Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ VOKASIONAL MATANG

KM 14, JALAN MATANG


93050 KUCHING SARAWAK
JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN
PEMBUATAN

NAMA

SYED HAZIM BIN SYED AKIL

NO KAD PENGENALAN

990516-13-5367

NO TELEFON

011-3189-8043

E-MEL

DRUMMERHARD99@GMAIL.COM

KURSUS

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

SEMESTER / TAHUN

SATU / 2015

TAJUK TUGASAN

AMALAN BENGKEL ( MTA 101 )

PENSYARAH

EN. RAPHAEE RAZALI / EN. ASMIZUL HISHAM


BIN ASHARI

ISI KANDUNGAN

BILANGAN
1

3
4

PERKARA
PENDAHULUAN
ISI : AMALAN BENGKEL ( MTA 101 )
- AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL
AUTOMOTIF
- JENIS PERALATAN DI BENGKEL
AUTOMOTIF
PENUTUP
RUJUKAN

MUKA SURAT
2

3 - 14

15
16

PENDAHULUAN

Langkah langkah keselamatan adalah antara satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan oleh semua pihak, sama ada di sekolah, di pejabat walhal di rumah sekali pun.
Langkah langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah merangkumi segala aspek
keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di sekolah-sekolah.

Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang,
Malahan langkah berjaga jaga langsung tidak dipandang serius. Kita akan mengambil
langkah langkah keselamatan setelah mengalami sebarang kemalangan atau kecederaan.
Seperti kata orang tua tua, dah terantuk baru terngadah. Seharusnyalah kata kata ini tidak
diguna pakai lagi di waktu sekarang kerana di zaman ini kita sentiasa terdedah kepada
berbagai jenis bahaya yang ada di sekeliling. Hanya, jika kita tidak berhati hati nasib tidak
menyebelahi kita, kerana malang itu tidak berbau.

Langkah langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua orang


melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan mesin,
mengetahui cara-cara pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam
api.

Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan langkah langkah


keselamatan diamalkan di setiap sekolah. Kecuaian, sikap buruk dan kejahilan merupakan
punca utama kemalangan. Gunakan peralatan yang berkeadaan baik dengan kaedah atau cara
yang betul untuk mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan. Pakaian yang sesuai,
disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara penting dalam mencegah
kemalangan.
UTAMAKAN KESELAMATAN.

AMALAN BENGKEL ( MTA 101 )

1 . AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF


Langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkel :
a. Gunakan pakaian perlindungan yang sesuai semasa bekerja.
b. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.
c. Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran mesin yang sedia ada
sebelum memulakan kerja.
d. Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan yang ada di dalam
tempat kerja.
e. Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan mesin berada di dalam keaadan yang
baik dan laporkan pada guru anda jika terdapat kerosakan.
f. Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas
menggunakannya.
g. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan laporkan pada guru
anda.
h. Jangan mulakan kerja sehingga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.
i. Semua pelajar mestilah faham tentang langkah langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan.

3
Keselamatan Diri Sendiri

Pakaian bengkel

Ini merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja seperti :
a. Gunakan baju lengan panjang yang dibuat dari kain tebal, berbutang dan tidak
berpoket, manakala seluar pula hendaklah tidak berlipat
b. Kasut hendaklah sekuarang kurang dibuat dari getah supaya dapat mengelakkan dari
tergelincir tetapi lebih baik menggunakan kasut keselamatan.
c. Gunakan pakaian khas seperti apron, sarung lengan dan sarung tangan yang diperbuat
dari kulit bagi mengelakkan badan dari terkena percikan arka apabila melakukan kerja
kerja kimpalan.
d. Semua pakaian di atas hendaklah terhindar dari minyak dan gris serta api bagi
mengelakkan dari reput dan mendatangkan penyakit.
e. Jangan memakai jam, cincin, rantai atau tali leher yang mana mudah terperangkap
pada mesin yang bergerak.
f. Jangan membawa sebarang mancis atau pemetik api dan di simpan di dalam poket. Ini
akan merbahaya jika tersambar oleh percikan api.

4
Pelindung pada muka
-

Kelengkapan ini adalah bertujuan bagi melindungi bahagian muka terutama mata dari
terkena cahaya mengimpal dan percikan arka.

Welcing shields
-

Terdapat dua jenis iaitu hand shield dan head shield. Kegelapan cermin penapis adalah
No. 10 14.

Welding google
-

Kelengkapan ini adalah bagi melindung mata dari terkena sepihan logam semasa
mencanai dan mengetuk terak dari batas kimpal.

Keselamatan Ketika Menggunakan Peralatan Ketukangan Dan Mesin


Apabila bekerja dengan menggunakan mesin atau alat alat tertentu maka beberapa perkara
penting haruslah dipatuhi seperti :a) Tahu aturan pengendalian sesuatu peralatan dan mesin ketika hendak
menggunakannya.
- Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan.
- Jangan gunakan mesin ataun peralatan yang belum tahu akan cara operasinya.
b) Pengendalian sesuatu peralatan
- Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala ke bawah.
- Apabila bekerja di bahagian atas, memanjat dan meniti alat
hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat.
- Sebelum menggunakan alat kuasa elektrik ( power tool ) pasti ia
dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba
untuk memperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke
mesin diputuskan sebelum melakukan sebarang ubah suai pada
mesin itu.

5
Keselamatan Elektrik
Kelengkapan kelengkapan di bengkel kimpalan beeroperasi dengan
menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak
digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Bekalan elektrik (JBE) atau Institution Electrical Engineering
(IEE).
a. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau
penebatnya berada dalam keadaan yang baik.

b. Punca punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan


mengikut peraturan yang telah ditepikan oleh Jabatan Bekalan
Elektrik atau IEE.
c. Alat alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.
d. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti
penguji atau meter pelbagai.
e. Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pangaliran
elektrik. Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.
f. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu
mengendalikan alat alat elektrik.
g. Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai dawai
elektrik yang tidak bertebat.
h. Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat
memutuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika
berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik.
i. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi
hadnya contohnya jika punca bekalan ilah 15 ampere, jangan
gunakan beban 20 ampere.

6
2. JENIS PERALATAN DI BENGKEL AUTOMOTIF
Terdapat 8 jenis peralatan di bengkel automotif. Antaranya ialah :
A. Kikir
Penerangan :
Kikir adalah kepingan keluli bermutu tinggi yang dikerskan melalui proses sepuh lindap
terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800 c
dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas.
Fungsi :
Kikir digunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskin, melicinkan atau memotong benda
kerja, membersih permukaan logam dan membuat pembentukan pada logam. Ia hampir boleh
memotong semua jenis logam kecuali logam yang dikeraskan.

7
B. Gergaji besi
Penerangan :
Kelebihan memotong dengan cara ini ialah tidak banyak bahan yang terbuang dan permukaan
yang dipotong boleh disudahkan dengan mudah. Mata gergaji boleh diganti baru jika mata
gergaji lama haus atau tidak tajam. Terdapat pelbagai jenis mata gergaji yang dijual di
pasaran. Mata gergaji yang terlalu murah biasanya mudah haus dan mudah patah.
Fungsi :
Gergaji besi digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga memotong
bahagian-bahagian logam yang nipis merupakan lebihan daripada bahan yang ditanda .

8
C. Penebuk pusat
Penerangan :
Penebuk pusat diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Hujung
mata penebuk pusat dicanai dengan sudut 90 darjah untuk mendapatkan kesan tebuk yang
lebih lebar. Penebuk pusat mempunyai bentuk yang sama dengan penebuk cucuk kecuali
hujung matanya yang berlainan sudut.
Fungsi :
Penebuk pusat digunakan untuk menanda lubang pusat gerudi. Pusat lubang yang ditebuk
mestilah tepat kedudukannya. Membuat tanda tekan (cucuk) yang halus pada garisan
tandaan supaya tandaan tidak hilang walaupun garisan yang dibuat itu terpadam.

9
D. Ragum meja
Penerangan :
Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam . Ragum meja dilapik dengan kayu
pada rahangnya. Ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga
permukaan kerja.
Fungsi :
Ragum meja digunakan untuk mencengkam benda kerja, pelbagai jenis kerja seperti
menggergaji, mengikir, menggerudi, menggilap, membengkok, memasang dan
sebagainya.

Rajah ragum meja

10
E. Mesin gerudi beserta mata gerudi
Penerangan :
Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin
larik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida . Jenis- jenis gerudi
ialah gerudi pintal, gerudi benam, gerudi pusat, gerudi lurah luru , gerudi rata dan gerudi
melubang senggat.
Fungsi :
Gerudi digunakan untuk membuat lubang pada permukaan logam. Gerudi ini juga digunakan
untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan
meratakan permukaan bintik.

11
F. Pembenang dalam dan luar
Penerangan :
Pembenang dalam ialah salah satu set yang menyerupai skru mempunyai benang seperti bolt
dan berflut tiga atau empat sebagai mata pemotong.
Fungsi :
Pembenang dalam digunakan untuk memotong bagi membentuk benang di dalam lubang
seperti nat.Pembenang luar digunakan untuk membuat membuat benang dibahagian luar
seperti bolt.

12
G. Pembaris keluli
Penerangan :
Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).
Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm.
Fungsi :
Pembaris keluli digunakan untuk mengukur dan memindahkan, membina garisan lurus pada
permukaan dan menguji kerataan permukaan.

13
H. Penggarit
Penerangan :
Penggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dalam berbagai bentuk, dikeraskan dan
dibajakan.
Fungsi :
Penggarit digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan benda kerja.

14
PENUTUP

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja kursus Amalan bengkel
(MTA101) saya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus
ini, banyak pengetahuan tentang amalan keselamatan di bengkel automtif dan jenis peralatan
yang telah saya pelajari. Bengkel yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan
organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Bengkel Automotif di
kolej adalah satu institusi dalam kawasan kolej yang memerlukan pengurusan yang berkesan.
Sebagai pensyarah yang menjalankan kerja kerja amali dalam proses pengajaran dan
pembelejaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di
bengkel Automotif. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan pensyarah
pensyarah Automotif bagi memastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan
bengkel Automotif yang kondusif dan selesa.Sikap tolong menolong antara pensyarah semasa
mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan daya intelek
Sekian Terima Kasih.

15
RUJUKAN

Saya mendapat sumber daripada :


-

Kertas penerangan MTA : Workshop Safety Practices


http://haradjkhblogspotcom-radin.blogspot.com/2009/03/organisasi-dan-keselamatanbengkel.html

http://alat4u.blogspot.com/2012/11/jenis-peralatan-bengkel.html
http://www.scribd.com/doc/173603573/Alat-Alat-Tangan-Kerja-Otomotif#scribd
http://akutensionla.blogspot.com/2012/04/jenis-alatan-tangan-dan-fungsinya.html
http://workshoptechno.blogspot.com/p/jj104-topic2a.html
http://omarmamat.blogspot.com/2011/10/hand-tools.html
http://pendidikanteknikal.blogspot.com/2010/08/alat-mengapit-danmenyangga_12.html
http://workshoptechno.blogspot.com/p/jj-104-topic-4.html
http://www.slideshare.net/atok_24/cutting-tool-30650631
http://tlkm2001.tripod.com/w_practice/wspractice2.htm

16

Anda mungkin juga menyukai