Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Hobi saya

Setiap orang mempunyai hobi, begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah membaca
kerana membaca mempunyai banyak kebaikan.

Saya suka membaca majalah, buku cerita, surat khabar dan sebagainya. Saya selalu
pergi ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku. Ibu bapa saya juga sering
membeli bahan bacaan yang baik untuk saya.

Membaca dapat menolong saya mengisi masa lapang dengan berfaedah. Jadi, saya
tidak akan melakukan kerja yang tidak berfaedah seperti membuang masa dan lain-lain lagi.

Di samping itu, membaca dapat menambahkan ilmu dan meluaskan pengetahuan saya.
Contohnya, dengan membaca surat khabar, saya dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di
dalam dan luar negara. Jadi, saya tidak akan digelar seperti katak di bawah tempurung.

Selain itu, membaca dapat memperluaskan kosa kata saya. Kosa kata yang meluas
dapat memperbaiki bahasa saya dan membantu saya mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan.

Rajin membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mematangkan pemikiran saya. Oleh sebab
itu, saya mesti banyak membaca agar dapat menjadi manusia yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai