Anda di halaman 1dari 34

KARANGAN JENIS FAKTA

KEBAIKAN MEMBACA
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini
bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat
mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan


menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar,
kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita
tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan
mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata.


Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang
lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak


pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman
untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana
banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik,
cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih
bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak
elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama


kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat
mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita
haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran
dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Nh2016
SOALAN : Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan
tempatan. Tuliskan tentang kebaikan buah-buahan tempatan.

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita


Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat
dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-


buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat
kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan
ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-


buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri
di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan
memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan
sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.


Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan
pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam
menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak


kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah
daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati
buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

Nh2016
Soalan :Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu
tentang faedah-faedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan
perpustakaan.

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat


banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah,
buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid
semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan


perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada
gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih
cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti
larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula
buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih
mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam
kehidupan mereka.

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-


murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu,


menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam
pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan
setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.

Nh2016
SOALAN : Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank.
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak


kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah
membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional,
MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin


selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada
kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank.
Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang
kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.

Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya,
kita boleh membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti
daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang
secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang memerlukan.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita
tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini
akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan.
Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam
masalah hutang dan sebagainya.

Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan


kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk
menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.

Nh2016
SOALAN: Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari.

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-
contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan
bersukan.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang
mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan
perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga
pernah pergi ke stadium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu
perlawanan akhir bola sepak .

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Pada waktu lapang seperti
pada waktu petang, saya dapat mengisi masa lapang ini dengan bermain bola
sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada terjebak dalam kegiatan yang
merugikan seperti melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini
menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan
melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti
demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah kegemukan yang
boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kecing manis
dan lain-lain lagi.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya
cerdas. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa
mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya yang sihat dan bertenaga juga
membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran. Oleh sebab itu, saya
sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih


hobi yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun,

Nh2016
perlu kita ingat hobi tersebut tidak seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi yang
baik dan sesuai sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
SOALAN : Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis
karangan cara-cara kamu menggembirakan ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa


mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih
sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan
kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati
mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak


mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati
orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang
berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal
yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa. Ibu bapa juga
tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh.
Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita
gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,
mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban
mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran
dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan
mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu
bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa
kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Nh2016
Kegunaan Komputer

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan


kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja
dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk
kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.

Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian.


Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi
laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi
sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan
tugasan mereka.

Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer.


Melalui komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain
permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk
menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.

Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai


aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook`
dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan
dan persaudaraan antara kita.

Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila


menggunakan komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau
maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di
bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer.

Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak


memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri
daripada terlalu leka menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan
masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.

Nh2016
Cara membasmi Demam denggi
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya.
Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat
nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara


cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang
dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di
dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak
membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap
minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah
nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah
dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Saluran
bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk
membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut


daripada naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam
sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk. Ikan peliharan juga
boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti ikan gapi dan
puyu akan memakan jentik-jentik.

Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi
pembiakan nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik
dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga
bulan sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk


Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh

Nh2016
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika
mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Ucapan :Hari Guru

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru
dan rakan-rakan sekalian.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini. Hari
guru disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk menghargai jasa
guru kita yang membimbing, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang insan
dan sanggup menjadi pelita untuk menerangi hidup kita gelap-gelita. Jasa guru
tidak dapat kita gambarkan.
Seperti saya katakan tadi, membimbing, mengajar dan mendidik adalah antara
jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru. Guru juga perlu memikul
tanggungjawab yang tinggi contohnya menjadi ibubapa kita di sekolah. Dalam
kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian, hormati,
sayang dan anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai
tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid yang sempurna.
Guru-guru sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi
guru-guru sekalian dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru
dapat memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing
dan mendidik lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang berguna untuk
negara dan bangsa serta agama.
Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata
kami terkasar kata atau tidak beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang
baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kami. Sebelum
saya mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap pantun yang berbunyi
Hati masih terburu-buru,
Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.

Nh2016
Sekian, terima kasih.
SOALAN : Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam
majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari
persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini.
Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-
adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan
sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami
dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan
bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan
sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan
yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa
untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala
jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh
sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan
kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-
guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa
meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga
akhir hayat kami. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun
daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.

Nh2016
Sekian, terima kasih.

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu


sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga
kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara
Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti
memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai
penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan
telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas
yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta
mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan
menjadi kita sihat dan selesa. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga
kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan
gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang
ramai. Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh
menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu
mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita
makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan
sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk
membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi
kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu,
kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan
kebahagiaan hidup kita. Sekian, terima kasih.

Nh2016
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-
guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara-
cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan
mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan
sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri. Menggunakan telefon bimbit
ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan
kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara
yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak
kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.
Hadirin sekalian, Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat
tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang
teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang
ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang
kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau
mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya
sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar
lambat asalkan selamat". Sekian, terima kasih.

Nh2016
Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara
satu sama lain. Seumpama serumpun aur di tebing. Aur menumpang pada tebing
untuk mendapatkan air, manakala tebing pula memerlukan aur supaya tebing
tidak mudah terhakis. Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya.

Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu


seperti aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan
sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan. Semangat kerjasama dan
gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala
lapangan kehidupan.

Sebagai contoh, mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka
secara bergotong-royong. Begitu juga jika ada majlis perkahwinan, lazimnya orang
kampung akan bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut. Bahkan
sesetengah tempat, orang kampung membina masjid secara bergotong-royong.

Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”, dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
digigit”.

Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama


oleh masyarakat di bandar serta generasi muda kerana semangat bekerjasama ini
semakin kurang diamalkan oleh mereka.

Nh2016
CATATAN

Ahad, 3 Februari 2014


6.00 pagi -Bangun tidur, solat Subuh dan menyiapkan diri. Ibu telah menyediakan
hidangan sarapan pagi yang dimasaknya sendiri di rumah rehat tersebut.
Kelengkapan dapur yang agak sempurna di rumah rehat ini membolehkan ibu
memasak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan.

9.00 pagi -Menuju ke 'Afamosa Resort' untuk mandi-manda. Saya berasa tidak
sabar untuk mandi-manda bersama keluarga di sana. Setibanya di situ, saya
berasa sungguh kagum melihat kolam renangnya yang dilengkapi dengan pelbagai
gelunsur air yang pelbagai rupa. Tanpa berlengah, kami terus mandi sambil
mencuba beberapa gelunsur air di kolam renang tersebut.

1.00 petang -Kami makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Tampin,
Negeri Sembilan. Saya sungguh berselera makan nasi berlaukkan gulai lemak ikan
sembilan di restoran tersebut.

2.00 petang -Bertolak dari bandar Tampin untuk balik ke Temerloh melalui jalan
raya biasa. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa buah kampung, hutan,
ladang kelapa sawit dan ladang getah. Saya tertidur dalam perjalanan tersebut
kerana keletihan.

4.30 petang -Solat di Masjid Bandar Kerayong sebelum minum petang di sebuah
restoran di bandar tersebut.

6.00 petang -Tiba di rumah di Temerloh. Bergotong-royong mengangkat dan


mengemas barang-barang sebelum mandi. Percutian kali ini sangat
menyeronokkan kerana saya telah berpeluang melancong ke beberapa tempat
yang belum pernah saya kunjungi bersama keluarga tersayang.

Nh2016
SOALAN :
Baru-baru ini kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menziarahi datuk kamu
yang sedang sakit tenat di kampung.
Tulis sepucuk surat kepada guru kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

No 7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,


28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur
Puan Zaiton binti Haji Ulis,
Guru Kelas Tahun 4 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000, Temerloh,
Pahang. Darul Makmur. 4 April 2016

Puan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Saya Mohd Hasif Zakwan bin Ahmad, murid Tahun 4 Amanah tidak dapat hadir ke
sekolah pada hari Jumaat, 5 April 2016 hingga kepada tarikh yang tidak dapat
dipastikan lagi.
2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa pulang ke kampung
Merapoh untuk menziarahi datuk saya yang diberitakan sedang sakit tenat pada
masa ini.
3. Saya mungkin berada di kampung selama beberapa hari dengan mengikut
sahaja keputusan ibu bapa saya selagi mereka berasa perlu untuk berada di sana.
4. Saya berharap cikgu dapat mendoakan agar kesihatan datuk saya pulih kembali
seperti biasa dan membolehkan saya kembali bersekolah.
Kerjasama serta pertimbangan cikgu amat saya hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Nh2016
Yang Benar,

(MOHD HASIF BIN AHMAD)


SOALAN :
Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang
persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

No. 74, Taman Seri Merapoh,


27210 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang. Darul Makmur.
26 April 2016

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang,


semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di
sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September
nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan
bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah
mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap
hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan
segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan
Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke
Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya
berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu
nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan tersebut.

Nh2016
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir
sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,

Amira
Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2016, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan


termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah
bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir
telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa
orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja
tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-
tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan
Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi,
semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang
tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang
Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan
Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-
acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk
rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian.
Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira
pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah
kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang
disediakan di kantin.

Nh2016
Laporan disediakan oleh
..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)
Setiausaha Kokurikulum SK Seri Tualang

Menyambung Cerita

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang
menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-


rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti
menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-
rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan
menghantarnya pulang.

Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku
terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke rumahnya
yang terletak kira-kira 2 kilometer dari situ. Ini sungguh memenatkan. Namun,
aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke rumah.

Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman
rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih
kepadaku sebelum ia beredar ke rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun,
selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji tindakanku itu. Kata
ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu
ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Nh2016
Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat,
aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam
perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg
tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang
mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang
peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak
Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis.
Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan
Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor
plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang
mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih
kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut.
Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku
berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis
menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Nh2016
Keistimewaan Pokok Kelapa

Pokok kelapa atau dikenali sebagai “Pokok Serba Guna” banyak terdapat di tepi
pantai diMalaysia. Pokok ini merupakan tumbuhan yang berbuah sepanjang
tahun. Pokok kelapajuga memberikan sumber kewangan yang penting kepada
negara.

Hampir setiap bahagian pokok kelapa boleh digunakan. Batang pokok kelapa
yang
panjang dan keras itu boleh dibuat titian. Sabut kelapa dapat digunakan untuk
membuattali dan berus. Tempurung kelapa dapat dijadikan tabung dan barang-
barang hiasan.Isi kelapa boleh digunakan untuk membuat kuih-muih yang sedap.
Santannya diguna untuk memasak kari.

Selain itu, minyak kelapa boleh digunakan untuk memasak,membuat sabun, dan
manjerin.Air kelapa ialah sejenis minuman yang boleh menyejukkan badan. Daun
kelapa puladapat dibuat atap.

Disamping itu, daun kelapa juga dapat dibuat sarung ketupat. Pelepah-pelepah
boleh diikat untuk menjadi penyapu lidi.Pokok kelapa memang mempunyai
banyak kegunaan. Oleh itu, pokok kelapa dikenali sebagai pokok beraneka
gunaan.

Kerajaan patut menggalakkan penduduk kampung menanam pokok kelapa.


Penanaman pokok kelapa bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan orang
kampung, tetapi juga memberi peluang kepada orang kampung menubuhkan
industri secara kecil-kecilan.

Nh2016
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatanseseorang itu dalam keadaan baik.

        Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan
sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan
oleh sesiapa sahaja.

   Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat.Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

      Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang
baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan
penyakit.

    Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.

    Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus

Nh2016
dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan
yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Kebaikan dan keburukan menonton televisyen

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan


sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen
menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita
dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang
disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada
siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang
masa di depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka
menghabiskan masa di depan televisyen tanpa menghiraukan pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui
batas-batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

Nh2016
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih
menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa
Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’
bagi kedua-dua matapelajaran..
Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini.
UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau
telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di
padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk
menebus kegagalalan ini.
Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu
sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga
menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan
UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal
daripada rakan-rakanku.
Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan
intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat
memperbaiki kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk
memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang
berkesan.
Tiga bulan berlalu , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak
percaya markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih
ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin

Nh2016
menjelang ujian percubaan UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang
maksimum.
Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku
mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi
kesan. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan
belangsung sebulan lagi jika akau terus meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah
“ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”

Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak


faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara
beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan


silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar
fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan


badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan
surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat
mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang


seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Nh2016
Karangan Fakta : Jiran
Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita
termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita.
Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.

Jiran- jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa sekiranya berada
di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah ketika ayas saya sakit dan
ketika ibu melahirkan adik-adik saya.

Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. apabila mereka
memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini
dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.

Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka tiada di
rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan
rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih
selamat.

Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu
ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik
ke hospital manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.

Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka
bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut
bergotong-royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.

Nh2016
Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama dengan
saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga
sering bertukar pendapat untuk meningkatkan penegetahuan.

Hidup berjiran membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat
baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah


perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum
mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan


belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan
sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak


membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang
diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur
negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti
sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas.
Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri


yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu
antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.

Nh2016
Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid
berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas
bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap


suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-


cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang
diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini
boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita
sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang
ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan
wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang ini
boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah


menabung dari sekarang kerana ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.

Nh2016
Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform
anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2016


Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang
diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal
Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan
disertai oleh 5 orang guru.
Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah
membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa
orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa memasak
dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2016


Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan
aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari
semasa aktiviti ini.
Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui
aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan
ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.
Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini,
setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan
persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2016

Nh2016
Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas
makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah
dan membersihkan kawasan perkhemahan.
Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat
mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang
aku peroleh.

Tulis sebuah karangan tentang cara-cara yang kamu lakukan untuk menjaga
buku teks.

Buku teks merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk murid sekolah
rendah dan sekolah menengah. Bejuta-juta ringgit dibelanjakan untuk membuat
buku teks serta meningkatkan mutu pendidikan negara. Menjadi tanggungjawab
setiap murid untuk menjaga buku teks ini.

Antara cara menjaga buku teks ialah dengan membalutnya. Jika buku teks
dibalut, buku teks tidak akan terkoyak dan kotor. Buku teks juga tidak mudah
basah jika terkena air kerana dibalut dengan plastik.

Kita perlu menjaga keselamatan buku teks supaya ia tidak hilang. Contohnya
seperti menulis nama di ruangan yang disediakan di belakang buku teks. Jika buku
teks kita hilang, proses mencari buku teks kita akan menjadi mudah kerana nama
kita ditulis di buku teks yang hilang..

Kita hendaklah memastikan buku teks kita tidak diconteng atau rosak. Ini kerana
buku teks ini akan digunakan oleh murid lain pada tahun hadapan. Jika buku kita
rosak atau diconteng, ia akan menyukarkan murid lain yang menggunakan buku
teks kita.

Buku teks mestilah dijaga seperti hak milik kita. Buku teks tidak boleh
ditinggalkan di merata-rata tempat seperti dibawah meja dan didalam kelas. Jika
buku teks kita hilang, kita mesti menggantikanya dengan buku teks yang lain.

Nh2016
Jagalah buku teks kita supaya ia boleh digunakan oleh murid lain pada masa
hadapan. Jika buku teks kita hilang, gantilah buku itu dengan segera supaya murid
lain boleh menggunakan buku teks.

Soalan : Pada cuti minggu lepas, kamu telah pergi ke sebuah pameran buku
dengan keluarga kamu. Tulis karangan tentang lawatan ini.

Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran buku.
Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan keluarga saya.
Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh rendah. Pelbagai
jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita, majalah dan sebagainya.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-buku disitu
dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang menjual buku dengan
harga runtuh.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya ialah


pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan sebagainya. Saya
menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya memenangi pertandingan itu dan
mendapat sebuah hampert serta wang tunai berjumlah RM100. Keluarga saya
mengucapkan tahniah kepada saya.

Selain itu, banyak syarikat penerbitan termasuk syarikat antarabangsa ada di


sini. Ini sungguh berbeza dengan pameran yang kami pernah hadiri. Anggota
keluarga saya memberikan pendapat yang sungguh positif.

Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk meninggalkan
pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli banyak buku. Saya
berharap banyak lagi pameran buku seperti ini diadakan pada masa akan datang.

Nh2016
Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai
kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini.
Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.
Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti
selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air
dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat juga telah memburukkan
keadaan.
Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan
banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka
di kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa
banjir dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.
Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah
ditutup. Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka
membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.
Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-
mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan.
Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.
Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak
kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.

Nh2016
Soalan : Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat yang diberikan dibawah.
….. Kini, aku telah sembuh seperti sediakala. Aku berjanji akan selalu
mendengar nasihat ibu dan ayah.

Nama aku Ikhwan. Aku berumur 12 tahun. Hobi aku ialah melastik
burung. Ibu bapaku tidak menyukai hobiku kerana melastik akan menganiaya
burung yang dilastik.

Pada suatu petang, ibu dan bapaku pergi ke kenduri emak saudaraku.
Mereka melarang aku keluar rumah pada petang itu. Namun, aku tidak
mendengar larangan ibu bapaku.

Sebaik sahaja bayang-bayang kereta ibuku hilang, aku segera keluar dari
rumah. Aku berjumpa dengan rakanku di tempat yang ditetapkan. Kami akan
melastik burung pada hari itu.

Aku dan kawanku masuk ke dalam hutan. Kami sungguh gembira kerana
terdapat banyak burung disitu. Kami melastik burung di situ tanpa belas kasihan.

Tanpa kami sedari, terdapat sebuah sarang lebah di situ. Rakanku


tersalah lastik lalu terkena sarang lebah itu. Kami berlari lintang pukang kerana
dikejar lebah. Kami dimasukkan ke hospital kerana pengsan.

Nh2016
Kini, aku telah sembuh seperti sedia kala. Aku berjanji akan selalu
mendengar nasihat ayah dan ibu.

Soalan : Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan sukan tahunan pada


minggu hadapan. Kamu dan rakan kamu berbual-bual mengenai persediaan-
persediaan yang kamu dan rakan-rakan perlu lakukan untuk kejohanan
tersebut. Tulis perbualan yang lengkap antara kamu dan rakan kamu itu.

Ikhwan : Assalamualaikum Afiq.


Afiq : Waalaikumussalam Ikhwan. Apa tujuan kamu berjumpa dengan saya?
Ikhwan :Saya ingin membincangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan
untuk
kejohanan sukan tahunan.
Afiq : Oh, itu tujuan kamu berjumpa saya. Bila kejohanan ini akan diadakan?
Ikhwan : Kejohanan ini diadakan pada minggu hadapan.
Afiq : Awalnya ,kita perlu melakukan persediaan. Untuk menghadapi kejohanan
ini, saya rasa kita pelu berlatih setiap hari.
Ikhwan : Apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Afiq : Kita patut bersenam dan lari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan.
Ikhwan : Saya rasa kita perlu menjaga pemakanan kita. Kita perlu makan
makanan
yang seimbang.
Afiq : Saya setuju. Saya rasa makanan berminyak patut dikurangkan kerana ia
mengandungi banyak lemak.
Ikhwan :Sehari sebelum kejohanan, kita tidak perlu berlatih supaya boleh
menyimpan tenaga.
Afiq : Kita juga perlu memastikan tidur kita cukup supaya kita bertenaga.

Nh2016
Ikhwan : Loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas.
Afiq : Baiklah.

Nh2016

Anda mungkin juga menyukai