Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS KESYUKURAN.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke Pekan Kuala membeli Bingka,


Sayang pesan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha,
En. Saifudin B. Harun,
Pengetua SMK Padang Piol

Yang Berusaha,
Pn. Habibah Bt Abdul Rahman,
Gpk Pentadbiran.

Yang berusaha,
En. Mohd Romdzi B. Jamaludin,
GPK hal ehwal Murid.

Yang berusaha,
En. Shamri B. Sodo,
GPK Kokurikulum.

Yang dihormati
Guru-guru Ketua Bidang,Guru Cemerlang dan rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada rahmat pencipta kerana diatas limpah dan
kurnianya, maka kita diberikan ruang dan waktu untuk kita sama-sama berkumpul dalam Majlis
Kesyukuran pada petang ini.

Hadirin sekalian.

Kalau pergi Ke Tanjung Keramat,


Anak Manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz
Mohd Hanafiah b. Yusoff untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin..Amin…Yarobbal alamin..majlis merakamkan ucapan terima kasih Kepada Ustaz Hanafiah atas
bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian.

Sebelum kita menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan, kita ke acara yang seterusnya
iaitu dengan memulakan bingkisan ucapan dari wakil guru yang menerima kenaikan pangkat DG52.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Shamri B. Sodo, GPK Kokurikulum untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN EN. SHAMRI

Terima kasih diucapkan kepada En. Shamri Bin Sodo diatas ucapan yang disampaikan tadi.

Majlis mengucapkan tahniah kepada 6 orang guru yang telah berjaya menerima kenaikan pangkat
DG52 baru-baru ini. Ucapan tahniah ini khas buat:

Pn. Habibah Bt. Abd Rahman


En. Mohd Romdzi B. Jamaluddin
En. Shamri B. Sodo
En. AB Hakim Helmi B. Abdullah
Cik Che Faridah Bt Che Bedullah
Pn. Umi Kalthum Bt. Puteh

Semoga ianya melahirkan satu semangat baru kepada kita semua untuk terus meneruskan khidmat
dan bakti dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Hadirin sekalian.

Majlis kita tidak akan sempurna tanpa ucapan Dari Tn. Pengetua.
Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Tn. Pengetua SMK Padang Piol, En. Saifudin B. Harun
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN TN. PENGETUA..

Majlis merakamkan ucapan ribuan teriam kasih kepada Tn. Pengetua diatas ucapan itu tadi.

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan dimeja sudah tersedia,
Dijemput tuan/puan menjamu selera.

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Dengan ini, majlis sekali lagi mengucapkan tahniah dan sekalung terima kasih kepada guru-guru yang
mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran ini. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan
segala urusan. Saya mohon untuk mengundur diri, Sekian Terima Kasih.

Assalamualaikum…

Anda mungkin juga menyukai