Anda di halaman 1dari 5

1

KERTAS CADANGAN

‘LIBRARY CAFE’
PROJEK INOVASI DAN KREATIVITI PUSAT SUMBER

sebagai

INISIATIF PUSAT SUMBER


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

KE ARAH MEMENUHI KEPERLUAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kebenaran mengadakan Projek
‘Library Cafe’ bagi tahun 2022 sebagai salah satu program inovasi yang ada di
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak.

PENGENALAN
2. Projek ‘Library Cafe’ merupakan projek inovasi dan kreativiti pusat sumber sekolah
dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna pusat sumber
sekolah. ‘Library Cafe’ merupakan suatu ruang khas di dalam mini pusat sumber
yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti peti sejuk, meja rendah, komputer
riba , dan pelbagai jenis bahan bacaan juga permainan dalaman bagi membolehkan
warga sekolah meluangkan masa di mini pusat sumber PPKI untuk membaca atau
mencari maklumat dalam keadaan santai serta selesa. Ruang ini juga turut
menjalankan urusan jual beli untuk pengguna mini pusat sumber seperti roti
sandwich, buah -buahan, air mineral dan air kotak sahaja dengan syarat mesti
melakukan aktiviti membaca, membuat kerja sekolah atau menggunakan
perkhidmatan yang ada di pusat sumber. Projek ini akan memberi manfaat kepada
warga sekolah dan komuniti setempat yang menjalinkan hubungan dan rangkaian
dengan pusat sumber sekolah.

2
ASAS PERTIMBANGAN
3. Meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah dalam menjadi pusat
sumber cemerlang sekolah pendidikan khas dan komuniti setempat.
4. Membudayakan amalan membaca bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada
pengguna pusat sumber dan warga sekolah.

CADANGAN PERLAKSANAAN
5. Projek ‘Library Cafe’ ini dirancang dibangunkan secara berperingkat dengan
menggunakan segala kemudahan yang ada dahulu sebagai asas. Secara
konseptual, gambaran Projek ‘Library Cafe’ adalah seperti berikut :

IMPLIKASI KEWANGAN
6. Oleh kerana Projek ‘Library Cafe’ dirancang dibangunkan secara berperingkat,
sebagai permulaan pusat sumber sekolah memohon sumbangan peralatan dari
pelbagai pihak bagi menjayakan projek ini.

RUMUSAN

3
7. Harapan pihak kami adalah program seumpama ini mendapat perhatian dan
kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Moga program ini menjadi kayu pengukur
dalam perancangan tahunan sekolah. Dengan keprihatinan pihak pengurusan
sekolah dalam menjayakan program julung kali yang seumpama ini, diharap program
ini berjaya dan lancar perjalanannya nanti.

4
DISEDIAKAN OLEH

BAZIYANA BINTI DIN@MAHYADIN


SETIAUSAHA II
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK GUAR CHEMPEDAK

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

YUSNITA BINTI YATIM


GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK GUAR CHEMPEDAK

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

MOHD ZAMRI BIN ADAM


GUR BESAR
SK GUAR CHEMPEDAK

Anda mungkin juga menyukai