Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN SK BANDAR TASEK MUTIARA Pendahuluan Kelab ICT dengan kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris

SKBTM akan menganjurkan satu aktiviti bulan kemerdekaan iaitu Pertandingan Basikal Berhias. Ia melibatkan penglibatan semua murid SK Bandar Tasek Mutiara yang berminat. Aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan guru SK Bandar Tasek Mutiara. Matlamat Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi mencungkil bakat terpendam murid-murid SKBTM secara menyeluruh. Di samping itu para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik SKBTM di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah atau sebagainya. Objektif 1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisme. 2. Mencungkil bakat pelajar. 3. Menguji pengetahuan am para pelajar 4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar. 5. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa. 6. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman. Rasional Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bakat murid dan potensi murid dapat dicungkil dari sekolah rendah lagi.

Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Pertandingan Basikal Berhias Hari Kemerdekaan Penasihat: Penyelaras: Guru Penyelaras: En. Hudzairi B Abd Ghani En. Zainudin B Hussin En. Mohd Hazami B Abdul Razak (Kelab ICT) Pn. Puspa Davi a/p Nadarasan Pelai (Persatuan B. Inggeris) Ahli Jawatankuasa: En. Muhamad Khairul Anuar B Hamzah En. Ahmad Halmi B Ismail Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi penganjuran program Sambutan Bulan Kemerdekaan SKBTM ini adalah semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang memiliki basikal. Manakala murid yang menyertai pula akan dikategorikan mengikut kategori Tahap 1 bagi murid Tahun 1 3 dan Tahap 2 bagi murid Tahun 4 6. Strategi Aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Satu jadual pelaksanaan akan diwujudkan bagi memastikan kelancaran pertandingan ini tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Keterangan Program Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut: Pelaksanaan : 3 September hingga 14 September 2012 Tempat : SK Bandar Tasek Mutiara Acara kemuncak : Majlis Sambutan Hari Penutup Bulan Kemerdekaan

Kewangan Aktiviti Hadiah Pertandingan Basikal Berhias Kemerdekaan Tahap 1 Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Tahap 2 Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Jumlah Instrumen penilaian Instrumen penilaian yang akan digunakan ialah penghakiman berdasarkan kriteria dan peraturan berikut: Peraturan 1. Murid harus memiliki sebuah basikal untuk menyertai pertandingan. 2. Ibubapa murid tidak harus membantu murid untuk menghias basikal. Jika didapati ibubapa membantu murid, penyertaan murid akan ditolak. 3. Semua perbelanjaan untuk basikal berhias adalah atas murid. Pihak sekolah tidak akan menanggung sebarang kos. Kriteria Pemilihan 1. Basikal berhias akan dinilai dari segi seperti berikut: Anggaran Catatan

50.00 35.00 20.00

50.00 35.00 20.00 RM 210.00

Perkara Kreativiti Pemilihan bahan Penggunaan Bahan Kitar Semula Menepati tema Kekemasan JUMLAH BESAR

Markah 50 10 10 10 20 100

Jumlah

Penilaian/ pelapor Laporan secara bertulis akan diserahkan kepada PK Kokurikulum dan satu salinan akan dimasukkan didalam fail Persatuan. Penutup Penganjuran aktiviti Bulan Sambutan Kemerdekaan SK Bandar Tasek Mutiara ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.

Disediakan oleh, .. (Pn. Puspa Davi a/p Nadarasan Pelai)

Disemak oleh, .............................................. (En. Zainudin B Husin)

Disahkan oleh, (En. Hudzairi B Abd Ghani) Guru Besar SK Bandar Tasek Mutiara

Anda mungkin juga menyukai