Anda di halaman 1dari 8

SEK. JEN. KEB.

(TAMIL) BAGAN
SERAI,34300 BAGAN SERAI, PERAK.

§¾º¢Â Ũ¸ À¡¸ý ¦ºÃ¡ö ¾Á


¢úôÀûÇ¢, 34300 À¡¸ý ¦ºÃ¡ö, §Àá.
email : sjktbgserai@ppdkerian.edu.my No. Tel.: 05-7215522 No. Fax : 05-7218903

MINIT MESYUARAT ‘CONTACT TIME’ 2018


TARIKH      : 20/2/2018 (Selasa)

MASA          : 2.00 ptg

TEMPAT     : Bilik Gerakan Sekolah

BIL NAMA GURU KEHADIRAN

1. En.R.P.Jayagopallan (Guru Besar) /

2. En.M.Murugesu (PK Pentadbiran) /

3. Pn.A.Jothee (PK HEM) /

4. Pn.N.Santhi ( PK Kokurikulum) /

5. Pn.S.Vashanti /

6. Pn.R.Rushini x

7. En.N.Sivanasvaran /

8. Pn.S.Banumathi /

9. Pn.T.Panimalar /

10.   Cik.C.Danaletchmy /

11.   En.S.Kumaran /

12.   Pn.N.Kanagaswari x

13.   Cik. M.Vikineswary x

14.   Pn.S.Devagi /

15.   Cik.S.Mangkala nayage x

16.   En.K.Sanjay Kumar /


17.   Pn.S.Tiba /

18.   Pn.Y.Raajeswari /

19.   Pn.G.Inthumathi x

20.   Pn.N.Girija x

21.   Pn.G.Perianayakam /

22.   Pn.M.Rany /

23.   Cik.D.Raajeswary /

24.   Cik.B. Uthayashankari /

25.   PN.K.Sree Muthu Mariammal /

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Guru besar mengalu – alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat pada
petang ini.

1.2 Guru Besar amat berbesar hati melihat kehadiran guru ke mesyuarat ini dan
komitmen yang ditunjukkan dalam segala aktiviti sekolah.

1.3 Guru Besar memberitahu jika hari Isnin adalah cuti atau tiada mesyuarat ia akan
diadakan pada hari Selasa supaya dapat membuat perbincangan tentang hal-hal
yang penting.Oleh itu, semua guru diminta bersedia untuk menghadirkan diri ke
mesyuarat tanpa sebarang alasan.

Tindakan semua guru

2.0 Hari Bahasa Ibunda Sedunia

2.1 Hari Bahasa Ibunda Seduania akan diadakan pada 21.02.2018 hari Rabu pada
pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

2.2. Guru-guru diminta berpakaian tradisional iaitu guru perempuan sari dan guru
lelaki doti.

2.3 Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia peringkat sekolah akan dirasmikan oleh
En.Suppiah JP.
2.4 Berikut adalah aturcara program Hari Bahasa Ibunda;

 Tamil Valthu
 Ucapan aluan
 Ucapan Guru Besar
 Baratham
 Ucapan Tetamu Khas
 Tayangan Video
 Persembahan murid
 Ucapan Penghargaan
 Penutup
Tindakan semua guru

3.0 Pertandingan Valar Tamil Vizha

3.1 Pertandingan Valar Tamil Vizha peringkat daerah akan diadakan pada
22.2.2018 hari Khamis dan Peringkat Negeri pula akan diadakan pada 10.3.2018
di SJK(T) Ayer Tawar. Manakala, peringkat kebangsaan akan diadakan pada
8.4.2018 di AIMST, Sungai Petani,Kedah.

3.2Pendaftaran akan bermula pada pukul 1.00 petang. Guru pengiring perlu
mengambil makanan yang disediakan untuk peserta semasa membuat
pendaftaran.

3.3 Sekolah kita perlu menyediakan tempat untuk pertandingan, pendaftaran dan
dewan. Makanan untuk guru dan peserta akan diuruskan oleh Cikgu Subra.

3.4 Cigku Kumaran diminta menyediakan backdrop dan membuat persediaan


dewan. Memastikan kerusi yang disusun menyucukupi untuk para peserta dan
tetamu yang hadir.

3.5 Bayaran pertandingan perlu dibayar kepada Bendahari Persatuan Guru Besar
iaitu PN.Ganthiammah. Semua sekolah perlu membuat bayaran sebanyak RM
70.00. SJK(T) Bagan Serai dan SJK(T) Saint Mary’s perlu menjelaskan bayaran
sebanyak RM 100.00. Manakala SJK(T) Arumugam Pillai dan SJK(T)
Kalumpong hanya perlu membayar RM 50.00 sahaja.

3.6 Encik YB Sham telah dijemput sebagai tetamu khas untuk Perasmian Penutup
Valar Tamil Vizha Peringkat Daerah 2018.

3.7 Pertandingan menyanyi lagu dan public speaking hanya diadakan di peringkat
negeri sahaja.

3.8 Peruntukan masa yang diberi untuk mendeklamasikan sajak adalah 3 minit
sahaja.

Tindakan semua guru

4.0 MMI – CPD Hours

4.1 Melindungi masa instruksional - Penggunaan masa instruksional yang berkesan


akan menghasilkan sebaran ilmu dan kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan
pelajaran kepada semua murid. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu
mengambil kira penyusunan jadual waktu yang sesuai mengikut mata pelajaran
berdasarkan penerimaan murid. Jadual waktu yang mengambil kira susunan
masa dan mata pelajaran yang berganding, pada awal dan akhir masa
pembelajaran misalnya turut memberikan kesan kepada Pdpc yang
dilaksanakan

4.2 Jumlah jam yang sekurang-kurangnya perlu dijalankan dalam setahun mengikut
mata pelajaran yang diajar adalah seperti berikut;

Mata pelajaran Tahap 1 Tahap 2


Bahasa Melayu 190 152
Bahasa Tamil 209 190
Bahasa Inggeris 95 114
Matematik 114 114
Sains 57 76
Pendidikan Jasmani 38 38
Pendidikan Moral 95 95
Pendidikan Kesihatan 19 19
Pendidikan Muzik 19 19
RBT/TMK - 38
Sejarah - 38
Perhimpunan 19 19

Tindakan semua guru


5.0 Study Case-English

5.1 En.Siva memberi penerangan tentang kes kajian yang hendak dijalankan dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.

5.2 Rujuk Lampiran yang disertakan.

Tindakan semua guru

6.0 Perkembangan Study case -Matematik

6.1 Ketua Panitia Matematik memberi penerangan tentang kajian kes Matematik
sekolah rendah Negeri Perak dilaksanakan untuk mencari pendekatan berbeza bagi
memahami sesuatu konsep dalam mata pelajaran Matematik seterusnya
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut.

6.2 Beliau turut memberitahu kajian ini akan dilaksanakan bermula Januari hingga
April 2018.

6.3 Beliau membuat kajian kes kaedah menggunakan peta sifir dengan cara yang
betul. Setakat ini pra ujian telah pun dijalankan kepada murid tahun 5S dan 5H.

6.4 Hanya 5 orang murid yang lemah sahaja tidak dapat mengisikan peta kotak sifir
yang diberi.

6.5 Perlu memastikan ada peningkatan markah dikalangan lapan orang murid yang
ditarget.

Tindakan semua guru

7.0 Perkembangan Study case- Bahasa Malaysia

7.1 Cikgu Murugesu dan Cikgu Vashanti membuat kes kajian bacaan di kalangan
murid tahun 5. Mereka menyediakan bahan bacaan kepada tiga tahap murid
yang ada di dalam kelas.
7.2 Bahan-bahanya akan digunakan semasa waktu pdpc Bahasa Melayu pada 10
minit yang pertama.

Tindakan semua guru

8.0 Perkembangan Study case- Sains

8.1 Panitia Sains perlu membuat perbincangan tentang tajuk kajian tindakan yang
hendak dijalankan secepat mungkin.

Tindakan semua guru

9.0 Ujian Bulan Mac

9.1 Ujian bulan Mac dicadangkan pada 26 Mac hingga 30 Mac. Guru mata pelajaran
diminta menyediakan kertas solalan mengikut jadual yang ditetapkan.

9.2 Guru-guru yang mengajar subjek tahun 6 (kertas soalan bulan Mac) perlu
menghadiri mesyuarat pada 28 Februari 2018 di SJK(T) Saint Mary’s.

10.0 Hal-hal Lain

10.1 Guru besar meminta para guru supaya menyelesaikan tugas masing- masing .

10.2 Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Puan Shanti dan
Puan G.Periyanayakam yang menjalankan senamrobik yang menarik pada hari ini.

10.3Puan Mala akan memberi sumbangan untuk tarian Zumba serta


mempersembahkan tarian Zumba dalam program senamrobik pada minggu
hadapan.

10.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Murugesu yang memberi
sumbangan buku latihan Bahasa Melayu untuk murid tahun 5H dan 6H.

10.5 Seminar teknik menjawab soalan UPSR peringkat daerah akan diadakan pada
11,12 dan 13 Mac 2018 di SJK(T) Saint Mary’s.
10.6 Seminar Stress Management akan diadakan pada 12 Mei 2018 di SJK(C) Yu
Chai, Kuala Kuarau.

10.7 Pertandingan Olahraga sekolah tamil peringkat daerah akan berlangsung pada
28 April di USM, Nibong Tebal dan peringkat negeri pada 26 Mei di UPSI, Tanjung
malim.

10.8 Cikgu Vashanti (ketua keceriaan sekolah) mengagihkan guru-guru dalam


kumpulan untuk menjalankan aktiviti keceriaan sekolah. Tandas tingat 1 dan 2
diagihkan kepada Cikgu Murugesu dan Cikgu Y.Raajeswari. Mereka telah pun
menjalankan tugasnya dengan baik dan penuh dedikasi.

10.9 Guru Besar mencadangkan bantuan persekolahan yang akan diberi kepada ibu
bapa boleh disimpan untuk Amanah Saham 1Malaysia demi kepentingkan anak-
anaknya. Tetapi ia terpulang kepada kehendak ibu bapa dan tidak boleh dipaksakan.

10. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang dan diakhiri dengan ucapan
terima kasih oleh guru besar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………………….

Pn.S.Banumathi En.R.P.JAYAGOPALLAN

Guru Besar,

SJK(T) BAGAN SERAI.

Anda mungkin juga menyukai