Anda di halaman 1dari 4

PUSAT SUMBER SK TELOK KUMBAR

KERTAS KERJA
PROJEK BAKUL ILMU
( BAKUL ANGKAT PENGAWAS PSS )
PUSAT SUMBER SK TELOK KUMBAR 2021

TARIKH : 8 DISEMBER 2021


HARI : RABU

DISEDIAKAN OLEH
HALIMATUN ZAHARAH BT AB MAGID
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
SK TELOK KUMBAR
KERTAS KERJA
0
PROJEK BAKUL ILMU ( BAKUL ANGKAT PENGAWAS PSS )
PUSAT SUMBER SK TELOK KUMBAR 2021

1.0 NAMA PROJEK


Bakul Ilmu

2.0 RASIONAL
Bakul Ilmu adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan
murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan. Bakul Ilmu akan memberi
kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi
keperpustakaan. Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan
berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu
murid yang lain. Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan
dalam buku rekod nilam mereka.

3.0 OBJEKTIF
i. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu
kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.
ii. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih
bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.
iii. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.
iv. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang
disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu
kecemerlangan murid.
v. Untuk menambah bilangan bacaan Nilam murid.

4.0 MODUS OPERANDI BAKUL ILMU


i. Terbuka kepada semua murid dan guru.
ii. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul.
iii. Bakul Ilmu diwujudkan di setiap kelas di SKTK.
iv. Para murid bebas menggunakan Bakul Ilmu sepanjang waktu kecuali waktu
PdP.
v. Bakul Ilmu disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk
kemudahan murid.

1
vi. Bakul Ilmu akan dipantau oleh Pengawas Perpustakaan. Pengawas
Perpustakaan akan mengambil bakul pada waktu pagi dan akan memulangkan
bakul tersebut pada waktu terakhir persekolahan.
vii. Buku yang terdapat dalam bakul tidak boleh dibawa pulang oleh murid.
viii. Setiap bakul akan disediakan borang rekod NILAM individu murid. Borang akan
diberikan setiap kali Pengawas Perpustakaan mengambil bakul dan borang
tersebut dikembalikan pada waktu akhir persekolahan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN


Sepanjang tahun 2022

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK


Pengerusi : En. Azlin Bin Jambut - Guru Besar
Timb. Pengerusi 1 : En Ahmad Fuad Bin Hj. Adam - GPK Tadbir & Kurikulum
Timb. Pengerusi 2 : En Othman Bin Mat - GPK HEM
Timb. Pengerusi 3 : En. Mohammad Afizie B Abu Seman - GPK Kokurikulum
Pn. Aelimar Binti Anuar - Penyelia Petang
Penyelaras : Pn. Halimatun Zaharah Bt Ab Magid
Setiausaha : Pn. Nur Ain Hazwani Binti Abdu Rahman
Naib Setiausaha : Cik Munirah Binti Mohd Radzi
Bendahari : Pn. Zurina Binti Kassin
AJK : Guru NILAM
Pengawas Pusat Sumber

8.0 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


i. AJK guru Nilam akan memastikan persiapan Bakul Ilmu serta perjalanan projek
berjalan seperti yang dirancang.
ii. AJK pengawas PSS akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut arahan yang
telah ditetapkan.
iii. Tugas AJK merangkumi memastikan bahan bacaan di Bakul Ilmu dalam
keadaan baik dan teratur serta bilangan yang mencukupi setiap kali pemulangan
bakul.
iv. Memastikan murid merekodkan bahan bacaan kedalam borang yang disediakan.
2
v. Memastikan hanya murid yang membaca sahaja yang merekod dalam borang
Nilam.

9.00 KAEDAH PEMANTAUAN


Pemerhatian secara berterusan.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK BAKUL ILMU 2021

BIL PERKARA BILANGAN JUMLAH

1 Bakul 20 x RM 18.50 RM 370.00

JUMLAH RM 370.00

11.0 RUMUSAN PERBELANJAAN

BI PERKARA JUMLAH (RM) SUMBER


L KEWANGAN

1 Bakul RM 370.00 PCG PSS

Jumlah RM 370.00

12.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Pusat Sumber Sekolah.

13.0 PENUTUP
Semoga hasrat Pusat Sumber Sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar
di mana juga akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang
berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................................... ...................................
( HALIMATUN ZAHARAH BT AB MAGID ) ( AZLIN B JAMBUT )
Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar
SK Telok Kumbar. SK Telok Kumbar.
3

Anda mungkin juga menyukai