Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

HARI SUKANEKA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)

SK KOPOK 2022
1.0 NAMA PROGRAM

Hari Sukaneka, PPKI SK Kopok (2022)

2.0 PENGENALAN

Secara rasional dan optimisnya, Program Hari Sukaneka ini merupakan aktiviti yang
sangat penting untuk murid-murid PPKI. Seseorang pelajar dapat menonjolkan diri
dan mengetengahkan bakat serta potensi diri dalam bidang sukan yang diceburi.
Sekolah berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi
menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan
hubungan seluruh warga PPKI.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetengahkan bakat serta


kemahiran.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid serta guru-guru PPKI
3. Dapat meningkatkan serta mengaplikasikan kemahiran manipulatif murid
4. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin, dan
bertanggungjawab.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:


1. Mengembangkan bakat dan potensi mengikut kemampuan masing-masing.
2. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
3. Menyatakan rasa seronok dan kepuasan menerusi pengalaman berkongsi
kreativiti bersama rakan sepasukan.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Hajah Habibah binti Othman (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Zailah binti Sabran (PK Pendidikan Khas)
Ketua Program : Pn. Nur Syuhada binti Abu Hassan
Setiausaha Program : Pn. Maliana binti Mohamad
 6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penyelaras Puan Nur Syuhada binti Abu Hassan

Cenderahati Puan Nur Shakirah binti Besar


Puan Nur Amirah Najihah binti Mohd Azmi
Persiapan Puan Nazatul Hikmar binti Mohamed
Tempat Puan Norehan binti Mohd Saat
Puan Nur Vivi Iezzati binti Mat Saleh @ Sukri
Makanan Encik Muhamad Asrani bin Hasman

Fotografi Encik Muhamad Baihaqi bin Mohd Nadzri

Pelaporan / Puan Maliana binti Mohamad


Dokumentasi
Kawalan Encik Muhamad Baihaqi bin Mohd Nadzri
Murid Puan Rusnee Hakim binti Mat Rasar
Puan Nazatul Hikmar binti Mohamamed

7.0 BUTIRAN PROGRAM

7.1 Masa: 7.20 – 9.20 pagi ( Selasa )


 

Hari Selasa

Tarikh 22 November 2022

Masa 7.20 – 9.20 pagi

Butiran Aktiviti 1) Murid dibahagikan mengikut keupayaan/kebolehan


2) Murid diberikan bahan-bahan / alatan yang diperlukan
3) Murid diberikan taklimat, serta tatacara mengenai pertandingan
4) Aktiviti dimulakan dengan pengawasan guru-guru serta
pembantu pengurusan murid.
Acara 1) Kerusi muzik
2) ‘Belon Beracun’
3) Mengisi air ke dalam botol
7.2 Tempat: Balai Muafakat

  
8.0       SASARAN PENYERTAAN

60 murid PPKI

 9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga (RM Jumlah


Acara Item (Hamper) Bilangan
per item) (RM)
Kerusi muzik 2
Pertama x 2 30.00 60.00
( Individu )
Kedua x 2 2 20.00 40.00
Ketiga x 2 2 15.00 30.00
Saguhati 30 10.00 300.00
‘Belon 2
beracun’ Pertama x 2 30.00 60.00
(Kumpulan)
Kedua x 2 2 20.00 40.00
Ketiga x 2 2 15.00 30.00
Air dan Span Pertama x 2 2 30.00 60.00
Kedua x 2 2 20.00 40.00
Ketiga x 2 2 15.00 30.00
JUMLAH 690.00

10.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersemangat dan mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
 
Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu
sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.
Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa
berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.
 
Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta
segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu
atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelolakan program seumpamanya
dengan lebih baik.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................................... ...........................................................................
(NUR SYUHADA BINTI ABU HASSAN) ( PN. ZAILAH BINTI SABRAN )
Guru PPKI, Guru Penolong Kanan PPKI,
SK Kopok SK Kopok.

Diluluskan oleh,

.............................................................................
( PN. HAJAH HABIBAH BINTI OTHMAN )
Guru Besar,
SK Kopok.

Anda mungkin juga menyukai