Anda di halaman 1dari 2

NAMA SEKOLAH : SMK DATUK HAJI ABDUL SAMAD, PORT DICKSON

1) KOD SEKOLAH:
NEA 2053
2) JUDUL
4) BIDANG
5) SINOPSIS

NAMA GURU :

NURULHUDA BINTI ALI @ HASIM

MINDA MUSLIM
3) PENGARANG:
SUPER
PENGETAHUAN PROFESIONAL

DR. DANIAL
ZAINAL ABIDIN

Buku ini mengandungi 13 bab yang menjawab persoalan-persoalan seperti


berikut :

Siapakah muslim super?


Bagaimanakah mereka dapat menjadi Muslim super?
Bolehkah saya menjadi Muslim super seperti mereka?
Apakah kelebihan menjadi Muslim super?

Di dalam buku ini, penulis mengetengahkan umat Islam sebagai ummatan


wasatan dan khaira ummatin sebagai kualiti asas bagi individu muslim di
mana Islam mengajar umatnya nilai kemanusiaan sejagat dan keadilan bagi
memastikan kesejahteraan bagi umat manusia.
Namun begitu, penulis menegaskan bahawa kualiti sebenar ini sebenarnya
bermula dari minda. Ini kerana kejayaan yang sebenar ini tidak akan dicapai
tanpa kefahaman yang sebenar tentang ajaran Islam. Jelasnya lagi, Islam adalah
misi dan visi setiap umat Islam. Islam mendidik umatnya dalam kesemua aspek
kehidupan seharian termasuk perkara-perkara mudah seperti pakaian,
pemakanan dan sebagainya.
Di awal bab, penulis menjelaskan bahawa Islam adalah acuan penting yang
mendidik umatnya untuk menjadi umat yang terbaik dan menjadikan Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah sebagai pedoman yang terbaik sepanjang zaman. Ini jelas
dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; Aku tinggalkan kepada kamu
(yakni umatku) 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya; iaitu AlQuran dan Sunnahku.
Selain itu, Islam mengajar ummatnya keseimbangan di antara dua aspek;
duniawi dan ukhrawi, dan kedua-dua aspek disebut hendaklah dilengkapi dengan
ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini hendaklah dicari dan ditimba selagi
mana kita masih hidup supaya dapat melengkapkan diri untuk menghadapi
cabaran kedua-duanya sekaligus.
Sejarah juga jelas membuktikan di mana kebangkitan Islam yang agung ketika
suatu dahulu kerana menegakkan syiar Islam dan berpegang teguh sepenuhnya
kepada dua sumber utama tersebut; Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Justeru, dalam bab terakhir buku ini penulis melontarkan kisah-kisah sahabat
Nabi S.A.W dan ciri-ciri unggul yang terdapat dalam kalangan mereka. Banyak

pedoman dan iktibar yang dapat digarap melalui kisah-kisah ini supaya kita
meneladani tokoh-tokoh terunggul Islam tersebut, misalnya Abu Bakar As-Siddiq,
Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, Ali bin Abi Talib dan sebagainya.
NILAI PENGETAHUAN / PENGAJARAN :
1) Muslim Super adalah muslim yang berilmu.
2) Muslim Super hendaklah menyeimbangkan aspek duniawi dan ukhrawi dalam
kehidupan.
3) Tanpa ilmu, kejayaan tidak dapat dicapai.
APLIKASI ILMU DALAM PDP:
1) Ilmu pengetahuan perlu dicari sebanyak yang mungkin untuk melengkapkan
diri setiap individu.
2) Ilmu tersebut perlu seimbang dengan aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
dan Sosial supaya kita
akan maju ke depan.
3) Kefahaman sebenar sangat penting untuk mencapai sesuatu objektif utama.
Misalnya, pelajarpelajar kena memahami kehendak soalan yang diusulkan di dalam
peperiksaan, dan kemudian
barulah mereka faham apa yang dimaksudkan supaya selari dan tidak
terpesong dari kehendak
soalan.
4) Pengajaran dan iktibar dalam PdP perlu diketengahkan supaya dapat difahami,
dihalusi dan juga
diteladani dalam kehidupan seharian.
5) Semua individu mampu menjadi umat terhebat sekiranya kita sentiasa
berusaha ke arahnya.

Anda mungkin juga menyukai