Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR/SAMBIL BERMAKLUMAT 2018

Pada 17 hingga 20 Ogos 2018, Unit Asrama SMK Bukit Garam II, Kinabatangan telah mengadakan
Program Lawatan Sambil Belajar/Lawatan Sambil Bermaklumat ke Kota Kinabalu dan Kudat. Kinabatangan.
Program lawatan ini disertai oleh pengawas asrama, pelajar asrama dan guru serta warden Asrama SMK Bukit
Garam II. Seramai 34 orang peserta semuanya yang mengikuti program ini.

17 Ogos 2018 (Jumaat) Guru pengiring dan peserta program lawatan bertolak dari Kinabatangan ke
Kundasang bagi lawatan ke Kundasang War Memorial, Ranau. Selepas selesai lawatan para peserta dan guru
berhenti di Masjid Tamparuli bagi menunaikan solat. Selesai solat bertolak ke tempat penginapan di Asrama Likas,
Kota Kinabalu. Taklimat diberikan untuk lawatan pada keesokan harinya.

Pada pukul 8.30 Pagi, 18 Ogos 2018 (Sabtu) Para peserta lawatan bertolak ke Muzium Negeri Sabah bagi
sesi lawatan seterusnya. Di sana para peserta dan guru diberi taklimat ringkas oleh pegawai khas muzium dan sesi
bergambar sebelum memulakan lawatan ilmiah ke dalam muzium. Selesai lawatan di Muzium Sabah, para peserta
lawatan dan guru pulang ke tempat penginapan dan makan tengahari. Pada sebelah petang pula para peserta pergi
ke Kompleks Sukan Negeri Sabah dan juga Stadium Likas untuk lawatan khas mengenai perkembangan fasilitis /
infrastruktur sukan di negeri Sabah. Para peserta juga berpeluang bergambar di Stadium Likas sebagai kenang-
kenangan lawatan. Selepas selesai lawatan peserta balik semula ke penginapan dan pada sebelah malamnya
peserta pergi ke stadium likas semula bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah dan Selangor.

Pada 19 Ogos 2018 (Ahad) Guru dan para peserta Check Out daripada asrama likas dan meneruskan
lawatan ke Kudat. Peserta singgah ke bandar utama Kudat dan makan di sana sebelum bertolak ke Simpang
Mengayau. Guru dan peserta bergambar sebagai tanda kenangan lawatan ke Simpang Mengayau kerana Simpang
Mengayau merupakan tanduk atau hujung Borneo. Tepat pukul 3.30 petang para peserta dan guru bertolak semula
ke Kota Kinabalu dan Check In di Hotel Promenade Apartment Kota Kinabalu. Aktiviti malam para guru dan peserta
makan dan berjalan di Centre Point Mall. Selepas selesai makan dan minum para peserta balik semula ke
penginapan untuk berehat.

Pada 20 Ogos 2018 (Isnin), iaitu hari terakhir program, Guru dan peserta berkumpul dan bersiap untuk
bertolak balik semula ke Kinabatangan. Ketua Warden Ust. Rosidi memberi taklimat kepada guru pengiring dan para
peserta sebelum balik semula ke destinasi masing-masing.

Secara keseluruhannya banyak ilmu yang dipelajari oleh peserta dan guru terutama tentang sejarah dan
juga perkembangan sukan khususnya di negeri Sabah. Walaupun dalam tentatif lawatan ada menunjukkan lawatan
ke perpustakaan negeri Sabah, lawatan tersebut tidak dapat dijalankan kerana terdapat pembaikan sedang
dijalankan oleh pihak perpustakaan dan lawatan ditutup sementara. Para peserta dan guru berpuas hati dengan
lawatan Asrama pada tahun ini dan diharapkan lawatan tahun depan akan diadakan lagi dengan lebih baik dan
teratur serta ke tempat baru untuk dilawat khususnya yang berkaitan dengan Asrama Sekolah.
Disediakan Oleh 24 OGOS 2018

....................................................
(CIK NURIZZATI BINTI AHMAD)
Setiausaha
Program Lawatan Sambil Belajar/Sambil Bermaklumat 2018
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai