Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM / AKTIVITI : SAMBUTAN HARI LAHIR MURID-MURID

1 JAN 2024 – 31 MEI 2024

Yang Berusaha,
En.Yogalingam A/L Suppiah Pillai
Guru Besar SJKT Kuala Pilah

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID-MURID PRA – TAHUN 6

1 JAN 2024 – 31 MEI 2024

SJK (TAMIL)

KUALA PILAH TAHUN 2024

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SJK TAMIL KUALA PILAH, merupakan suatu
program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga
sekolah. Program ini akan diadakan dua kali setahun semasa perhimpunan sekolah.
Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SJK TAMIL KUALA PILAH bermula
murid prasekolah sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui program sebegini dapat
mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Objektif pelaksanaan sambutan Hari Lahir murid-murid ialah :

 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SJK TAMIL KUALA


PILAH.
 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.
 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.
 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.
3.2 Outcome
 Murid-murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.
 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.
 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.
 Menimbulkan perasaan dihargai dalam kalangan warga sekolah

4. KUMPULAN SASAR
4.1 Murid : PRASEKOLAH -TAHUN 6

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 20.05.2024 (ISNIN)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SJK (Tamil) Kuala Pilah

6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En.S. Yogalingam


(Guru Besar SJKT Kuala Pilah)
Naib Pengerusi : EN.M.Palani Kumar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Pn.C.Thanaletchumy
(GBKLS)
Guru pengawas & Disiplin : En.M.Surintharan
Guru Penyayang : Cik.K.Mahaletchumy
Pengurus Murid : Guru Pra dan Guru Kelas

7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber Kewangan – Kerajaan/ Bimbingan Kaunseling

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci


ANGGARAN JUMLAH SUMBER
PERKARA KUANTITI
RM RM KEWANGAN
Kerajaan/
KEK HARI JADI 4 BIJI 80 320.00 Bimbingan
Kaunseling

JUMLAH RM 320.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke arah
mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat mewujudkan
perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara langsung akan
dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………………………… ……………………………………………………

Nama: THANALETCHUMY A/P CHALADOREY Nama: PALANI KUMAR A/L MARIAPPAN


Jawatan: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Jawatan: Guru Penolong Kanan HEM
Nama Sekolah: SJK(T) KUALA PILAH Nama Sekolah: SJK (T) KUALA PILAH
Tarikh: Tarikh:
KERTAS CADANGAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID-MURID PRA – TAHUN 6
1 JAN 2024 – 31 MEI 2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Lahir murid-murid Pra – Tahun 6


1 Jan hingga 31 Mei 2024 Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Lahir murid-murid Pra – Tahun 6
1 Jan hingga 31 Mei 2024

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

(YOGALINGAM A/L SUPPIAH PILLAI)


Guru Besar
SJK (Tamil) Kuala Pilah
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai