Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PERJUMPAAN PENGETUA BERSAMA


PELAJAR-PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

1.0 PENGENALAN

Program Perjumpaan Pengetua Bersama Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan,
1, 2 dan 3 merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk sentiasa berinteraksi dan
memantau prestasi para pelajar KRK untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
setiap peperiksaan yang dijalankan. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada
para pelajar untuk berinteraksi dengan pengetua membicangkan usaha-usaha serta isu-isu
yang menghalang mereka daripada mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru,
program ini diharap dapat menjelaskan harapan sekolah bagi membantu para pelajar
untuk lebih berjaya.

2.0 MATLAMAT

Para pelajar kelas KRK akan lebih jelas tentang tugas dan tanggungjawab mereka untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan akan datang.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini untuk:

o Memantau dan menganalisis keputusan peperiksaan Ujian Topikal 1.


o Memupuk daya ke arah persediaaan kecemerlangan dalam kalangan pelajar dan
seterusnya menyumbang kepada sekolah.
o Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab para pelajar untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan akan datang.
o Mengenalpasti masalah atau isu-isu yang menghalang para pelajar daripada
mendapat keputusan yang cemerlang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar– pelajar KRK tingkatan 1,2 dan 3 tahun 2022


5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 10 dan 11 Ogos 2022


Hari : Rabu dan Khamis
Masa : Rujuk bahagian 6.0 (atur cara)
Tempat: Bilik Kenanga

6.0 ATUR CARA

HARI : RABU
11.10 pagi – 11.50 pagi - Taklimat oleh pengetua untuk kelas 3 Mawar
11:50 pagi – 12.50 tengah hari- Taklimat oleh pengetua untuk kelas 2 Mawar

HARI : KHAMIS
11.50 pagi – 12.30 tengah hari- Taklimat oleh pengetua untuk kelas 1 Begonia

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Cikgu Zuraida binti Ahmad (Pengetua)


Timbalan Pengerusi 1 : Cikgu Zubir bin Abd Rahim (Penolong Kanan HEM)
Timbalan Pengerusi 2 : Cikgu Harsiah binti Sayuti (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Cikgu Aznida binti Che Mustaffa (GKM Sains danMatematik)
Setiausaha : Cikgu Nurul Farina Binti Mustapa

8.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya lebih jelas
tentang tugas dan tanggungjawab mereka untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
keputusan peperiksaan akan datang seterusnya mengharumkan nama sekolah.
Disediakan oleh, Disemak Oleh.

............................................ .....................................
(Nurul Farina Binti Mustapa) (Aznida Binti Che Mustaffa)
Setiausaha Program Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Bandar Sungai Petani SMK Bandar Sungai Petani

Diluluskan oleh,

............................................
(Zuraida binti Ahmad)
Pengetua
SMK Bandar Sungai Petani

Anda mungkin juga menyukai