam
background video, dan logo transplant disediakan menggunakan aplikasi ini.
3.4 Pengujian Video

Pengujian buat video cerita animasi pendek ‘Loved Ones’ telah dilakukan kepada pelbagai
target demografik secara khususnya golongan belia dan dewasa supaya mendapatkan
kepastian bahawa video yang telah dicipta ini mencapai golongan sasaran seperti yang
ditetapkan.

Matlamat pengujian ini dijalankan adalah untuk:-

 Menentukan jika video yang telah dihasilkan dapat berkait hubung melalui
emosi golongan sasaran
 Memastikan plot dapat memberi impak yang mengujakan buat penonton.
 Mendapatkan kepastian jika pilihan sudut kamera membagi efek dramatis
yang diingini
Gambarajah dibawah merujuk kepada statistik untuk setiap soalan yang dibangkitkan di dalam soal
selidik tersebut.

Adakah video cerita pendek ini menyentuh perasaan anda?

Adakah video cerita pendek ini memberi kesedaran kepada


penonton?
Adakah muzik latar belakang sesuai dengan video cerita pendek ini?

3.5 analisa akhir

Kesimpulan
BAB 4

HASIL, ANALISA DAN PERBINCANGAN PROJEK

4.1 Hasil Projek

Penghasilan produk akhir cerita pendek ‘Loved Ones’ berjalan dengan lancar tanpa komplikasi. Durasi
masa seluruh video dianggar dalam selama 6 minit keatas dan mempunyai format MPEG-4. Segala
usaha menjalankan proses yang telah dilakukan adalah untuk memastikan video animasi berjalan
dengan lancar dan seperti yang diingini sebagai contoh melakukan kajian di dalam talian untuk
mencari inspirasi konsep cerita pendek.

Seterusnya, pengujian untuk memastikan jika golongan sasaran boleh menghayati melalui emosi
selepas menonton video ini. Penggunaan perisian dan peralatan yang betul menjayakan
penggambaran video besertai Teknik-teknik yang memberi impak dramatis dikehendaki untuk cerita
animasi pendek ‘Loved Ones’.

Anda mungkin juga menyukai