Anda di halaman 1dari 1

SJK(TAMIL) JALAN TAJUL,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
JBD 3015 NO.TEL: 07-8821384
_______________________________________________________________________
5 NOVEMBER 2019

Perhatian Kepada:

Dato/Datin/Tuan/Puan

______________________________________

______________________________________

Tuan,

Memohon Sumbangan Kewangan Untuk Mengadakan Lawatan Sekolah

Sehubungan dengan perkara di atas, sekolah kami bercadang mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke
Pulau Langkawi 21-24 November 2019 ini. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan 10 orang
guru.

2. Oleh itu, kami meminta jasa baik tuan untuk memohon sumbangan kewangan bagi menanggung kos
perbelanjaan kami. Hal ini kerana, kebanyakan murid sekolah kami merupakan golongan yang kurang
berada. Tambahan pula, golongan ibu bapa tidak berpendapatan tinggi di mana kebanyakan mereka
bekerja sebagai buruh dan juga pekerja kilang. Mereka tidak dapat menanggung kos tambang.

3. Sekolah kami juga tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk menampung perbelanjaan
lawatan. Oleh sebab ini, kami ingin memohon samaada bantuan kewangan ataupun bantuan makanan
tengah hari daripada pihak tuan. Anggaran perbelanjaan kami untuk lawatan ini adalah RM 14000.
Kami berharap pihak tuan dapat menyumbangkan sedikit sebanyak bantuan untuk lawatan kami. Kami
berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan keadaan kami.

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_________________________ _________________________
SETIAUSAHA LAWATAN GURU BESAR
(MANGLESWARY SALBARAJA) BALA SUBRAMANIAM A/L GOPAL
SJK (T) JALAN TAJUL, SJK (T) JALAN TAJUL,
KOTA TINGGI, JOHOR. KOTA TINGGI, JOHOR.

Anda mungkin juga menyukai