Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH SATU,

72300 SIMPANG PERTANG,


NEGERI SEMBILAN.
Tel : 064952367 Faks : 064951245
Email : NBA0033@moe.edu.my
Ruj. Kami : JPNS.PPDJJ.NBA0033.600-4/2 ( )
Tarikh : 09 JANUARI 2019

Kepada :
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid,
Kursus Kepimpinan Pengawas,
SK Pasoh Satu,
72300 Simpang Pertang,
Negeri Sembilan.

Tuan,

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SK PASOH SATU SESI 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pengawas dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SK Pasoh
Satu akan mengadakan kursus kepimpinan bagi para Pengawas Sekolah Sesi 2019. Butiran kursus adalah seperti
berikut :

Tarikh : 12 Januari 2019


Hari : Sabtu
Masa : 8. 00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer SK Pasoh Satu

3. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memupuk ciri-ciri pemimpin yang berkesan dalam kalangan
peserta selain memberi input tentang tugas-tugas sebagai pemimpin di sekolah. Justeru, pihak sekolah memohon
pertimbangan daripada pihak tuan agar dapat memberi kebenaran kepada anak-anak tuan untuk mengikuti
kursus tersebut Kehadiran adalah diwajibkan.

4. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan berikan bagi
melancarkan kursus ini.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………….
(ADNAN BIN HAJI ABDUL BAKI ANS,PMC,PJK)
GURU BESAR,
SK PASOH SATU.

s.k-Fail HEM
zai/jan/2019

Anda mungkin juga menyukai