Anda di halaman 1dari 3

PIBG SJK(TAMIL) SELAMA

JALAN SIR CHULAN, 34100 SELAMA, PERAK.

Kod Sek: ABD 6104


No. Tel : 05-8394858
Email: ABD6104@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : SJKTS/700/20/004(8)
Tarikh : 21 Jun 2019

YB M. Kula Segaran
Menteri Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Kuala Lumpur.

PER : MEMOHON SUMBANGAN MENJALANKAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB


SOALAN UPSR 2019

1.PENDAHULUAN

SJK(T) Selama merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang berpotensi
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta memerlukan pendedahan yang
mendalam bagi mencapai hasrat KPM dan sekolah untuk mengecapi kecemerlangan.Maka
pendedahan yang lebih spesifik dalam teknik menjawab soalan UPSR diperlukan dari masa ke
semasa untuk memantapkan lagi tahap kecemerlangan murid-murid.

2. RASIONAL
2.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan
golongan pelajar
2.2 Meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan murid di samping dapat meningkatkan
sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 dengan teknik yang betul untuk
menjawab soalan peperiksaan UPSR bagi semua subjek.

1
2. Memberi bimbingan dan panduan dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR

3. Membantu guru-guru mata pelajaran meningkatkan pengetahuan dengan kaedah


pengajaran berkesan.

KUMPULAN SASARAN
Seramai 29 orang murid Tahun 6
Guru mata pelajaran yang berkaitan

PELAKSANAAN BENGKEL
1 Pihak sekolah bermesyuarat untuk memutuskan penceramah yang bakal dijemput
untuk mengisi slot bengkel.
2. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu mulai bulan Julai.
3. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir.
4. Guru mata pelajaran Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada hari bengkel dijalankan.
5. Semua guru mata pelajaran yang berkaitan adalah digalakkan untuk hadir bersama
sewaktu bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran guru.

SUMBER KEWANGAN
Sumbangan luar

ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti dalam ‘Lampiran A’

PENUTUP
Program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan peratus
kelulusan murid yang menghadapi peperiksaan UPSR.
Diharap pihak YB dapat pertimbangkan permohonan kami.

Yang Benar,

…………………………
2
S. NYANASEHGARAN
YDP PIBG

LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah

1. Bayaran Penceramah (8 hari x 5 orang x RM 200 ) RM 8000.00

2. Bahan Fotostat (5 x RM 50) RM 500.00

3. Makanan murid ( 8 hari ) RM 1500.00

Jumlah RM 10,000.00

Anda mungkin juga menyukai