Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

DIALOG PERMUAFAKATAN BERSAMA


WARIS TINGKATAN 1 BEGONIA 2022

1.0 PENGENALAN

Program Dialog Pemuafakatan bersama waris merupakan salah satu usaha pihak sekolah
dalam mewujudkan hubungan baik dengan para waris kelas 1 Begonia untuk mencapai
kata sepakat berkaitan program DLP(Dual Language Program). Program ini juga
memberi ruang dan peluang kepada para waris untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang program DLP. Dialog ini diharap dapat menjelaskan harapan sekolah bagi
membantu para pelajar untuk lebih berjaya. Justeru program ini diharapkan dapat
mewujudkan kesefahaman antara semua pihak dan para waris bersama-sama sekolah
menjadi lebih fokus kepada tanggungjawab masing-masing demi kebaikan kita bersama.

2.0 MATLAMAT

Para waris 1 Begonia akan lebih jelas tentang program DLP dan usaha-usaha pihak
sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini untuk:

o Memberi penerangan dengan lebih terperinci berkaitan program DLP.


o Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab para waris terhadap anak-anak
mereka.
o Meningkatkan kecemerlangan pelajar 1 Begonia.
o Mewujudkan hubungan berkesan antara pihak sekolah dengan waris.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua waris pelajar – pelajar tingkatan 1 Begonia 2022


5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 7 Julai 2022


Hari : Ahad
Masa : 10.30 pagi
Tempat: Bilik Cempaka

6.0 ATUR CARA

10.00 pagi - Ketibaan para waris dan pendaftaran


10.30 pagi - Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Taklimat DLP oleh Pengetua
- Bersurai

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Cikgu Zuraida binti Ahmad (Pengetua)


Timbalan Pengerusi 1 : Cikgu Norlida binti Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2 : Cikgu Zubir bin Abd Rahim (Penolong Kanan HEM)
Timbalan Pengerusi 3 : Cikgu Harsiah binti Sayuti (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Cikgu Aznida binti Che Mustaffa (GKM Sains danMatematik)
Setiausaha : Cikgu Nurul Farina Binti Mustapa
Pengacara Majlis : Cikgu Siti Nor Ana Binti Salehudin

8.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para ibu/bapa/waris memahami
program DLP dan berminat untuk terlibat dalam program DLP.
Disediakan oleh, Disemak Oleh.

............................................ .....................................
(Nurul Farina Binti Mustapa) (Norlida bt Hashim)
Setiausaha Program PK Pentadbiran
SMK Bandar Sungai Petani SMK Bandar Sungai Petani

Diluluskan oleh,

............................................
(Zuraida binti Ahmad)
Pengetua
SMK Bandar Sungai Petani

Anda mungkin juga menyukai