Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK BULAN JERAGAM SEBUYAU


KM 1.2 Jalan Bulan - Entanggor Tel : None
94850 Sebuyau Faks : None
Sarawak E-mel : skbulanjeragam@gmail.com

Ruj Kami: JPS(W)/SKBJ(Pent)/153/07/06/01


Tarikh : 2 Ogos 2018
Guru Besar
SK Lunying Sebuyau

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN TEKNIKAL DAN KEPAKARAN SERTA


PEMINJAMAN PERALATAN LCD, PORTABLE PA SISTEM TERMASUK
MIKROFON BAGI TUJUAN PENGELOLAAN PROGRAM MOTIVASI DIRI
DAN AKEDEMIK SEKOLAH-SEKOLAH PEDALAMAN SEBUYAU
KERJASAMA DAN PROMOSI YAKIN 2018
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat kebenaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak melalui JPNSW.SPPK.HEM.600-8/15/3 (2).

2. Sukacitanya sekolah ini memohon bantuan teknikal dan kepakaran serta peminjaman
peralatan LCD, Portable PA System termasuk Mikrofon untuk menjayakan motivasi kecemerlangan
diri pelajar-pelajar sekolah-sekolah pedalaman pada ketetapan berikut:

Pegawai : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Nama : Doniwadi bin Haji Jemi
Jawatan : Guru Penolong Kanan HEM (Hakiki)
Hari : Selasa & Rabu
Tarikh : 7 & 8 Ogos 2018
Tempat : SK Bulan Jeragam Sebuyau
Masa : 7.8.2018 : 10.00 pagi
: 8.8.2018 : 8.30 pagi – 12.30 petang
Sekolah : SK Bulan Jeragam

3. Sehubungan itu, pihak tuan diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk
memastikan memberi impak tinggi dari aspek kecemerlangan murid-murid sekolah pedalaman ini.

Segala kerjasama amatlah dihargai.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI)


Guru Besar
SK Bulan Jeragam Sebuyau
s.k.: 1. PPD Simunjan
2. Fail Timbul Kurikulum, SKBJ
MRS/mrs…Jawatankuasa Program_Kecemerlangan_Akademik_Pedalaman_SKBJ_2018

(Sila catatkan rujukan sekolah ini apabila berhubung)

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

Anda mungkin juga menyukai