Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BENGKEL PEMERKASAAN
PROGRAM SUMBER PENDIDIKAN
DAERAH PASIR GUDANG

Anjuran

UNIT SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

dengan kerjasama

PERPUSTAKAAN AWAM PASIR GUDANG

PASIR GUDANG
BENGKEL PEMERKASAAN PROGRAM SUMBER PENDIDIKAN
PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2023

1. PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi guru dan
murid yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan
dengan aspirasi sumber pendidikan kerana bidang ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan
pemikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud.

Bidang Sumber Pendidikan sangat penting sebagai satu daripada wadah dalam membentuk kemahiran
insaniah. Elemen terpenting dalam pemerkasaan Program Sumber Pendidikan antaranya adalah Bicara Buku,
Pengkarya Muda dan inovasi TVPSS sebagai platform melahirkan kemenjadian murid sebagai kemahiran
insaniah yang wajar dikuasai murid sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

2. MATLAMAT

Program yang melibatkan pemerkasaan Guru Perpustakaan dan Media untuk mengasah bakat murid
dalam pelbagai bidang terutamanya murid sekolah rendah dan menengah ini didedahkan dengan beberapa
aktiviti ke arah penampilan diri dan bakat dalam pelbagai bidang ’hard-skill’ dan ’soft-skill’ komunikasi,
bahasa,kesusasteraan serta sahsiah dan nilai-nilai murni. Bakat dan pengetahuan asas murid dalam penciptaan
karya kreatif yang berpaksikan nilai-nilai murni dapat digarap dan digilapkan untuk lebih berketerampilan dan
maju lagi pada masa akan datang. Melalui Bengkel Pemerkasaan Program Sumber Pendidikan ini, hasrat untuk
memperkasakan pengisian ilmu dan kemahiran guru berkaitan bahasa dan kesusasteraan melayu dalam
mengangkat dan memperkasakan Bahasa Melayu sangat diutamakan selain memasukkan unsur-unsur
pembinaan insan iaitu adab budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan , nilai kerohanian serta integrasi dan
perpaduan kaum dalam kalangan peserta yang secara tidak langsung menyokong sesi pengajaran dan
pembelajaran Abad ke -21.

3. OBJEKTIF

1. Memperkasakan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Pasir Gudang dalam program program sumber
Pendidikan dalam penghasilan kandungan pembelajaran secara digital
2. Menimba pengalaman dan kemahiran menulis daripada penulis yang berpengalaman dan berbakat besar.
3. Menghasilkan bahan dan karya dalam pelbagai bidang yang membantu melahirkan kemenjadian murid di
peringkat sekolah.
4. Memartabat dan memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara,berdisiplin serta
berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui aktiviti pembacaan dan hasil penulisan

4. SASARAN

113 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah rendah dan menengah Daerah Pasir Gudang.

5. PELAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 8 November 2023 / Rabu


Tempat : Perpustakaan Awam Pasir Gudang
Masa : 8:00 pagi – 4:00 ptg
6. TENTATIF

7.30 pagi Pendaftaran peserta dan guru


8.00 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi Perasmian Bengkel Pemerkasaan Program Sumber Pendidikan Daerah Pasir Gudang
10.00 pagi Perkongsian Digital Content for Media Creators
12.00 t/hari Rehat, makan dan solat
2:00 ptg Sesi Praktikal Videography Editing
4.00 ptg Lawatan ke sekitar Perpustakaan Awam Pasir Gudang
4.30 ptg Sesi bergambar
Bersurai

7. JAWATANKUASA INDUK
Sila rujuk Lampiran A

8. ANGGARAN KOS
Bil. Butiran Perbelanjaan Kos (RM) Jumlah (RM)
1. Sarapan pagi RM5.00 x 115 RM575.00
2 Makan Tengahari RM10 x 115 RM1150.00
Jumlah RM 1725.00

9. SUMBER KOS
Waran Peruntukan Kerajaan Malaysia

10. PENUTUP

Penganjuran bengkel ini juga diharapkan dapat meningkatkan kompetensi dan memperkasakan Guru
Perpustakaan dan Media Daerah Pasir Gudang dalam usaha melahirkan kemenjadian murid dan mewujudkan
sekolah yang berkualiti tanpa mengabaikan keseimbangan generasi yang cemerlang akademik mahupun sahsiah
diri serta tidak ketinggalan dalam arus kemodenan. Kerjasama daripada semua pihak memainkan peranan
penting sebagai pemangkin dan pelindung kepada generasi akan datang supaya tidak terumbang-ambing dibawa
arus kemajuan teknologi masa kini yang tidak mengenal batas dan susila masyarakat di Malaysia dalam
melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dalam bidang penulisan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _______________________
( AFZAM BINTI ABDULLAL ) ( SURIEYANI BINTI SAMSUDIN )
Pen. Pegawai Pendidikan Daerah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sumber Teknologi dan Pendidikan Pasir Gudang ( Pembelajaran )
Daerah Pasir Gudang Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK
BENGKEL PEMERKASAAN PROGRAM SUMBER PENDIDIKAN
DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2023
PENGERUSI
Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

TIMBALAN PENGERUSI
Pn Surieyani binti Samsudin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang ( Pembelajaran )
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

PENGERUSI PENGELOLA
Pn. Afzam binti Abdullal
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

PENYELARAS BENGKEL
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Taman Molek

URUSETIA PENDAFTARAN
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Pasir Gudang 3
SK Pasir Gudang 2

PENGACARA MAJLIS
Guru Perpustakaan dan Media
SK Felda Ulu Tebrau
SK Taman Permas Jaya 2

HADIAH DAN SIJIL


Guru Perpustakaan dan Media
SMK Pasir Gudang
SMK Permas Jaya

BUKU PROGRAM, BACKDROP DIGITAL DAN TAG PESERTA


Guru Perpustakaan dan Media
SMK Sungai Tiram
SMK Taman Pasir Putih
SJKC Masai
SJKT Masai

TEKS UCAPAN PERASMI


Guru Perpustakaan dan Media
SK Taman Pasir Putih
SMK Seri Alam 2

JAMUAN
Guru Perpustakaan dan Media
SK Pasir Gudang 1
SMK Kota Puteri

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI


Guru Perpustakaan dan Media
SMK Pasir Gudang 2
SMK Taman Rinting 2

Anda mungkin juga menyukai