Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI MERAH,


96000 SIBU,
SARAWAK.

KERTAS CADNGAN PROJEK SENAMROBIKTON TAHUN 2020 ANJURAN


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK ULU SUNGAI MERAH, SIBU

1.0 PENGENALAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama pihak sekolah sememangnya
memainkan peranan penting dalam membangunkan sumber baik pembangunan prsarana
sekolah mahupun pembangunan model insan warga sekolah khususnya murid-murid.
Kemampuan kedua-dua pihak saling membantu akan merealisasikan misi dan visi sekolah.
Sehubungan dengan itu, PIBG SK Ulu Sungai Merah, Sibu telah mengikhtiarkan satu usaha
untuk menambah dana tabung simpanan PIBG.
Usaha permuafakatan antara pihak sekolah dengan PIBG dalam hal ini akan
direalisasikan melalui projek Senamrobikton. Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat
Exco PIBG kali pertama pada 21 Januari 2020.
Sasaran kutipan yang depersetujui adalah sebanyak RM30,000.00 itu nanti akan
digunakan bagi kebajikan pelajar, menambah kemudahan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta kokurikulum.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


Projek Senamrobikton ini bertujuan untuk:
2.1 Menambah dana PIBG untuk penganjuran pelbagai aktiviti pada masa hadapan
2.2 Membantu pihak sekolah bagi memantapkan kebajikan murid-murid dan kemudahan
sedia ada dalam menjana kemajuan dari sudut kurikulum, kokurikulum dan
kemudahan prasarana.

3.0 PERLAKSANAAN
3.1 Tarikh : 26 September 2020
3.2 Hari : Sabtu
3.3 Sasaran Kutipan: RM30,000.00

4.0 PROSEDUR AGIHAN DAN MENGUTIP KAD SENAMROBIKTON


(Rujuk Lampiran 1)
Lampiran 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SK KAMPUNG BAHAGIA JAYA, SIBU

PROSEDUR AGIHAN DAN MENGUTIP DERMA SENAMROBIKTON ANJURAN


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

1. Senarai nama yang akan mengutip sumbangan/derma senamrobikton ini ialah :


a. Semua guru dan staf SK Ulu Sungai Merah, Sibu 2020
b. Semua ibu bapa / penjaga SK Ulu Sungai Merah, Sibu ( 1 keluarga 1 kad )

2. Jumlah Had Minima Hasil Sumbangan adalah seperti berikut :


a. Guru Besar dan Penolong Kanan : RM50.00
b. Semua Guru dan staf : RM30.00
c. Semua Ibu Bapa / Penjaga : RM20.00

3. Tempoh kutipan Sumbangan :


a. Mulai tarikh : Selepas Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
b. Tarikh serahan kutipan : 31 Ogos 2020

4. Syarat-syarat am kutipan sumbangan :


a. Tempoh kutipan : (Anggaran = 3 bulan)
b. Kutipan derma ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ulu Sungai
Merah, Sibu.
c. Semua penderma diwajibkan menurunkan tandatangan selepas menyerahkan derma.
d. Penggunaan alat pemadam pada Kad tidak dibenarkan. Kegagalan mematuhi syarat ini
akan dikenakan denda sekurang-kurangnya RM100.00 atau jumlah wang yang lebih besar
berdasarkan jumlah wang sebenarnya yang telah dikutip (mana-mana yang lebih tinggi).
e. Kad Senamrobikton yang tidak dipulangkan dan koyak tidak akan diganti dan akan
dikenakan denda RM20.00 senaskhah.
f. Salinan Kad Senamrobikton fotostat dengan apa-apa media elektronik tidak akan diterima
bagi tujuan mengutip derma.
g. Kad Senamrobikton yang hilang perlu dilaporkan kepada pihak polis dan dimaklumkan
secepat mungkin kepada pihak sekolah. Kad Senamrobikton yang hilang akan dikenakan
denda RM20.00 atau jumlah wang yang lebih besar berdasarkan jumlah wang sebenarnya
yang telah dikutip (mana-mana yang lebih tinggi). Sebarang penipuan akan diambil
tindakan yang serius oleh pihak sekolah dan jika perlu oleh pihak berkuasa.

5. Prosedur agihan Kad Senamrobikton dan kutipan sumbangan :


a. Untuk semua guru/staf sokongan
- Menerima kad terus daripada AJK Pengurusan Kad
- Kutipan hendaklah diserahkan kepada bendahari
- Pastikan kad untuk cabutan bertuah dimiliki oleh 1 pemegang kad dan 1 lagi
diserahkan kepada AJK Pengurusan Kad.
5.0 INSENTIF KUTIPAN :
1. Individu yang membuat kutipan terbanyak akan menerima hadiah mesteri :untuk 5
orang yang membuat kutipan terbanyak.
2. Individu yang membuat kutipan lebih daripada RM200 (Guru) atau RM200 (staf
sokongan) akan menerima baju T khas.
3. Untuk semua Pelajar :
a. AJK Pengurusan Kad akan meyerahkan kepada Guru Kelas.
b. Guru Kelas akan menyerahkankad dan mengutip kad semula beserta wang kutipan
daripada pelajar pada tarikh yang ditetapkan.
c. Guru Kelas akan menyerahkan kad dan wang kutipan kepada Bendahari PIBG pada
masa yang ditetapkan.
d. Pastikan kad untuk cabutan bertuah dimiliki oleh 1 pemegang kad dan 1 lagi
diserahkan kepada AJK Pengurusan Kad. Tarikh cabutan adalah pada hari
Senamrobikton.
e. 5 Individu yang membuat kutipan terbanyak akan menerima hadiah misteri.
f. Murid yang mendapat kutipan setiap RM100.00 akan menerima sehelai baju T khas
atau hadiah bedasarkan peratus yang dipesetujui oleh AJK Senamarobikton PIBG SK
Ulu Sungai Merah, Sibu.
g. 3 kelas yang membuat kutipan terbanyak akan disediakan hadiah misteri.

CATATAN :Guru Kelas WAJIB menerangkan pengurusan kad ini kepada murid
masing-masing dan memantau keselamatan kad dan kutipan dari kelas masing-
masing.

5.1 PENUTUP
Dengan perlaksanaan program ini nanti akan dapat merealisasikan hasrat dan
matlamat kewujudan PIBG SK Ulu Sungai Merah, Sibu dalam membantu pihak sekolah bagi
mencapai matlamat, visi dan misi yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia amnya.

Disediakan oleh:

( CLEMINE ANAK GALAYAN )


Setiasusaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Ulu Sungai Merah, Sibu

Disah oleh :

(MOHD SAIFFUL NIZAM BIN ISMAIL)


Yang Dipertua PIBG
SK Ulu Sungai Merah, Sibu
96000 Sibu

Anda mungkin juga menyukai