Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

KERTAS KERJA PROGRAM


TRANSISI

TAHUN 1 SESI 2016

TARIKH:

04.01.2016 SEHINGGA 22.01.2016


1
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

1.0 PENDAHULUAN

Program Transisi Tahun satu merupakan satu program


yang telah dirangka dengan membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari
pendidikan tidak formal samada di rumah atau di pra sekolah
kepada pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah.
Program yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu
kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-
ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat
menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan
pembelajaran secara formal.

2.0 RASIONAL

1. Murid-murid yang masuk ke Tahun Satu datang dari pelbagai


latar belakang yang berbeza.

2. Menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang


boleh memberi kesan yang berterusan. Antaranya:

a. Perbezaan umur antara murid Tahun Satu (1 hingga 11


bulan)

b. Kebolehan mereka memberi perhatian.

c. Kesediaan mereka memberi perhatian.

d. Kesediaan untuk belajar (perbezaan pengalaman pra


sekolah, fizikal dan latar belakang keluarga)

3. Pengetahuan dan kemahiran iaitu perbezaan sosio-emosi,


perkembangan (keyakinan diri, takut, bimbang serta rasa
selamat).

2
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

3.0 OBJEKTIF

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan


persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam
masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi,
kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal di Tahun Satu.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk
datang ke sekolah dan meneruskan pembelajaran tanpa
menimbulkan banyak masalah di sekolah.
4. Murid-murid dapat mengembangkan kemahiran sosio-
emosi yang baik supaya mereka dapat menunjukkan
kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta
mengucapkan emosi dan perasaan mereka.
5. Murid-murid diberi peluang untuk menyelesaikan masalah,
membina keyakinan diri dan perasaan berdikari sehingga
satu kelaziman.

4.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 sesi 2016

5.0 PENDEKATAN/STRATEGI

Program Transisi dan Guru Penyayang disusun


menggunakan pendekatan dan strategi yang paling berkesan

3
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

berdasarkan kepada keperluan serta kemampuan sekolah bagi


mencapai kecemerlangan.

6.0 PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

6.1 Minda Cergas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan


mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti
berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama
lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti
yang di rancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Di
samping itu, murid-murid juga diharap dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu serta mewujudkan proses komunikasi yang
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri melalui aktiviti yang
mecabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan
pencapaian yang sedia ada.

6.2 Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu dapat merasakan satu


keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-
kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.
Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan
tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah,
guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa
bercahaya pada setiap masa dan ketika meneruskan proses
pembelajaran mereka di Tahun Satu.

7.0 AKTIVITI

4
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

7.1Pendaftaran Tahun 1 sesi 2016

7.2 Mesyuarat Minggu Orientasi Tahun 1 Sesi 2016

7.3 Minggu Orientasi Tahun 1 Sesi 2016

7.4 Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 sesi 2016

SK Senawang 3

8.0 TARIKH DAN TEMPAT

8.1 Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2016

Tarikh: 28 Disember 2015

Hari : Isnin

Masa: 8.00 pagi 12.00 tengah hari

Tempat:

Bilik pembelajaran Taklimat Ibu bapa

Kelas Tahun 1- Ujian Diagnostik

Agenda:

8.00 pagi - Pendaftaran

9.00 pagi -12.00 tgh

- Bacaan doa
(Ust Wan Rozaidi b Wan Kadir)

- Ucapan Guru Besar


5
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

(En Zaharuddin b Abu Hassan)

- Taklimat LINUS dan Transisi


(Pn Norlela,PPD Seremban)

- Taklimat PBS/KSSR oleh GPK Pentadbiran


(Pn Salwah Binti Omar, pjk)

- Penyerahan borang-borang kepada guru kelas


dan pengurusan SPBT

8.2 Mesyuarat Minggu Orientasi Tahun 1 sesi 2016

Tarikh : 22 /12/2015

Hari : Selasa

Masa : 11.00 -12.00 tengah hari

Tempat : Bilik mesyuarat SKS3

8.3 Minggu orientasi Tahun 1 sesi 2016

Tarikh : 4/1/2016 22/1/2016

Hari :Sepanjang hari persekolahan (3 minggu)

Masa : Waktu persekolahan

Tempat : SK Senawang 3

9.0 Ahli jawatankuasa program

6
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

Rujuk lampiran 1

10.0 Anggaran perbelanjaan

Rujuk lampiran 2

11.0 Penutup

Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini diharap dapat


dijalankan dengan baik hasil kerjasama semua pihak. Selain itu,
dengan adanya program ini sedikit sebanyak ia akan dapat
membantu murid-murid tahun 1 menyesuaikan diri dengan
suasana baru dan seterusnya menerima perubahan
persekolahan tidak formal kepada pendidikan yang lebih
formal. Oleh yang demikian, segala perancangan yang telah
dirancang oleh pihak sekolah diharapkan dapat dijalankan
dengan jayanya.
7
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

Disediakan oleh,

.....................
( Pn Noradilah Binti Zainuddin)
Penyelaras Tahun 1

Disemak oleh,

(Pn Siti salwah bt Abdul Wahab)


GPK Hal Ehwal Murid
SK Senawang 3.

Disahkan oleh,

.
(En Zaharuddin B Abu Hassan)
Guru Besar,
SK Senawang 3

Lampiran 1

Penasihat : Encik Zaharuddin Bin Abu Hassan

Guru Besar

Pengerusi : Pn Siti Salwah Binti Abdul Wahab

GPK HEM

Naib Pengerusi : Pn Salwah Binti Omar, PJK

8
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

GPK Pentadbiran

Pn. Yati Binti Hj Morshidi

GPK Kokurikulum

Penyelaras Program : Pn Noradilah Binti Zainuddin

Setiausaha : Pn Nor Azah Binti Ahmad Hadani

Bendahari : Pn. Haslida Binti Abu Kassim

AJK : Semua guru yang mengajar tahun


1/2016

9
KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1/ 2016/SKS3

Lampiran 2

Perbelanjaan

1. Cederahati Fasilatatur RM180.00


2. Hadiah

Pelajar Mithali 8 orang x RM 3.00 RM 24.00

Pertandingan Mewarna

Tempat Pertama x 4 kelas x RM 6 RM 24.00

Tempat Kedua x 4 kelas x RM 5 RM 20.00

Tempat Ketiga x 4 kelas x RM 4 RM 16.00

Saguhati x 4 kelas x 2 orang x RM 3 RM 24.00

3. Runcit RM 50.00

Jumlah RM 268.00

Sumber Kewangan

PCG Sekolah ( Unit Bimbingan dan Kaunseling ) RM 268.00

10

Anda mungkin juga menyukai