Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SENAWANG 71450 SUNGAI GADUT, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA SUDUT AKSES KENDIRI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU, MATEMATIK DAN BAHASA TAMIL

TARIKH TEMPAT

: :

19 JULAI 2013 (JUMAAT) BILIK AKSES KENDIRI PEMBELAJARAN (5SOORIAN) SJK (T) LADANG SENAWANG 71450 SUNGAI GADUT, NEGERI SEMBILAN.

ANJURAN :

GURU PELATIH IPGKRM , SEREMBAN SEMESTER 8 a) KOMALA A/P ARUNASALAM b) PREMASELVI A/P VEERAIAH c) THILAGARASI A/P SUBRAMANIAM d) THARANI SRI A/P RAMAYA e) VIDHYA A/P SUBRAHIM

1.0

PENGENALAN Untuk merialisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan

untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis kami ingin melengkapkan murid dengan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, Sudut akses kendiri pembelajaran ini merupakan satu aktiviti yang mempamerkan bahanbahan bantu mengajar yang dihasilkan sendiri oleh para guru pelatih bagi melengkapkan murid dengan bahan bantu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Tamil yang membolehkan mereka membuat latihan yang disediakan dengan sendiri dan membaca bahan pembelajaran yang terdapat dalam sudut-sudut pembelajaran dengan penuh minat.

2.0

RASIONAL Sudut akses kendiri pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Tamil

secara umumnya dapat menerapkan nilai menghayati bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, sudut akses kendiri pembelajaran ini dapat menarik minat murid sekolah rendah untuk memperkembangkan minat mereka untuk datang ke sudut pembelajaran akses kendiri dan membuat latihan yang disediakan setelah membaca sesuatu bahan sebagai pengukuhan. Malah, penghasilan sudut pembelajaran kendiri ini dapat memupuk hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih yang terdiri daripada unit yang berbeza. Pameran ini juga memberi peluang dan ruang kepada guru pelatih untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam melakukan aktiviti tersebut. Tambahan pula aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat dan potensi guru pelatih. Secara ringkasnya, aktiviti ini memberi pendedahan tentang kaedah pengajaran efektif melalui penggunaan bahan bantu mengajar kepada para pelatih di sekolah nanti .

2.0

MATLAMAT Program ini telah menggariskan empat matlamat utama: II.1 Meningkatkan kreativiti dan inovasi melalui pembinaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Tamil. II.2 Memperkembangkan pengetahuan tentang bahan bantu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Tamil dalam kalangan guru. II.3 Mewujudkan kerjasama yang erat antara guru-guru sekolah dengan guru pelatih serta mewujudkan semangat berpasukan dalam menjayakan sesuatu program.

II.4 Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pihak pentadbiran sekolah, guruguru sekolah dan guru pelatih

3.0

OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang dan ruang kepada guru pelatih untuk menyediakan sudut akses kendiri yang menarik dan kreatif 3.2 Memberi pendedahan dalam menggunapakai bahan-bahan kitar semula dalam pembinaan bahan bantu mengajar dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi. 3.3 Melahirkan guru-guru yang mahir, berbakat, kreatif, inovatif serta yang berupaya untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. 3.4 Mewujudkan hubungan yang harmoni antara warga IPG Kampus Raja Melewar dan pihak pentadbiransekolah.

4.0

BUTIRAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh Tempat

: 4 Julai 2013 sehingga 12 Julai 2013 : Bilik Darjah 5 Soorian

5.0

JAWATANKUASA Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 : Puan Maheswary a/p Kailasam : Puan Ahlakamah a/p Velu

Guru Penolong Kanan Hem : Puan Nalini a/p Kuppusamy Guru Pembimbing : Puan Maheswary a/p Kandasamy Puan Komathy a/p Raman Puan Kasthuri Guru Pelatih : Tharani Sri Ramaya Premaselvi Veeraiah Thilagarasi Subramaniam Komala Arunasalam Vidhya Subrahim

6.0

PENGELOLAAN 6.1 Guru-Guru pelatih unit pendidikan pemulihan dan matematik ambilan Januari 2010

7.0

PENGISIAN PROGRAM 7.1 Majlis Perasmian - Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Guru Besar SJK(T) Ladang Senawang pada 15 Julai 2013

- Dihadiri oleh Guru Penolong Kanan , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru dan murid murid .

8.0

GOLONGAN SASARAN Semua warga SJK(T) Ladang Senawang

9.0

TENTATIF PROGRAM PERASMIAN 8.00 pagi 10.00 pagi : : Perasmian Sudut Akses Kendiri oleh puan guru besar Sudut Akses Kendiri dibuka kepada semua warga sekolah untuk dikunjungi 12.00 tgh : Penutup

10.0

PERBELANJAAN Penyediaan Sudut Akses Kendiri Bil 1 2 3 4 Bahan Bahan bantu mengajar Kain alas meja Tikar getah Hiasan sudut Jumlah Harga RM 200.00 RM 9.00

RM 30.00 RM 50.00 RM 289.00

11.0

PENUTUP

Projek yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan. Harapan kami agar projek ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan memupuk amalan akses kendiri dalam diri murid sejak di bangku sekolah.

Disediakan oleh ,

Disahkan oleh,

__________________________ (Tharani Sri a/p Ramaya ) Setiausaha, Projek Sudut Akses Kendiri, Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai