Anda di halaman 1dari 1

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan.

Berikan pandapat kamu tentang


faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca
seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan
awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan
membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid
dalam pelajaran.
Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita. Sebagai murid, kita dapat mengisi masa
lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat
mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan
terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lainlain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan
lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai
peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku
mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid
dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam
kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang
ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku
boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku
tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna
perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid
juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu
di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai