Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SKPA.
Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik
Abdul Habib b Alapitchay kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna
untuk kami semua di SKPA. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu Habib tidak dapat kami balas hanya
Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu Habib kerana
tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan
akademik yang berterusan.
Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya
ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu Habib samada
disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu Habib berikan kepada kami
selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.