Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA No.

Tel : 07-8831012
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi 07-88331013
Jabatan Pendidikan Negeri Johor No. Fax : 07-8834008
PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang e-mail : ppd_kotatinggi@moe.gov.my
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim Laman web:www.ppd.kotatinggi.edu.my

Ruj. Kami : PPDKTG.HEM.100-19/1/1 ( 2 )


Tarikh : 15 Januari 2023

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Daerah Kota Tinggi
Johor Darul Ta’zim

Tuan,

UNDANGAN MENYERTAI PROGRAM MOTIVASI : PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL


MURID UNTUK MELANGKAH KE PERINGKAT MENENGAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa SJK (Tamil) Ladang Pelepah, Kota Tinggi dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi akan mengadakan Program Ceramah
Motivasi Murid-Murid SJKT Daerah Kota Tinggi sebagai persediaan untuk melangkah ke
peringkat menengah. Program tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Februari 2023 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SJK (Tamil) Ladang Pelepah, Kota Tinggi
Penceramah : En. Murugan a/l Paramasivam (SMK Labis)
Sasaran : Murid-murid Tahun 6 SJKT Daerah Kota Tinggi

3. Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 6 dari sekolah tuan dijemput untuk
bersama-sama menyertai program tersebut. Pihak tuan diminta untuk memastikan murid-murid
telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan mengutamakan aspek keselamatan mereka
pada setiap masa.

4. Kerjasama pihak tuan terhadap perkara ini amat kami hargai. Jika terdapat sebarang
pertanyaan berkaitan perkara di atas, pegawai kami En. Mohd Arbain bin Mohd Ramly,
Penolong PPD Hal Ehwal Murid sedia membantu dan boleh dihubungi menerusi talian 016-
7102344 .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK )


Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

s.k.: i. Timbalan PPD Kota Tinggi (Pembangunan Murid)

MAMR/Kaunseling/2023

Anda mungkin juga menyukai