Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN /FAEDAH PUSAT SUMBER

Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perpustakaan ada banyak bahan


bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak
faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan. 

Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para


pelajar membaca buku tidak terkira ensiklopediaatau buku sejarah dan alin lain
lagi , mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar
negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan
berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka dan dapat
mengetahui ilmu di luar kotak .

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah
dengan mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada
membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada
terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok
dan lain-lain lagi.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di


perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh
membuat bising, memulangkan buku tepat pada masanya dan menjaga
kebersihan perpustakaan.

Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila


kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan
baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik dan
meluaskan kosa kata kita.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan


sikap suka mengunjungi ke perpustakaan. Saya berharap sifat ini akan di tanam
leh para para pelajar kerana kerana ilmu merupakan tiket untuk berjaya dalam
hidup atau menjadi orang yang berilmuan.

Anda mungkin juga menyukai