Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : JPWP 800 – 1 / 1 / 36 Jld 4 ( )

Tarikh : Januari 2020

Pengetua / Guru Besar


SM / SMK / SK / SJKC / SJKT
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
( Seperti Lampiran )

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KALI PERTAMA KEJOHANAN MERENTAS DESA


MSSWPKL PERINGKAT NEGERI 2020

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kali Pertama
Kejohanan Merentas Desa MSSWPKL Peringkat Negeri 2020.

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah diminta untuk hadir mesyuarat tersebut pada
ketetapan berikut:

3.1 Tarikh : 8 Januari 2020 (Rabu)


3.2 Masa : 10.00 pagi
3.3 Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur.

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

5. Pihak tuan boleh menghubungi Encik Saari bin Baharuddin, Penolong Pengarah, Unit
Pembangunan Bakat Murid di talian 012-2232032 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MAZNAH BINTI ABU BAKAR, ANS;PMC)


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

s.k - Semua Pegawai Pendidikan PPD


- Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPWPKL
- Fail Unit Pembangunan Bakat Murid JPWPKL

Anda mungkin juga menyukai