Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN GURU / STAF KALI 3 2023

TARIKH : 31 Julai 2023


HARI : Isnin
MASA : 12.45 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK KUALA BARAM
KEHADIRAN :
BIL NAMA JAWATAN
1 Puan Nancy Anak Opi Guru Besar, Ketua Panitia P.Moral
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
2 Encik Mohd. Saifful Al Faisal
Ketua Panitia PJPK
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ketua
3 Puan Maria Edward Anak Enjah
Panitia PSV
Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua
4 Cik Yvonny Norwen Victor Sugoh
Panitia Muzik
5 Encik Hemran Bin Kadar Ketua Panitia RBT

6 Puan Ina Anak Bujang Guru Pemulihan

7 Cik Amelia Jelani Ketua Panitia Bahasa Inggeris


8 Puan Kamariah Binti Jusoh Ketua Panitia Sains
9 Puan Angela James Ketua Panitia Matematik

10 Puan Philomena Robin Udau Guru Perpustakaan dan Media, Ketua


Panitia Sejarah
11 Puan Noorazizah Abd Rajak Pembantu Tadbir
12 Puan Diana Wan Pembantu Pra Sekolah
13 Encik Ahmad Yirozairee Bin Yaacob Ketua Panitia B. Arab
14 Puan Kartini Mohamad Yassin Guru Prasekolah
15 Puan Easther Iba Anak Sujang Ketua Panitia Bahasa Melayu
16 Puan Siti Shafinah Binti Harun Ketua Panitia Pendidikan Islam
(Mesyuarat KP Panitia Pendidikan Islam)
17 Encik Frederick Stephen Pembantu Operasi

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI (GURU BESAR-PN. NANCY OPI)

1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam.


1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mengalu–alukan kehadiran semua
guru pada mesyuarat guru dan staf ketiga bagi tahun 2023 ini.
Makluman : Semua guru dan staf
AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Disahkan oleh Puan Philomena Robin Udau dan disokong oleh Puan Diana Wan .

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT YANG LEPAS

Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4 : AGENDA MESYUARAT

4.1 Integriti Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

 Semua Guru dan AKP hendaklah patuh dengan masa masuk dan masa balik
waktu bertugas. Masa masuk dan balik bagi guru ialah pada pukul 7 pagi
hingga 12.30 petang. Manakala masa masuk dan balik bagi AKP ialah pada
pukul 8 pagi hingga 4 petang.

 Semua guru dan staf hendaklah mengisi borang keluar pejabat sekiranya
mempunyai urusan untuk keluar dari kawasan sekolah. Masa yang
dibenarkan ialah dalam tempoh 4 jam sahaja dan jika lebih masa guru dan
staf hendaklah memohon Cuti Rehat Khas.

 Guru dan staf perlu mengambil cuti sakit (MC) jika sakit dan memohon ‘time
slip’ jika ada urusan sebentar untuk berjumpa dengan doktor di klinik.

4.2 Guru Cemerlang

 Guru Besar memaklumkan bahawa semua guru yang layak adalah


digalakkan memohon menjadi Guru Cemerlang. Antara kelebihan menjadi
Guru Cemerlang adalah dalam urusan kenaikan pangkat. Contohnya guru
yang berjawatan DG41 hanya akan mengambil masa 4 tahun untuk naik ke
DG44 berbanding dengan kenaikan pangkat biasa iaitu selama 8 tahun.

4.3 Melindungi Masa Instruksional

 Guru hendaklah memastikan supaya dapat menghantar RPH pada setiap hari
Jumaat pada setiap minggu.

 Ketika waktu PdP berjalan, guru mestilah sentiasa berada bersama murid di
dalam kelas dan tidak boleh berada di luar kelas atau di bilik guru.

 Guru yang mendapat Teach in, hendaklah memastikan untuk masuk ke kelas
berkaitan mengikut masa yang ditetapkan. Murid di dalam kelas mestilah
sentiasa berada dalam pengawasan guru.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf


AGENDA 5: HAL-HAL LAIN

5.1 MSSR
 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas segala usaha dan kerjasama
semua guru dalam melatih, menghantar dan mengiringi murid sepanjang
MSSR 2023.

5.2 Guru bertugas Harian / APDM


 Guru bertugas perlu membuat catatan atau ulasan di buku rekod APDM
sebagai rekod harian.

5.3 STU (Kesatuan guru Sarawak)


 Semua guru digalakkan untuk menjadi ahli STU supaya kesatuan guru
Sarawak menjadi lebih berkesan dalam menyuarakan isu guru-guru di
Sarawak. Pada minggu hadapan, setiap ahli STU akan diberi kertas undian
untuk mengundi pimpinan baru STU. Semua ahli STU adalah diwajibkan
untuk mengundi. Selain itu, makluman berkenaan kenaikan yuran STU
daripada RM5 kepada RM10 bermula dari tahun semasa.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

AGENDA 6: UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf yang
telah memberikan kerjasama yang baik dengan pihak pengurusan sekolah dalam
melaksanakan segala tugasan diamanahkan dan mewujudkan suasana kerja
yang sejahtera dan harmoni supaya semua dapat berkerjasama dengan baik.
Jika ada silap dan salah adalah perkara biasa.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

…………………… ……………………
(Pn. Kamariah Binti Jusoh) (Pn. Nancy Ak Opi)
Setiausaha Mesyuarat Guru/Staf Guru Besar
SK Kuala Baram SK Kuala Baram

Anda mungkin juga menyukai