Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS HARI ANUGERAH DAN TANDA KASIH SMK PADANG PIOL

TAHUN 2018

RASIONAL

Hari Anugerah dan Tanda Kasih dilaksanakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa penjaga
mendapatkan maklumat pencapaian pelajar didalam peperiksaan percubaan PT3 dan SPM. Program
ini dilaksanakan setiap tahun untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar dan memotivasikan diri
pelajar SMKPP untuk meraih kejayaan dalam Akademik dan meningkatkan prestasi kecemerlangan
dalam pelajaran. Dengan itu, melalui Hari Tanda Kasih yang dilaksanakan ini akan dapat memberi
semangat kepada pelajar serta memberi inspirasi kepada ibu bapa penjaga dalam membantu pelajar
meraih kejayaan.

MATLAMAT

Meningkatkan semangat dan motivasi dikalangan pelajar serta mendorong ibu bapa penjaga untuk
memastikan anak-anak mereka berjaya.

OBJEKTIF

Dengan adanya program ini diharapkan dapat :

- Membantu meningkatkan motivasi diri pelajar untuk mencapai kejayaan


- Meningkatkan jumlah pelajar yang cemerlang akademik
- Membuka minda ibu bapa dan penjaga untuk menyediakan kemudahan dan keperluan yang
sepatutnya bagi memastikan anak-anak mereka berjaya.
- Mewujudkan persaingan yang sihat dalam pelajaran untuk mencapai kejayaan.

ANJURAN

Program ini adalah hasil kerjasama pihak sekolah Unit Kecemerlangan dan Persatuan Ibu bapa (PIBG)
SMK Padang Piol.

TARIKH PELAKSANAAN

- Tarikh Yang dicadangkan ialah 26 Sept 2018 (Rabu)

TEMPAT

Dewan Terbuka SMK Padang Piol

Anda mungkin juga menyukai