Anda di halaman 1dari 4

Aku sedang membuat kerja sekolahku,tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit.

Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari
arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu berkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku


cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah dan ibuku belum pulang. Tiba-tiba aku
terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera
mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah.


Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti
kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di
kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. Adik menekup mukanya, sambil


mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku.
Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang
tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu
cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak
dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan


rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu
kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun
menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa
mendengar ceritaku itu.
Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai
orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca
bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain
lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak
kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui


pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti
mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih
berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada
membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di


perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap,
memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan.
Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita
akan didenda.

Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat


menambah pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur
dan menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu,


tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya
itu dapat kita perolehi.
Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku
cerita, majalah dan sebagainya. Semua sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Antara kebaikan menggunakan perpustakaan akan memupuk


semangat membaca kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan
seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.

Seterusnya, perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa


lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan
bacaan di perpustakaan. Ini juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan
aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Selanjutnya, kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di


perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk
membacanya. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal,
contohnya buku 'Harry Potter' kerana buku itu terdapat di perpustakaan.

Di samping itu, kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.


Kita boleh membuat kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita
juga boleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan
pembelajaran di perpustakaan.

Akhir sekali, perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan


pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik
mungkin.
Faedah-faedah Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah.


Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan
manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat


dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh
merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis
dan mempunyai wawasan.

Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan


perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel
dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia
ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk
berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah


pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang
sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu,
pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan
sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang


kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku
cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan
bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak
akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak


kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi.
Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".

Anda mungkin juga menyukai