Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM NILAM SJKT PASIR GAJAH 2016

KERTAS KERJA MAJLIS PELANCARAN


PROGRAM NILAM 2016
SJKT PASIR GAJAH KUALA KRAI KELANTAN
ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan


penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan
sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah
mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.
Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran
yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan
rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.

2.0 TEMA

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya


KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM NILAM SJKT PASIR GAJAH 2016

3.0 MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan


warga SJKT Pasir Gajah khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan
budaya membaca.

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

22 Februari 2016
8.00 pagi
Tapak perhimpunan SJKT Pasir Gajah

5.0 SASARAN

Warga SJKT Pasir Gajah

6.0 OBJEKTIF

1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan


berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan)
2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
dikalangan warga sekolah.
3. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan
yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat.
4. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
kekuatan minda
5. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang
pembacaan.
6. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang
berkualiti.
KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM NILAM SJKT PASIR GAJAH 2016

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn Gnamoney Moses
( Guru Besar Sekolah)
Pengerusi : Cik Subashini Satasilan
( Penyeleras Pusat Sumber)
Setiausaha : Cik Kala Salambadurai
Ahli Jawatankuasa : Pn Aruna Tanimalai
En Kannan Manikam
Pn. Norasyikin

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat Program NILAM oleh Cik.Subashini Satasilan.


2. Ucapan Perasmian Pelancaran Program oleh Pn Gnammoney
Guru Besar
SJKT Pasir Gajah

3. Gimik Perasmian

4. Taklimat pelaksanaan program NILAM

5. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada murid NILAM tahun lepas

6. Penyampaian Buku NILAM kepada murid

7. Sesi fotograf

Disediakan oleh :

..
( CIK SUBASHINI SATASILAN)
PENYELARAS
Tarikh : 20 Februari 2016

Anda mungkin juga menyukai