Anda di halaman 1dari 6

6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

KERTAS KERJA CADANGAN

LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH DI SARIKEI

KUMPULAN BAHASA INGGERIS AMBILAN JAN 2013 KUMPULAN BAHASA INGGERIS GSTT AMBILAN DIS 2012

ANJURAN JABATAN BAHASA IPG KAMPUS RAJANG

TEMPAT: SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI

TARIKH: 21 MARCH 2013 (KHAMIS) atau 22 MARCH 2012(JUMAAT)

1. PENDAHULUAN Lawatan ilmiah ini diadakan bagi mendedahkan guru pelatih daripada kumpulan Bahasa Inggeris kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini khususnya dalam Bahasa Inggeris, disamping memberi peluang kepada guru pelatih menangani keadaan di dalam kelas. Hal ini selaras dengan kursus yang diambil pada semester ini iaitu Pendidikan Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan awal kanak-kanak (Child Development). Program ini diwujudkan bagi membantu para guru pelatih mendepani cabaran pada masa hadapan untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang sepatutnya dan memerhati perkembangan serta daya pembelajaran muridmurid. Oleh itu, lawatan ini akan menjadi nilai tambah kepada para peserta untuk memahami cara pelakasanaan pendidikan yang terkini di sekolah secara lebih dekat.

2. MATLAMAT Lawatan ini bertujuan ini untuk meningkatkan kafahaman guru pelatih Bahasa Inggeris terhadap pelaksanaan progam pengajaran dan pembelajaran khususnya dari segi penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid dan juga perkembangan murid-murid sekolah rendah. Selain itu, lawatan ini bermatlamat

untuk melahirkan guru Bahasa Inggeris yang mahir dalam mengendalikan program pendidikan yang sesuai dengan keperluan murid bermasalah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.

3. ANJURAN Lawatan ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa IPG Kampus Rajang.

4. ASAS PERTIMBANGAN SJK(C) Kwang Chien merupakan satu-satunya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bestari di Sarawak di mana guru-guru menggunakan pendekatan terkini untuk mengajar murid-murid. Oleh itu, bersesuaianlah SJK(C) Kwang Chien dipilih sebagai tempat lawatan kali ini bagi memenuhi kehendak proforma Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Perkembangan kanak-kanak.

5. OBJEKTIF i. Melihat secara dekat, pelaksanaan P&P murid-murid di sekolah. 8

ii.

Menambah pengetuhuan dalam strategi dan kaedah pengajaran murid-murid melalui perbincangan bersama guru Bahasa Inggeris.

iii.

Mendekatkan diri guru pelatih dengan situasi sebenar di sekolah untuk persediaan sebagai guru Bahasa Inggeris pada masa akan datang.

iv.

Menggalakkan pemikiran yang kreatif dan inovatif melalui pemerhatian bahan bantu mengajar yang digunakan di sekolah.

v.

Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna.

vi.

Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.

6. TARIKH CADANGAN 21 MARCH 2013 (Khamis) atau 22 MARCH 2013 (Jumaat)

7. TEMPAT SJK(C) Kwang Chien, Sarikei

8. KUMPULAN SASARAN Bilangan pelajar adalah 35 orang. 8.1 PISMP Bahasa Inggeris Januari 2013 (22 orang) 8.2 PPISMP Bahasa Inggeris, GSTT Disember 2012 (13 orang) 8.3 Senarai nama pelajar disertakan di lampiran 1

9. SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN Perbelanjaan ditanggung oleh IPG. Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil I

Perkara Pengangkutan pelajar

Anggaran Disediakan oleh pihak pengelola

Dari IPG Kampus Rajang ke (Bas IPR) sebuah bas. Sarikei Ii Makan dan minum guru pelatih RM12 x 35 orang =RM420.00

Iii

Air mineral

3 Kotak (sumber dari stor pejabat IPR)

Iv

Cenderahati IPG untuk sekolah lawatan JUMLAH

4 set ( Sumber HEP IPR)

RM420.00

10. KELAYAKAN TUNTUTAN

8.1

DG 44 Elaun Makan 2 orang x RM 65.00 = RM 130.00

Jumlah

RM 130.00

8.2

Pemandu Bas IPG Elaun Makan 2 orang x RM50.00 = RM 100.00

Jumlah

RM 100.00

8.3

Jumlah keseluruhan (RM130 + RM100)

RM230.00

11. JADUAL PROGRAM Rujuk Lampiran 2

12. JAWATANKUASA INDUK Penaung Penasihat Pengerusi Setiauasaha Bendahari : En. Raymond Gai Panting @ Gaie : En. Adam Prakash : Pn. Laily Yahya : Elaine Chin Lian Fah (PISMP TESL SEM1) : Emy Wong (PISMP TESL SEM1) : Benny Kong (PPISMP GSTT SEM3) Dokumentasi : George Ting (PISMP TESL SEM1) : Ting Fang Kai (PISMP TESL SEM1) Cenderahati : Nora Sentiasa (PISMP TESL SEM1) 10

: Yue Ling Ming (PISMP GSTT SEM3) Keselamatan : Kong Siaw Ting (PISMP TESL SEM1)

13. PENSYARAH PENGIRING En. Adam Prakash, Pn. Laily Yahya dan Pn. Anna Mary

14. PENUTUP Program lawatan ilmiah ini diharap dapat menambah pengetahuan dan maklumat yang berguna khususnya berkaitan dengan pendidikan Bahasa Inggeris pada para guru pelatih Bahasa Inggeris. Pendidik berkualiti merupakan asas kepada pembangunan modal insan dan pembentukkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

______________ ELAINE CHIN LIAN FAH Setiausaha Program Lawatan Ilmiah, IPG Kampus Rajang, 96509, Bintangor, Sarawak.

11

Anda mungkin juga menyukai