Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA ANTAROH

YBB7121

KERTAS KERJA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)


BENGKEL PENERAPAN PAK 21, PBD & PLC 2023

PENGENALAN

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan kursus latihan perkhidmatan berasaskan


sekolah yang dianjurkan Penyelaras/urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat
sekolah bagi melengkapkan kursus latihan staf sekolah sebanyak sekurang-kurangnya 5 hari
dalam setahun dan mendapat minima 42 mata kredit. Semakin hari guru menghadapi cabaran
yang semakin besar. Bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut, guru perlu mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu yang berkait rapat dengan kerjayanya. Pelbagai program perlu
dianjurkan agar guru-guru mendapat peluang bagi meningkatkan kemahiran serta
pengetahuan. Program LADAP merupakan salah satu platform bagi guru-guru menambahkan
pengetahuan berkenaan bidang tugas yang mereka ceburi. Melalui program ini, Penyelaras
LADAP menganjurkan program bagi meningkatkan profesionalisme perguruan dan teknik-teknik
pengajaran baru dan berteknologi sesuai dengan kehendak abad ke 21. Guru-guru dapat
pengetahuan serta ilmu-ilmu yang berguna agar sama-sama dapat memberi perkhidmatan yang
terbaik dan cemerlang.

RASIONAL
Bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada guru-guru
tentang Pengajaran Abad Ke 21 (PAK 21), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Profesional
Learning Community (PLC) yang telah menjadi salah satu tuntutan untuk menjayakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Program Transformasi Sekolah Tahun 2025
(TS25). Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksanakan oleh SK Nanga
Antaroh bagi memastikan warga pendidik dapat melahirkan generasi muda yang mampu
bersaing dan menangani cabaran di peringkat global. Dengan adanya bengkel seperti ini, ianya
sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada guru-guru agar mereka lebih memahami
apakah sebenarnya PAK 21, pengetahuan tentang PBD dan konsep amalan budaya PLC.
OBJEKTIF
1. Memberikan panduan dan pendedahan tentang amalan PAK 21 dalam kurikulum,
pedagogi dan pentaksiran.
2. Memperkasakan Pembelajaran Abad Ke 21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
serta Persekitaran PAK 21.
3. Membantu guru melakukan kaedah pentaksiran yang sesuai dan melaksanakan PBD
dengan berkesan serta membuat pertimbangan professional dalam menentukan Tahap
Penguasaan murid.
4. Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi
pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21 di sekolah.
5. Meningkatkan kemahiran, kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan
berkesan.
6. Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama
dalam kalangan guru.

CADANGAN PROGRAM / PELAKSANAAN

Tarikh : 28 MAC 2023, 16 MEI 2023 & 8 OGOS 2023.


Hari : Selasa
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Nanga Antaroh
Sasaran : Semua Guru

PENCERAMAH

1. Cik Treshie Punga Anak Sabang


2. Pn. Sylvia Sagura Anak Jeffery Koh
3. En. Joseph Arthur Taboh

TAJUK BENGKEL

1. Penerapan Pengajaran Abad Ke 21 (PAK 21).


2. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
3. Pemantapan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Kos


1 Keperluan bahan, alat tulis dan Sijil RM 1000 X 3 = RM 3000
2 Jamuan Ringan RM 300 X 3 = RM 900
3 Pengangkutan & Cenderahati RM 500 X 3 = RM 1500
JUMLAH KESELURUHAN: RM 5400

SUMBER KEWANGAN

 Memohon kepada Sarawak Energy Berhad

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi En Sulang Anak Usat (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi Pn Jega Anak Keling (PK Pentadbiran)
Pn. Christina Chundang (PK HEM)
Pn. Jeana Turah (PK KK)
Setiausaha Pn. Jocelyne Helena (Penyelaras LDP)
Bendahari Pn. Amylia Anna Anak Bakar
Ahli Jawatankuasa Semua guru

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran Peserta Dokumentasi/ Jurufoto

1. Puan Dyg Marzuin Binti Awang Ismail 1. En Joseph Papin Anak Michael Mowet

Kelengkapan/ Peralatan Jamuan

1. Pn. Maria Anak James Chayak 1. Pn Mias Anak Geraji

Siil dan Cenderahati Persiapan Tempat

1. Ustazah Nur Syahirah Binti Mohd Zaide 1. Cik Norhaliza Binti Rosli
TENTATIF PROGRAM (ATURCARA)

Masa Perkara/Aktiviti
1.45 petang Pendaftaran
2.00 petang Ucapan Aluan
- Guru Besar
2.15 petang Ceramah / Bengkel bermula
- Penceramah Jemputan
4.15 petang Majlis Penutupan
- Penyampaian cenderahati
4.45 petang Jamuan ringan
- Minum petang
5.00 petang Bersurai

PENUTUP

Dalam usaha mencemerlangkan akademik di sekolah ini, suasana pengajaran dan


pembelajaran amat diambil berat selaras dengan PPPM dan Program Trnsformasi Sekolah
Tahun 2025 (TS25) agar kelas lebih kondusif. Justeru itu, diharapkan dengan berakhirnya
bengkel ini, maka semua guru dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan motivasi diri bagi
menghadapi cabaran pendidikan masakini dan sentiasa bersedia dengan perubahan yang
sentiasa berlaku di dalam arena Pendidikan Malaysia selaras dengan Pendidikan Bertaraf
Dunia. Semoga hasrat dan impian sekolah ini menjadi kenyataan hasil dari kerjasama semua
pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ ____________________
(JOCELYNE HELENA AK GASAN) (SULANG ANAK USAT)
Penyelaras LADAP Guru Besar
SK Nanga Antaroh SK Nanga Antaroh

Anda mungkin juga menyukai