Anda di halaman 1dari 3

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Outreach SMK Simunjan No.1 adalah satu program yang julung-julung kali
diadakan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai
pengalaman belajar di luar sekolah seterusnya menanam jati diri untuk lebih
berusaha bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Diharap
program ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak terutama
murid-murid yang menyertai program ini.

02 OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengajaran dan pembelajaran di
luar kawasan sekolah.
2.2 Murid-murid dapat menenangkan fikiran di samping membantu mereka lebih
fokus dalam pelajaran.
2.3 Menjadikan pelajar SMK Simunjan No.1 lebih teguh jati dirinya dan
menjadikan mereka lebih gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan STPM

03 RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM


3.1 Program ini dapat meningkatkan maklumat dan pengetahuan murid tentang
budaya masyarakat setempat.
3.2 Menjadikan murid lebih sayang dan menanam perasaaan cintai ilmu
di dalam diri mereka.
3.4 Menanam semangat kerjasama dan disiplin dalam diri murid-murid
untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

04 SENARAI JAWATANKUASA

PENGERUSI : Puan Siti Wahida binti Suleiman

(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI : En Irwandy Anak Japit


(Penolong Kanan Ko-kurikulum)

SETIAUSAHA: Cik Dianecia John Anak Johnny


BENDAHARI : En Halil Bin Siri

AJK : Cik Marlisa bt Othman

Puan Lessie Lorna Ak Jinus

Puan Christina Ho

05 SASARAN
10 orang pelajar Tingkatan 6 SMK Simunjan No.1

06 TENTATIF PROGRAM OUTREACH

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI


7.00 a.m Berkumpul di depan blok pentadbiran Tingkatan 6
7.30 a.m Bergerak ke Pra Sekolah SK Gunung Ngeli
8.00 a.m SLOT 1 – Sing Along
8.30 a.m SLOT 2 – PLAY ALONG WITH ME
9.00 a.m Rehat/Kudapan dan pemberian cenderahati
9.30 a.m Bergerak balik ke sekolah

07 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Pengangkutan Dihantar oleh guru-guru Tiada

2. Makan dan minum RM5.00 x 25 orang murid Rm125.00

Jumlah RM 125.00

08 PENUTUP

Program Outreach yang julung-julung kali diadakan ini diharap dapat meningkatkan kecemerlangan
pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Semoga program ini dapat diteruskan uttuk tahun-tahun
yang mendatang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________ ______________________

PUAN CHRISTINA HO

( GURU PENYELARAS) (PENGETUA SMK SIMUNJAN NO.1)

Anda mungkin juga menyukai