Anda di halaman 1dari 7

1.

Pendahuluan

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-63 pada tahun ini sedikit berbeza kerana negara kita
sedang dilanda wabak Covid-19. Namun, pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan rasa kasih dan
sayang terhadap negara tercinta kita ini. Sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam kehidupan
seharian selain dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para
pemimpin serta pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini.
Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari
dengan keadaan semasa negara yang sedang memerangi pandemik Covid-19.

 
2. Matlamat

            Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk
semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Kampong Selayang secara menyeluruh.

3. Objektif

1. Mendidik murid agar menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi.

2. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin, bekerjasama, mempunyai
semangat patriotik dan cintakan negara.

3. Murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu-padu antara kaum dan menghayati  tema


kemerdekaan sepenuhnya.

5. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.


4. Rasional

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi
negara dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang
sejarah negara dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan.

5. Nama Aktiviti

Program Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Kampong Selayang

6. Tarikh Pelaksanaan

1 Ogos 2020 – 16 September 2020

7. Sasaran

Murid Tahun 1-6 dan guru SK Kampong Selayang

8. Strategi

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah satu program yang melibatkan semua murid dan guru
secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk
membantu guru-guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah
yang ditetapkan agar tidak menjejaskan proses pembelajaran di samping mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Anjuran

Unit Kokurikulum dengan kerjasama panitia Sejarah dan Pusat Sumber SK Kampong Selayang

10. Cadangan Aktiviti dan Jadual Pelaksanaan

Rujuk Lampiran 1
11. Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Rujuk Lampiran 2

12. Pendapatan & Perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


MINGGU KEMERDEKAAN
PERINGKAT SKKS 2020

Daripada peruntukan:
Panitia Sejarah & Pusat Sumber

BIL PERKARA JUMLAH

Daripada peruntukan Sejarah

Hadiah
1.Hadiah Alat Tulis RM 5.00 x 70 RM 350.00
Mewarna Tahap 1, Tahap 2
Kuiz Tahap 2
Mencipta Penanda Buku
2. Kertas A4 RM 13.60 x 5 RM 68.00
3. Kertas Laminate A4 RM 40.00 x 2 RM 80.00
4. Artline Whiteboard Marker (Merah) RM 3.40 x 10 RM 34.00
5. Artline Whiteboard Marker (Biru) RM 3.40 x 10 RM 34.00
6. Artline Whiteboard Marker (Hitam) RM 3.40 x 10 RM 34.00
7. Set Bendera Malaysia RM 200.00 RM 200.00

Daripada peruntukan Pusat Sumber


Sekolah

7.Hamper (Kelas Patriotik) RM 40 x 3 RM 120.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 920.00

LAMPIRAN 1 – Cadangan Aktiviti & Jadual Pelaksanaan


Bil. Aktiviti Penglibatan Tanggungjawab Cadangan Tarikh
Pelaksanaan

1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan Semua Murid & Panitia Sejarah 19.8.2020


Guru
Panitia
Pendidikan
Agama Islam

2. Siaran Lagu-lagu Patriotik Semua Murid & Panitia Bahasa 19.8.2020 –


Guru Melayu 16.9.2020
Panitia Muzik

3. Hiasan bendera/banner pada Semua Murid & Panitia PJK 10.8.2020


bangunan sekolah Guru
Panitia RBT

4. Pertandingan Mewarna Poster Prasekolah Panitia PSV 7.8.2020 –


28.8.2020
Murid Tahap 1
Murid Tahap 2

5. Pertandingan Mencipta Penanda Murid Tahap 1 Panitia Matematik 17.8.2020 –


Buku 8.9.2020
Murid Tahap 2

6. Kuiz Kemerdekaan Murid Tahap 1 Panitia Bahasa 25.8.2020 –


Arab 8.9.2020
Murid Tahap 2
Panitia Sains

7. Pertandingan Kelas Patriotik Murid Tahap 1 Guru Pra Sekolah 18.8.2020 –


16.9.2020
Murid Tahap 2
LAMPIRAN 2 – Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM MINGGU KEMERDEKAAN
PERINGKAT SKKS 2020

Penasihat : En. Syed Khairul Azwi bin Syed Mokhtar


Pengerusi : Pn. Wan Asmariah binti Wan Ismail
Naib Pengerusi : Pn. Noridah binti Mohamed Shah
: En. Mohd Anuar bin Hasan
Setiausaha : Pn. Nur Sabila binti Mohamad

AJK Buku Program : Pn Nur Sabila binti Mohamad


Pn Fadzilah binti Alias

Penyedia Aktiviti & Soalan : Pn Nur Liyana binti Nizar


: Pn. Nafisah binti Zainul Arifin

AJK Dokumentasi & Jurukamera : En. Zurairi b. Ahmad


En. Mubarak b. Ishak

AJK Cenderahati & Hadiah : Pn. Tan Lee Yang


: Pn. Farkhana bt Asnam

AJK Siaraya & Persiapan Tempat :En. Muhammad Shalahuddin b Razali


:En. Mohd Fazrin Naim b Aadenan

AJK Kawalan Murid : En. Hanif b Abdul Majid


: Cik Hanis Aliaa bt Mior Amran

Juri Pertandingan : Para Pentadbir


Pn. Zarina bt Mamat

Juru Acara Majlis : Pn. Yuhanis bt Jaafar


PENUTUP

Jawatankuasa Panitia Sejarah terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Unit HEM, Unit Ko-kurikulum dan semua guru-guru yang terlibat sebagai pelaksana program yang
telah dirancang ini. Semoga kerjasama yang dibentuk ini memberi impak yang baik dalam diri murid-
murid pada masa ini dan akan datang. Dengan ini pihak Jawatankuasa Program Sambutan Bulan
Kemerdekaan SK Kampong Selayang berharap agar segala yang dirancang akan berjalan lancar tanpa
sebarang kesulitan yang tidak diingini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… …………………………

(NUR SABILA BINTI MOHAMAD) (EN. SYED KHAIRUL AZWI BIN


Setiausaha SYED MOKHTAR)

Program Sambutan Bulan Kebangsaan Guru Besar


SK Kampong Selayang
SK Kampong Selayang
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN
KEBANGSAAN
SK KAMPONG SELAYANG
TAHUN 2020

1 OGOS – 16 SEPTEMBER 2020

Anda mungkin juga menyukai