Anda di halaman 1dari 1

Hobi saya

Setiap orang mempunyai hobi, begitu juga dengan saya.


Hobi saya ialah membaca kerana membaca mempunyai
banyak kebaikan.

Saya suka membaca majalah, buku cerita, surat


khabar, buku rujukan dan sebagainya. Saya selalu pergi
ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku.
Ibu bapa saya juga sering membeli bahan bacaan yang
baik untuk saya.

Membaca dapat menambahkan ilmu dan meluaskan


pengetahuan saya. Misalnya, dengan membaca surat
khabar, saya dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di
dalam dan di luar negara. Jadi, saya tidak akan digelar
seperti katak di bawah tempurung.

Rajin membaca bukan sahaja dapat menambahkan


ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat memperluaskan
kosa kata saya. Oleh sebab itu, saya mesti banyak
membaca agar dapat menjadi manusia yang berguna
kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai