Anda di halaman 1dari 3

SMK DATO’ JAAFAR, JOHOR BAHRU.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘MELUKIS POSTER COVID-19’


UNIT SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN
Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang melibatkan
komposisi gambar dan huruf di atas kertas menggunakan pelbagai medium seperti
pensel, warna air dan pensel warna. Ia dipamerkan pada dinding atau permukaan datar
lain dengan harapan ia dapat menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian,
poster biasanya dihasilkan dengan menggunakan warna-warna kontras dan terang.
Penggunaan ilustrasi yang bersesuaian adalah digalakkan kerana ia merupakan daya
penarik yang dinamik yang mampu mempengaruhi pembaca melalui nilai-nilai murni
yang diselitkan dalam karya tersebut.

2.0 MATLAMAT
Pertandingan Melukis Poster Covid-19 ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah
bakat para pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar dalam
menghasilkan karya seni yang menggambarkan isu yang sedang dihadapi oleh warga
dunia dengan jelas dan kreatif. Poster yang dihasilkan ini dapat membuka pandangan
individu-individu lain tentang impak Covid-19 terhadap kehidupan harian.

3.0 RASIONAL
Memupuk minat para pelajar dalam bidang kesenian ke arah meningkatkan
kecemerlangan pendidikan sekolah dalam kalangan pelajar tingkatan 6 SMK Dato’
Jaafar di samping meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar SDJ tentang krisis global
yang sedang dihadapi.

4.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini dijalankan adalah diharapkan supaya para pelajar dapat:
1. Memupuk minat pelajar terhadap aktiviti-aktiviti kesenian.
2. Mewujudkan daya saing yang sihat dalam kalangan para pelajar.
3. Melahirkan pelajar sentiasa peka dengan isu semasa.
4. Mewujudkan aktiviti kokurikulum yang menyeronokkan dan bermanfaat.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini menyasarkan semua pelajar tingkatan 6 Semester 1 dan Semester 3.

6.0 CADANGAN PROGRAM


Program ini dicadangkan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 22 – 28 Oktober 2020
Tempoh : 1 Minggu
Cara : Atas talian

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Cikgu Kharuddin Bin Abd. Rauf
Timbalan Pengerusi : Cikgu Hj. Abdul Karim bin Masiran
Naib Pengerusi 1 : Cikgu Zainal bin Mohd Yusof
Naib Pengerusi 2 : Cikgu Adnan bin Shamsudin
Naib Pengerusi 3 : Cikgu Aminah Binti Hamid
Setiausaha : Cikgu Haslina binti Abdul Samat

Guru Penasihat 1 : Cikgu Masyati Binti Karim


Guru Penasihat 2 : Cikgu Tey Teng Yiaw
Guru Penasihat 3 : Cikgu Juliah Binti Hamed

Pengerusi Projek : Navina Rathana A/P Balakrishnan


Naib Pengerusi Projek : Rajesri A/P V Murugan
Setiausaha Projek : Elisa Maisara Binti Zulkifli
Bendahari Projek : Chiwetha A/P Sarawanan

BIL. NAMA AJK DAN AHLINYA BIDANG TUGAS


PENYELARAS BIDANG A CIKGU MASYATI BINTI KARIM
1. Urusetia Program 1. Memastikan perancangan dan pelaksanaan program
Navina Rathana A/P Balakrishnan berjalan lancar.

2. Pendaftaran dan Borang Pemarkahan 1. Membuat pendaftaran peserta.


Rajesri A/P V Murugan 2. Menyediakan borang pemarkahan.

PENYELARAS BIDANG B CIKGU TEY TENG YIAW


4. Buku Program dan Sijil 1. Menyediakan buku program.
Elisa Maisara Binti Zulkifli 2. Mendapatkan senarai nama pemenang yang lengkap
Chiwetha A/P Sarawanan 3. Menyediakan sijil pemenang dan sijil penyertaan.
PENYELARAS BIDANG C CIKGU JULIAH BINTI HAMED
10. Dokumentasi 1. Mengumpul semua dokumen yang berkaitan.
Navina Rathana A/P Balakrishnan 2. Membuat dan menyerahkan dokumentasi kepada
Rajesri A/P V Murugan guru penasihat. (selewat-lewatnya 2 minggu selepas
Elisa Maisara Binti Zulkifli program)
Chiwetha A/P Sarawanan

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN


BIL. BUTIRAN HARGA
1. Sijil pemenang dan penyertaan RM 5.00
2. Hadiah RM10.00
JUMLAH RM 15.00

Jumlah kewangan yang telah digunakan dalam program ini ialah RM10.00. Sumber
kewangan tersebut adalah daripada MPPT6 2020 serta sumbangan daripada ahli
jawatankuasa projek.

9.0 TEMA DAN TAJUK’


Tema: Covid-19
Tajuk: PERTANDINGAN MELUKIS POSTER COVID-19

11.0 PENUTUP
Program ini diharapkan menjadi suatu aktiviti yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh pelajar untuk mengumpul mungkin pengalaman, pengetahuan dan meneliti
teknik pengurusan masa yang efektif di samping membina keyakinan diri atas
kemampuan untuk memikul tanggungjawab ini.

Disediakan oleh , Disemak oleh , Disahkan oleh ,

.................................... .................................... ...................................


(ELISA MAISARA (MASYATI KARIM) (KHARUDDIN B ABD RAUF)
BINTI ZULKIFLI) Ketua Guru Penasihat Pengetua SMK Dato Jaafar
Setiausaha Projek Unit Sains & Teknologi
Pertandingan Melukis
Poster Covid-19

Anda mungkin juga menyukai