Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Puan Pengacara Majlis, Yang berusaha, Puan Hajjah siti mariyam bt hj Othman GURU

BESAR SK PANATAI, GPK kurikulum pn aishawati bt saad, GPK HEM, pn azura bt hj adnan, GPK
Kokurikulum, en ahmad tajuddin b othman ______________________________, YDP PIBG,Yang
diraikan, pn hajah norhayati bt mohd dalil, yang dikasihi sekalian Alhamdulillah,

setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah
rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk
meraikan majlis persaraaan pn hjh norhayati bt mohd dalil, guru yang kita kasihi di majlis yang
bermakna ini.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi
kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang penuh bermakna ini. Hari ini,
kita semua akan merasa terharu kerana persaraan cikgu norhayati yang kita amat sayangi .

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru Sk pantai merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada cikgu norhayati di atas sumbangan dan komitmen beliau
sepanjang tempoh perkhidmatan di Sk pantai. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan
rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu norhayati, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh
badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa. Bagi mengakhiri ucapan ini,
izinkan saya berseloka khusus untuk cikgu norhayati .

Assalamualaikum pembuka bicara

Madah disusun mengungkap rasa

Suasana suram pagi yang hiba

Bagai mengerti gelodak jiwa

Cikgu norhayati panggilan mesra

Guru yang banyak berjasa

Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma

Tiga dekad begitulah lamanya


Dari muda hingga berusia

Pada SK PANTAI juga yang setia

Menabur bakti mencurah jasa

Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa

Berundur Cikgu NORHAYATI kerana bersara

Hilanglah permata yang berharga

Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari

patah tumbuh hilang berganTi

namun tak sama guru yang ini

Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selama-lamanya

Jasamu cikgu NORHAYATI tak mungkin dilupa

Pemergianmu cikgu kami redha

Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka SAYA

Tidak berakhir hubungan ini

Silaturahim kita terus terpatri

Biarpun cikgu NORHAYATI tiada di sisi


Ampun dan maaf kami pinta

Andai pernah mengusik rasa

Jenguklah kami di sini sekali sekala

Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu NORHAYATI sihat sejahtera

Menyusuri hari-hari yang ceria

Di samping beribadat pada yang Esa

Moga dilindungi Allah sekeluarga hendaknya

Anda mungkin juga menyukai