Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR


TERTUTUP PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM II
TAHUN 2019

ANJURAN:

UNIT SUKAN DAN PERMAINAN


BOLA TAMPAR
SMK BUKIT GARAM II, KINABATANGAN

TARIKH:

26 JANUARI 2019 (PERINGKAT KUMPULAN) (SABTU)


30 JANUARI 2019 (PERINGKAT AKHIR) (RABU)

TEMPAT:
GELANGGANG BOLA TAMPAR SMK BUKIT GARAM II, KINABATANGAN

1
1.0 PENGENALAN

Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini.
1 Memperkasakan budaya penglibatan Murid dalam sukan.
2 Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya
sukan.
3 Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang Iebih luas di semua peringkat
sekolah bagi membentuk murid yang berdisiplin dan bersatu padu;

2.0 RASIONAL
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana
juga diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum
supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan
jasmani.
Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang
sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal
yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan
etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat
baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang
menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi
masalah disiplin dan mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan belia hari ini.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk
budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui kecerdasan dan
ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam
minat murid terhadap permainan ini.

2
4.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat dalam kalangan murid SMK Bukit Garam II.
2. Medan Pemilihan bagi atlet sekolah ke peringkat daerah Kinabatangan.
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Sekolah SMK Bukit Garam II, Kinabatangan
6.0 TARIKH DAN HARI
21 Januari 2019 (Sabtu) dan 30 Januari 2019 (Ahad)
7.0 TEMPAT
1. Gelanggang Bola Tampar, SMK Bukit Garam II, Kinabatangan
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penaung : Tn. Haji Mordin Bin Hj. Mohd Daud


Pengerusi : En. Aniswandy Bin Muhammad
Naib Pengerusi 1 : Pn. Haidah Binti Edward@Kassim
Naib Pengerusi 2 : En. Hamjah Im Marabau
Pengarah : En. Haslizan Bin Abdul Hamid
Setiausaha : En. Nasir Bin Hj Idris
Bendahari : Cik Lisabit Paulus

AJK Kecil
AJK Peralatan : i. Mohd Faizal Bin Jumain
AJK Hadiah : i. Cik Nurcahya Binti Abdul Rashid
AJK Persiapan Tempat: i. En. Haslizan Bin Abdul Hamid
AJK Dokumentasi : i. En. Zulfadly Bin Othman
JK Pertandingan : Murid USP Bola Tampar

3
9.0 PERBELANJAAN
Kuantiti Anggaran
Bil Perihal Barang Jumlah
/ Unit Harga / Unit
HAMPER
1. Johan 2 50.00 100.00
Naib Johan 2 30.00 60.00
Ketiga 2 20.00 40.00
SIJIL
10 x 2 2.00 40.00
Johan
10 x 2 2.00 40.00
2. Naib Johan
Ketiga 10 x 2 2.00 40.00

JUMLAH 320.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran kejohanan ini akan mendapat sokongan dan
sambutan yang menggalakkan demi memupuk dan menyemai semangat kesukanan
dalam kalangan Murid SMK Bukit Garam II, Kinabatangan .

11.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh:

.............................................
EN.NASIR BIN IDRIS
Setiusaha
Kejohanan Bola Tampar Tertutup
Unit Sukan dan Permainan
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan Tarikh :

Disemak Oleh :

..............................................
EN.ANISWANDY BIN MUHAMMAD
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan Tarikh :

Disahkan Oleh :

.............................................
TN.HAJI MORDIN BIN HJ MOHD DAUD
Pengetua
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai