Anda di halaman 1dari 43

PEMBANGUNAN JACK HIDROLIK UNTUK

KEGUNAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI


AUTOMOTIF INDUSTRI KVSI .

MUHAMMAD IRFAN BIN ZAINI


MUHAMMAD AQMAL BIN DIHARNO
SAIDI SHAHIZLAN BIN SHAMSUDDIN

2023

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI


KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
PEMBANGUNAN JACK HIDROLIK UNTUK
KEGUNAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI
AUTOMOTIF INDUSTRI KVSI

Oleh

MUHAMMAD IRFAN BIN ZAINI


MUHAMMAD AQMAL BIN DIHARNO
SAIDI SHAHIZLAN BIN SHAMSUDDIN

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada


Kolej Vokasional Seri Iskandar Bagi Memenuhi Sebahagian
Daripada Keperluan Diploma Teknologi Pemesinan Industri

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI


SEPTEMBER 2023
PENGAKUAN PENULIS

“Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri
dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah
peraturan Kolej Vokasional. Laporan ini adalah asli berpandukan daripada
kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini masih belum dihasilkan
oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau
kelayakan.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya
melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya
akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan
bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah
peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1 : Muhammad Irfan Bin Zaini


Tandatangan : .....................................................
No Kad Pengenalan : 041229-08-0135

Nama Penulis 2 : Muhammad Aqmal Bin Diharno


Tandatangan : .....................................................
No Kad Pengenalan : 04

Nama Penulis 3 : Saidi Shahizlan Bin Shamsuddin


Tandatangan : .....................................................
No Kad Pengenalan : 04

Program : Teknologi Pemesinan Industri


Nama Kolej : Kolej Vokasional Seri Iskandar
Tajuk Projek : PEMBANGUNAN JACK HIDROLIK UNTUK
KEGUNAAN DALAM
BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF KVSI

Tarikh : ……………………………............
Penyelia Projek : En. Anif bin Hamzah

ii
Tandatangan : ....................................................

iii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan
segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat
dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan
penganugerahan Diploma Teknologi Pemesinan Industri.

Tandatangan : ……………………………………….
Nama : ……………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………………….
Tarikh : ……………………………………….

iv
PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada


Penyelia Projek saya, En. Anif Bin Hamzah yang telah banyak memberi
bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan
penuh kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi


sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan.
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang secara langsung atau
tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar,
nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.

Sekian

v
ABSTRAK

Bidang automotif menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis


kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem
transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan
kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif.
Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah
automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.Namun, permasalahan timbul
terutamanya dari aspek penukaran tayar dimana tayar yang bersaiz besar
hendaklah di angkat dari lokasi kenderaan ke lokasi penyimpanan apabila
proses amali dijalankan. Tayar bersaiz besar dan berat memerlukan pelajar
menggunakan tenaga dan masa yang banyak serta faktor keselamatan
pelajar semasa proses dijalankan bagi melaksanakan amali di bengkel. Oleh
yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti
masalah yang dialami pelajar semasa proses penukaran tayar dijalankan di
Kolej Vokasional selaras dengan perkembangan penggunaannya pada hari
ini. Prototaip dibangunkan menggunakan perisian Inventor, 3d Printer, Hasil
analisis terhadap prototaip yang dibina menunjukkan bahawa sekiranya
projek nyata dilaksanakan, projek ini dapat memudahkan pelajar dan guru
dan lebih selamat digunakan sewaktu pelajar melaksanakan sesi amali.
Adalah dijangkakan bahawa projek nyata dapat dilaksanakan bagi
merealisasikan konsep dan idea pada masa akan datang.

vi
ABSTRACT

The automotive field emphasizes skills in servicing motor vehicles (automotive)


including engine systems, chassis systems, transmission systems and others. The
students will also be equipped with management, supervision and pedagogy skills in
the automotive industry. After completing the course, students must be able to
maintain, formulate automotive problems and be able to teach in this field. However,
problems arise mainly from the aspect of changing tires where large tires must be
lifted from the vehicle location to the storage location when the practical process is
carried out. Large and heavy tires require students to use a lot of energy and time as
well as student safety factors during the process to carry out practical work in the
workshop. Therefore, the purpose of this study is to identify the problems
experienced by students during the tire changing process carried out at the
Vocational College in line with the development of its use today. The prototype was
developed using Inventor, 3d Printer software. The results of the analysis of the built
prototype show that if a real project is implemented, this project can make it easier
for students and teachers and safer to use when students carry out practical
sessions. It is expected that real projects can be implemented to realize concepts and
ideas in the future.

vii
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

Muka Dalam Laporan Projek i

Pengakuan Penulis ii

Perakuan Penyelia Projek (PP) iii

Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Isi Kandungan vii
Senarai Jadual ix
Senarai Rajah x

BAB 1 Pengenalan 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 2

1.4 Tujuan Dan Objektif Kajian 3

1.5 Skop Kajian 3

1.6 Kepentingan Kajian 4

1.7 Definisi Dan Istilah 4

1.7.1 Lathe Chuck Lifting Trolley 4

1.8 Rumusan 4

BAB 2 Kajian Literatur 5

2.1 Pengenalan 5

2.2 Model ADDIE 5

2.3 Ergonomik 7

viii
PERKARA MUKA
SURAT

ix
2.4 Jenis-jenis Bindu 10
2.5 Kren 11
2.6 Ciri-ciri Keselamatan 12
BAB 3 Metodologi 14
3.1 Pengenalan 14
3.2 Rekabentuk Projek 14
3.3 Senarai Bahan Dan Peralatan 16
3.4 Carta Alir Pembangunan Projek 16
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 19
3.6 Instrumen Kajian 20
3.7 Analisis Data 21
BAB 4 Dapatan Dan Analisis 22
4.1 Pengenalan 22
4.2 Analisis Rekabentuk 22
BAB 5 Perbincangan, Cadangan Dan Kesimpulan 26
5.1 Pengenalan 26
5.2 Ringkasan Projek 27
5.3 Perbincangan Penghasilan Prototaip 27
5.4 Implikasi Dapatan Projek 27
5.5 Cadangan Lanjutan 27
5.6 Rumusan 28
Rujukan 29

x
SENARAI JADUAL

3.1 Senarai bahan dan peralatan 16

xi
SENARAI RAJAH

2.1 Model ADDIE 16


2.2 Bindu Tiga Rahang 10
2.3 Bindu Empat Rahang 11
2.4 Contoh Gambar Engine Crane 11
2.5 Simbol Keselamatan 12
3.1 Rak Bindu 15
3.2 Troli Pengangkat Bindu 15
3.3 Carta Gantt 17
3.4 Carta Alir Ujian Pra dan Ujian Pos 19
4.1 Persediaan 3d Printer 23
4.2 Proses Membangunkan Prototaip 23
4.3 Prototaip Siap Dibangunkan 24
4.4 Prototaip Sebelum Dikemaskan dan Dibuat 24
Penambahbaikan
4.5 Prototaip Siap 25

xii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan di bengkel masih lagi berlaku
terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi
biasanya boleh mendatangkan kecederaan dan risiko kerosakan pada alatan dan
mesin.

Salah satu aspek yang paling utama ialah tayar kereta. Tayar kereta perlu
diganti apabila sampai masanya kerana tayar yang botak akan membahayakan
keselamatan terutamanya jika anda memandu dalam keadaan jalan raya yang basah
sama ada semasa hujan atau selepas hujan.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika sekolah, kolej atau sesuatu
institusi pelajaran mempunyai peralatan yang lengkap dan pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya
pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja,
terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan
keselamatan akan timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk
mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam
bengkel.
Projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan, mempercepatkan dan
mengurangkan risiko kemalangan semasa proses penukaran bindu. Selain itu , projek
yang dibangunkan ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan bindu. Seterusnya dapat
mengurangkan tenaga kerja dan dapat menjimatkan masa.

1
1.2 LATARBELAKANG KAJIAN

Bindu yang terdapat di bengkel pemesinan industi KVSI mempunyai beban yang berat,
ini menyukarkan seseorang untuk mengakat dan memasang bindu pada mesin larik.
Disebabkan oleh berat bindu, proses pemasangan akan menjadi sukar dan lambat.
Kekurangan kemudahan dibengkel pemesinan indusri KVSI telah menyukarkan
seseorang untuk mengunakan peralatan mesin larik. Hal ini telah menyebabkan proses
pembelajaran terutamanya proses kerja amali menjadi sukar. Selain itu, penyimpanan
bindu di dalam bengkel merupakan aspek penting dalam susun atur kawasan kerja. Di
Kolej Vokasional Seri Iskandar (KVSI) sendiri bindu diletakkan di dalam bengkel dan
rak yang sedia ada ini tidak efektif dan ruangnya adalah terhad.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pembangunan projek ini adalah untuk mengekang permasalahan-permasalahan yang


timbul terutamanya di dalam bengkel pemesinan industri. Oleh yang demikian dengan
pembangunan Lathe Chuck Lifting Trolley dan rak bindu ini, diharapkan ia dapat
memudahkan dan mempercepatkan proses penukaran bindu dan ianya lebih selamat
digunakan, seterusnya menjimatkan ruang penyimpanan serta mengurangkan tenaga
kerja dan masa ketika proses penukaran bindu dijalankan terutamanya oleh pelajar-
pelajar ketika amali dijalankan.

2
1.4 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk membantu dalam menyelesaikan masalah-
masalah yang timbul. Oleh itu, objektif bagi projek ini ialah seperti berikut:

a. Merekabentuk troli pengangkat bindu beserta rak bagi kegunaan di bengkel


pemesinan industri di Kolej Vokasional Seri Iskandar.
b. Menguji keberkesanan troli pengangkat bindu dari aspek kebolehgunaan.
c. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan troli pengangkat bindu dari aspek
penjimatan tenaga kerja.

1.5 SKOP KAJIAN

Perlaksanaan projek ini mempunyai limitasinya yang tersendiri. Berikut merupakan


skop kajian bagi pembangunan projek yang akan dilaksanakan:

a. Projek ini dibangunkan khusus untuk mengangkat bindu mesin larik iaitu
jenis bindu tiga rahang dan empat rahang.
b. Projek ini dihasilkan untuk kegunaan bengkel Teknologi Pemesinan Industri,
Kolej Vokasional Seri Iskandar sahaja.
c. Projek ini hanya mampu mengangkat berat dan saiz bindu yang terdapat di
bengkel Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional Seri Iskandar.
d. Saiz rak yang akan dibangun berukuran 90cm x 25cm x 73cm.
e. Saiz troli yang akan dibina berukuran 140cm x 46cm x 78cm.

3
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan projek yang dibangunkan adalah supaya ruang penyimpanan bindu akan
menjadi selamat, kemas dan teratur. Selain itu, kerja pemindahan bindu dari rak ke
mesin larik akan menjadi lebih selamat dan mudah. Akhir sekali, kerja-kerja
pemasangan bindu dapat dilakukan dengan selamat, cepat dan mudah.

1.7 DEFINISI DAN ISTILAH

1.7.1 Lathe Chuck Lifting Trolley

Lathe Chuck Lifting Trolley (LCLT) dalam kajian ini bermaksud troli pengangkat bindu.
Penjenamaan LCLT adalah disebabkan oleh keupayaannya mengangkat beban. LCLT
direka khas untuk mengangkat bindu dan beban yang sama berat.

1.8 RUMUSAN

Projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan bindu pada
mesin larik. Disebabkan oleh ruang yang terhad, rak bindu akan dibangunkan dan
menjadi satu alternatif terbaik untuk menyimpan bindu pada ruang penyimpanan bindu
dalam keadaan selamat dan dapat menjimatkan ruang. Pembangunan projek ini juga
diharapkan dapat menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja khas untuk
kerja-kerja penukaran bindu.

4
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur adalah merupakan aktiviti awal yang penting dalam sesuatu
penyelidikan. Penyelidik akan mendapat maklumat secara menyeluruh berkenaan topik
yang dikaji melalui kajian literatur yang dilakukan dengan teliti terhadap topik
berkenaan. Penyelidik perlu memberi fokus utama kepada topik yang ingin dikaji secara
mendalam semasa membuat kajian literatur. Bab ini menerangkan kajian secara
literatur ke atas keseluruhan projek ini.

2.2 MODEL ADDIE

ADDIE. A (Analysis) D(Design) D(Development) I(Implementation) E(Evaluation).


Menurut Luqman (2017) di dalam blognya yang bertajuk Model ADDIE, Model ADDIE
diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model reka bentuk
yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas
kepada model-model reka bentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan
proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direka bentuk adalah untuk menghasilkan rancangan


pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan
menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa

5
analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Rajah 2.1 dibawah
menunjukkan maksud model ADDIE.

Rajah 2.1: Model ADDIE (Almeida 2021)

a. A (Analysis)
Analisis ialah satu proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin
diselesaikan. Dalam konteks penghasilan projek ini, analisis yang dijalankan
ialah
mencari penyelesaian masalah serta melihat kesesuaian produk yang ingin
dibangunkan dan siapa yang akan menggunakannya.

b. D (Design)
Reka bentuk bermaksud pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk,
struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan.
Dalam konteks penghasilan projek ini, reka bentuk yang dijalankan adalah untuk
membangunkan sebuah kren pengangkat bindu dan rak bindu

c. D (Development)
Pembangunan bermaksud membina sistem sebenar dengan menggunakan
semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Dalam
konteks penghasilan projek ini, pembangunan yang dijalankan ialah
membangunkan rak bindu yang menggunakan mild steel dan membangunkan
kren yang menggunakan kaedah mekanikal untuk mengangkat dan
menurunkan bindu

d. I (Implementation)

6
Pelaksanaan bermaksud bahan yang telah disediakan akan digunakan atau
dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan
akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran
untuk digunakan. Dalam konteks penghasilan projek ini, pelaksanaan yang
dijalankan ialah menguji dan memeriksa semua bahagian pada projek yang
dibangunkan dan membuat penambahbaikan jika ada kesilapan.

e. E (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE.
Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk
memastikan keberkesanannya. Dalam konteks penghasilan projek ini, penilaian
yang dijalankan ialah dengan memberikan kepada penyelia untuk melakukan
pengujian dan menerima maklumbalas mengenai keberhasilannya.

2.3 ERGONOMIK

Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana, di
bengkel disusun atur berdasarkan pada pergerakan produk yang efisien atau tempat
yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan pelajar.
Lazimnya, pelajar terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk penyusunan di
bengkel tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal dialami. Malangnya, tubuh
manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan. Ketidakserasian antara
keupayaan pelajar dan kapisiti yang dituntut di bengkel di samping tuntutan kerja itu
sendiriankan membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi, penurunan kualiti
kerja, peningkatan kadar kesilapan, kemalangan dan peralihan kerja. Ergonomik
berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara
“nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO)
pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains
kejuruteraan di antara pelajar dengan persekitarannya.

Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja,


terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara

7
keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu
sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:

i. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.


Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu
aktiviti. Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana
tubuh badan tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.

ii. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara


berlebihan semasa bekerja.
Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap
sambungan atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan
atau kecederaan. Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu
dikenalpasti bagi mengurangkan daya melampau yang dikenakan di
samping meningkatkan hasil pengeluaran.

iii. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.


Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu
dalam penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu
digunakan diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak
perlu melakukan regangan.

iv. Bekerja pada ketinggian yang sesuai. Kerja yang dilakukan haruslah
mengikut tinggi yang bersesuaian dengan keadaan tubuh badan.

v. Mengurangkan pergerakkan yang berlebihan semasa bekerja.


Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu mengurangkan jumlah
tekanan atau pergerakan.

vi. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.


Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk jangkamasa yang
lama dikenali sebagai beban statik. Beban statik ini akan menyebabkan
keletihan dan ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang
dilakukan.

8
vii. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
Titik tekanan kadangkala dikenali juga sebagai tekanan sentuhan. Ini
kerana titik tekanan ialah titik di mana berlakunya sentuhan di antara
anggota tangan dan peralatan yang digunakan. Titik ini akan
memindahkan tekanan dari peralatan kepada anggota badan yang
terlibat.

viii. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa
semasa bekerja.
Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu pekerja
mencapai objektif kerja di samping meningkatkan usaha, keselesaan
dan menghapuskan tekanan kerja. Toleransi patut diamalkan bagi
mengurangkan tekanan kerja.

ix. Menambahbaikkan organisasi kerja.


Keprihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan
dan pekerja adalah dua faktor kritikal yang diperlukan dalam
menyelesaikanmasalah keselamatan dan kesihatan. Prinsip ergonomik
secara amnyaharuslah difahami dan menggunakan alatan yang sesuai
untuk menyelesaikanmasalah. Faktor reka bentuk kerja seperti
penjadualan, motivasi, sistem peralihan, rehat dan perundingan dapat
meningkatkan organisasi kerja dengan melibatkan kerjasama antara
pihak pengurusan dan pekerja.

x. Musnahkan halangan
Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan kerja
atau menyediakan situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja
dilakukan.

xi. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja menyampaikan

9
maklumat dengan mudah dan difahami. Ini dapat meningkatkan
produktiviti, keselamatan dan komunikasi antara pekerja. Pengawalan
alatan juga dapat berjalan dengan lancar dan baik.
xii. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan
kecederaan manusia haruslah bersenam dan melakukan regangan
sebelum memulakan atau semasa melakukan sesuatu pekerjaan.
Senaman ringan atau regangan amat mudah dilakukan tetapi ia
memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah ergonomik
kerana ia dapat membantu otot atau sendi berehat dan tidak kejang.
Prinsip-prinsip ergonomik ini perlu diambilkira dalam semua bidang
kajian terutama yang berkaitan dengan rekabentuk sesuatu benda,
peralatan, ruang kerja, persekitaran dan sebagainya.

2.4 JENIS JENIS BINDU

Bindu ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik. Pada bahagian ini,
terdapat rangkaian gear pengumpar mesin dan juga tuas-tuas kawalan gear untuk
melaraskan pemilihan kelajuan pelarik.yang digelar alatan hadapan. Tujuannya adalah
untuk memegang atau mencengkam bahan kerja yang hendak dilarik. Terdapat dua
jenis bindu yang lazim digunakan, iaitu bindu jenis tiga rahang dan bindu jenis empat
rahang.

a) Bindu Tiga Rahang


Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang Rajah 2.2 dibawah
menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk tiga
rahang. Bahan kerja bulat dan berbentuk heksagon boleh dipegang dengan bindu tiga
rahang.

10
Rajah 2.2: Bindu Tiga Rahang (ILP Kota Baharu,2013)

b) Bindu Empat Rahang


Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang Rajah 2.3 dibawah
menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk
empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis ini
dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan
bantuan lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah
dengan bantuan tolok permukaan dan tolok dail.

Rajah 2.3: Bindu Empat Rahang (ILP Kota Baharu,2013)

2.5 KREN

Kren adalah sejenis mesin, yang umumnya dilengkapi dengan tali pengangkat, tali
dawai atau rantai, dan sarung, yang dapat digunakan untuk mengangkat dan
menurunkan bahan dan memindahkannya secara mendatar. Ia digunakan terutamanya
untuk mengangkat barang berat dan mengangkutnya ke tempat lain. Peranti ini
menggunakan satu atau lebih mesin sederhana untuk mencipta kelebihan mekanikal
dan dengan itu memindahkan beban melebihi kemampuan normal manusia. Kren
biasanya digunakan dalam industri pengangkutan untuk pemuatan dan pemunggahan
barang, dalam industri pembinaan untuk pergerakan bahan, dan dalam industri
pembuatan untuk pemasangan alat berat. Dalam bidang automotif pula terdapat engine
crain yang dicipta untuk memudahkan mengeluar dan memasang engine pada
kenderaan.

Dalam projek yang dibangunkan ini , kami menggunakan sistem yang sama
seperti engine crane tetapi dengan bentuk yang berbeza dan mengikut kekuatan

11
saiz ,dan kegunaan yang sesuai untuk mengankat bindu dan menyimpan Lathe chuck
lifting trolley kami. Rajah 2.4 dibawah adalah contoh gambar engine crane.

Rajah 2.4: Contoh gambar engine crane (I –lift Equipment Ltd 2020)

2.6 CIRI CIRI KESELAMATAN

Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan.
Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa
bekerja terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Rajah 2.5 dibawah
menunjukkan simbol keselamatan di tempat kerja.

Rajah 2.5: Simbol keselamatan (Lee Pei,2013)

Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan


kepada tiga jenis iaitu:

12
i. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak
menggunakan alat keselamatan.
ii. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan teratur dan rosak.
iii. Persekitaran tempat kerja yang tidak atau kurang selamat.

Contoh kecuaian ditempat kerja ialah:

i. Dilarang memakai sebarang perhiasan seperti jam tangan atau cincin.


ii. Pemindahan bahan atau alatan dengan cara yang tidak betul boleh
menyebabkan kecederaan.
iii. Alat yang tidak sempurna seperti mesin canai yang tidak mempunyai pelindung
mata.
iv. Penyalahgunaan pelindung gas semasa mengimpal boleh menyebabkan
kebakaran.
v. Memakai sarung tangan semasa menggerudi boleh menyebabkan kecederaan.

13
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan reka bentuk dan prosedur penyelidikan yang dijalankan.
Antara aspek yang dibincang adalah reka bentuk projek, senarai bahan dan peralatan,
carta alir pembangunan projek, populasi, sampel kajian, instrumen kajian, dan kaedah
menganalisis data. Bab ini juga membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna
untuk mengumpul data dan maklumat bagi mencapai matlamat pembangunan projek.
Kajian ini merangkumi reka bentuk kajian kuantitatif, justifikasi pemilihan, strategi
pengumpulan data dan strategi analisis data.

3.2 REKA BENTUK PROJEK

Reka bentuk projek yang akan dibangunkan ini adalah berdasarkan justifikasi
keperluan yang telah diteliti. Rajah 3.1 menunjukkan lakaran reka bentuk rak bindu dan
troli pengangkat bindu yang akan dibangunkan. Manakala Rajah 3.2 menunjukkan reka
bentuknya.

14
Rajah 3.1: Rak Bindu

Rajah 3.2: Troli Pengangkat Bindu

15
3.3 SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

Jadual 3.1 dibawah menunjukkan senarai bahan dan peralatan yang akan digunakan
bagi membangunkan projek ini.

Jadual 3.1: Senarai Bahan dan Peralatan


BI PERKARA FUNGSI HARGA
L
1 Mild steel square tube 2” x 2” x 6000 Membina rangka RM 111.00
mm troli dan rak
2 Mild steel square bar 1’’ x 0.5 x 6000 Batang utama RM 111.00
troli
3 Roda troli 50kg Roda untuk troli RM 5.00
4 2 tan double hook multifunction Pengangkat RM 40.00
ratchet hand tightener manual wire bindu
rope hand

3.4 CARTA ALIR PEMBANGUNAN PROJEK

Pembangunan projek ini adalah berdasarkan permasalahan yang timbul seperti isu
berikut:

i. Kekurangan tempat penyimpanan bindu


ii. Kesukaran menukar bindu di mesin larik kerana faktor berat bindu

Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah berikut, terdapat dua carta alir yang
dibina bagi proses pembangunan projek dan proses pengumpulan data. Pembangunan
projek ini adalah berdasarkan Carta Gantt yang telah dibina. Manakala pengumpulan
data bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan adalah menerusi ujian pra dan ujian
pos. Rajah 3.3 menunjukkan Carta Gantt bagi pembangunan projek, manakala Rajah
3.4 dibawah menunjukkan carta alir bagi ujian pra dan ujian pos.

16
CARTA GANTT PELAKSANAAN PTA 2021/2022
BULAN / MINGGU

BIL PERKARA APRIL MEI JUN JULAI NOV DEC JAN FEB MAC APRIL
2021 2021 2021 2021 2021 2021 2022 2022 2022 2022
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. PENGENALAN TENTANG PTA 1

2. MELENGKAPKAN BORANG
PERMOHONAN TAJUK
KAJIAN/PROJEK

3. PRA-PEMBENTANGAN BORANG
PERMOHONAN TAJUK
KAJIAN/PROJEK

4. MELENGKAPKAN KERTAS
CADANGAN (PROPOSAL)

5. PENULISAN BAB 1 : PENGENALAN

6. PENULISAN BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR

7. PENULISAN BAB 3 : METODOLOGI

8. SEMAKAN FORMAT & PENULISAN


BAB 1-3

17
9. PERSEDIAAN PEMBENTANGAN
PROPOSAL

10. PEMBENTANGAN KERTAS


CADANGAN (PROPOSAL)

11 PENGENALAN PTA 2

12 PENULISAN BAB 4: DAPATAN DAN


ANALISIS & PEMBANGUNAN
PROJEK

13 PENULISAN BAB 5: PERBINCANGAN,


CADANGAN DAN KESIMPULAN

14 PERSEDIAAN PEMBENTANGAN PTA


2

15 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN


HASIL PROJEK

16 PENJILIDAN

PETUNJUK: PERANCANGAN
PELAKSANAAN
Rajah 3.3 : Carta Gant

18
19
Pemilihan responden

Pembahagian
Kumpulan

Kumpulan 1 Kumpulan 2
(Kumpulan (Kumpulan
Eksperimen) Kawalan)

Ujian Pra Ujian Pra

Menggunakan
Menggunakan
Projek yang
Kaedah Lama
dibangunkan

Ujian pos Ujian Pos

Rajah 3.4: Carta Alir Ujian Pra dan Ujian Pos

3.5 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian akan dipecahkan kepada beberapa peringkat kajian bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan. Pada peringkat awal struktur kerja dibentuk bagi
mendapatkan gambaran tentang perjalanan pembinaan projek. Projek ini akan diuji dari
aspek kebolehgunaan dan keberkesanan penggunaannya dari aspek penjimatan
tenaga kerja oleh 10 orang pelajar dari program Teknologi Pemesinan Industri, Kolej

20
Vokasional Seri Iskandar. 5 orang pelajar akan terlibat dengan kumpulan eksperimen,
manakala 5 orang pelajar lagi akan terlibat dengan kumpulan kawalan. Kumpulan
eksperimen akan menggunakan projek yang dibangunkan untuk amali proses
penukaran bindu, manakala kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah lama untuk
proses tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan menjawab soal selidik yang sama
sewaktu ujian pra (sebelum melaksanakan amali) dan ujian pos (selepas
melaksanakan amali).

3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini instrumen yang digunakan ialah melalui borang soal selidik yang
mengandungi soalan berkaitan dengan kebolehgunaan serta keberkesanan dari aspek
penjimatan tenaga berkaitan dengan projek yang dibangunkan. Soalan-soalan yang
dibangunkan dalam soal selidik merangkumi 3 bahagian utama iaitu:

a) Demografi – Nama dan Jantina


b) Kebolehgunaan
 Adakah anda bersetuju dengan pembinaan rak dan troli pengangkat
bindu?
 Adakah rak bindu boleh digunakan untuk meletakkan bindu di rak
dengan selamat?
 Adakah troli pengangkat bindu dapat digunakan?
c) Keberkesanan dari aspek penjimatan tenaga
 Adakah troli pengangkat bindu dapat menjimatkan tenaga pelajar ketika
melakukan kerja amali?
 Adakah troli pengangkat bindu dapat membantu pelajar menyelesaikan
amali dengan cepat?

21
3.7 ANALISIS DATA

Keseluruhan maklumat akan dianalisis berdasarkan kekerapan jawapan yang


diberikan. Data juga akan dipamerkan dalam bentuk jadual perbandingan bagi ujian pra
dan ujian pos agar perbezaan dapat dilihat.

22
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan analisis data serta
dapatan yang diperolehi hasil daripada rekabentuk projek yang telah dijalankan.
Instrumen kajian berdasarkan soal selidik telah digunapakai bagi mengenalpasti
keberkesanan pembangunan projek baharu. Keberkesanan projek baharu yang
dibangunkan juga diuji berdasasrkan perbandingan produk sedia ada dengan produk
baharu. Walaubagaimanapun, projek baharu tidak dapat dibangunkan sebagai projek
nyata atau projek sebenar disebabkan oleh pandemik. Namun, inisiatif dalam
membangunkan sebuah prototaip berskala kecil telah dilaksanakan oleh pengkaji.
Prototaip yang dibangunkan adalah berdasarkan idea dan konsep sebenar projek
baharu tetapi mempunyai kekangan dari aspek pengujian keberkesanan penggunaan
terhadap responden.

4.2 ANALISIS REKABENTUK

Prototaip ini dibangunkan menggunakan software Inventor, 3d Printer, dan Pla


Filament. Troli pengangkat bindu dan rak bindu menggunakan 200g Pla filament dan
mengambil masa 10 jam untuk di bangunkan menggunakan 3d printer. Sekiranya
projek nyata dilaksanakan, projek ini dapat memudahkan dan ianya lebih selamat
sewaktu pelajar melaksanakan sesi pemblajaran dan amali.Seterusnya ianya akan
menjimatkan ruang penyimpanan bindu dan bindu dapat disusun dengan kemas dan
teratur. Proses pembangunan prototaip troli pengangkat bindu dan rak bindu
dinyatakan pada Rajah 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, dan 4.5

23
Rajah 4.1: Persediaan 3d Printer

Rajah 4.2: Proses Membangunkan Prototaip

24
Rajah 4.3 Prototaip Siap Dibangunkan

Rajah 4.4 Prototaip Sebelum Dikemaskan Dan Di Buat Penambahbaikan

25
Rajah 4.5: Prototaip Siap

26
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Dapatan yang telah dilaporkan dalam Bab 4 akan dibincangkan dan dirumuskan dalam
bab ini. Perbincangan dalam bab ini akan dibahagikan kepada lima bahagian
merangkumi ringkasan projek, perbincangan hasil dapatan kajian yang dilaksanakan ke
atas projek, implikasi projek yang dibangunkan, cadangan lanjutan bagi proses
penambahbaikan dan rumusan. Bahagian pertama merupakan ringkasan projek secara
keseluruhan. Manakala bahagian kedua merupakan perbincangan dapatan kajian yang
merangkumi dapatan kajian setiap fasa yang dilaksanakan ke atas projek. Bahagian
ketiga pula merupakan implikasi penghasilan projek terhadap penyelesaian
permasalahan sedia ada. Rumusan dan penambahbaikan ke atas projek akan dikupas
di bahagian cadangan projek lanjutan untuk dilaksanakan oleh pelajar-pelajar akan
datang.

5.2 RINGKASAN PROJEK

Prototaip troli pengangkat bindu dan rak bindu dibangunkan dengan menggunakan
mesin 3d printer dan pla plastic filament. Projek ini dijangkakan dapat memudahkan
para pelajar mengangkat dan menyimpan bindu. Projek pengangkat bindu ini juga
dijangka dapat menjimatkan tenaga pelajar ketika melakukan kerja amali dan dapat
menyelesaikan kerja amali dengan mudah dan cepat.

27
5.3 PERBINCANGAN PENGHASILAN PROTOTAIP

Konsep sebenar pembangunan prototaip ini adalah supaya ruang penyimpanan bindu
akan menjadi selamat, kemas dan teratur. Selain itu, kerja pemindahan bindu dari rak
ke mesin larik akan menjadi lebih selamat dan mudah. Kerja-kerja pemasangan bindu
dapat dilakukan dengan selamat, cepat dan mudah. Keupayaannya mengangkat
beban. LCLT direka khas untuk mengangkat bindu dan beban yang berat

5.4 IMPLIKASI DAPATAN PROJEK

Adalah dijangkakan bahawa implikasi prototaip ini sekiranya dibangunkan sebagai


projek nyata Impikasi projek ini dapat dilihat dari aspek.

a. Impikasi terhadap pelajar :


Troli pengankat bindu ini dibangunkan dapat memudahkan pelajar di bengkel
pemesinan industri untuk menukaran bindu di mesin larik projek dapat
digunakan oleh banyak pelajar di bengkel ini dalam kerja amali seharian kerana
ianya dapat mejimatkan masa berbanding mereka mengambil masa yang agak
lama untuk menghasilkan kerja penukaran bindu.

b. Impikasi terhadap guru:


Dapat memudahkan proses pengajaran untuk mengaja murid mengakat bindu
dengan selamat dan dapat menjimat masa mengaja mereka

5.5 CADANGAN LANJUTAN

Adalah dicadangkan bahawa, pelajar seterusnya boleh mengambil kira konsep


pembangunan prototaip yang dihasilkan kepada pembangunan projek sebenar supaya
ia dapat diuji dengan lebih efektif, terdapat beberapa penambahbaikan iaitu:

a. Saiz troli pengangkat bindu


b. Cara bindu diangkat
c. Reka bentuk troli yang lebih memudahkan proses penyimpanan
d. Saiz rak bindu

28
5.6 RUMUSAN

Projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan bindu pada
mesin larik. Projek ini juga telah dibuat penambahbaikkan dari segi reka bentuk dan
sistem projek. Pembangunan projek ini diharapkan dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan tenaga kerja khas untuk kerja-kerja penukaran bindu. Akhir sekali, rak
penyimpanan bindu juga diharapkan dapat menjimatkan ruang di dalam bengkel
Pemesinan Industri Kolej Vokasional Seri Iskandar

29
RUJUKAN

JingYing. (2020). Pengurusan dan keselamatan bengkel. Dicapai pada 20 Jun, 2021,
dari https://www.coursehero.com/file/63364651/88469136-Pengurusan-Dan-
Keselamatan-Bengkeldocx/

Nur Hamiza Maulad Azmi. (2011). Reka bentuk industri~ ergonomic~. Dicapai pada 24
Jun, 2021, dari cikgu SENI.~: reka bentuk industri~ ergonomic~
(miezaseni.blogspot.com)

Luqman. (2017). Model ADDIE - Pengajian Bahasa Melayu. Dicapai pada 14 Jun,
2021, dari http://luqmanln.blogspot.com/2017/01/model-addie.html

Wikipidia. (2010). Crane (machine). Dicapai pada 13 Jun, 2021, dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Crane_(machine).

IZWAN (2010). Keselamatan di bengkel Sekolah Menegah Kebangsaan Munshi


Abdullah. Dicapai pada 10 Julai, 2021, dari
http://keselamatanbengkel.weebly.com/pengenalan.html.

ILP Kota Baharu. (2013). Mesin larik. Dicapai pada 13 Mei, 2021, dari
http://vtosiri3.blogspot.com/2013/10/mesin-larik-mesin-larik-mesin-larik.html.

I–lift Equipment Ltd. (2020). Kren bengkel mudah alih SC1000C. Dicapai pada 14
Ogos, 2021, dari https://ms.iliftequip.com/mobile-workshop-crane.html.

Lee Pei. (2013). Keselamatan di bengkel. Dicapai pada 20 Ogos, 2021, dari
http://leepeiasgm.blogspot.com/p/untuk-mengelakan-kemalangan-ketika.html.

Almeida. (2021). Addie model for instructional design. Dicapai pada 18 Ogos, 2021,
dari https://www.pinterest.com/pin/247979523219189535/.

30

Anda mungkin juga menyukai