Anda di halaman 1dari 43

Rahsia Pecahkan.

Tabung Ayam
Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda
dibenarkan mencetak modul ini hanya untuk
kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan rujukan.
Anda TIDAK DIBENARKAN mengedar mana-mana
bahagian modul ini dalam apa jua bentuk dan cara
sekalipun sama ada elektronik, mekanik, fotokopi,
rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk
softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.
Anda dilarang Sama sekali duplikasikan fail ini dan
mengedarkannya semula kerana ia tergolong di
dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak).
Hakcipta
Terpelihara
2013

azerul.com.
Sekiranya anda telah menerima modul ini secara
percuma atau berbayar dari sumber selain daripada
www.azerul.com,
sila
laporkan
kepada
admin@azerul.com
Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani
kesalahan harta intelek.azerul.com amat mengambil
berat isu ini.
Hak Cipta Terpelihara 2013


LEGAL DISCLAIMER
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah
berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada
secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi ebook ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan e-book ini
adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pemerhatian yang dilakukan
oleh penulis semasa tulisan ebook ini dibuat.

Secawan teh pembuka bicara,

Salam Muhibah dan bahagia buat anda semua, Alhamdulillah syukur


kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya
menyiapkan impian saya ini. Kisah-kisah yang terdapat di dalam
naskhah ini tiada kena mengena dengan ayam muda atau tua, hidup
ataupun mati, jual beli ayam, langsung tidak ada kena mengena
dengan ayam, ianya hanya metafora sahaja.
Tabung ayam ini diinspirasikan dari sebuah jurnal kehidupan. Ianya
menjadi wadah untuk kita memulakan sesuatu dari tiada nilai kepada
nilai yang lebih tinggi. Cuba anda andaikan nilai sebuah tabung ketika
anda mula beli sehingga sekarang mungkin telah banyak diisi.
Begitulah saya ibaratkan kehidupan ini ibarat sebuah tabung yang
kosong dan nilainya bergantung kepada orang yang mengisi tabung
tersebut. Tujuan saya menceritakan tabung kehidupan ini hanya untuk
menjadi panduan motivasi diri sendiri di samping menjadi sumber
inspirasi kepada orang lain juga.
Saya memilih ayam kerana ayam merupakan satu ikon haiwan yang
sinonim dengan masyarakat dan budaya sekeliling kita. Ayam telah
hidup dalam kominiti kita sejak zaman berzaman sehinggakan kita lali
dengan haiwan yang bergelar ayam itu sudah seperti keluarga kita
sendiri.
Kedua-dua simbol ini digabungkan untuk membentuk struktur jalan
cerita agar suatu hari nanti apabila kita rungkaikan akan menjadi satu
nilai estetika yang lebih bernilai dari harga asalnya. Ia akan terbentuk
untuk hasil dari budaya kita sendiri dalam menilai kehidupan
bermimpi atau menghidupkan impian kita secara realiti. Ya,
sebenarnya kita sedang bermimpi kita
yang perlu susun mimpi kita agar ia
sampai ke destinasi yang ingin kita
tuju.
Sampai di sini dahulu hingga berjumpa
lagi nanti wallwahualam.

Isi Kandungan

T Tahu dan nak ambil tahu untuk membina


impian, tak tahu tak mengapa asal minat

A Amanah dan jujur dengan impian yang anda


sedang bina menuju ke destinasi.

B Buat sampai jadi impian tersebut walau apa jua


halangan

Uji dan ubah untuk memaksimakan hasil bagi


kurangkan kerugian

N Negatif adalah satu perkataan yang patut di


jauhkan dari kamus kehidupan

Gaya anda sendiri untuk menyelesaikan masalah


yang dihadapi

Analisa setiap tindakan yang telah anda lakukan


pastikan ada peningkatan 5% setiap hari.

Y Yakin terhadap diri dan IMPIAN untuk menjadi


yang luar biasa, biasakan diri bermula dari latihan
yang berterusan serta sistematik.

A Amalan dalam beragama pastikan sentiasa


menjadi tunggak utama dan istikomah.

- Mentor untuk menjadi contoh bagi maintain


apa yang anda ada untuk terus fokus pada matlamat
dan IMPIAN.


ahu dan nak ambil tahu untuk membina

impian, tak tahu tak apa asal minat mesti anda


pernah dengar frasa tersebut. Ya berapa ramai di
antara kita semua yang berminat untuk mencari ilmu
agar kita lebih tahu untuk berbuat sesuatu. Dari kita
semua berapa ramai yang bekerja betul-betul dalam
bidang yang sama semasa kita belajar atau berapa
ramai yang tak belajar pun dalam perniagaan tetapi
dah jadi jutawan dari hasil berniaga? Betul impian
perlukan minat untuk berilmu buat kita tahu dan
pengorbanan untuk sampai ke destinasi yang kita
ingin capai.

Jika kita sudah mula membina impian kita akan


ambil tahu semua faktor dan medium yang akan kita
tempuhi nanti. Ikuti kisah ini dan renungkan apa
ilmu yang patut kita tahu tentang kehidupan kita.






"AKU SIBUK TIADA MASA LA, BANYAK BENDA NAK


KENA SETTLEKAN NI!!!"
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu
banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business,
orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang
tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan
dua cawan kopi.
Seorang professor dalam kelas sosiology telah
mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila
kelas
dimulakan,
tanpa
sebarang
penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin
biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus
mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga
penuh.
Kemudian, professor menanyakan pada anak
muridnya, Adakah tin biskut ini sudah penuh?
Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan
Ya!
Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan
menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin
biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang
pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bolabola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak
muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke
belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan
Ya!

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor


mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan
pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah
semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap
pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.
Kemudian professor bertanya lagi kepada anak
murid, Adakah tin biskut ini sudah penuh ? Anakanak murid semua mengatakan Ya! dengan penuh
keyakinan!
Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi
dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu
ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anakanak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
Sekarang.. kata professor, dan anak-anak murid
kembali fokus pada professor, Saya mahu kamu
semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti
hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkaraperkara paling penting seperti Tuhan, Agama,
Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan
minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang penting
jika anda kehilangan benda-benda lain, cuma itu
sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap
penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal
seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil
dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain
dalam hidup, Perkara-perkara kecil kata professor.

Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin


biskut professor menyambung, Pasti tidak akan
ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola
golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup
ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga
anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak
akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara
yang lebih penting untuk anda beritahu professor.
Jaditumpukan perhatian anda kepada perkaraperkara yang membahagiakan dan menggembirakan
hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan
ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak.
Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan.
Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan
ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju,
repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu,
perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda.
Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut
diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat
tangan dan bertanya, Apa maskud kopi tu pula?
Professor menjawab dengan penuh senyuman,
Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak
kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian,
pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama
kawan-kawan.
OK kesimpulannya anda perlukan impian untuk
memberi makna dalam kehidupan anda. Dalam
mencari impian pun terkadang kita gagal untuk
membuat pilihan di sini saya cuba bantu anda untuk
mencari impian di A.

manah dan jujur dengan impian yang anda

sedang bina menuju ke destinasi. Jika anda belum


ada impian baik anda mulakan dengan sesuatu yang
paling dekat dengan diri anda dahulu. Contoh dari
segi agama, sebelum ni tak rajin bersolat mahupun
secara sengaja ataupun tidak. Anda perlu merelakan
diri anda untuk ke masjid, kerana dengan sifat redha
itu anda akan boleh solat berjemaah secara
automatik dengan adanya ramai jemaah bersama.
Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membuang
sikap malas dalam diri, kerana kita mengubah
tempat solat dari rumah ke masjid. Sedangkan nabi
sendiri berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah
untuk menyatukan kaum muhajirin dan ansar. Ianya
perlukan pengorbanan untuk memupuk diri agar
jujur dan amanah untuk percaya kepada impian.

Kepercayaan ini sepertimana diceritakan pada


halaman sebelah,

BERAPAKAH HARGA SEBUAH KEPERCAYAAN?


DAERAH RAHSIA 12 Jun 19xx - Kisah ini dirahsiakan atas dasar
keselamatan negara tersebut, ia berlaku di satu benua yang mempunyai
sistem dan kuasa ketenteraan yang paling mampan di dunia. Oleh kerana
si Jeneral percaya hanya dengan kuasa pemerintahan yang beliau ada, ia
berkuasa ke atas segala-galanya tetapi sangkaanya meleset. Suatu hari
si Jeneral mengarahkan seluruh kem untuk berkumpul di padang kawad
yang majoritinya bukan muslim hanya ada seorang sahaja tentera muslim
dalam kem tersebut bernama Malek (bukan nama sebenar).
Oleh kerana Malek nie seorang Muslim yang jujur dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas sebagai seorang Muslim, namun tugasnya
sebagai seorang tentera tidak pernah diabaikan. Oleh kerana sikapnya
yang sedemikain maka tidak hairanlah dia menjadi topik perbualan yang
hangat di kem tersebut.

Ketika mereka berkumpul dalam barisan, si Jeneral telah mengarahkan


Malek untuk memindahkan trak tentera yang baru sampai dari Padang
kawad ke dalam garaj yang berhampiran. Malek menjelaskan bahawa dia
tidak tahu memandu, tetapi si Jeneral tetap dengan arahannya
mengarahkan Malek melaksanakan tugasan tersebut. Maka Malek akur
dengan arahan tersebut sambil bertanya "bagaimana nak pandu trak
tersebut dan siapa pula nak bantu saya?, tanya Malek. Lalu si Jeneral
menjawab," mintalah bantuan pada tuhan yang kau selalu sembah tu."
Malek terdiam lalu menuju ke arah trak tersebut.
Di dalam hati Malek berasa bangga kerana diberi peluang memandu trak
tersebut walaupun dia tidak tahu memandu. Oleh kerana trak ini
merupakan satu-satunya trak yang tercanggih di dunia yang dibekalkan
oleh organisasi ketenteraan yang berpengaruh kepada kem tersebut,
namun Malek hanya berserah kepada Allah S.W.T agar dia berjaya
memandu trak tersebut.
Semasa di dalam trak, Malek mendapati trak tersebut sememangnya lain
dari yang lain. Tiada berkunci hanya ada elektronik dashboard stereng
dan gear knob sahaja. Malek pun menekan start button untuk
menghidupkan enjin, namun dia pelik kerana enjin trak tersebut langsung
tiada berbunyi sungguh senyap membuatkan Malek tergamam seketika.
Di dalam hati Malek berkata, "canggih betul trak nie". Tanpa berlengah
lagi Malek pun mencuba untuk memusingkan stereng trak dan melaras
gear. Tiba-tiba trak tersebut bergerak perlahan-lahan dan Malek berjaya
mengawal stereng trak tersebut sehingga ke garaj seperti yang
diarahkan oleh si Jeneral.

Malek pun turun dari trak lalu menuju ke padang kawad semula dengan
hati yang gembira, namun Malek hairan mengapa semua orang sujud di
padang kawad tersebut termasuk si Jeneral. Malek bertanya kepada
Jeneral, " kenapa ya tuan?". Lalu si Jeneral menjawab, " maafkan kami
Malek kerana mempersendakan agama kamu, sesungguhnya trak yang
kamu bawa tadi belum lagi berenjin. Ia merupakan satu-satunya trak
contoh yang tercanggih di dunia dan enjinnya masih dalam pengujian dan
belum dipasang" Allah hu Akbar sesungguhnya maha besar kuasa mu ya
Allah

sambil

Malek

juga

melutut

dan

bersujud

syukur.Tanda

mengagungkan kebesaran Tuhan.


Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah.
Moral of the story respect each others, maintain your TRUST and
AlWAYS get connected with Allah S.W.T. (cerita berdasarkan kisah
benar)

Apabila diri kita sendiri sudah percaya barulah kita


tekadkan keazaman untuk melakukan tindakan.
Tindakan perlu untuk kita memilih keperluan utama
impian hidup kita sama ada agama, keluarga,
kerjaya,
kewangan,
Kesihatan,
cita-cita,
perhubungan dan sumbangan pada masyarakat.Anda
semua pasti terbendung dengan semua situasi ini,
jadi anda perlu memilih untuk menyelesaikan faktor
yang paling hampir dengan anda, berdasarkan
keperluan semasa.

Apa yang saya berikan disini adalah tentang


perkongsian ilmu kerana dengan perkongsian ini
dapat memberi idea untuk anda bermula. Cuba kita
ingat kembali tentang wahyu pertama yang
diturunkan oleh Allah S.W.T kepada junjungan besar
nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang
bersendirian di Gua Hira, tentang perkataan pertama
yang diajar malaikat jibril iqra atau bermaksud
bacalah. Dengan perkataan pertama inilah islam
berkembang dengan luas dimuka bumi ini serta ahli
ilmuan yang bijak pandai yang ramai. Kenapa ilmu
itu penting saya teringat kata-kata saidina Ali
karramallahu wajhah, ada 3 perbezaan antara ilmu
dan harta.
123-

Ilmu menjaga kita sedangkan kita terpaksa


menjaga harta
Ilmu bertambah apabila dikongsi
sedangkan harta berkurangan apabila
dikongsi
Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta
boleh dicuri

Itulah antara kelebihan ilmu berbanding harta benda.


Saya bersyukur kerana anda diantara orang yang
bertuah dengan membaca perkongsian ilmu dari
saya ini. Jika kita memperolehi ilmu, harta akan lebih
mudah diuruskan sedangkan jika kita mempunyai
harta sebaliknya tak punyai ilmu, harta boleh hilang
pada bila-bila masa.
Oleh itu, carilah ilmu, pelajarinya, dan sebarkanlah
untuk manafaat kita semua. Ini kerana ilham yang
tercetus di minda kita ketika ini adalah hakmilik
yang maha esa, siapalah kita disisinya melainkan
hambanya sahaja. Semoga usaha kita semua
diberkati oleh Allah s.w.t aminn.

uat sampai jadi impian walau apa pun jua

halangan, ya itu saja yang perlu anda buat pilih satu


dan fokus impian anda sampai jadi. Jika sakit anda
perlu pulihkan, jika susah anda perlu cari
kesenangan, jika bermusuh anda perlu pulihkan
siratulrahim. Apa yang anda perlu buat masa ini
mulakan dengan bismillah dan pilih satu focus anda
untuk mulakan. Ikut contoh gambar kitaran impian
ini kalau boleh anda tampal di dihadapan cermin
untuk anda lihat setiap hari. Lihat dulu dan
pahamkan kitaran ini.

Kitaran ini saya reka untuk membantu saya dalam


membaiki setiap faktor dalam kehidupan saya setiap
hari agar saya sentiasa focus dengan matlamat. Jika
gambarajah tidak jelas boleh lihat di azerul.com
untuk bantuan.

Anda hanya perlu senaraikan 3 sahaja impian besar


yang boleh anda capai dalam tahun ini. Kita
ibaratkan diri kita macam cerita pertama tadi, masa
dalam kehidupan kita adalah seperti tin biskut yang
kosong, sekarang kita perlu memilih 3 biji bola golf
yang penting. Ya kita perlukan sekarang kerana ia
sangat penting dalam kehidupan kita. Contoh
kewangan, keluarga dan Agama. Sebab apa pilih
kerana dengan adanya kewangan yang kukuh kita
dapat mendidik keluarga untuk mencintai agama
dengan lebih baik, ianya terpulang kepada
kepercayaan kita tadi. Sebab setiap orang ada
mempunyai nilai-nilai yang berbeza berdasarkan
kepercayaan mereka. Ada di antara mereka yang
berpendapat begini dengan adanya agama yang baik
boleh mendidik keluarga menjadi insan yang baik
dalam menguruskan hartanya nanti. Kesimpulannya
terpulang kepada kepercayaan anda sendiri.
OK sekarang anda sudah ada 3 impian yang penting
dan anda perlu fokuskan masa secara detail untuk
melaksankannya. Kenapa perlu detailkan kerana
lebih jelas dan detail anda sediakan impian anda.
Lebih yakin dan fokus anda nanti. Contoh anda nak
buat berkenaan kewangan anda kena detailkan anda
nak buat macam mana, simpan dan labur di mana
dan jangkaan kebaikan dan keburukan. Semakin
jelas tindakan anda semakin yakin anda untuk
mencapainya.

Anda
perlu
sediakan
perancangan
sebegini
contohnya anda merancang dalam masa setahun
anda perlu ada simpanan sebanyak RM50,000, jadi
anda perlu bahagikan kepada 12 bulan supaya anda
dapat kecilkan jumlah kepada RM4,166.66 sebulan
dan RM138 sehari, lebih jelas bukan. Kemudian anda
perlu cari sumber yang boleh menghasilkan
pendapatan RM138 sehari, dari perniagaan orang
lain, contoh promosi barang orang lain dengan
sistem dropship, affiliate, dan ambil komisen sahaja
atas jualan produk orang lain, kerana lebih murah,
anda tidak perlu ada kedai, simpan stok,
penghantaran, pekerja dan anda tiada kos overhead
yang perlu ditanggung. Yang paling penting pastikan
realistik ya, berpijak dibumi yang nyata.
Saya ingin berkongsi cara mudah untuk anda
memulakan langkah kebebasan kewangan di internet
melalui jomniaga.com kerana ianya percuma. Apa
yang anda perlu lakukan hanya klik pada
jomniaga.com dan dapatkan tutorial mudah untuk
bermula. Atau anda boleh jadi affiliate dari buku ini,
sekurang-kurangnya
anda
telah
bermula
di
azerul.com.
Di sini saya lebih suka untuk berkongsi tentang
simpanan dan pelaburan kerana topik ini seperti
gunting dalam lipatan untuk kehidupan kita
seharian. Saya nak tekankan disini ramai orang
dibandar besar seperti kuala lumpur ini masih lagi
membanting tulang empat kerat siang dan malam
untuk mencari pendapatan yang lebih. Tiada niat
untuk mengutuk mereka, bukan kita hidup kerana
wang ya biar wang yang bekerja untuk kehidupan
kita.

Faktor kewangan selalu menjadi duri dalam daging


di dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Saya
tahu tak semua orang dilahirkan kaya raya atau tiada
insan ingin dilahirkan dalam keluarga yang miskin.
Di sini kita perlu memupuk kesedaran sekarang
untuk mengubah dan percaya bahawa diri kita boleh
berubah. Jika anda sekarang berusia setahun ketika
membaca buku ini anda adalah insan yang paling
beruntung kerana dapat mengetahui teknik ini
dengan lebih awal. Mana mungkin usia setahun
boleh membaca ya tak. Jadi ianya bergantung kepada
ibubapalah untuk memulakan langkah ini. Niat saya
sebenarnya untuk memupuk kesedaran dikalangan
ibubapa muda agar lebih prihatin dan sedar akan
tanggungjawab ini. Agar anak-anak kita nanti tidak
akan mengalami kirisis ekonomi yang sama macam
kita.
Cuba anda bayangkan jika anak anak tiada apa-apa
simpanan bila mereka sudah habis belajar nanti
dalam lingkunagan umur mereka 23 hingga 25. Itu
pun jika mereka tidak terbeban dengan hutang
belajar. Jika berhutang macam mana?Ok sebelum
kita mulakan untuk memperoleh rezeki sebelum kita
simpanan atau laburkan saya ingin kongsikan sedikit
formula untuk menyeru rezeki atau bagaimana
rezeki itu boleh sampai kepada kita, Di sini terdapat
formula penting untuk rezeki sampai kepada kita,
mesti anda tidak pernah terfikirkan mengenainya
bukan.

Saya beri metafora begini jika anda hendak mencari


semut di meja tempat anda sedang bekerja sekarang
mudah atau tidak, pasti sukar bukan cuba anda buat
begini, letakan sedikit manisan di satu sudut pasti
semut akan datang. Begitu jugalah sama konsepnya
dengan rezeki ia perlu di mulakan dengan anda
untuk memberi sebelum anda diberi rezeki.
Mulanya sangat mudah hanya dengan anda mula
memberi sedekah, ya sedekah hanya dengan RM1 jer
sehari tak kira dimana, tempat, masa dan bagaimana
untuk anda mula memberi. Cerita dari pengalaman
ni sangat mudah dan praktikal saya dapati dari buku
9 Formula pantas seru rezeki tulisan saudari Insyirah
Azhar, atau anda boleh Klik ke link di bawah untuk
dapatkan bahan bacaan: 9 Formula Seru Rezeki

ji dan ubah untuk memaksimakan hasil

bagi kurangkan kerugian. OK mari kita mulakan yang


mana satu lebih penting dari simpanan atau
pelaburan, mari kita lihat gambar dibawah ini apa
yang anda faham darinya.

Ia mewakili di mana kita berada sekarang, ada 3


golongan penjana pendapatan didalam dunia dari
rendah, sederhana dan tinggi. Jika kita melihat kadar
inflasi setiap tahun pasti ada kenaikan, tetapi ada di
antara golongan pekerja yang langsung tiada
kenaikan dari segi pendapatan. Cuba anda
bayangkan jika susu itu kita tukarkan kepada beras
makanan ruji kita dan apa yang akan kita perolehi
untuk beras 20 tahun akan datang. Beras akan jadi
sekilo RM 50.00, adakah golongan pekerja

pendapatan rendah ada kuasa untuk membeli pada


tahun 2020.Di sinilah kesedaran dan kepercayaan
perlu bermula untuk kita mulakan simpanan atau
pelaburan.

Berdasarkan gambar shopping troli diatas kita sudah


dapat bayangkan jika sekarang duit belanja dapur
kita RM500 sebulan mungkin kita tidak akan dapat
membeli barangan yang sama pada harga yang sama
untuk tahun 2015 nanti. Inilah ujian yang getir
terdapat pemfaktoran pendapatan isi rumah kita.
Jadi kita perlu asingkan antara keperluan yang
sebenar untuk kehidupan dengan kehendak kita
sendiri. Keperluan merupakan benda yang asas
penting untuk kita teruskan kehidupan manakala
kehendak pula adalah belanja luar kawalan yang
mengikut nafsu semata. Jadi anda perlu nilaikan
sendiri mana keperluan dan kehendak.

Kebiasaan
mereka
yang
berpendapatan
rendah
banyak
membeli
barang
yang tidak perlu, manakala
mereka yang berpendapatan
tinggi
sibuk
mengumpul
ASET
dengan
kurangkan
LIABILITI. Masih ramai yang
tertanya-tanya
perbezaan
antara
simpanan
atau
pelaburan. Baiklah bagi memberikan kefahaman dan
gambaran yang lebih jelas saya boleh terangkan ia
begini. Simpanan adalah jumlah wang yang anda
simpan untuk digunakan dalam satu jangkamasa
tertentu. Sama ada jangka masa pendek, sederhana
atau panjang dan ianya perlu memberi pulangan
tunai apabila anda perlukan tanpa menjejaskan nilai
yang terkumpul. Dengan kata lain ianya tidak
memberi kerugian kepada anda, apabila anda
memerlukan wang dari sumber tersebut.
Ramai orang diluar sana mempunyai element
kepercayaan yang berbeza bila kita sebut pasal
kewangan ini. Bagi saya lebih percaya kepada sistem
bagaimana
untuk
memperoleh
dan
mengekalkan
rezeki
itu
sendiri
seperti
yang
dinyatakan
dalam
buku
sistem
menjemput rezeki
tulisan
saudari
insyirah
berikut link dari beliau jika
anda perlukan
sistem
menjemput rezeki

Di sini saya ingin berkongsi


contoh infografik dari imoney
untuk pemfaktoran simpanan
pendidikan untuk anak anda.
Ia adalah panduan asas untuk
kita memilih simpanan terbaik
berdasarkan
dari
faktor
pendapatan anda untuk anakanak.
Kita
perlu
buat
simpanan untuk anak bermula
dari umur setahun hingga
mereka
berumur
18
tahun.Perkara yang pertama
perlu kita timbangkan adalah
di mana mereka mahu belajar,
kemudian
kita
menilai
perbelanjaan mengikut tempat
belajar. Setelah itu ikuti 4
langkah
simpanan
untuk
tabung pendidikan anak kita.
12-

3-

4-

Anggarkan jumlah tahunan


keperluan
semasa
sekarang.
Kita
darabkan
langkah
pertma dengan 3 tahun
anggaran
masa
yang
diambil untuk degree.
Selepas itu bagi langkah 2
dengan 18 tahun masa
simpana dan kita akan
dapat jumlah yang tepat
untuk kita simpan setiap
tahun.
Mula
simpan
secara
tahunan atau bulanan kedalam fixed deposit atau
pelaburan lain yang boleh mendatangkan faedah
tahunan antara 3 % hingga 8 % setahun.

Ini adalah 4 langkah mudah mengikut kesesuaian


dari pemfaktoran pendapatan semasa anda.

Bagaimana pula dangan pelaburan, ya pelaburan


bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada
modal yang dikeluarkan. Peringatan pelaburan juga
merupakan produk yang tidak boleh lari dari risiko.
Walau apa pun kaedah atau strategi untuk kita
mengatasi atau mengurangkan risiko, tetapi siapa
yang boleh memastikan bahawa sesuatu pelaburan
itu sentiasa mendapat keuntungan?
Terdapat beberapa jenis pelaburan sama ada dari
segi fizikal atau pun dari akaun simpanan. Saya beri
contoh unjuran graf emas dari kitco.com jika kita
telah bermula dengan simpanan emas.

Berdasarkan graf di atas menunjukan kenaikan


sebanyak 68% sejak 5 tahun dahulu dari 2008
sehingga 2013. Purata keuntungan tahunan kita
adalah sebanyak 13%. Banyak tu keuntungan yang
akan kita dapat jika kita telah bermula 5 tahun
dahulu, bagi mereka yang baru nak bermula
sekarang adalah masa terbaik untuk bermula. Boleh
KLIK link atau gambar dibawah untuk bermula dan
leraikan segala mitos emas yang membelengu anda
sejak sekian lama. Pastikan anda telah di hubungkan
dengan internet. WEBSITE KEEMASAN.

Di Negara kita juga ada bank-bank utama


menyediakan pelaburan emas melalui akaun
simpanan antaranya adalah maybank, cimb, public
bank dan banyak lagi bank-bank lain.

Cara mudah untuk membeli emas adalah beli pada


harga murah dan jual pada harga yang mahal, ya
hanya itu teknik asas untuk jual beli emas. Selalu
orang akan bertanya bila masa yang sesuai untuk

membeli, jawapan saya SEKARANG adalah masanya.


Ini kerana jika anda tidak membeli sekarang 5 tahun
yang akan datang macam mana nak menjual. Jika
anda masih tidak faham anda perlu lihat contoh
dibawah ini.

ini adalah keuntungan RM6.72/gram, dengan


kenaikan 7.81% hanya dalam masa seminggu, cuba
kita rancang dengan baik setiap bulan dan fokus
untuk 5 tahun yang akan datang. Antara kebaikan
pelaburan akaun emas adalah:
Mudah dibeli dan jual balik pada semua
cawangan bank.
Kos membuka akaun yang rendah.
Dalam jangkamasa panjang emas akan naik
harga, walaupun anda belum bermula sekarang.
Simpanan selamat dan tidak perlu risau, takut
hilang, atau mungkin dicuri atau dirompak.
Anda perlu ada buku account sahaja.
Bagi yang baru ingin bermula boleh dapatkan buku
dari saudara azizi ali berkenaan Rahsia Emas di link
berikut ini Buku Rahsia Emas Azizi Ali.

Selain dari pelaburan di ASB, emas, perak dan saham


ada juga cara pelaburan lain untuk kita gunakan bagi
meningkatkan tahap pendapatan kita. Ia itu melabur
pada UNIT TRUST skim yang ditawarkan oleh
beberapa syarikat yang telah mendapat kebenaran
dari Suruhanjaya Sekuriti. Saya telah pun melabur
dalam UNIT TRUST ini dengan cara menyulam unit
trust tersebut ia itu gabungan pelaburan yang
berisiko tinggi, sederhana dan seimbang. Hasil dari
tindakan tersebut memang luar biasa. Bagi mereka
yang memerlukan khidmat nasihat saya sedia
membantu anda mengikut kemampuan dan faktor
pendapatan semasa anda.

Berdasarkan gambar diatas adalah contoh gabungan


unit trus yang boleh dibuat dari pelaburan pelbagai
risiko. Jika anda perhatikan ianya adalah gabungan
dari risiko yang tinggi, sederhana dan seimbang bagi
mengurangkan pemfaktoran terhadap kerugian. Cara
ini dipanggil pemfaktoran teknik sulaman. Ianya
lebih menjamin keyakinan diri anda disamping
kesemuanya pelaburan mesti halal dan patuh
syariah.

egatif adalah satu perkataan yang patut di

keluarkan dari kamus pemikiran dan kehidupan kita.


Tukar budaya pemikiran negatif anda untuk jadikan
ianya satu peluang. Disini saya ingin kongsikan
sedikit prinsip golden ring yang biasa dikongsikan
oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang
masing-masing.
Dari golden ring ini
hanya
ada
3
perkataan yang akan
kita tahu sebelum
sesuatu keputusan itu
kita buat. Pertama
kita
akan
buat
mengikut
garisan
MERAH dari luar ke
bahagian
tengah
pusat
iaitu
APA?,
dalam situasi biasa
kita selalu akan tanya
diri sendiri apa yang orang lain ada. Ya kita suka ikut
apa yang orang ada dan bukan apa yang kita suka.
Kita huraikan gelung emas yang kedua pula
BAGAIMANA? , kita mula cari jalan macam mana
orang lain buat dan membuatkan kita untuk jadi
macam mereka. Manakala gelung ketiga pula adalah
KENAPA?, anda baru tersedar tentang persoalan ini,
saya beri contoh jika anda ada 10 masalah dalam
situasi kenapa ini anda baru nak cari jawapan
didalam ruang lingkup yang kecil ini. Pasti sukar
untuk menolak perkara negatif dalam diri.

Bagaimana pula jika kita terbalikan konsep ini


mengikut garisan BIRU kita mulakan dengan diri kita
dahulu Tanya KENAPA? Dengan menyediakan
jawapan bertulis sebab-sebab kita perlukan KENAPA?
Untuk diri kita.Kemudian sambungkan dengan cara
bertulis juga BAGAIMANA? Misi dan matlamat untuk
anda sendiri terlaksana. Setelah itu tulis juga APA?
Sumbangan anda untuk membantu masyarakat atau
orang lain. Ya ia bermula dengan sebab yang konkrit
dari dalam diri anda sendiri, cara sedemikan akan
memberikan impak yang lebih besar dan meluas.
Amacam ada rasa lain sikit tak, kannnn.
Ada diantara kita selalu suka tengok apa yang orang
lain ada berbanding nak memperbaiki diri agar boleh
memberi sumbangan kepada orang lain. Di akhirnya
nanti anda tidak akan ada apa-apa jika masalah ini
tidak diatasi sebaik mungkin. Baiklah mulakan
dengan bismilah dan mula senaraikan KENAPA? anda
buat dan hasil positif yang akan anda harapkan
darinya.Ianya lebih menekankan tentang diri anda
untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Saya lebih suka untuk menceritakan sesuatu dengan


gambaran sekali ia lebih nampak jelas dan detail apa
yang kita mahu, dari otak kita sendiri konfius dan
sukar nak cari-cari visual yang sesuai dengan cerita.
Berikut saya sediakan perkongsian visual sedikit
pesanan dari imam ghazali, dengan visual tersebut
meningatkan saya tentang pesanan junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w tentang dalam hal untuk
menyampaikan pesanan walaupun hanya dengan
satu
ayat.

Dengan adanya pesanan dari imam Ghazali ini ianya


akan menjadi serba sedikit panduan untuk kita agar
tidak menjadi manusia yang sukan melanggar
batasan dalam memegang amanah sebagai umat
islam.

Ianya juga mengingatkan saya tentang pesanan dari


Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara:


Waktu mudamu sebelum waktu tuamu,
Waktu Sihatmu sebelum waktu sakitmu,
Waktu kayamu sebelum masa kefakiranmu,
Waktu terluang sebelum waktu sibukmu,
Waktu hidup sebelum waktu datang
kematianmu.
Manfaatkan kesemuanya dalam kehidupan ini agar
dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Kita
semua umpama Jig Saw puzzle, untuk menjadi
bentuk visual gambar yang diinginkan kita perlu
bertolak ansur dan memperbaiki setiap kelemahan
antara satu sama lain. Maafkanlah perkara yang telah
menjadi sejarah semalam, buat impian baru untuk
hari esok yang masih menjadi misteri, dan terimalah
hari ini sebagai hadiah sama ada baik atau buruk
untuk dijadikan pengajaran serta pengalaman baru.

aya anda sendiri untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Setiap antara kita


mempunyai tahap pendapatan yang berbeza dan
mempunyai nilai-nilai yang tertentu untuk kita
percaya dan yakin untuk bertindak. Seperti apa yang
telah saya nyatakan dalam kitaran impian dibahagian
BUAT sampai jadi, disini anda perlu memilih satu
factor yang paling lemah dalam kehidupan anda
untuk anda bermula dan fokus terhadap kelemahan
tersebut.
Buat dan fokus satu persatu dalam satu masa
sehingga jadi ya. Kita buat ikut keupayaan kita bak
kata pepatah;
sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Jika anda hendak memulakan perniagaan menjadi
salah satu bidang yang anda ingin fokus, di sini saya
ingin kongsikan. Islam menyukai bidang perniagaan.
Ianya adalah sumber keuntungan yang diharuskan
oleh syara. Al-quran sendiri menamakan menuntut
atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu
mencari sebahagian dari kurniaan Allah.

Firman Allah s.w.t dari Surah Al-Muzaammil ayat 20,


yang bermaksud;
Sesungguhnya
Tuhanmu
(wahai
Muhammad)
mengetahui
bahawasanya
engkau
bangun
(sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua
pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan
selama satu pertiganya; dan (demikian juga
dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah
yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan
siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali
akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu,
lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu
(dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh
itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat
membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia
juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu
orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orangorang yang musafir di muka bumi untuk mencari
rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi
orang-orang yang berjuang pada jalan Allah
(membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana
yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan
yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri
kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya
pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya
dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah
ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ada Di kalangan para sahabat Nabi Sallallahu 'Alaihi


Wasallam ramai di antara mereka menjadi ahli
perniagaan yang terkenal. Salah seorang daripada
mereka itu ialah Abdul Rahman bin 'Auf, iaitu salah
seorang daripada sepuluh sahabat Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diberitakan akan
masuk syurga. Andainya perniagaan itu suatu dosa
tentulah beliau tidak diberitakan sebagai salah
seorang yang bakal masuk syurga.
Ini menunjukkan perniagaan itu bukanlah suatu
halangan.Haruslah diingat, sungguhpun bidang
perniagaan itu sangat digalakkan, namun demikian
hendaklah berjaga-jaga dan berhati-hati kerana di
dalamnya banyak hal-hal yang mendorong kepada
melakukan dosa. Jika tidak dihindari dosa-dosa itu,
maka perniagaan akan menarik seseorang kepada
kemurkaan Allah dan menarik kepada api neraka.
Amaran-amaran di atas sebagaimana digambarkan
daripada
maksud
hadis-hadis
Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam di antaranya:
Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga akan
dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan
berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa
kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap
benar."(Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban dan al-Hakim)
Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga itu adalah
orang-orang yang berdosa, mereka bertanya: "Wahai
Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual
beli?" Jawab Baginda: "Ya" (Tentu), akan tetapi
apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa,
dan apabila berkata-kata mereka berbohong."(Hadis
Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Memandangkan kepada amaran-amaran melalui


hadis-hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu,
maka akan timbul persoalan; macamanakah cara
bagi para peniaga untuk mendapatkan keredhaan
Allah dan ingin selamat daripada kecelakaan?
Caranya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan
mempelajari hukum syara' dan melengkapkan diri
dengan ilmu fiqh yang menentukan syarat-syarat
jual beli di dalam hukum Islam. Hal ini adalah wajib,
tidak boleh diabaikan oleh setiap pedagang atau
peniaga Islam, kerana dengan mengetahui hukum
hakam perniagaan itu akan tehindar jual beli yang
tidak sah, atau yang haram dan makruh atau lainlain yang kurang jelas kedudukan hukumnya sedang
mereka tidak menyedarinya.Sebagai suatu langkah
ke arah itu, berikut ialah beberapa garis panduan
mengenai perniagaan;-
(i)

(ii)

Jangan menjual atau membeli sesuatu


kecuali dengan akad ijab dan qabul yang
sah, kerana bertukar tangan di dalam jual
beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi,
kecuali yang diharuskan oleh setengah
ulama iaitu pada benda-benda yang kecil
yang tidak bernilai tinggi.
Barang-barang yang diperniagakan itu
halal, bukan yang diharamkan oleh syara'
seperti
arak,
sekalipun
yang
akan
membelinya bukan orang Islam, kerana
laknat dalam perkara arak ini termasuk
tukang perah, pembawa ke mana arak itu
dihantar, tukang petik (buah untuk
dijadikan arak), penjual, yang menerima
hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang
terlibat dalam perkara arak ini.

(iii)

(iv)

Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba


itu suatu dosa besar dan bahaya yang
berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan
hadis-hadis
memberikan
ancaman
demikian.
Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau
memutar belit dan mengelirukan orang.
Sabda
Nabi
Sallallahu
'Alaihi
Wasallam:Maksudnya:
"Sesiapa
yang
menipu kita, maka dia bukan dari golongan
kita."(Hadis riwayat Muslim dan lainnya)
Pernah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
menemui seorang sedang berjual makanan
lalu disentuh makanan itu dengan jarinya
didapati sebelah dalamnya basah. Maka
Baginda pun bersabda kepada penjual
makanan itu: "Wahai penjual apa ini?" Jawab
penjual: "Itu kena hujan tadi." Sabda
Baginda lagi: "Mengapa tidak kamu
letakkan di atas supaya pembeli nampak.
Barangsiapa yang menipu kita, bukan dari
golongan kaum muslimin."

(v)

Jangan
memonopoli
barang-barang
dagangan (menahan atau mengumpul
barang-barang dagangan untuk dijual
dengan
harga
yang
lebih
mahal).
Memonopoli itu adalah haram. Sabda
Rasulullah
Sallallahu
'Alaihi
Wasallam:Maksudnya:
"Barangsiapa
memonopoli,
maka
dia
adalah
bersalah."(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud
dan Tirmizi)Maksud menyimpan, atau
mengumpul
barang-barang
itu
ialah
membeli
bahan
makanan
di
waktu
meningkat harganya. Lantaran orang ramai
sangat berhajat kepada makanan ketika itu,
kemudian disembunyikan dan disimpan
dengan tujuan untuk dijual dengan harga
yang lebih mahal. Jika dia membeli pada
waktu harga murah untuk dijual apabila
harganya naik, ataupun didapati pada suatu
masa makanan sedang banyak dan
berlebih-lebihan,
lalu
disimpan
atau
disorok bahagian yang lebih itu untuk
dijual apabila harganya naik, maka itu juga
tidak sepi daripada hukum terlarang
(makruh).
Tentulah
hal
ini
akan
membebankan
kebanyakkan
kaum
muslimin.

(vi)

(vii)

Jangan
bersumpah
bohong,
bahkan
hendaklah
dielakkan
supaya
tidak
bersumpah sekalipun dalam perkara yang
benar. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
menamakan sumpah bohong itu sebagai
sumpah palsu (al-Ghamus) maksudnya
orang yang bersumpah itu akan tenggelam
dengan dosa di dunia dan di dalam api
neraka di akhirat dan Allah tidak akan
melihat orang itu pada hari akhirat.
Bersumpah dengan nama Allah ketika
berjual beli tidak akan mendatangkan
berkat.
Jangan mengambil kesempatan menaikkan
harga barang untuk mengaut keuntungan
yang berlebihan apalagi jika harga itu
telahpun
ditetapkan
oleh
kerajaan.
Menaikkan harga barang dengan kadar
keuntungan yang tidak munasabah adalah
suatu jenayah terhadap pengguna, kerana
ini akan menyebabkan kesempitan hidup
kepada
pengguna-pengguna,
khasnya
mereka yang berpendapatan rendah atau
mereka yang hidup dalam kekurangan
rezeki.Dan untuk inilah Ma'qil bin Yasar
pernah
meriwayatkan
sebuah
hadis
daripada
Rasulullah
Sallallahu
'Alaihi
Wasallam semasa dia sakit yang membawa
kematiannya, di mana ketika itu dia berata
kepada orang yang disekelilingnya: "Tolong
kamu
dudukkan
saya
supaya
saya
menyampaikan hadis Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada kamu."
Setelah mereka mendudukkannya, dia pun
berkata:
"Saya
pernah
mendengar
Rasulullah bersabda:Maksudnya: "Sesiapa
yang memasukkan sesuatu harga (barangan

(viii)

(ix)

belian) orang-orang Islam dengan tujuan


untuk menaikkan (harga penjualan) kepada
mereka, maka adalah menjadi hak Allah
untuk menempatkannya bersama tulangtulang
daripada
api
pada
hari
kiamat."(Hadis riwayat Ahmad, Thabarani
dan
al-Hakim)Kemudian
ada
orang
bertanya kepada Ma'qil: "Adakah hadis itu
tuan dengar langsung daripada Nabi
Sallallahu
'Alaihi
Wasallam?"
Ma'qil
menjawab: "(Aku mendengarnya) bukan
sekali saja bukan pula hanya dua kali ".
Ertinya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
mengulanginya
berkali-kali
kerana
besarnya bahaya perkara menaikkan harga
jualan.
Dalam berjual beli elok bersifat sempurna,
baik perilaku, tidak menganiaya dan
sentiasa berlebih kurang. Jangan sekali-kali
lokek, terlampau berkira sangat dalam
serba-serbi, sebab sifat -sifat murah dan
baik itu akan menambah berkat.
Hendaklah
peniaga
itu
senantiasa
menanamkan
perasaan
ingin
untuk
mendapatkan keredhaan Allah dengan cara
mengeluarkan zakat harta perniagaannya
sebanyak 2.5%.

(x)

Jangan sampai perniagaan itu melupakan


atau
melalaikan
seseorang
daripada
kewajipan-kewajipan agamanya, tentang
mengingat
Allah,
sembahyang,
haji,
berbuat
baik
kepada
ibu
bapa,
menghubungkan
silaturrahim,
berlaku
ehsan
terhadap
sesama
manusia,
menunaikan hak-hak saudara dalam Islam
dan hak-hak jiran.Selain panduan yang
disebutkan itu, banyak lagi perkara yang
perlu diambil ingatan oleh para peniaga.
Biasanya para peniaga sentiasa sibuk,
sentiasa hidup dalam angka dan akaun.
Pagi, petang dan malam menghitung
untung dan rugi, menghitung wang keluar
dan masuk.Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
bersabda:

Maksudnya: "Peniaga yang benar lagi amanah


bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar
(siddiqqin) serta para syuhada'."(Hadis riwayat
Tirmidzi)Para peniaga yang dikehendaki oleh Allah
ialah peniaga yang digambarkan daripada
firmanNya:Tafsirnya: "(Ibadatitu dikerjakan oleh)
orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli
daripada menyebut serta mengingati Allah, dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya
berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka
mengerjakan
semuanya
itu)
supaya
Allah
membalas mereka dengan sebaik-baik balasan
bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurniaNya.

Sememangnya Allah memberi rezeki kepada


sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
terhitung."(Surah
an-Nur:
3738)Kesimpulannya, peniaga yang bersama-sama
para nabi, siddiqqin serta syuhada' itu ialah
peniaga yang tidak dilalaikan oleh perniagaannya,
sentiasa
menunaikan
kewajipan-kewajipan
agamanya, mengeluarkan zakat perniagaan, tidak
menahan
atau
mengumpul
barang-barang
perniagaan untuk dijual dengan harga yang lebih
mahal,
tidak
menaikkan
harga
dengan
sewenangnya, tidak menipu, tidak bersumpah
bohong semata-mata untuk melariskan barangbarang jualan serta tidak menjual barang-barang
yang tidak halal.Semoga dengan irsyad yang
diberikan, para peniaga khususnya, bukan hanya
akan
memperolehi
keuntungan,
malahan
mendapat rezeki yang berkat dan mendapat
keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Kesimpulanya kita semua sememang wajib


melaksanakan agama sambil berniaga cari satu
jenis perniagaan yang betul-betul kita nak buat,
sini saya beri kitaran mudah seperti berikut:

123-

4-

Reka perniagaan impian anda


Buat pembangunan dalam mencari ilmu,
pembekal dan sasaran pelanggan anda.
Perlaksanaan setiap langkah dan tindakan
yang anda telah ambil satu demi satu
pastikan ianya ada peningkatan 5% setiap
langkah.
Analisa tindakan anda sebelum anda ulang
untuk mereka semula kitaran tersebut.

Ingatlah ianya adalah satu kitaran proses yang tiada


penghujungnya. Saya cadangkan sebelum anda
bermula tulis amalan mudah ini bismillah 1000 kali
dan Ya Razzak 1000 Kali. Jika anda berjaya
menulisnya pasti anda ada niat yang kuat untuk
berjaya. Sampai di sini dahulu perkongsian informasi
buat masa ini, saya kena tumpukan perhatian kepada
impian saya pula.

Fokus memerlukan disiplin yang tinggi, ia penting


agar kita cepat kembali kepada asas impian kita.
Selamat mencuba segala perkongsian informasi
dalam ebook ini, semoga ianya mendatangkan
manafaat kepada anda semua, Dikesempatan ini
saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon
maaf sekiranya selama anda membaca ebook ini
anda berasa kurang senang dengan persembahan
dan gaya penulisan. Niat saya mudah untuk
sampaikan pesanan yang santai dan supaya anda
mudah hadam informasi tersebut.
Biasanya yang kurang itu dari diri saya sendiri dan
yang lebih baik itu dari Allah S.W.T jua. Jika anda
rasa bahan bacaan ini tidak berapa bagus, anda
boleh beri hadiah ebook ini kepada insan lain sama
ada isteri, anak, saudara-mara, rakan taulan atau
sesiapa sahaja yang anda rasa perlu dan anggaplah
bahan bacaan ini anda telah mendapat REFUND IN
ADVANCE dengan harga yang anda sendiri bayar.
Saya PERCAYA jasa anda semua hanya tuhan yang
dapat membalas untuk membaca dan berkongsi
bahan bacaan ini dengan orang lain.

Salam hormat dari saya, semoga berjumpa lagi. Idea


dan gaya penulisan asal dari MD AZERUL BIN RUBAE.
Lawati blog www.azerul.com.
Facebook https://www.facebook.com/mdazerul
Page : https://www.facebook.com/handyjer

Penutup izinkan saya share kata-kata ini,


A good book has no ending R.D Cumming

Anda mungkin juga menyukai