Anda di halaman 1dari 108

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH

UNTUK TOPIK PERWAKILAN DATA; ‘JomKira’

WAN NUR AQILAH BINTI W. YUSOF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2019
PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH UNTUK TOPIK PERWAKILAN
DATA; ‘JomKira’

WAN NUR AQILAH BINTI W. YUSOF

D20161074127

TESIS PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT


UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2019
ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan
penulisan projek tahun akhir saya dalam masa yang ditetapkan. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan projek tahun akhir
saya yang bertajuk Pembangunan Aplikasi Mudah Alih untuk topik Perwakilan Data;
‘JomKira’. Sekalung penghargaan buat penyelia projek saya, Puan Harnani binti Mat
Zin yang banyak membantu dan membimbing saya sepanjang proses pembangunan
projek ini. Di samping itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-
pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat selama saya belajar di sini. Tanpa
ilmu mereka, saya mungkin tidak mampu menyiapkan projek tahun akhir ini.

Seterusnya, tidak dilupakan juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
responden-responden saya yang terdiri daripada pelajar dari SMK Dato Razali Ismail
yang mengambil subjek Asas Sains Komputer dan pelajar-pelajar sekolah lain yang
terlibat serta rakan-rakan seperjuangan Program Teknologi Maklumat (AT20) di atas
bantuan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek. Saya turut ingin merakamkan
ucapan terima kasih buat sahabat saya, Nor Azelah binti Che Rahim yang sentiasa
memberi semangat dan membantu saya dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, penghargaan tidak terhingga buat kedua ibu bapa dan ahli keluarga
saya atas segala pengorbanan terutamanya dalam bantuan kewangan serta sokongan
moral secara berterusan sehingga saya mampu menyiapkan projek tahun akhir ini
selama 14 minggu sahaja walaupun pada awalnya saya merasakan hal ini agak mustahil
untuk direalisasikan atas faktor kesibukan dan kekangan masa. Sokongan yang
berterusan dari mereka inilah yang memberikan semangat kepada saya untuk
meneruskan sekaligus menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.
iii

ABSTRAK

Aplikasi mudah alih JomKira merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada topik
Perwakilan Data. Aplikasi ini berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota ringkas
yang dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Asas Sains
Komputer. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan
rekabentuk aplikasi JomKira dan seterusnya membangunkan aplikasi JomKira.
Metodologi pembangunan yang digunakan adalah adalah berasaskan model Air Terjun
kerana fasa-fasanya yang sistematik dan teratur. Pengujian aplikasi dilakukan terhadap
pelajar sekolah menengah yang berkaitan melalui pengedaran borang soal selidik secara
atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi JomKira ini adalah mesra
pengguna dan mencapai objektif pembangunan yang telah dinyatakan.
iv

DEVELOPMENT OF MOBILE APPLICATION BASED ON TOPIC OF DATA


REPRESENTATION; ‘JomKira’

ABSTRACT

JomKira mobile application is an application that focuses on the topic of Data


Representation. The application works as a conversion calculator and concise notes
reserved to high school students who take the subject of Computer Science Foundation.
The main objective of this research is to identify the needs and design of JomKira
application and to develop JomKira application. The development methodology used
is based on the Waterfall model because its phases are systematic and organized.
Application’ testing was conducted on secondary school students through the
distribution of online questionnaires. The findings show that the JomKira application
is user-friendly and achieves the stated development objectives.
v

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v - ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi - xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1–3

1.2 Latar Belakang Kajian 3–5

1.3 Pernyataan Masalah 5-6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop/ Batasan Kajian 7-8

1.7 Kepentingan Projek 8


vi

1.8 Definisi/ Istilah 8-9

1.9 Kesimpulan 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 10 - 11

2.2 Teknologi dan Perubahan Silibus 11 – 13

2.3 Sejarah Sistem Operasi Android 13 – 14

2.3.1 Analisis pengguna Android 15 - 16

2.3.2 Versi Android 16 - 17

2.4 Kajian Terhadap Aplikasi Sedia Ada 18

2.4.1 Binary Hex Converter 18 - 19

2.4.2 Number Converter 19 - 21

2.4.3 Base Converter 21 - 22

2.5 Perbandingan Sumber Kajian 23 – 26

2.6 Cadangan Aplikasi Yang Akan Dibangunkan 26 - 27

2.7 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28 – 29

3.2 Perbandingan antara Model Air Terjun, Model 29

Agile dan Prototaip

3.2.1 Perbandingan antara model Air Terjun 29 – 32

dan Prototaip

3.2.2 Perbandingan antara model Air Terjun dan 32 – 34

model Agile
vii

3.3 Model Air Terjun 34 – 36

3.3.1 Fasa Perancangan 36 – 37

3.3.2 Fasa Analisis Keperluan 37 – 38

3.3.3 Fasa Rekabentuk 38

3.3.4 Fasa Pembangunan dan Implementasi 38 – 39

3.3.5 Fasa Penyelenggaraan 39

3.4 Kelebihan dan Kekurangan Model Air Terjun 39 – 40

3.5 Spesifikasi Yang Diperlukan 40

3.5.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 40 – 41

3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 42 – 44

3.6 Kesimpulan 44 - 45

BAB 4 ANALISIS DAN REKA BENTUK

4.1 Pengenalan 46 – 47

4.2 Analisis Fasa Perancangan 47 – 48

4.2.1 Hasil Soal Selidik Tinjauan Awal 48 - 50

4.3 Analisis Fasa Rekabentuk 51

4.3.1 Rajah Konteks 51

4.3.2 Rajah Aliran Data 52

4.4 Reka Bentuk Sistem Aplikasi 53

4.4.1 Reka Bentuk Antara Muka Aplikasi Android 53

4.4.1.1 Halaman Utama Aplikasi 54

4.4.1.2 Halaman Kalkulator 55

Penukaran

4.4.1.3 Halaman Nota Ringkas 56


viii

4.5 Spesifikasi Keperluan Sistem 57

4.5.1 Keperluan Fungsian 57

4.5.2 Keperluan Bukan Fungsian 58 - 59

4.6 Kesimpulan 59

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN PRODUK

5.1 Pengenalan 60 – 61

5.2 Implimentasi Antaramuka Aplikasi 61 - 62

5.2.1 Antaramuka Halaman Utama Aplikasi 62 - 63

5.2.2 Antaramuka Halaman Kalkulator Penukaran 63 - 64

5.2.3 Antaramuka halaman Nota Ringkas 64 - 65


5.2.3.1 Antaramuka halaman Nota
65 - 67
Ringkas (Perduaan, Perpuluhan,

Perlapanan dan Perenambelasan)

5.3 Pelaksanaan Butang Imej Ikon Aplikasi 67 – 70

5.4 Pengujian Aplikasi oleh pengguna 70 – 71

5.4.1 Analisis data responden bagi paparan 72 – 73

antamuka aplikasi JomKira

5.4.2 Analisis data responden bagi kefungsian 74 – 75


aplikasi JomKira

5.5 Kesimpulan 75

BAB 6 RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 76
ix

6.2 Hasil Kajian 77 – 78

6.3 Kelebihan Aplikasi JomKira 78 – 79

6.4 Kelemahan Aplikasi JomKira 79 – 81

6.5 Cadangan penambahbaikan aplikasi 81

6.5.1 Penambahan bahasa 81

6.5.2 Penambahan fungsi 82

6.6 Kesimpulan 82 - 83

RUJUKAN

LAMPIRAN

A Soal Selidik Tinjauan Awal

B Soal Selidik Pengujian Aplikasi

C Carta Gantt

D Kod Aturcara Pangkalan Data


x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

2.1 Urutan versi Android 16 - 17

2.2 Perbandingan ciri aplikasi yang sedia ada 23 - 25

2.3 Cadangan ciri aplikasi yang akan dibangunkan 26 - 27

3.1 Perbandingan model Air Terjun dan Prototaip 30 - 32

3.2 Perbandingan antara model Air Terjun dan model Agile 33

3.3 Kelebihan dan kelemahan model Air Terjun 39 – 40

3.4 Spesifikasi perkakasan 41

3.5 Spesifikasi perisian 42 – 44

4.1 Cadangan pengguna terhadap aplikasi 50

5.1 Senarai butang imej ikon yang digunakan 68 - 70


xi

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

2.1 Data Pengguna Android 15

2.2 Aplikasi "Binary Hex Converter" 19

2.3 Aplikasi "Number Converter" 20

2.4 Aplikasi "Base Converter" 22

3.1 Fasa model Air Terjun dan model Agile 32

3.2 Model Air Terjun bagi Aplikasi JomKira 35

4.1 Analisis responden mengikut jantina 48

4.2 Analisis responden mengikut cara mengulangkaji 48

pelajaran

4.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B 49

4.4 Gambarajah konteks aplikasi JomKira 51

4.5 Gambarajah aliran data aplikasi JomKira 52

4.6 Antara muka halaman utama 54

4.7 Antara muka kalkulator penukaran 55

4.8 Antara muka nota ringkas 56

5.1 Antara muka halaman utama 62


xii

5.2 Antaramuka halaman kalkulator penukaran 63

5.3 Antaramuka halaman nota ringkas 64

5.4 Antaramuka halaman nota perduaan 65

5.5 Antaramuka halaman nota perlapanan 65

5.6 Antaramuka halaman nota perpuluhan 66

5.7 Antaramuka halaman nota perenambelasan 66

5.8 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian A 71

5.9 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian B (A) 72

5.10 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian B (B) 74


xiii

SENARAI SINGKATAN

DSKP Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

ASK Asas Sains Komputer

SK Sains Komputer

KH Kemahiran Hidup

RBT Reka Bentuk Teknologi

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah

ICTL Information and Communication Technology Literacy

SDLC System Development Life Cycle

ASCII American Standard Code for Information Interchange


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif,

skop batasan, kepentingan projek, definisi dan juga kesimpulan keseluruhan kajian.

Melalui latar belakang kajian, penyelidik menerangkan secara ringkas bidang

penyelidikan yang dilakukan. Penyelidik telah memilih untuk membangunkan aplikasi

mudah alih berasaskan topik Perwakilan Data mencakupi Dokumen Standard

Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang berkaitan.

Penyelidik telah memilih untuk menggunakan platform Android sebagai

platform utama kerana mudah digunakan dan mengambil kira faktor pengguna yang
2

mana majoriti mempunyai telefon pintar Android. Aplikasi penukaran nombor adalah

aplikasi yang ingin dibangunkan oleh penyelidik.

Penyelidik telah memilih aplikasi ini untuk dibangunkan kerana mendapati

pelajar kurang berminat menjawab soalan atau latihan berdasarkan topik Perwakilan

Data ini atau lebih spesifik tajuk penukaran nombor Binari kepada Perpuluhan, nombor

Perpuluhan kepada Binari, nombor Heksadesimal kepada nombor Perpuluhan dan

seterusnya kerana berkaitan dengan Matematik.

Pelajar sering dikatakan bahawa mereka kurang meminati matapelajaran

Matematik (Johari & Norsuriani, 2011). Hal ini telah menyebabkan penyelidik

bertindak membina satu aplikasi mudah alih yang mana mesra pengguna dan memberi

kemudahan kepada pelajar untuk membuat ulangkaji mereka secara pantas di rumah

atau sewaktu di luar rumah.

Aplikasi yang akan dibangunkan ini dilengkapi dengan nota ringkas dan video

tentang cara penukaran nombor perduaan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada

perduaan, perlapanan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada perlapanan,

perenambelasan kepada perpuluhan dan perpuluhan kepada perenambelasan secara

manual serta kalkulator penukaraan aksara kepada perpuluhan dan perduaan.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor, aksara atau ayat yang ingin

ditukarkan kemudian tekan butang ‘SEMAK’, secara automatik teks yang dimasukkan

tersebut akan dipaparkan kepada beberapa bentuk nombor seperti perpuluhan dan

perduaan. Lebih menarik lagi, aplikasi ini dibina menggunakan Bahasa Melayu yang
3

mana memberi kemudahan kepada semua pengguna terutamanya pelajar yang mungkin

lemah dalam Bahasa Inggeris dan selaras dengan buku teks yang menggunakan Bahasa

Melayu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Penguasaan dalam Asas Sains Komputer (ASK) amat penting kerana dunia harini

memerlukan kepakaran dalam teknologi. Kepesatan teknologi maklumat tanpa

sempadan ini sedikit sebanyak mengubah dan mempengaruhi sistem pendidikan di

Malaysia, di mana sekarang teknologi maklumat telah menyebabkan banyak perubahan

di dalam sistem pendidikan negara (Norzihana, 2004).

Bermula sesi pembelajaran pada tahun 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran baru iaitu ASK sebagai mata pelajaran

pilihan bagi murid-murid Tingkatan 1 (Zulkifli Abdullah, 2017). Menurut Helyawati,

Shakirah & Farhana (2018), pendekatan Sains dan Teknologi sebagai mata pelajaran

yang utama dalam bidang pendidikan negara hari ini merupakan strategi yang berterusan

ke arah memperkasakan pendidikan di Malaysia.

Menelusuri pendidikan abad ke-21, murid bukan sahaja bertindak sebagai

pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta

teknologi dan pencetus idea baharu pada masa hadapan. Kurikulum ASK menengah

rendah memberi fokus ke arah menyediakan murid yang berfikiran komputasional.

Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan,


4

kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep

Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan.

Dalam pembangunan aplikasi mudah alih bagi tujuan pembelajaran mudah alih

(M-Pembelajaran) ini, penyelidik memfokuskan kepada topik Perwakilan Data khusus

untuk kegunaan pelajar. M-pembelajaran merupakan model pembelajaran yang

memanfaatkan teknologi informasi dan komunikasi melalui paparan visual yang

menarik selain dapat diakses di mana sahaja pada bila-bila waktu (Andika, Gusti &

A.A.K. Agung, 2015). Menurut Mahizer (2006), m-pembelajaran bukanlah satu

fenomena baru tetapi merupakan sebahagian daripada e-pembelajaran yang

membenarkan pelajar untuk belajar tanpa membataskan capaian maklumat.

Di dalam aplikasi mudah alih yang dibina, penyelidik memasukkan kalkulator

penukaran aksara kepada perpuluhan dan perduaan serta nota ringkas yang

menghubungkan kepada capaian video di Youtube. Umum mengetahui bahawa

kalkulator merupakan satu kemudahan yang digunakan oleh pelajar di sekolah

menengah bagi menjawab soalan kira-kira. Dengan adanya kalkulator, ia memudahkan

para pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka. Selain subjek Matematik, subjek Asas

Sains Komputer juga memerlukan para pelajar menggunakan kalkulator untuk membuat

penukaran nombor dan sebagainya.

Aplikasi mudah alih penukaran nombor dan nota ringkas ini telah dipilih oleh

penyelidik bagi membantu para pelajar menyiapkan tugasan di rumah dan membuat

semakan jawapan penukaran nombor dengan pantas. Walaupun aplikasi penukaran

nombor sudah ada di pasaran, tetapi aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai
5

kelebihan tersendiri di mana ia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dan beberapa fungsi istimewa yang lain yang mungkin tiada pada aplikasi penukaran

nombor yang lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang kukuh. Kurangnya

kefahaman di kalangan pelajar akan menimbulkan kebosanan dan seterusnya

menjejaskan minat dan tumpuan pelajar terhadap tajuk yang diajar (Rosni & Azreen,

2007).

Salah satu masalah pelajar pada hari ini adalah kekangan masa untuk

mengulangkaji dan kekeliruan apabila melakukan pengiraan. Keadaan ini berlaku

kerana kesibukan mereka untuk mengejar sukatan pelajaran (Noraini & Aderi, 2014).

Kebanyakan waktu persekolahan pada hari ini tamat pada lewat petang menyebabkan

pelajar sudah tidak bermaya untuk membuat ulangkaji di rumah dan menghabiskan

masa dengan tidur atau sekadar menyiapkan kerja rumah. Pada masa yang sama, ada di

antara mereka juga mungkin keliru atau was-was dengan jawapan pengiraan yang

dilakukan dan malas untuk membuka buku teks bagi menyemak kembali jalan kira dan

sebagainya.

Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan melalui borang soal selidik

(Lampiran A), rata-rata pelajar memberi maklum balas bahawa mereka kekurangan

bahan untuk membuat ulangkaji. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa tiada
6

aplikasi mudah alih yang menyediakan nota ringkas bagi subjek ASK yang bersesuaian

serta memenuhi kehendak mereka. Pada masa yang sama, kalkulator penukaran yang

sudah ada di pasaran juga tidak begitu sesuai untuk kegunaan pelajar di mana sesetengah

kalkulator penukaran agak rumit untuk digunakan.

Justeru, berdasarkan kajian ini, penyelidik mengenalpasti masalah yang dihadapi

oleh pelajar adalah kekangan masa, kekurangan bahan interaktif untuk belajar,

kekurangan nota ringkas dan masalah menyelesaikan kerja rumah di rumah dalam topik

penukaran nombor di bawah topik Perwakilan Data.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenalpasti keperluan dan rekabentuk aplikasi JomKira.

b) Membangunkan aplikasi JomKira berdasarkan ciri dan rekabentuk yang telah

dikenalpasti.

c) Menguji kebolehgunaan aplikasi JomKira kepada pengguna yang

berkaitan.
7

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang telah dibangkitkan bagi menguji kehendak pengguna

pada masa kini. Antara persoalan yang telah dibangkitkan ialah:

a) Apakah keperluan dan reka bentuk aplikasi JomKira?

b) Apakah ciri-ciri aplikasi yang akan dibangunkan?

c) Apakah maklum balas pengguna terhadap aplikasi yang dibangunkan?

1.6 Skop/ Batasan Kajian

Kajian ini adalah dilakukan ke atas pengguna iaitu melibatkan pelajar yang mengambil

subjek ASK dan Sains Komputer (SK) di sekolah menengah sahaja. Perkara yang

dikaji meliputi ciri, keperluan dan reka bentuk serta tahap penerimaan mereka terhadap

aplikasi JomKira. Kajian ini juga dijalankan terhadap dua jantina yang berbeza bagi

melihat kecenderungan mereka terhadap reka bentuk dan ciri aplikasi yang dibina.

Skop kajian hanya terbatas kepada topik Perwakilan Data sahaja yang mana

penyelidik hanya memuatkan kalkulator penukaran yang boleh menukarkan aksara

kepada nombor perduaan dan nombor perpuluhan. Seterusnya, penyelidik turut

memuatkan nota ringkas dan video yang dihubungkan ke Youtube tentang cara

penukaran nombor perduaan kepada perpuluhan, nombor perpuluhan kepada perduaan,

nombor perlapanan kepada perpuluhan, nombor perpuluhan kepada perlapanan,


8

nombor perenambelasan kepada perpuluhan dan nombor perpuluhan kepada

perenambelasan.

1.7 Kepentingan Projek

Projek yang dibangunkan ini perlu mempunyai kepentingan bagi membantu penyelidik

mencapai objektif projek. Antara kepentingan pembangunan aplikasi ini adalah untuk:

a) Memberikan kemudahan kepada pelajar untuk menyemak jawapan secara

pantas.

b) Membantu pengguna melalui nota penukaran ringkas.

c) Membantu ibu bapa memantau anak-anak mereka menjawab tugasan di

rumah.

d) Memudahkan guru membuat semakan jawapan ketika di dalam kelas.

Penyelidik menggunakan aplikasi mudah alih kerana ingin memudahkan pengguna dan

menyokong perkembangan teknologi melalui pembinaan aplikasi mudah alih.

1.8 Definisi/ Istilah

Pembangunan

Menurut Abu Rahum (2015) yang memetik definisi daripada Sundrianmunawar

Haryono (2002; 15), pembangunan adalah suatu idea perubahan sosial yang berlangsung

secara berterusan menuju ke arah perkembangan dan kemajuan serta memerlukan


9

masukan-masukan yang menyeluruh dan berkesimbungan dan merupakan usaha-usaha

yang dilakukan oleh pemerintah dan masyarakat untuk mencapai sesuatu tujuan negara.

Oleh kerana itu, pembangunan dapat diertikan sebagai satu usaha perubahan untuk

menuju keadaan yang lebih baik berdasarkan kepada norma-norma tertentu.

Aplikasi

Aplikasi adalah suatu program yang siap untuk digunakan yang dibuat untuk

menjalankan suatu fungsi bagi pengguna melalui bahasa pengaturcaraan yang tertentu

(Andi, 2015).

Perwakilan Data

Perwakilan Data merupakan salah satu topik yang dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 dan

tingkatan 2 dalam subjek ASK merangkumi subtopik perduaan, perpuluhan, perlapanan

dan perenambelasan. Selain itu, perwakilan data juga berkaitan dengan unit ukuran, saiz

fail serta kualiti audio.

1.9 Kesimpulan

Aplikasi ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar khususnya yang

mengambil subjek ASK atau SK di sekolah untuk membantu mereka menyiapkan

tugasan yang berkaitan penukaran nombor di bawah topik Perwakilan Data. Dengan

adanya teknologi hari ini, penyelidik memudahkan lagi pelajar dengan membangunkan

satu aplikasi mudah alih yang boleh diakses oleh pengguna di rumah secara di luar talian.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penyelidik membincangkan kajian yang dilakukan terhadap aplikasi

telefon pintar dan kajian terhadap reka bentuk antaramuka yang berkaitan dengan

aplikasi yang dibangunkan oleh penyelidik untuk dibuat perbandingan. Tujuan kajian

literatur ini adalah untuk mengenalpasti kajian-kajian terdahulu sama ada melalui tesis,

jurnal, buku mahupun artikel. Kajian literatur ini penting untuk mengetahui sumber

yang dapat dirujuk daripada produk yang sedia ada, teori dan konsep yang digunakan

untuk dibandingkan dengan produk yang dikaji dan mengetahui sama ada produk

terdahulu sesuai untuk dinaiktaraf. Melalui kajian ini, penyelidik memfokuskan masalah

yang berlaku dalam kalangan pelajar dalam tajuk Perwakilan Data atau lebih spesifik

penukaran nombor perduaan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada perduaan,


11

perlapanan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada perlapanan, perenambelasan kepada

perpuluhan dan perpuluhan kepada perenambelasan.

2.2 Teknologi dan Perubahan Silibus

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan

kepada hampir semua aspek kehidupan termasuklah pendidikan (Norliza A. Rahim,

2013). Salah satu teknologi yang digunakan kini ialah aplikasi mudah alih yang boleh

diakses di mana sahaja.

Menurut Nor Sakinah & Rodziah (2018), aplikasi mudah alih merupakan

aplikasi perisian yang dibangunkan dan boleh diakses oleh peranti mudah alih seperti

telefon pintar ataupun tablet. Antara contoh sistem bagi capaian aplikasi termasuklah

sistem pengoperasian Android, iaitu Google Play dan untuk IOS pula, Apple App Store.

Kebanyakan aplikasi mudah alih boleh didapati secara percuma namun ada juga

sesetengah yang dikenakan bayaran. Aplikasi mudah alih kini menjadi pemudah cara

bagi kebanyakan orang terutamanya pelajar apabila mereka boleh mendapatkan

pelbagai aplikasi yang diinginkan. Mereka juga boleh mendapatkan nota dan sebagainya

melalui aplikasi mudah alih.

Menurut Rashedul, Rofiqul & Tahidul (2010) di dalam Aliff, Isa & Surina

(2014), aplikasi mudah alih merupakan sebuah program yang dimuatkan ke dalam alat

mudah alih dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui

telefon mudah alih ataupun tablet. Ia merupakan transformasi dalam pendidikan di mana
12

pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja atau dikenali

sebagai m-pembelajaran (m-learning).

Kemajuan dalam teknologi m-pembelajaran terus dikecapi dengan wujudnya

telefon pintar berteraskan pelantar Android yang berkembang pesat ketika ini (Ahmad

Fkrudin & Ammar, 2018).

Gambaran masyarakat kita yang kurang prihatin terhadap sistem pendidikan

boleh dilihat melalui kelemahan akademik dan prestasi para pelajar di sekolah. Hal ini

menjadi satu isu masyarakat yang serius apabila prestasi pelajar semakin rnenurun

(Hamidah, Siti Salina & Farrah, 2004). Ibu bapa seharusnya memberikan perhatian

terhadap isu ini dengan memberikan bantuan kepada anak-anak mereka di rumah

dengan membantu mereka dalam pembelajaran atau sewaktu menyiapkan kerja rumah.

Pada tahun 2017, telah berlakunya perubahan subjek di sekolah di mana subjek

Kemahiran Hidup (KH) telah dihapuskan dan digantikan dengan subjek Reka Bentuk

Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK). Menurut laman Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah (2018), mata pelajaran ASK mula diperkenalkan secara berperingkat-

peringkat mulai tahun 2017 melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

ASK adalah penambahbaikan kepada Program Information and Communication

Technology Literacy (ICTL).

Penawaran mata pelajaran ASK mengikut pilihan murid dan tertakluk kepada

kesediaan pihak sekolah. Subjek ini merupakan antara subjek yang sukar kerana silibus

yang dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut merupakan silibus yang dipelajari oleh
13

pelajar di matrikulasi. Antara topik yang sukar adalah Perwakilan Data yang mana

pelajar perlu mahir membuat penukaran nombor perpuluhan, perduaan dan

perenambelasan. Jika ada antara pelajar yang lemah dalam kira-kira, maka topik ini pasti

digeruni.

Terdapat beberapa aplikasi mudah alih seperti ‘Binary’, ‘Number Converter’

dan ‘Base Converter’ yang telah dibangunkan dan boleh diperoleh melalui Google Play.

Namun, semua aplikasi ini adalah dalam Bahasa Inggeris dan setakat ini masih tiada

lagi aplikasi penukaran nombor ini di dalam versi Bahasa Melayu selaras dengan bahasa

yang digunakan oleh buku teks ASK. Hal ini kadangkala menyebabkan kesukaran

kepada pelajar yang mungkin keliru dengan istilah yang dipelajari atau tidak

berkebolehan memahami Bahasa Inggeris dengan baik menggunakan aplikasi ini bagi

menyelesaikan masalah penukaran nombor. Justeru, penyelidik telah berusaha

membangunkan aplikasi penukaran nombor yang mana mengambil kira kesukaran-

kesukaran yang bakal dihadapi oleh pelajar bagi menjadikannya sebagai salah satu

medium m-pembelajaran.

2.3 Sejarah Sistem Operasi Android

Kini, dunia telah didedahkan dengan penggunaan platform Android. Di mana sahaja kita

berada, pasti ada yang menggunakan Android. Hal ini membuatkan ramai tertanya-

tanya mengapakah Android menjadi pilihan ramai. Menurut Nadia (2018), aplikasi

Android ini mula diperkenalkan pada Oktober 2003 oleh Andy Rubin, Rich Miner, Nick

Sears dan Chris White kemudiannya diakui oleh Google pada tahun 2005. Tujuan
14

platform Android diperkenalkan adalah bagi mengembangkan sebuah sistem operasi

yang lebih canggih kepada dunia dan pada awalnya diperuntukkan bagi kamera digital,

namun disedari bahawa pasaran untuk perangkat itu tidak cukup besar lantas dialihkan

kepada pasaran telefon pintar yang kita gunakan sehingga hari ini (Sheila, Steven &

Stanley, 2016).

Menurut Tim (2015), Android dibangunkan dengan dasar kernel Linux 2.6

kerana keselamatan antara sistem dan aplikasi yang menggunakan kernel Linux ini

terjamin dan memori aplikasi yang tajam dengan melancarkan proses ketika

membangunkan aplikasi. Selain itu, Tim (2015) turut menceritakan tentang kerangka

kerja sistem operasi Android yang mempunyai ciri-ciri seperti Android run-time,

OpenGL, WebKit dan SQLite.

Pada masa yang sama, disebabkan ciri Android yang merupakan platform

sumber terbuka, kesemua aturcara yang dihasilkan adalah dipatenkan di bawah lesen

Apache (M. Hilmi & Java, 2015). Andoid memiliki komuniti yang agak besar dalam

aspek membangunkan aplikasi mereka berasaskan bahasa pengaturcaraan Java.

Pembangun boleh membangunkan aplikasi Android berdasarkan pengetahuan asas

dalam bahasa pemograman Java.


15

2.3.1 Analisis Pengguna Android

Dari masa ke masa, Android mempunyai pembaharuan versinya bagi penambahbaikan

versi yang sedia ada. Rajah 2.1 menunjukkan peratusan pengguna Android berdasarkan

versi Android yang dikeluarkan.

Rajah 2.1 Data Pengguna Android


(https://amanz.my/2018183558/)

Jika dilihat, berdasarkan pengumpulan data di atas, peratusan yang

menggunakan android Oreo versi 8.1 hanyalah 7.5% berbanding Oreo 8.0 sebanyak 14%

(Effi, 2018). Ini menunjukkan bahawa ramai lagi di luar sana yang menggunakan

Android versi lama dan mungkin ada di antara mereka tidak mengikuti perkembangan

semasa. Sebagai sumber platform sistem terbuka, banyak pembangun aplikasi mudah

alih yang cenderung memilih untuk membangun dan memasarkan aplikasi mudah alih
16

di Android Apps Store kerana proses pemasaran lebih mudah berbanding dengan Apps

Store yang lain (Nurul Farehanar, 2018).

2.3.2 Versi Android

Jadual 2.1 menunjukkan versi yang dimiliki oleh Android sehingga kini. Gibson dalam

Tim (2018) mendedahkan bahawa Google meletakkan nama pencuci mulut sebagai

nama versi Android mereka supaya pengguna mudah mengingatinya. Selain itu,

memandangkan pencuci mulut merupakan sesuatu yang boleh menggembirakan orang

ramai, maka Google memutuskan untuk meletakkan nama versi Android mereka seperti

nama pencuci mulut dengan harapan mampu menggembirakan pengguna. Jika dilihat

lagi, nama Android juga disusun mengikut abjad. Hal ini adalah kerana memudahkan

pengguna mengingati nama-nama Android. Setiap tahun bermula 2008, pasti ada sahaja

diterbitkan Android versi baharu di mana Android baharu ini datang dengan fungsi-

fungsi yang lebih canggih.

Jadual 2.1 Urutan versi Android

Versi Nama Tarikh diterbitkan Tahap API

1.0 - 23 September 2008 1

1.1 - 9 Februari 2009 2

1.5 Cupcake 30 April 2009 3

1.6 Donut 15 September 2009 4


17

(2.0) 26 Oktober 2009


2.0–2.1 Eclair 5-7
(2.1) 12 Januari 2010

Froyo
2.2 20 Mei 2010 8
(Frozen Yogurt)

2.3 Gingerbread 6 Disember 2010 9-10

(3.0) 22 Februari 2011

3.0-3.2 Honeycomb (3.1) 10 Mei 2011 11-13

(3.2) 15 Julai 2011


ICS
4.0 (Ice Cream 19 Oktober 2011 14-15
Sandwich)

(4.1) 9 Julai 2012

4.1-4.3 Jelly Bean (4.2) 13 November 2012 16-18


(4.3) 24 Julai 2013

4.4 Kit Kat 31 Oktober 2013 19-20

(5.0) 12 November 2014


5.0 Lollipop 21-22
(5.1) 9 Mac 2015

6.0 Marshmallow 5 Oktober 2015 23

7.0-7.1.2 Nougat 22 Ogos 2016 24-25

8.0-8.1 Oreo 21 Ogos 2017 26-27

9.0 Pie 6 Ogos 2018 28

10.0 Android Q 29

Sumber: https://www.computerworld.com/article/3235946/android-versions-a-

living-history-from-1-0-to-today.html (Raphael, 2019)


18

2.4 Kajian Terhadap Aplikasi Sedia Ada

Kajian terhadap aplikasi sedia ada bertujuan untuk melihat aplikasi-aplikasi yang sudah

ada di pasaran bagi dijadikan sebagai rujukan kepada penyelidik. Kini, pelbagai aplikasi

boleh kita dapati secara atas talian dan kebanyakannya percuma. Kajian dan analisis

terhadap aplikasi ini perlu untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan aplikasi yang

sudah sedia ada supaya penyelidik dapat melakukan penambahbaikan terhadap aplikasi

yang akan dibangunkan. Terdapat tiga aplikasi yang dipilih untuk dianalisis oleh

penyelidik iaitu “Binary Hex Converter”, “Number Converter” dan “Base Converter”.

2.4.1 Binary Hex Converter

Binary Hex Converter merupakan satu aplikasi yang dibangunkan untuk membantu

pengguna membuat penukaran nombor berkaitan perduaan, perlapanan, perpuluhan dan

perenambelasan. Tarikh terakhir aplikasi ini diperbaharui pada tahun 2015 namun masih

ramai yang menggunakan aplikasi ini sehingga kini. Jika dilihat pada data yang memuat

turun aplikasi ini, lebih 10 000 pengguna yang menggunakan aplikasi ini.

Reka bentuk aplikasi ini ringkas dan berfokuskan kalkulator penukaran semata-

mata seperti yang dapat dilihat pada Rajah 2.2 (a) dan output pada Rajah 2.2 (b). Tiada

sebarang arahan atau nota berkaitan disertakan. Bahasa yang digunakan dalam aplikasi

ini adalah Bahasa Inggeris. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui

Google Play. Kelemahan yang boleh dilihat pada aplikasi ini adalah warna latar

belakang yang digunakan adalah gelap dan tidak menarik. Walaupun aplikasi ini
19

berfungsi dengan baik namun dengan paparan yang sebegini boleh menyebabkan

pengguna tidak berminat menggunakannya. Warna yang menarik memainkan peranan

untuk menarik minat pengguna.

(a) Paparan Utama (b) Output

Rajah 2.2 Aplikasi "Binary Hex Converter"

(https://play.google.com/store/apps/details?id=com.deve.binaryhexconverter&hl=en)

2.4.2 Number Converter

Aplikasi Number Converter merupakan aplikasi penukaran nombor yang melibatkan

penukaran nombor perduaan, perlapanan, perpuluhan dan perenambelasan. Seperti

dapat dilihat dalam Rajah 2.3 (a), reka bentuk aplikasi ini sangat ringkas dan

kelebihannya, ianya mudah digunakan. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor


20

yang ingin ditukar dan kemudian terus dipaparkan pada skrin output nombor yang telah

ditukarkan seperti Rajah 2.3 (b).

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Latar aplikasi yang

digunakan berwarna putih dan kekunci bagi kalkulator pula berwarna kelabu seperti

Rajah 2.3 (c). Gabungan warna yang digunakan tampak sesuai dan tidak menyerabutkan.

Butang DEL (Delete) dan butang “CLEAR” turut disediakan bagi memudahkan

pengguna memadamkan nombor yang telah dimasukkan.

(a) Paparan Utama (b) Output (c) Kekunci nombor

Rajah 2.3 Aplikasi "Number Converter"

(https://play.google.com/store/apps/details?id=net.ir.numberconverter&hl=en)

Kelemahan yang wujud pada aplikasi ini ialah aplikasinya terlalu ringkas dan

tidak begitu menarik. Walaupun warna latar yang digunakan bersesuaian namun jika
21

untuk digunakan secara berterusan, pengguna mungkin akan merasa bosan kerana ia

hanyalah sekadar kalkulator penukaran dan tidak ada aktiviti lain yang boleh dilakukan.

2.4.3 Base Converter

Base Converter merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna membuat penukaran

nombor sehingga asas 36 (Base 36). Aplikasi ini merupakan aplikasi yang agak maju

kerana kebanyakan aplikasi penukaran nombor hanya membenarkan pengguna

membuat penukaran sehingga asas 16 sahaja.

Dalam aplikasi Base Converter ini, pengguna boleh membuat pilihan sama ada

ingin paparan latar belakang yang cerah atau gelap seperti Rajah 2.4 (a) & Rajah 2.4 (b).

Pada skrin paparan utama, terdapat dua butang pilihan yang diberikan kepada pengguna

di mana mereka boleh melihat paparan “Common Bases” seperti Rajah 2.4 (c) yang

mengandungi empat tempat penukaran nombor iaitu perduaan, perpuluhan, perlapanan

dan perenambelasan atau “All bases” di mana pengguna boleh melihat penukaran

nombor yang dimasukkan sehingga asas 36.

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris. Jenis teks dan warna teks yang

digunakan bersesuaian dengan aplikasi dan tidak terlalu berlebihan. Reka bentuk

paparan juga tampak ringkas dan kemas. Terdapat butang “Reset” sebaris dengan nama

aplikasi dan tiga butang berjujukan ke bawah melambangkan “Setting” yang

membolehkan pengguna memilih sama ada mahu buka atau tutup “Keyboard”,

“Typing”, “Theme” dan juga “Decimal places” (Rajah 2.4 (d)). Namun, kelemahan
22

pada aplikasi ini adalah tiada arahan ataupun sedikit nota berkaitan penukaran tajuk ini

yang mana jika digunakan oleh ibu bapa yang tidak tahu apa-apa, mereka mungkin

terkial-kial untuk memahami konsep penukaran nombor tersebut.

(a) Paparan Cerah (b) Paparan Gelap

(c) Paparan Utama (d) Paparan Setting

Rajah 2.4 Aplikasi "Base Converter"

(https://play.google.com/store/apps/details?id=com.universapp.baseconverter&hl=en)
23

2.5 Perbandingan Sumber Kajian

Setelah melihat aplikasi-aplikasi yang sudah sedia ada di pasaran, penyelidik

mengambil peluang ini untuk membangunkan aplikasi yang lebih baik bagi mengatasi

ciri-ciri yang kurang bersesuaian dengan aplikasi yang sudah tersedia. Antara ciri-ciri

yang akan dikaji termasuklah antaramuka (interface), fungsi, bahasa pengantar, warna

latar, versi Android yang boleh menggunakan aplikasi tersebut. Ciri-ciri aplikasi yang

sudah sedia ada tersebut akan dijadikan sebagai rujukan oleh penyelidik dalam

mebangunkan projek JomKira. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan antara tiga iaitu

Aplikasi “Binary Hex Converter”, Aplikasi “Number Converter”, Aplikasi “Base

Converter”.

Jadual 2.2 Perbandingan ciri aplikasi yang sedia ada

CIRI-CIRI APLIKASI “Binary APLIKASI APLIKASI

Hex Converter” “Number Converter” “Base Converter”

Skop Individu dan Individu dan Individu dan

Pengguna komuniti komuniti komuniti

Skop Boleh menukarkan Boleh menukarkan Boleh menukarkan

Kandungan nombor kepada: nombor kepada: nombor kepada:

- perduaan - perduaan - perduaan

- perpuluhan - perpuluhan - perpuluhan

- perlapanan - perlapanan - perlapanan

- perenambelasan - perenambelasan - perenambelasan

. .
24

Aplikasi ini lebih ke

hadapan sedikit

kerana mampu juga

menukarkan

nombor sehingga

asas 36.

Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Pengantar

Antaramuka Paparan antaramuka Paparan antara muka Paparan antara muka

ringkas dan mesra yang ringkas dan yang ringkas dan

pengguna. sesuai dengan teratur tetapi sedikit

aplikasi dan mesra berserabut kerana

pengguna. terllau banyak base

yang dipaparkan

untuk penukaran di

bahagian ‘All

Bases’.

Penggunaan Penggunaan warna Penggunaan warna Penggunaan warna

warna latar latar hitam, gelap latar yang cerah latar yang boleh

menyebabkan bersesuaian dengan dipilih oleh

kelihatan tidak aplikasi. Gabungan pengguna sangatlah

menarik serta suram. warna yang menarik kerana

digunakan pengguna boleh

melahirkan memilih sama ada


25

keselesaan kepada mahukan latar

pengguna. berwarna gelap

ataupun cerah.

Sistem Versi Android 2.2 ke Versi Android 2.2 ke Versi Android 2.2 ke

Pengoperasia atas atas atas

Teks Saiz teks yang Saiz teks yang Saiz teks yang

digunakan sesuai. digunakan sesuai. digunakan sesuai.

Grafik Tiada grafik yang Tiada grafik yang Tiada grafik yang

menarik. menarik. menarik.

Fungsi Kalkulator Kalkulator Kalkulator

penukaran nombor penukaran nombor penukaran nombor

Ketiga-tiga sumber kajian ini mempunyai skop kandungan yang sama iaitu boleh

menukarkan nombor kepada perduaan, perlapanan, perpuluhan dan juga

perenambelasan. Skop pengguna aplikasi ini juga luas di mana boleh digunakan oleh

individu perseorangan dan komuniti.

Bahasa pengantar yang digunakan oleh ketiga-tiga aplikasi adalah dalam Bahasa

Inggeris berbeza dengan aplikasi yang dibangunkan dalam kajian ini, bahasa pengantar

yang digunakan oleh penyelidik ialah Bahasa Melayu. Konsep antaramuka yang

digunakan oleh ketiga-tiga aplikasi ini berbeza antara satu sama lain. Namun, ketiga-

tiga ini menggunakan antaramuka yang ringkas serta mesra pengguna. Walau
26

bagaimanapun, warna latar yang digunakan oleh ketiga-tiga aplikasi ini agak kurang

menarik kerana kurang ceria dan tarikan.

Selain itu, aplikasi memerlukan pengguna menggunakan sekurang-kurangnya

telefon pintar Android versi 2.2 ke atas untuk membolehkan mereka mengakses

aplikasi-aplikasi tersebut. Kesimpulannya, ketiga-tiga aplikasi yang dianalisi ini

memppunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

2.6 Cadangan Aplikasi Yang Akan Dibangunkan

Pembangunan Aplikasi JomKira adalah untuk menghasilkan satu aplikasi yang mesra

pengguna serta berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, kajian

telah dijalankan bagi mengenalpasti ciri aplikasi yang bersesuaian dengan pengguna

dengan menerapkan fungsi yang pelbagai. Antara ciri yang dititikberatkan dalam

pembangunan aplikasi adalah seperti dalam Jadual 2.3 di bawah:

Jadual 2.3 Cadangan ciri aplikasi yang akan dibangunkan

CIRI-CIRI APLIKASI JomKira

Skop Pengguna Individu dan komuniti

Skop Kandungan Boleh menukarkan teks kepada:

- perduaan

- perpuluhan
27

Aplikasi ini dilengkapi dengan nota ringkas yang

dihubungkan kepada paparan nota serta video di Youtube..

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Antara Muka Paparan antara muka yang ringkas dan mesra pengguna.

Warna Latar Warna latar yang bersesuaian agar kelihatan menarik

perhatian pengguna untuk memuat turun aplikasi.

Sistem Versi Android 2.2 ke atas

Pengoperasian

Teks Menggunakan saiz tulisan yang sesuai dan boleh dibaca.

Grafik Grafik yang menarik dan bersesuaian.

Fungsi - Nota ringkas

- Kalkulator penukaran teks kepada perduaan dan

perpuluhan.

2.7 Kesimpulan

Kajian literatur adalah aspek penting yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan

aplikasi yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya serta berkualiti. Secara keseluruhan,

bab ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan terhadap beberapa perisian bagi

memastikan pemilihan spesifikasi perisian yang dibangunkan adalah lebih baik.

Seterusnya, dalam bab 3, penyelidik membincangkan metodologi kajian yang

digunakan dalam pembanguna aplikasi JomKira.


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh

penyelidik. Menurut Asfi (2017), metodologi merupakan proses analisis terhadap

masalah atau model yang mengandungi prinsip-prinsip teoritis dan kerangka yang

memberikan petunjuk bagaimana penelitian dilakukan dalam suatu konteks paradigma

tertentu. Dalam pengertian lain, metodologi ialah satu kaedah atau pendekatan yang

digunakan untuk membangunkan sesuatu sistem atau aplikasi. Penyelidik telah


29

membuat perbandingan antara model Air Terjun, model Agile dan Prototaip. Penyelidik

juga akan menjelaskan mengenai analisis dan reka bentuk Aplikasi JomKira berasaskan

platform Android yang dibangunkan serta kelebihan dan kekurangan model yang

dipilih untuk pembangunan aplikasi. Metodologi yang dipilih oleh penyelidik untuk

membangunkan aplikasi ialah Model Air Terjun (Waterfall Model).

3.2 Perbandingan antara Model Air Terjun, Model Agile dan Prototaip

Penyelidik melakukan perbandingan antara Model Air Terjun, Model Agile dan

Prototaip bagi meneliti perbezaan antara model untuk memilih model yang terbaik bagi

membangunkan projek tahun akhir.

3.2.1 Perbandingan antara model Air Terjun dan Prototaip

Jadual 3.1 menunjukkan hasil analisis dan perbandingan yang telah dilakukan oleh Rani

& Anna (2016). Berdasarkan perbandingan yang dibuat, penyelidik berpendapat

bahawa model Air Terjun adalah lebih efektif berbanding model prototaip kerana

langkah-langkah yang digunakan dalam sistem Air Terjun lebih sistematik.


30

Jadual 3.1 Perbandingan model Air Terjun dan Prototaip

Peringkat Air Terjun Prototaip

Pembangunan Peranti

Perancangan Sistem Bermula dari keperluan Bermula dari keperluan

(Systems Planning)

Analisis Sistem - Data perlu dianalisis - Data boleh ditambah

(Systems Analysis) dengan lengkap dan atau dikurangkan

teliti pada permulaan. berdasarkan keperluan

- Perubahan data atau pengguna.

fungsi akan - Perubahan boleh

menyebabkan dilakukan semasa

berlakunya perubahan sistem atau peranti itu

pada keseluruhan madih di dalam

proses pada peringkat bentuk prototaip.

seterusnya.

Rekabentuk Sistem - Pengujian dilakukan - Pengujian dilakukan

(Systems Design) ketika semua tahap ketika prototaip telah

atau fasa pada model dibangunkan. Hasil

sudah diselesaikan. pengujian ini akan

- Tidak dapat membawa kepada

memberikan perubahan sistem

gambaran yang jelas yang dibangunkan

tentang sistem atau tersebut.

aplikasi yang
31

dibangunkan kerana - Memberikan prototaip

ianya hanya boleh sebagai gambaran

dilihat setelah semua awal sistem yang akan

fasa selesai dilakukan. dibangunkan sehingga

pengguna dapat

melihat serta

berinteraksi secara

terus dengan

gambaran sistem atau

prototaip tersebut.

- Sistem yang

dibangunkan akan

sesuai dengan

keinginan pengguna

kerana pengguna

bertindak sebagai

bahan ujikaji yang

aktif dalam memberi

maklum balas tentang

sistem.

Implementasi Sistem - Proses rekabentuk - Tidak melaksanakan

(Systems Implementation) yang baik. proses rekabentuk

- Penilaian hanya dengan baik.

dilakukan sebaik
32

sistem atau aplikasi - Penilaian dilakukan

siap dibina. terhadap prototaip

- Mengutamakan yang dibangunkan dan

keperluan fungsi bukannya hasil akhir.

sistem. - Mengutamakan

keselesaaan pengguna.

Penyelenggaraan sistem Selesai mengikut Selesai mengikut

(Systems Maintenance) perjanjian. perjanjian.

3.2.2 Perbandingan antara model Air Terjun dan model Agile

Rajah 3.1 Fasa model Air Terjun dan model Agile


(Sumber: https://medium.com/skyshidigital/manajemen-proyek-waterfall-atau-
agile-mana-lebih-baik-b92901f88159, Sigit, 2018)
33

Jadual 3.2 memaparkan perbandingan antara model Air Terjun dan model Agile (Lotz,

2018):

Jadual 3.2 Perbandingan antara model Air Terjun dan model Agile
Air Terjun Agile

Ciri Model - Projek dibahagikan kepada - Projek dikeluarkan lebih

beberapa fasa mengikut awal.

urutan. - Sering berlaku perubahan

- Memberi penekanan keperluan.

terhadap perancangan, - Wujud interaksi antara klien

jadual, tarikh akhir dan dan pemaju dalam

pelaksanaan seluruh sistem. menentukan langkah projek

- Kawalan ketat dalam seterusnya.

kitaran hayat projek - Projek dibangunkan secara

menggunakan bantuan berkumpulan.

dokumentasi bertulis. - Pasukan boleh menyemak

tahap kejayaan dan

kegagalan mereka.

- Reka bentuk dan

pelaksanaan semudah

mungkin.

Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa model pembangunan Air Terjun

sesuai digunakan untuk sistem generik atau perisian tertentu. Ini bermaksud bahawa

sistem itu dapat dikenalpasti semua keperluannya dari awal melalui spesifikasi umum
34

dan sesuai untuk projek akhir atau tesis yang bertujuan untuk membina sistem dari awal

yang mengumpulkan keperluan sistem yang akan dibangunkan sesuai dengan topik

penyelidikan yang dipilih sehingga produk diuji.

Menurut Rani & Anna (2016) lagi, model Air Terjun berbeza dengan

prototaip di mana model pembangunan prototaip lebih sesuai untuk sistem atau perisian

yang dibangunkan berdasarkan permintaan dan keperluan (walaupun situasi atau

keadaan) yang khusus. Model ini sesuai untuk projek akhir atau tesis yang bertujuan

untuk melaksanakan suatu kaedah atau algoritma tertentu dalam kes. Pada masa yang

sama, kita juga dapat menilai bahawa model Agile tidak sesuai digunakan oleh

penyelidik kerana tidak sesuai dengan produk atau aplikasi yang dibangunkan oleh

penyelidik di mana fungsi aplikasi tersebut adalah tetap dan bukannya sering berubah

mengikut keperluan.

3.3 Model Air Terjun

Penyelidik telah memilih model Air Terjun sebagai metodologi kajian. Model Air

Terjun merupakan antara model yang sering digunakan kerana fasanya yang sistematik.

Menurut Sukamto dan Shalahuddin (2016: 28) dalam Anggi, Dahlia & Agus (2018),

Model Air terjun (waterfall) adalah “Model sekuensial linear (sequential Linear) atau

alur hidup klasik (classic life cycle).”

Model Air Terjun adalah model pengembangan sistem yang setiap tahapnya

harus diselesaikan terlebih dahulu secara menyeluruh sebelum diteruskan ke tahap


35

berikutnya bagi mengelakkan berlakunya pengulangan proses ataupun fasa yang sama

(Ade, 2015).

Model Air Terjun merupakan model System Development Life Cycle (SDLC)

yang sering digunakan. SDLC adalah metodologi umum yang digunakan untuk

mengembangkan sistem maklumat. SDLC terdiri dari beberapa fasa yang dimulai dari

fasa perancangan, analisis, rekabentuk sistem, implementasi hingga penyelenggaraan

sistem (Rani & Anna, 2016). Konsep SDLC mendasari pelbagai jenis model

pembangunan perisian untuk membentuk rangka kerja bagi merancang dan mengawal

pembangunan sistem maklumat.

Fasa
Perancangan

Fasa Analisis
Keperluan

Fasa
Rekabentuk

Fasa Pembangunan
dan Implimentasi

Fasa Penyelenggaraan

Rajah 3.2 Model Air Terjun bagi Aplikasi JomKira

Rajah 3.2 Model Air Terjun bagi Aplikasi JomKira


36

Rajah 3.2 menunjukkan setiap fasa yang terdapat dalam metodologi model air

terjun. Bagi fasa perancangan, penyelidik memulakan dengan mengenalpasti keperluan

dan spesifikasi aplikasi yang ingin dibangunkan melalui kaedah soal selidik awal

diikuti dengan fasa analisis keperluan pengguna.

Seterusnya, fasa ketiga ialah fasa rekabentuk aplikasi. Fasa ini dijalankan

sebelum pengujian terhadap aplikasi dilaksanakan. Fasa pembangunan dan

implimentasi aplikasi dibuat sebelum fasa terakhir iaitu fasa penyelenggaraan

dilakukan. Sekiranya terdapat masalah, kelemahan atau kekurangan aplikasi yang

wujud dalam salah satu fasa, maka pengulangan fasa tersebut akan berlaku.

3.3.1 Fasa Perancangan

Dalam pembangunan sesuatu aplikasi, fasa perancangan adalah fasa yang penting

kerana jika perancangan tidak menjadi, maka fasa yang berikutnya tidak dapat

diteruskan. Melalui fasa perancangan ini, penyelidik dapat menentukan sama ada

aplikasi dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak melalui penelitian serta aplikasi

yang dibina dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Fasa ini juga

melibatkan proses mengenal pasti pernyataan masalah yang dihadapi bagi memastikan

bahawa aplikasi yang dibina ini dapat menyelesaikan masalah pengguna sasaran.
37

Selain itu, objektif kajian turut dikaji bagi membantu menyelesaikan perkara-

perkara yang terdapat dalam pernyataan masalah. Penghasilan jadual projek iaitu Carta

Gantt sebagai panduan pelaksaan turut dibina dalam fasa ini bagi memastikan projek

diselesaikan tepat pada masanya seperti di Lampiran C.

3.3.2 Fasa Analisis Keperluan

Fasa ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan Aplikasi

JomKira. Melalui fasa ini, analisis terhadap masalah yang timbul telah dijalankan.

Seperti yang kita tahu, gaya pembelajaran setiap orang adalah tidak sama. Namun, gaya

pembelajaran yang berbeza ini tidak menghalang pelajar untuk mencapai matlamat

yang sama (Nurhidayah, 2016). Pelajar didapati tidak mempunyai masa yang banyak

untuk mengulang kaji pelajaran kerana waktu persekolahan bagi sesetengah sekolah

tamat lewat petang. Selain itu, pelajar juga lebih cenderung untuk menggunakan

aplikasi mudah alih sebagai medium pembelajaran kerana ianya lebih interaktif dan

menarik selain lebih ringkas dari buku teks dari segi isi kandungannya. Setakat ini,

masih tiada lagi aplikasi mudah alih penukaran nombor yang menyediakan nota ringkas

sebagai tambah nilai aplikasi tersebut selain hanya menyediakan kalkulator penukaran

semata-mata.

Oleh hal yang demikian, penyelidik telah mengambil inisiatif ini untuk

membina aplikasi JomKira bagi kegunaan pelajar untuk membantu mereka


38

menyelesaikan kerja rumah dan menarik minat mereka untuk mengulang kaji walaupun

di luar rumah. Analisis terhadap tiga aplikasi yang sedia ada telah dijalankan bagi

mengkaji ciri-ciri yang terkandung dalam aplikasi tersebut serta membandingkan ciri-

ciri yang digunakan dalam pembangunan aplikasi penyelidik.

3.3.3 Fasa Rekabentuk

Tahap seterusnya adalah reka bentuk sistem. Pada peringkat ini, bukan sahaja reka

bentuk antara muka sistem dibangunkan, tetapi juga reka bentuk aliran sistem

dibangunkan supaya satu sistem dapat berfungsi dengan baik bermula dari paparan awal,

fungsi utama ke output yang akan dihasilkan kemudian. Rajah konteks dan aliran data

(DFD) telah dihasilkan untuk memperlihatkan aliran pembangunan projek.

3.3.4 Fasa Pembangunan dan Implementasi

Pengekodan menggunakan bahasa pemograman seperti Java adalah langkah seterusnya

yang perlu dilakukan bagi membangunkan aplikasi. Bagi memastikan reka bentuk

sistem yang telah dibuat berjalan dengan baik, maka kod dan skrip akan dimasukkan

ke dalam reka bentuk sistem. Setelah pengekodan sistem selesai, sistem akan diuji

sebelum dipasarkan ke pasaran untuk digunakan oleh pengguna. Pengujian dijalankan


39

bagi melihat sama ada sistem itu boleh berfungsi dengan baik, paparan antara muka

seperti yang diharapkan dan semua fungsinya boleh digunakan dengan betul dan lancar.

3.3.5 Fasa Penyelenggaraan

Fasa penyelenggaraan merujuk kepada kemas kini sistem yang mungkin rosak,

peningkatan sistem yang telah rosak dan rosak, dan penambahan ciri-ciri baru kepada

sistem. Sebahagian besar fasa penyelenggaraan ditentukan oleh keperluan pengguna

dan jika sistem diselenggara dengan baik maka sistem akan berkembang dengan sangat

baik. Aktiviti penyelenggaraan adalah untuk memastikan segala aktiviti aplikasi dapat

berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

3.4 Kelebihan dan Kekurangan Model Air Terjun

Jadual 3.3 Kelebihan dan kelemahan model Air Terjun

Kelebihan Kekurangan

Mempunyai proses yang berturutan, Proses pembangunan berkemungkinan

bermula daripada fasa perancangan mengambil masa yang panjang dan lama.

hingga penyelenggaraan.

Setiap proses mempunyai spesifikasi Memerlukan banyak penyelidikan dan

tersendiri, supaya sistem dapat penyelidikan sokongan untuk


40

dibangunkan sesuai dengan apa yang membangunkan sistem menggunakan

diinginkan (tepat sasaran). kaedah Air Terjun.

Setiap proses tidak boleh bertindih. Kos penggunaan kaedah cenderung

mahal.

3.5 Spesifikasi Yang Diperlukan

Di bawah subtopik ini, penyelidik menjelaskan tentang spesifikasi keperluan

perkakasan dan spesifikasi keperluan perisian yang digunakan untuk pembangunan

aplikasi.

3.5.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan

Pembangunan Aplikasi JomKira memerlukan spesifikasi perkakasan komputer yang

sesuai untuk memudahkan proses pembangunan aplikasi ini. Perkakasan komputer

memainkan peranan penting kerana dapat menyokong perisian yang baru. Terdapat dua

perkakasan utama yang digunakan dalam pembangunan Aplikasi JomKira seperti yang

ditunjukkan pada Jadual 3.4.


41

Jadual 3.4 Spesifikasi perkakasan

Perkakasan Spesifikasi

Komputer Riba Acer Aspire E 14 Pemproses: Intel® Core™ i5 – 6200U

2.3GHz dengan Turbo Boost sehingga

2.8GHz

Ingatan capaian rawak (RAM): 4 GB

Pemproses grafik: NVIDIA® GeForce®

940MX dengan 2GB VRAM

Jenis sistem: 64-bit Operating System, x64

Ruang storan pemacu cakera keras:

1000 GB HDD

Telefon Pintar Android Oppo F7 Versi Android: 8.1.0 (Oreo)

Versi ColorOS: V5.0

Saiz paparan: 6.23 inci dengan resolusi

1080 x 2280, aspect ratio 19:9

Prosesor: Mediatek Helio P60 Octa Core

Ingatan capaian rawak (RAM): 4 GB

Ruang storan: 64 GB

Capaian sambungan: 4G LTE (dual-SIM),

Wi-Fi, Bluetooth, GPS

Bateri: 3.400 mAh


42

3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian

Selain perkakasan, pembangunan aplikasi JomKira turut melibatkan beberapa perisian

tertentu. Spesifikasi perisian termasuklah perisian yang digunakan semasa

pembangunan sistem dan juga perisian yang dapat digunakan oleh pengguna untuk

mencapai kepada aplikasi ini.

Spesifikasi perisian yang telah dipilih untuk pembangunan Aplikasi JomKira

adalah seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5 Spesifikasi perisian

Perisian Spesifikasi

MIT App Inventor App Inventor untuk Android adalah

aplikasi web sumber terbuka yang

asalnya disediakan oleh Google dan kini

dikendalikan oleh Massachusetts

Institute of Technology. App Inventor ini

membolehkan pengguna baru untuk

mengendalikan pengaturcaraan

komputer bagi membangunkan aplikasi

perisian untuk sistem operasi Android

menggunakan bahasa pengaturcaraan


43

Java. App Inventor menggunakan antara

muka grafik, sama dengan antara muka

pengguna pada Scratch dan StarLogo

TNG, yang membolehkan pengguna

untuk menyeret dan menggugurkan

(drag-and-drop) objek visual untuk

membuat aplikasi yang boleh berjalan

pada peranti Android.

Adobe Photoshop Adobe Photoshop adalah aplikasi

perisian untuk pengeditan imej dan

retouching foto untuk digunakan pada

komputer Windows atau MacOS.

Photoshop menawarkan pengguna

keupayaan untuk membuat,

meningkatkan, atau mengubah imej,

karya seni dan ilustrasi, menukar latar

belakang, meniru lukisan kehidupan

sebenar atau mencipta pandangan

alternatif alam semesta. Perisian ini

digunakan bagi mengubah latar belakang

ikon, tulisan dan mengedit saiz ikon yang

digunakan untuk pembangunan aplikasi

(American Graphics Institute, 2018).


44

Microsoft Office Word 2013 Microsoft Word merupakan komponen

pemprosesan perkataan Microsoft Office

Suite. Tujuan utama perisian ini

digunakan adalah untuk memasuki,

mengedit, memformat gambar, tulisan,

menyimpan, mendapat semula dan

mencetak dokumen. Perisian ini

digunakan dalam proses dokumentasi

sistem untuk menaip dokumen-dokumen

yang diperlukan semasa pembangunan

aplikasi JomKira dan juga nota ringkas

yang dimasukkan dalam aplikasi

JomKira.

3.6 Kesimpulan

Kesimpulannya, metodologi amatlah penting dalam pembangunan sesuatu aplikasi. Hal

ini kerana kaedah metodologi yang tepat akan melicinkan pembangunan sesuatu

aplikasi. Selain daripada pemilihan metodologi yang tepat, perkakasan dan perisian

yang bersesuaian digunakan bagi memastikan pembangunan aplikasi cadangan dapat

dibangunkan dengan lancar. Seterusnya, fasa pembangunan aplikasi akan dapat

dilaksanakan mengikut masa yang telah dijadualkan. Penggunaan metodologi ini telah
45

diterangkan secara meneyeluruh dan kelebihan serta kekurangan yang terdapat di dalam

metodologi ini dapat membantu menghasilkan keseluruhan aplikasi.


BAB 4

ANALISIS DAN REKA BENTUK

4.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan memberikan penerangan tentang fasa reka bentuk pembangunan

aplikasi Android. Selain itu, bab ini akan memberi gambaran keseluruhan proses-proses

yang terlibat seperti reka bentuk antara muka aplikasi. Penerangan secara menyeluruh

serta terperinci ini membantu dalam membangunkan aplikasi mengikut apa yang

dirancang supaya kos dan masa dapat dijimatkan serta memastikan aplikasi yang

dibangunkan teratur serta sistematik.


47

Fasa rekabentuk ini boleh mempengaruhi prestasi keseluruhan produk yang

dibangunkan. Maka, dalam pembangunan aplikasi ini, penyelidik memerlukan analisis

dan metodologi pembangunan tertentu supaya mencapai skop dan objektif yang telah

ditetapkan. Dalam bab ini, penyelidik turut memuatkan carta alir aplikasi JomKira

untuk menggambarkan dengan lebih jelas bagaimana aplikasi ini berfungsi.

4.2 Analisis Fasa Perancangan

Fasa ini merupakan fasa merupakan fasa yang paling awal dalam model Air Terjun

yang melibatkan aktiviti seperti megnenal pasti objektif, skop dan menganalisa masalah

yang dihadapi oleh responden kajian. Melalui fasa ini, penyelidik telah menggunakan

borang soal selidik bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden kajian

iaitu pelajar sekolah menengah dan permintaan pengguna terhadap aplikasi tersebut.

Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 15 orang responden yang

mengambil subjek Asas Sains Komputer di sekolah (Lampiran A). Terdapat dua

bahagian dalam soal selidik tersebut iaitu Latar Belakang Responden (Bahagian A) dan

Kajian terhadap Ciri Aplikasi JomKira (Bahagian B).

Latar belakang responden termasuklah jantina dan masalah yang dihadapi

apabila melibatkan topik Perwakilan Data. Penyelidik menggunakan skala “Ya” dan

“Tidak” sahaja di Bahagian B soal selidik. Kajian aplikasi JomKira menyatakan fungsi
48

dalam aplikasi yang dibangunkan dan mengkaji sama ada pengguna berpuas hati dan

cadangan fungsi yang diingini oleh pengguna.

4.2.1 Hasil Soal Selidik Tinjauan Awal

JANTINA

Lelaki, 7, 47%
Perempuan, 8,
53%

Rajah 4.1 Analisis responden mengikut jantina

Bagaimanakah cara pelajar mengulangkaji


pelajaran?
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Membaca buku teks Membaca nota Menonton Youtube Lain-lain
ringkas

Bilangan responden

Rajah 4.2 Analisis responden mengikut cara mengulangkaji pelajaran


49

Daripada analisis data yang dibuat, penyelidik mendapati 8 orang (53%) daripada

responden terdiri daripada perempuan manakala 7 orang (47%) adalah lelaki (Rajah

4.1). Analisis terhadap cara pelajar mengulangkaji pelajaran (Rajah 4.2) pula

menunjukkan bahawa majoriti daripada responden iaitu seramai 9 orang memilih

mengulangkaji menggunakan nota ringkas berbanding 4 orang yang memilih menonton

Youtube. Seramai 1 orang pelajar telah memilih mengulangkaji melalui buku teks

sementara 1 orang lagi memilih lain-lain iaitu melalui carian di Internet.

Kajian Terhadap Ciri Aplikasi JomKira


16 15
14
14 13
12
10
8
6
4
2
2 1
0
0
Apakah anda berminat untuk Adakah anda tertarik dengan Adakah anda tertarik sekiranya
menggunakan aplikasi mudah alih aplikasi mudah alih yang aplikasi mudah alih
sebagai medium pembelajaran? menyediakan nota ringkas? menghubungkan terus anda
kepada video pembelajaran di
Youtube?

Ya Tidak

Rajah 4.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B

Analisis terhadap soalan Bahagian B pada Rajah 4.3 menunjukkan bahawa

seramai 13 orang berminat menggunakan aplikasi mudah alih sebagai medium

pembelajaran sementara hanya 2 orang memilih tidak bersetuju untuk menggunakan

aplikasi mudah alih sebagai medium pembelajaran. Seterusnya, kesemua responden

iaitu seramai 15 orang bersetuju bahawa mereka tertarik dengan aplikasi mudah alih
50

yang menyediakan nota ringkas. Ini bermakna responden lebih cenderung untuk

mengulang kaji melalui nota ringkas berbanding buku teks. Hal ini jelas terbukti apabila

soal selidik di Bahagian A turut mencatatkan jumlah responden yang memilih untuk

mengulang kaji menggunakan nota ringkas adalah tertinggi jika dibandingkan dengan

responden yang memilih menggunakan buku teks untuk mengulang kaji.

Pada masa yang sama, Rajah 4.3 menunjukkan bahawa seramai 14 orang

responden bersetuju bahawa aplikasi mudah alih menghubungkan terus pengguna

kepada video di Youtube sementara seorang responden tidak bersetuju. Ini

menunjukkan bahawa responden memerlukan aplikasi yang memberikan kemudahan

kepada mereka bukan sahaja dari segi penjimatan kos malah juga penjimatan masa.

Jadual 4.1 menunjukkan cadangan pengguna terhadap aplikasi JomKira.

Jadual 4.1 Cadangan pengguna terhadap aplikasi

Bilangan Responden Cadangan

8 Menyediakan kalkulator penukaran American Standard

Code for Information Interchange (ASCII)

7 Meletakkan nota ringkas tentang penukaran nombor


51

4.3 Analisis Fasa Rekabentuk

Fasa ini akan membantu penyelidik untuk mereka bentuk aplikasi yang telah

dirancangkan berdasarkan fasa pertama dan kedua melalui hasil kajian dalam analisis

soal selidik awal yang telah dilakukan.

Seterusnya, penyelidik turut menyediakan proses rekabentuk dengan

menerangkan aliran data input dan output serta proses yang berlaku dalam aplikasi ini.

Rajah Konteks (Context Diagram) dan Carta Alir (Flow Chart) telah disediakan oleh

penyelidik.

4.3.1 Rajah Konteks

Nota/ Video 0

Pengguna Teks
JomKira
Keputusan penukaran

Rajah 4.4 Gambarajah konteks aplikasi JomKira


52

4.3.2 Rajah Aliran Data

1
Teks
Penukaran
teks
Jawapan penukaran

Butang nota
perduaan/
perpuluhan/
2 perlapanan/
Butang nota perenambelasan
Pengguna Paparan 1 Nota
nota Nota perduaan/
Nota
perpuluhan/
perlapanan/
perenambelasan

Butang video
perduaan/
3 perlapanan/
Butang video
perenambelasan
Paparan 2 Youtube
video
Video perduaan/
Nota video
perlapanan/
perenambelasan

Rajah 4.5 Gambarajah aliran data aplikasi JomKira


53

4.4 Reka Bentuk Sistem Aplikasi

Reka bentuk sistem aplikasi adalah penting bagi memastikan pembangunan aplikasi

berjalan dengan lancar. Justeru, perancangan yang sistematik dan langkah yang efisyen

serta teliti diperlukan agar aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi setiap objektif

serta matlamat yang ditetapkan.

4.4.1 Reka Bentuk Antara Muka Aplikasi Android

Reka bentuk antara muka aplikasi Android ini merupakan gambaran sebenar terhadap

aplikasi JomKira yang dibangunkan oleh penyelidik. Selain perlu mempunyai ciri-ciri

yang mesra pengguna, penyelidik turut menyelitkan ikon yang menarik serta paparan

yang interaktif kepada pengguna. Mustholiq (2007) dalam Alfiyanto & Munir (2017)

berpendapat bahawa penggunaan media interaktif mampu mengembangkan

pengetahuan pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Lakaran antara muka yang

terdapat dalam Aplikasi JomKira adalah seperti berikut:

1. Halaman Utama

2. Halaman Kalkulator Penukaran

3. Halaman Nota Ringkas


54

4.4.1.1 Halaman Utama Aplikasi

Rajah 4.6 menunjukkan reka bentuk antaramuka halaman utama aplikasi JomKira.

Seperti yang dapat dilihat, terdapat dua butang pilihan kepada pengguna yang mana

butang ikon yang terletak di atas akan membawa pengguna kepada kalkulator

penukaran sementara satu lagi butang yang berada di bawahnya akan membawa

pengguna kepada nota ringkas apabila ditekan.

Tajuk Aplikasi

Imej
Ikon1
Fungsi Ikon 1

Imej
Ikon 2
Fungsi Ikon 2

Rajah 4.6 Antaramuka halaman utama


55

4.4.1.2 Halaman Kalkulator Penukaran

Rajah 4.7 menunjukkan reka bentuk antara muka halaman bagi kalkulator penukaran.

Penyelidik meyediakan butang anak panah bagi pengguna kembali ke halaman utama

di atas sekali bersebelahan dengan tajuk halaman.

Di halaman ini, terdapat satu kotak kosong yang mana disediakan untuk

pengguna memasukkan teks bagi penukaran. Di bawah kotak kosong ini, terdapat

butang SEMAK yang apabila ditekan, maka paparan keputusan penukaran kepada

perpuluhan dan perduaan akan keluar di bawah.

Ikon Anak Nama paparan


Panah

Masukkan Paparan

SEMAK

Keputusan

AKSARA PERPULUHAN PERDUAAN

Rajah 4.7 Antara muka kalkulator penukaran


56

4.4.1.3 Halaman Nota Ringkas

Rajah 4.8 menunjukkan halaman nota ringkas aplikasi JomKira yang akan dibangunkan.

Seperti halaman Kalkulator Penukaran, halaman ini juga terdapat anak panah yang

berfungsi sebagai butang kembali yang akan membawa pengguna kepada halaman

utama. Di bawah sekali, terdapat 7 ikon butang yang mana 4 daripadanya akan

membawa pengguna kepada nota ringkas perduaan, perlapanan, perpuluhan dan

perenambelasan manakala 3 lagi butang akan menghubungkan pengguna kepada video

yang telah dipautkan ke Youtube.

Ikon Anak Nama paparan


Panah

Jadual ASCII

Nota Nota Nota Nota


Perduaan Perlapanan Perpuluhan Perenambelasan
Video:

2 8 16

Rajah 4.8 Antara muka nota ringkas


57

4.5 Spesifikasi Keperluan Sistem

Spesifikasi keperluan sistem menjelaskan keperluan yang diperlukan untuk

mengoperasikan sistem ini. Sistem ini menggunakan platform Android sebagai sistem

operasi telefon pintar.

4.5.1 Keperluan Fungsian

Keperluan fungsian menjelaskan bagaimana fungsi dapat membantu pengguna untuk

menyelesaikan masalah mereka dalam penukaran nombor. Berikut merupakan fungsi-

fungsi yang terdapat dalam aplikasi:

i. Aplikasi ini membenarkan pengguna memasukkan teks untuk penukaran

kepada nilai perpuluhan dan perduaan.

ii. Pengguna boleh mengakses video berkaitan penukaran nombor melalui

butang pautan yang telah disediakan di halaman nota ringkas.

iii. Pengguna juga boleh mengakses nota ringkas dalam bentuk teks melalui

butang nota yang disediakan di halaman nota ringkas.


58

4.5.2 Keperluan Bukan Fungsian

Keperluan bukan fungsian menerangkan kekangan ke atas sistem yang menyebabkan

pilihan kita dalam membangunkan penyelesaian terhadap masalah dihadkan. Aplikasi

JomKira dikehendaki mempunyai aspek lain seperti kebolehgunaan, kecekapan dan

penyelenggaraan aplikasi.

i. Kebolehgunaan (Usability)

Rekabentuk antara muka yang digunakan dalam membangunkan Aplikasi JomKira

berasaskan platform Android seharusnya ringkas dan mudah difahami oleh pengguna

agar pengguna merasakan ianya mesra pengguna. Selain itu, aplikasi ini seharusnya

dapat berfungsi dengan baik dengan segala fungsi dapat digunakan dengan baik oleh

pengguna.

ii. Kecekapan (Performance)

Aplikasi ini seharusnya tidak ada masalah dalam kecekapan. Contohnya, apabila

pengguna memasukkan teks untuk penukaran nombor, setelah butang ‘SEMAK’

ditekan maka secara automatik paparan jawapan akan keluar. Masa yang diambil untuk

pemprosesan data iaitu kalkulator penukaran nombor mestilah pendek bagi

mengelakkan kitaran operasi Android dan aplikasi yang lain terganggu.


59

iii. Penyelenggaraan (Maintainability)

Penyelenggaraan adalah usaha untuk mengesan dan membetulkan keralatan atau

kesalahan yang wujud dalam aplikasi seperti kesilapan pengaturcaraan dan sebagainya.

Oleh itu, aplikasi yang dibangunkan ini mestilah difahami oleh pengaturcara

penyelenggaraan agar dapat mengubahsuai atau menyelenggara aplikasi dengan baik

mengikut kehendak pengguna pada masa akan datang.

4.6 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini menerangkan tentang spesifikasi yang diperlukan dalam proses

pembangunan aplikasi JomKira serta rekabentuk yang digunakan. Kajian yang telah

dilakukan dalam bab ini sememangnya harus dipraktikkan dalam proses

membangunkan sesebuah aplikasi mudah alih yang baik kerana memerlukan

perancangan yang rapi. Selain itu, gerak kerja yang teratur penting dalam proses

pembangunan aplikasi ini bagi memastikannya siap mengikut masa yang telah

dirancang.
BAB 5

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN PRODUK

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang fasa implementasi dan pengujian aplikasi

JomKira yang telah dibangunkan. Implementasi adalah pengujian pelaksanaan program

yang dirancang dengan teliti melalui prosedur dan prosedur pelaksanaan untuk

mencapai matlamat tertentu (Fidan, Choirul & Agung, 2015). Dalam kata lain,

implimentasi adalah proses menguji atau melaksanakan setiap rekabentu dalam aplikasi
61

bagi memastikan setiap fungsi aplikasi yang dibangunkan dapat beroperasi seperti yang

dirancang dengan baik.

Penyelidik menggunakan bahasa pengaturcaraan Java dalam pembangunan

aplikasi JomKira. Kod atur pangkalan data boleh dilihat pada Lampiran D. Fasa

pengujian melibatkan pengujian bukan fungsian untuk memastikan aplikasi berfungsi

dengan betul dan mempunyai tahap integrity yang tinggi dalam memenuhi permintaan

pengguna. Selain itu, dalam bab ini juga, penyelidik akan memaparkan paparan antara

muka Aplikasi JomKira yang telah dibangunkan. Proses pengujian dilaksanakan

sehingga satu hasil sistem yang memuaskan pengguna dapat dibangunkan.

5.2 Implimentasi Antaramuka Aplikasi

Antaramuka berperanan penting dalam pembangunan sesebuah aplikasi kerana melalui

paparan antaramuka, pengguna boleh menilai aplikasi tersebut sama ada mesra

pengguna ataupun tidak. Rekabentuk yang mesra pengguna, mudah difahami, interaktif

serta mempunyai navigasi yang mudah difahami merupakan daya tarikan kepada

pengguna tidak kira usia. Aplikasi JomKira berkonsepkan paparan antaramuka yang

ringkas namun cukup dengan fungsi yang sepatutnya diperlukan oleh pengguna.
62

Selain itu, penggunaan warna turut memainkan peranan penting. Aplikasi

JomKira adalah berasaskan warna yang lembut. Tujuan penggunaan warna ini adalah

untuk memberi ketenangan kepada pengguna sebaik membuka aplikasi ini.

5.2.1 Antaramuka Halaman Utama Aplikasi

Rajah 5.1 Antara muka halaman utama

Rajah 5.1 menunjukkan halaman utama bagi Aplikasi JomKira yang telah dibangunkan

oleh penyelidik setelah mengambil kira ciri dan kebolehgunaan. Terdapat dua fungsi

aplikasi ini iaitu kalkulator penukaran nombor dan juga nota ringkas seperti yang

dicadangkan oleh responden sewaktu soal selidik awal diedarkan. Terdapat dua butang

yang boleh ditekan oleh pengguna pada halaman utama aplikasi iaitu butang Kalkulator

Penukaran dan butang Nota Ringkas. Apabila pengguna menekan butang Kalkulator
63

Penukaran, pengguna akan dibawa ke paparan lain yang mengandungi kalkulator.

Begitu juga dengan Nota Ringkas, apabila pengguna menekan butang Nota Ringkas,

maka pengguna akan dibawa ke paparan lain yang memaparkan nota.

5.2.2 Antaramuka Halaman Kalkulator Penukaran

Rajah 5.2 Antaramuka halaman kalkulator penukaran

Seperti yang dapat dilihat di dalam Rajah 5.2, pada halaman ini, penyelidik telah

menyediakan ruangan kosong di atas sekali untuk pengguna memasukkan teks yang

ingin ditukarkan. Teks boleh terdiri daripada abjad, nombor dan simbol. Kemudiannya,

setelah pengguna memasukkan teks, terdapat butang ‘SEMAK’ yang boleh ditekan

oleh pengguna untuk mendapatkan jawapan penukaran bagi teks yang telah
64

dimasukkan. Teks yang dimasukkan akan ditukarkan kepada nombor perpuluhan dan

nombor perduaan.

5.2.3 Antaramuka halaman Nota Ringkas

Rajah 5.3 Antaramuka halaman nota ringkas

Halaman nota memaparkan jadual kod ASCII untuk kemudahan pelajar merujuk dan

menyemak penukaran nombor yang dilakukan setelah menggunakan kalkulator

penukaran. Terdapat juga ringkasan fungsi kod ASCII dan nota yang dipelbagaikan

dalam bentuk bacaan serta video. Pengguna boleh menekan butang nota yang

mengandungi nombor tersebut untuk dihubungkan ke halaman nota yang telah


65

disediakan dan juga sekiranya pengguna menekan butang di bawah sekali, pengguna

akan dihubungkan ke video yang disediakan oleh penyelidik di Youtube.

5.2.3.1 Antaramuka halaman Nota Ringkas (Perduaan, Perpuluhan, Perlapanan

dan Perenambelasan)

Rajah 5.4 Antaramuka halaman Rajah 5.5 Antaramuka halaman


nota perduaan nota perlapanan
66

Rajah 5.6 Antaramuka halaman


nota perpuluhan

Rajah 5.7 Antaramuka halaman


nota perenambelasan
67

Rajah 5.4 menunjukkan paparan bagi nota perduaan. Penyelidik menyediakan nota cara

penukaran nombor perduaan kepada perpuluhan dan perpuluhan kepada perduaan. Bagi

rajah 5.5 pula, pengguna boleh melihat cara penukaran nombor perlapanan kepada

perpuluhan dan nombor perpuluhan kepada perlapanan.

Seterusnya, rajah 5.6 hanya menunjukkan ringkasan nota bagi nombor

perpuluhan. Akhir sekali, bagi rajah 5.7, pengguna boleh melihat perbezaan digit

perenambelasan dengan digit perpuluhan. Penyelidik turut memasukkan cara

penukaran nombor perpuluhan kepada perenambelasan serta cara penukaran nombor

pernenambelasan kepada perpuluhan.

Bermula rajah 5.4 sehingga rajah 5.7, dapat dilihat bahawa setiap halaman

mempunya butang ‘Home’ di atas sekali yang dilabelkan dengan Menu Utama. Butang

ini akan membawa pengguna ke halaman utaman apabila ditekan. Kemudian, di bawah

sekali pada setiap halaman yang ditunjukkan, terdapat butang ‘KEMBALI’ yang

apabila ditekan, akan membawa pengguna ke halaman sebelumnya iaitu halaman nota

ringkas.

5.3 Pelaksanaan Butang Imej Ikon Aplikasi

Bagi memudahkan proses Aplikasi JomKira, imej ikon memainkan peranan penting

untuk memudahkan proses penilaian oleh pengguna. Komponen imej ikon digunakan
68

adalah bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menunjukkan perbezaan

antara imej biasa dan butang. Jadual 5.1 menunjukkan senarai jenis imej ikon yang

terdapat dalam aplikasi JomKira.

Jadual 5.1 Senarai butang imej ikon yang digunakan

Butang Imej Ikon Fungsian Nama Butang Fungsi

Membawa pengguna

Kalkulator ke halaman

Penukaran Kalkulator Penukaran

Membawa pengguna

Nota Ringkas ke halaman Nota

Ringkas

Membawa pengguna

Anak Panah kembali kembali ke paparan

utama kembali

Membawa pengguna

Home dari paparan nota

perduaan, perlapanan,

perpuluhan dan

perenambelasan ke

paparan utama.
69

Membawa pengguna

Nota Perduaan ke halaman Nota

Ringkas Perduaan

Membawa pengguna

Nota Perlapanan ke halaman Nota

Ringkas Perlapanan

Membawa pengguna

Nota Perpuluhan ke halaman Nota

Ringkas Perpuluhan

Membawa pengguna

Nota ke halaman Nota

Perenambelasan Ringkas

Perenambelasan

Membawa pengguna

Perduaan ke video perduaan

yang telah dipautkan

di Youtube

Membawa pengguna

Perlapanan ke video perlapanan

yang telah dipautkan

di Youtube

Membawa pengguna

Perenambelasan ke video

perenambelasan yang
70

telah dipautkan di

Youtube

Membenarkan

KEMBALI Butang kembali pengguna kembali ke

paparan yang

sebelumnya

Membenarkan
SEMAK Butang Semak pengguna menyemak

jawapan bagi teks

yang telah

dimasukkan

5.4 Pengujian Aplikasi oleh pengguna

Pengujian aplikasi merupakan salah satu langkah penting dalam membangunkan satu

aplikasi yang bermutu tinggi dan berkualiti. Fasa pengujian ini bertujuan untuk menguji

kebolehgunaan aplikasi dan memastikan semua fungsi dapat berjalan dengan baik dan

lancar. Pada peringkat awal, penyelidik menguji aplikasi untuk mengesan ralat yang

wujud dan memperbaikinya sebelum dimuat turun oleh pengguna.


71

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang pelajar sekolah menengah

yang mengambil subjek Asas Sains Komputer (Lampiran B). Tujuan soal selidik

diedarkan adalah bagi mengenal pasti sama ada aplikasi yang dibangunkan memenuhi

ciri dan keperluan pengguna ataupun tidak. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik

tersebut iaitu Latar Belakang Responden (Bahagian A) dan Persepsi pengguna terhadap

aplikasi JomKira (Bahagian B).

Rajah 5.8 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian A

Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, penyelidik telah mendapati seramai 50% (10

orang) responden adalah lelaki dan 50% (10 orang responden) adalah perempuan.
72

5.4.1 Analisis data responden bagi paparan antamuka aplikasi JomKira

(A) Paparan Antaramuka Aplikasi


14
12 12
12
Bilangan Responden

10 10 10 10
10 9 9
8 8 8 8
8

4
2 2
2 1 1
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0
Paparan Warna latar Susun atur nota Ikon yang Maklumat yang Teks dapat
antaramuka yang digunakan kemas dan digunakan disediakan dibaca dengan
teratur dan adalah teratur. adalah menarik. mudah baik.
konsisten. bersesuaian. difahami.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Rajah 5.9 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian B (A)

Daripada pemerhatian Rajah 5.9, bagi item soal selidik yang pertama iaitu paparan

antaramuka teratur dan konsisten, majoriti responden iaitu seramai 18 orang bersetuju

dengan pernyataan tersebut manakala 2 orang memilih tidak pasti.

Seterusnya, bagi item kedua, 10 orang, iaitu 50% daripada responden telah

memilih sangat setuju bahawa warna latar yang digunakan adalah bersesuaian dengan

aplikasi manakala 9 daripadanya memilih setuju bahawa warna latar yang digunakan

adalah bersesuaian. Namun begitu, terdapat 1 orang responden yang memberi respon

tidak setuju bahawa warna latar yang digunakan adalah sesuai dengan aplikasi. Hal ini

mungkin disebabkan responden tidak suka akan warna yang cerah dan lembut.
73

Bagi item ketiga pula, kesemua responden iaitu 100% bersetuju bahawa susun

atur nota dalam keadaan kemas dan teratur. Hal ini membuktikan bahawa nota ringkas

yang dimasukkan penyelidik ke dalam aplikasi adalah sesuai dan kemas susun aturnya

serta tidak berserabut.

Selain itu, bagi item yang keempat, hanya 1 orang sahaja daripada responden

yang memilih tidak pasti sama ada ikon yang digunakan menarik ataupun tidak. Bagi

item kelima, 12 orang memilih bersetuju bahawa maklumat yang disediakan mudah

difahami dan 8 daripada responden memilih sangat bersetuju bahawa maklumat yang

disediakan mudah difahami. Ini membuktikan bahawa nota ringkas yang diselitkan

dalam aplikasi ini berjaya menarik minat pengguna untuk memahaminya.

Akhir sekali, keterbacaan teks. 60% responden bersetuju bahawa teks dapat

dibaca dengan baik sementara 8 orang responden pula memilih tidak pasti sama ada

teks dapat dibaca dengan baik. Hal ini mungkin kerana faktor saiz skrin telefon yang

berbeza menyebabkan teks dilihat dalam saiz yang berbeza pada paparan pengguna.
74

5.4.2 Analisis data responden bagi kefungsian aplikasi JomKira

(B) Kefungsian Aplikasi


12
Bilangan Responden

10
8
6 11 11
9 10 9 10 10
4 7 8 7 7
2 0 1 3 0 1 1 0 1 0 0 1 4 4 0 1 1 0 1 2
0
Menu Utama Butang bagi Setiap pautan Saya boleh Paparan Aplikasi ini
berfungsi setiap paparan yang memasukkan jawapan mesra
dengan baik. berfungsi dihubungkan teks untuk penukaran pengguna.
dengan baik. berfungsi penukaran. nombor mudah
dengan baik. dilihat.
Fungsi

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Rajah 5.10 Analisis soal selidik pengujian aplikasi Bahagian B (B)

Bagi dapatan Kefungsian Aplikasi (B), terdapat 1 orang responden memilih tidak

bersetuju dan 3 orang memilih tidak pasti bahawa menu utama berfungsi dengan baik

menyebabkan peratusan berkurang kepada 80% sahaja yang bersetuju dengan

kenyataan tersebut. Seterusnya, bagi item butang bagi setiap paparan berfungsi dengan

baik, majoriti iaitu seramai 10 orang memilih setuju, 8 memilih sangat setuju dan bagi

tidak setuju serta tidak pasti, masing-masing mendapat satu undian.

Bagi item ketiga yang disoal iaitu setiap pautan yang dihubungkan dengan baik,

majority seramai 10 orang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju bahawa butang

tersebut berfungsi dengan baik sementara 9 orang memilih setuju dan 1 orang memilih

tidak setuju. bagi item keempat, majoriti boleh memasukkan teks dengan baik di dalam

kotak yang disediakan.


75

Seterusnya, bagi item kelima pula, 11 orang memilih sangat setuju bahawa

paparan jawapan bagi paparan nombor mudah dilihat. 7 orang memilih setuju manakala

terdapat 2 orang tidak pasti dan 1 orang tidak setuju bahawa paparan jawapan bagi

penukaran nombor mudah dilihat.

Akhir sekali, bagi item mesra pengguna, 10 orang responden sangat bersetuju

bahawa aplikasi ini mesra pengguna sementara 7 orang memilih setuju. Walau

bagaimanapun, terdapat juga 2 orang yang memilih tidak pasti dan 1 orang tidak

bersetuju bahawa aplikasi ini mesra pengguna.

5.5 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, fasa implementasi dan pengujian merupakan proses yang

penting dalam pembangunan aplikasi kerana dengan adanya fasa ini maka penyelidik

dapat mengenal pasti kekurangan dan kelebihan aplikasi yang dibangunkan. Dalam bab

ini juga penyelidik telah memasukkan paparan antaramuka aplikasi yang dibangunkan.

Selain itu, proses pengekodan bahasa pengaturcaraan yang tepat juga penting kerana

ketepatan pengekodan menghasilkan output aplikasi yang memenuhi objektif kajian

penyelidik.
BAB 6

RUMUSAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik merumuskan keseluruhan projek yang dibangunkan iaitu

pembangunan aplikasi JomKira. Penyelidik turut membincangkan kelebihan dan

kekurangan aplikasi untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan serta kefungsian

aplikasi. Selain itu, penyelidik turut memasukkan cadangan penambahbaikan aplikasi

untuk diperbaiki bagi mengembangkan lagi fungsi aplikasi JomKira ini pada masa akan

datang.
77

6.2 Hasil Kajian

Pembangunan aplikasi JomKira ini bertujuan untuk membantu para pelajar di sekolah

mengulang kaji pelajaran. Fokus aplikasi ini adalah topik Perwakilan Data sahaja atau

lebih spesifik penukaran nombor perduaan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada

perduaan, perlapanan kepada perpuluhan, perpuluhan kepada perlapanan,

perenambelasan kepada perpuluhan dan perpuluhan kepada perenambelasan.

Setelah menganalisis hasil soal selidik, penyelidik mendapati bahawa objektif

kajian ataupun objektif pembangunan aplikasi JomKira ini telah tercapai berdasarkan

apa yang dikemukakan dari awal fasa perancangan. Aplikasi JomKira ini bukan sahaja

membantu pelajar untuk mengulang kaji malah memberikan kelainan kepada mereka

untuk belajar walaupun berada di luar rumah.

Objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk mengenalpasti

keperluan dan reka bentuk aplikasi JomKira. Objektif ini berjaya dicapai oleh

penyelidik melalui borang soal selidik awal yang diagihkan kepada pelajar sekolah

menengah yang mengambil subjek Asas Sain Komputer.

Seterusnya, objektif kedua yang telah dicapai oleh penyelidik adalah

membangunkan aplikasi berdasarkan ciri dan reka bentuk yang dikenal pasti. Aplikasi

ini membolehkan pengguna memasukkan data. Fungsi ini dibuat oleh pengguna melalui

fungsi kalkulator penukaran yang disediakan.


78

Akhir sekali, aplikasi ini turut mencapai objektif ketiga iaitu mnguji

kebolehgunaan aplikasi kepada pengguna yang berkaitan. Objektif ini telah tercapai

melalui implementasi ke atas pelajar sekolah menengah yang berkaitan.

6.3 Kelebihan Aplikasi JomKira

Aplikasi JomKira telah diimplimentasikan dan diuji sepenuhnya kepada pengguna bagi

melihat kebolehgunaan aplikasi yang dibina. Melalui proses penilaian yang telah

dilakukan melalui borang soal selidik, kelebihan dan kelemahan aplikasi dapat

diketahui. Antara kelebihan aplikasi JomKira adalah seperti berikut:

i- Antara muka mesra pengguna

Aplikasi ini menyediakan antara muka yang ringkas, kemas dan menarik. Hal ini

dikuatkan lagi apabila melalui borang soal selidik yang diedarkan, majoriti pengguna

menyatakan bahawa aplikasi ini mesra pengguna. Paparan maklumat seperti nota

ringkas yang disediakan teratur dan sistematik. Selain itu, penggunaan warna teks, saiz

dan font teks yang digunakan turut memainkan peranan menarik perhatian pengguna.

Warna yang lembut dan ceria kelihatan tidak bosan apabila dipandang. Di halaman

utama aplikasi, terdapat dua ikon yang berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota

ringkas.
79

ii- Menjimatkan kos

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma sahaja dan tidak memerlukan bayaran. Ianya

boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan

terus boleh menggunakannya.

iii- Menjimatkan masa

Di samping menjimatkan kos, aplikasi ini turut menjimatkan masa pengguna kerana

terdapat pelbagai fungsi yang boleh diperoleh oleh pengguna melalui satu aplikasi

sahaja. Tidak seperti aplikasi lain, aplikasi ini menyediakan kalkulator, video dan nota

dalam satu aplikasi.

6.4 Kelemahan Aplikasi JomKira

Walaupun aplikasi ini berjaya dibangunkan dan pengguna berpuas hati, namun terdapat

beberapa kelemahan aplikasi ini yang perlu ditambah baik.


80

i- Sistem Pengoperasian

Aplikasi ini terhad kepada pengguna Android sahaja dan tidak boleh diakses oleh

pengguna iOS.

ii- Fungsi Aplikasi yang terhad

Aplikasi ini kekurangan fungsi penilaian. Walaupun sudah dilengkapi dengan nota

ringkas namun penilaian seperti kuiz dan soalan tidak disediakan bagi pelajar menguji

kefahaman mereka. Jika dibandingkan dengan aplikasi sedia ada di pasaran, aplikasi

JomKira mendahului aplikasi lain kerana menyediakan nota namun nota yang

disediakan masih tidak mencukupi dan perlu ditambah baik lagi dengan memberikan

lebih banyak contoh penukaran.

iii- Kekangan masa

Aplikasi ini sepatutnya boleh ditambah baik lagi namun disebabkan kekangan masa

untuk membangunkannya, fungsi aplikasi terhad kepada kalkulator penukaran dan nota

ringkas sahaja.
81

iv- Kekangan Perisian

Perisian yang digunakan untuk membangunkan aplikasi mudah alih mempunyai

keterbatasan fungsi. Pada masa yang sama, penyelidik perlu lebih masa untuk meneroka

perisian ini memandangkan masa yang diperuntukkan pendek sahaja untuk menyiapkan

aplikasi.

6.5 Cadangan penambahbaikan aplikasi

Walaupun aplikasi ini boleh dikategorikan sebagai aplikasi yang berjaya namun, masih

ada lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya:

6.5.1 Penambahan bahasa

Aplikasi ini dibangunkan dalam Bahasa Melayu kerana selaras dengan penggunaan

Bahasa Melayu dalam buku teks ASK. Namun, bagi mengembangkan lagi potensi

aplikasi ini, penambahan bahasa seperti Bahasa Inggeris perlu dilakukan pada masa

akan datang. Justeru, skop pengguna juga dapat diluaskan. Bukan sahaja rakyat

Malaysia yang memahami Bahasa Melayu boleh menggunakannya malah boleh diakses

oleh pengguna luar negara juga yang berminat atau mengambil subjek berkaitan.
82

6.5.2 Penambahan fungsi

Memandangkan aplikasi yang dibina ini hanyalah berasaskan DSKP bagi topik

Perwakilan Data, justeru nota ringkas yang disediakan hanyalah terhad kepada topik itu

sahaja. Pada masa akan datang, aplikasi ini mungkin boleh ditambah nilai dengan

menambah nota bagi topik lain pula. Pada masa yang sama, nota yang sedia ada juga

perlu ditambah baik dengan mamsukkan banyak lagi contoh dan cara penyampaian nota

juga perlu dibaiki agar lebih menarik dan mudah difahami serta jelas kepada pengguna.

6.6 Kesimpulan

Meniti arus kemodenan, teknologi kini kian berkembang pesat. Aplikasi JomKira telah

berjaya dibangunkan oleh penyelidik dalam satu semester. Aplikasi ini berjaya

mencapai objektif yang diutarakan pada awal penulisan. Pembangunan aplikasi

ternyata bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan masa yang banyak dan perlu

tenang agar pengekodan dapat dibuat dengan baik.

Selain itu, metodologi yang sesuai juga perlulah dikenal pasti dengan membuat

perbandingan antara model yang ada dan memilih yang terbaik. Seterusnya, setelah

memilih model bagi metodologi, fasa-fasa dalam model tersebut perlulah diikuti secara

tertib agar aplikasi yang dibangunkan lancar. Sudah menjadi adat dalam kehidupan
83

bahawa sesuatu itu pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Begitu juga dengan

aplikasi yang dibina ini. Cadangan dan penambahbaikan telah diutarakan dalam bab ini

agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.


RUJUKAN

Abu Rahum. (2015). „Pengelolaan Alokasi Dana Desa (Add) Dalam Pembangunan
Fisik Desa Krayan Makmur Kecamatan Long Ikis Kabupaten Paser.‟ eJournal
Ilmu Pemerintahan, 3(4): 1523-1636.

Ade Oktarino. (2015). Perancangan Sistem Nformasi Rekam Medis Pasien Pada
Klinik Bersalin Kasih Ibu Menggunakan Metode Waterfall. Scientia Journal:
3(4), 239-247.

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff & Ammar Badruddin Romli. (2018).


Kebolehgunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Bagi Kursus Sains,
Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (M-Istech) Di Politeknik Malaysia.
Malaysian Online Journal of Education, 2(1): 18-28.

Alfa Satyaputra & Eva Maulina Aritonang. (2016). Let`s Build Your Android Apps
with Android Studio. Jakarta: Percetakan PT Gramedia, hlm.1-10.

Alfiyanto Pramuaji & Muhammad Munir. (2017). Pengembangan Media


Pembelajaran Interaktif Pada Materi Pengenalan Corel Draw Sebagai Sarana
Pembelajaran Desain Grafis Di Smk Muhammadiyah 2 Klaten Utara. Elinvo
(Electronics, Informatics, and Vocational Education), 2(2), 183-189, dec.
2017. ISSN 2477-2399. Diakses melalui
https://journal.uny.ac.id/index.php/elinvo/article/view/17312/10081 pada 29
April 2019. Doi: https://doi.org/10.21831/elinvo.v2i2.17312.

Aliff, Isa & Surina. (2014). „Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)
Dalam Bidang Pendidikan Islam.‟ Online Journal of Islamic Education: 2(2),
diakses melalui https://ojie.um.edu.my/article/view/5470/3242 pada 25 April
2019.

American Graphics Institute. (2018). What is Photoshop? Diakses melalui


https://www.agitraining.com/adobe/photoshop/classes/what-is-photoshop pada
27 April 2019.

Andi Juansyah. (2015). Pembangunan Aplikasi Child Tracker berbasis Assisted –


Global Positioning System (A-Gps) dengan platform Android. Jurnal Ilmiah
Komputer dan Informatika (KOMPUTA): 1(1), ISSN : 2089-9033.

Andika, Gusti & A.A.K. Agung. (2015). Aplikasi M-Learningberbasis Windows


Phoneuntuk Jurusan Teknologi Informasi. Jurnal Ilmiah Merpati (Menara
Penelitian Akademika Teknologi Informasi): 3(2). ISSN 2252-3006. Diakses
melalui https://ojs.unud.ac.id/index.php/merpati/article/view/17802 pada 28
April 2019.
Anggi Oktaviani, Dahlia Sarkawi & Agus Priadi. (2018). Perancangan Aplikasi
Penjualan Dengan Metode Waterfall Pada Koperasi Karyawan Rsud Pasar
Rebo. Jurnal PETIR: 11(1), 9-24.

Asfi Manzilati. (2017). Metodologi Penelitian Kualitatif: Paradigma, Metode, dan


Aplikasi. Indonesia: Universitas Brawijaya Press (UB Press), hlm. 7.

Base Converter. (2017). Dimuat turun dari Google Play melalui


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.universapp.baseconverter&
hl=en pada 25 Mac 2019.

Binary Hex Converter. (2015). Dimuat turun dari Google Play melalui
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.deve.binaryhexconverter&
hl=en pada 25 Mac 2019.

Effi Shaharudin. (2018). Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini 21.5% Tetapi Pie
Masih Tidak Kelihatan. Diakses melalui https://amanz.my/2018183558/ pada
28 April 2019.

Fidan Safira, Choirul Saleh & Agung Suprapto. (2015). Implementasi Program
Perpuseru Dalam Upaya Meningkatkan Pelayanan Perpustakaan. Jurnal
Administrasi Publik (JAP), 3(5), hlm. 770-774.

Hamidah, Siti Salina & Farrah Dina. (2004). Peranan Ibu Bapa dan Guru dalarn
Mernbantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik.
Diakses melalui
https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/33193995/A4_-_2004_-
_Peranan_Ibu_Bapa_dan_Guru_dalarn_Mernbantu_Pelajar-
pelajar.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=15
56188174&Signature=5AHQfmtYo6L25QVajpsBnQv0Z1I%3D&response-
content-
disposition=inline%3B%20filename%3DMasalah_Pendidikan_Jilid_27_75_P
eranan_I.pdf pada 25 April 2019.

Helyawati Baharudin, Shakirah Mohd Sofi & Farhana Abdullah Asuhaimi. (2018).
Cabaran Dan Isu Dalam Penawaran Subjek Sains Komputer Di Sekolah
Menengah. 5th International Research Management & Innovation Conference
(5 Th Irmic 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. (2018). ‘Soalan Lazim: Apakah Maklumat Asas
Mata Pelajaran Asas Sains Komputer (ASK).’ Diperoleh daripada
http://jpnkedah.moe.gov.my/index.php/soalan-lazim/70-sektor-pengurusan
akademik/431-apakah-maklumat-asas-mata-pelajaran-asas-sains-komputer-ask

Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz. (2011). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Lotz, M. (2018). Waterfall vs. Agile: Which is the Right Development Methodology
for Your Project? Diakses melalui https://www.seguetech.com/waterfall-vs-
agile-methodology/ pada 25 April 2019.

M. Hilmi Masruri & Java Creativity. (2015). Buku Pintar Android. Jakarta: Penerbit
PT Elex Media Komputindo, hlm. 1-17.

Mahizer Hamzah. (2006). M-Pembelajaran: Era Baru dalam Pembelajaran . Prosiding


Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, hlm. 150 – 155.
Johor Bahru: Fakulti Pendidikan, UTM.

Nadia Firly. (2018). Create Your Own Android Application. Jakarta: Percetakan PT
Gramedia.

Nor Sakinah Embong & Rodziah Latih. (2018). Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih
Kursus Bahasa Pengaturcaraan (m-Java). Diakses melalui
http://www.ftsm.ukm.my/pdf/technicalreport/PTA-FTSM-2018-004.pdf pada
26 April 2019.

Noraini Omar & Mohd Aderi Che Noh. (2014). Kepelbagaian Elemen Budaya
Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu Dan Kepentingan. The Online
Journal Of Islamic Education, v.3, special Issue Of Icied2014, hlm. 1-11.
ISSN 2289-3016. Diakses melalui https://ojie.um.edu.my/article/view/5285
pada 20 Jun 2019.

Norliza A. Rahim. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan


Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Tesis Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Norzihana Ariffin. (2004). Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer


(PBK) Bertajuk “The Living Things and Non-Living Things” bagi mata
pelajaran Sains Pra-Sekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Biologi) Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Number Converter. (2015). Dimuat turun dari Google Play melalui


https://play.google.com/store/apps/details?id=net.ir.numberconverter&hl=en
pada 25 Mac 2019.

Nurhidayah, D. (2016). Pengaruh Motivasi Berprestasi Dan Gaya Belajar Terhadap


Prestasi Belajar Siswa Pada Mata Pelajaran Matematika Smp. Jurnal Dimensi
Pendidikan dan Pembelajaran, 3(2), 13-24.
doi:http://dx.doi.org/10.2426/dpp.v3i2.83

Nurul Farehanar Che Mat. (2018). Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Medicine
Alert. Tesis Penyelidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi
Maklumat Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Rani Susanto & Anna Dara Andriana. (2016). Perbandingan Model Waterfall Dan
Prototyping Untuk Pengembangan Sistem Informasi. Majalah Ilmiah
UNIKOM: 14(1), 41-46.
Raphael, JR. (2019). Android versions: A living history from 1.0 to Q. Diakses
melalui https://www.computerworld.com/article/3235946/android-versions-a-
living-history-from-1-0-to-today.html pada 26 Mei 2019.

Rosni Zamuddin Shah Hj Sidek & Azreen Binti Anoar. (2007). Pembinaan Perisian
Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) Basic Autocad 2007 (2D) Bagi
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Diakses melalui
http://eprints.utm.my/id/eprint/11330/1/Pembinaan_Perisian_Pembelajaran_B
erbantu_Komputer__PBK__Basic_Autocad_2007__2D__Bagi_Mata_Pelajara
n_Lukisan_Kejuruteraan_Berbantu_Komputer.pdf pada 19 Jun 2019.

Sheila Claudy Riady, Steven Sentinuwo & Stanley Karouw. (2016). Rancang Bangun
Aplikasi Mobile Learning Anak Sekolah Minggu dengan Teknologi
Augmented Reality Berbasis Android. eJurnal Teknik Informatika: 9(1).
Diakses melalui
https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/informatika/article/view/14807/14375
pada 28 April 2019.

Sigit. (2018). Manajemen Proyek: Waterfall atau Agile? Mana lebih baik?. Diakses
melalui https://medium.com/skyshidigital/manajemen-proyek-waterfall-atau-
agile-mana-lebih-baik-b92901f88159 pada 14 April 2019.

Tim EMS. (2015). Pemograman Android dalam Sehari. Jakarta: PT Gramedia, hlm. 3.

Tim. (2018). Asal Usul Nama Makanan Penutup untuk Android. Diakses melalui
CNN Indonesia di pautan
https://www.cnnindonesia.com/teknologi/20180924144525-185-332734/asal-
usul-nama-makanan-penutup-untuk-android pada 14 Jun 2019.

Zulkifli Abdullah. (2017). Mata Pelajaran Asas Sains Komputer Memupuk


Kemahiran ICT Murid. Diakses melalui
https://www.stjohn.edu.my/v5/articles/general/116-asas-sanis-komputer-
memupuk-kemahiran-ict-murid pada 21 Mei 2019.
LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK (TINJAUAN AWAL)

Bahagian A

Bahagian B
Bahagian B
LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK PENGUJIAN APLIKASI

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih untuk topik Perwakilan Data; ‘JomKira’


LAMPIRAN C

CARTA GANTT
Minggu
Aktiviti Semester 2 sesi 2018/2019
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Fasa perancangan
Pemilihan tajuk
Mengenal pasti objektif
Mengenal pasti skop
Mengenal pasti masalah
Fasa Analisis
Mengenal pasti permintaan pengguna
Keperluan aplikasi
Keperluan pengguna terhadap aplikasi
Pembentangan proposal (3MT)
Fasa Rekabentuk
Mereka bentuk input
Mereka bentuk output
Mereka bentuk antaramuka
Fasa Pembangunan & Implementasi
Membina antaramuka
Membangunkan aplikasi
Pengujian aplikasi
Fasa Penyelenggaraan
Menambahbaik aplikasi
Pembentangan projek (5MT)
Menyiapkan laporan
LAMPIRAN D

KOD ATUR CARA PANGKALAN DATA (KALKULATOR PENUKARAN)

Paparan keseluruhan kod atur cara:

Anda mungkin juga menyukai