Anda di halaman 1dari 2

Hobi saya Setiap orang mempunyai hobi masing-masing.

Ada yang suka bersukan, menanam bunga, mengumpul barang-barang dan lain-lain. Biasanya hobi dilakukan pada waktu lapang. Hobi saya adalah mengumpul setem. Saya telah mula mengemari mengumpul setem sejak tiga tahun yang lalu. Ia bermula apabila seorang sahabat pena saya yang berada di Singapura telah menghantar sepucuk surat kepada saya. Saya amat menyukai setem yang telah ditampalkan pada sampul surat itu. Sejak itu, saya mula mengumpul setem yang saya perolehi daripada surat-surat sahabat saya yang ada di dalam dan luar negeri. Selain itu, ayah dan ibu serta abang saya juga ada memberi beberapa helai setem. Saya menyimpan setem-setem itu di dalam album setem. Bermacam-macam bentuk setem tetapi biasanya berbentu segi empat tepat. Gambar yang ada pada setem itu jua ada banyak corak dan warna. Ada yang menunjukkan tempat atau bangunan di sebuah tempat, ada juga yang mempunyai gambar binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Mengumpul setem adalah menyeronokkan dan berfaedah kerana saya boleh belajar dan mengetahui gambar-gambar yang ada pada sehelai setem itu. Sebagai contoh, saya boleh mengetahui nama sekuntum bunga atau seekor binatang. Saya akan meneruskan hobi saya mengumpul setem ini hingga saya dewasa nanti.

Aku Sebuah Komputer Aku sebuah komputer. Nama aku Dell. Aku berwarna hitam. Aku berlahir di sebuah kilang di Malaysia. Komponen Aku mempunyai papan kekunci, tetikus, monitor dan CPU. Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang guru dalam pameran komputer. Tuan aku meletakkan aku di bilik bacaan. Tuan aku selalu menggunakan aku untuk menyelesaikan tugasan sekolahnya. Beliau juga menggunakan aku untuk bermain lagu MP3. Aku amat berguna kepada tuan aku. Ini disebabkan aku dapat menyimpan banyak maklumat dan data. Tuan aku juga menggunakan aku untuk melayari internet kerana tuan aku seorang guru data di sekolah. Kadangkala, anak-anak tuan aku menggunakan aku untuk bermain permainan komputer. Aku berbesar hati kerana aku dapat membantu tuan aku menjalankan tugasnya di sekolah. Aku berharap bahawa aku dapat berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.

Faedah membaca Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anakanak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku. Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan

luas dan otak cair. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru. Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan sebagainya. Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat. Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

Faedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai