Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2


JALAN USJ 2/3, 47600 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.
NO.TEL : 03-56389741 FAKS : 03-56310300
Ruj. Kami : Bil. (
) dlm. SK USJ 2/07/01/001
Tarikh : 12 November 2013
Kepada : Ibu Bapa SK USJ 2

Projek PIBG - Pengubahsuaian Kantin Sekolah dan Ruang


Makan Guru untuk menjadi Bangunan Serbaguna di
Sekolah Kebangsaan USJ 2, Subang Jaya
Untuk makluman semua ibu bapa SK USJ 2 yang saya hormati, pihak PIBG akan
memulakan kerja pengubahsuaian Kantin Sekolah dan Ruang Makan Guru didalam
tempoh cuti persekolahan akhir tahun ini.
Cadangan untuk projek ini telah dibentangkan oleh pihak sekolah kepada PIBG
semenjak tahun 2008 untuk mewujudkan satu ruang yang selesa bagi murid-murid,
guru-guru dan ibu-bapa berhimpun untuk pelbagai acara seperti perhimpunan
murid, majlis sambutan Hari Guru dan Hari Kanak-Kanak, Mesyuarat PIBG, Hari
Kecemerlangan dan sebagainya.
Sejak dari itu, pelbagai usaha dari PIBG, ibu bapa, guru-guru telah dijalankan untuk
mengutip dana dari pelbagai sumber bagi pembiayaan usaha ini setiap tahun.
Alhamdulillah, dengan usaha yang gigih dari setiap pihak terutama AJK PIBG, ibu
bapa dan guru-guru yang terdahulu sehingga kini, dana PIBG sudah mencukupi
untuk menampung projek ini yang dianggarkan didalam RM70,000 - RM80,000.
Pihak PIBG bersama pengurusan sekolah akan mendapat kelulusan dari Pejabat
Pelajaran Daerah untuk projek ini dan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB telah
dipilih berdasarkan kelayakan mereka dan kos mereka yang kompetitif. Untuk
makluman ibu bapa, satu 'tender' telah dikemukakan kepada 3 syarikat kontraktor
yang telah dinilai oleh biro prasarana PIBG dari sudut keperluan teknikal.
Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ibu
bapa, pengurusan sekolah dan guru-guru yang telah banyak menyokong dan
menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk merealisasikan usaha ini. Ternyata,
dengan sokongan dan komitmen dari semuah pihak adalah elemen yang sangat
penting untuk menjayakan visi ini bersama.

Yang Ikhlas

Pn. Aini Suraya Dato' Osman


YDP PIBG, SK USJ 2, Subang Jaya

Anda mungkin juga menyukai