Anda di halaman 1dari 23

No Rujukan: PSP-10092020/100/21-024

Tarikh : 15 Februari 2021

Padiberas Nasional Berhad,


1, Jalan Majistret U1/26,
HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN.

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENAJAAN PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN STREAM


TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA) dan


Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan menganjurkan Pertandingan Pidato

Pendidikan Sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni, matematik (STREAM) 2021 secara
dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Pusingan awal : 13 – 14 Ogos 2021


Pusingan akhir : 21 Ogos 2021
Medium : Aplikasi “Streamyard”

Tema : Pendidikan STREAM


Sasaran : Terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
penyertaan yang berusia 18-24 tahun serta pelajar sekolah menengah
yang berusia 13-17 tahun.

3. Tujuan penganjuran pidato ini adalah untuk mewujudkan platform bagi anak muda
dalam kalangan mahasiswa dan pelajar sekolah untuk berkongsi idea dan pendapat masing-
masing berkenaan isu semasa khususnya isu-isu berkaitan dengan pendidikan di Malaysia
mahupun dunia secara sihat dan matang melalui wadah pengucapan awam.
4. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk penajaan ke atas program ini. Pihak kami telah
menyediakan beberapa opsyen penajaan untuk rujukan pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja Pertandingan
Pidato Pendidikan STREAM 2021 serta bentuk penganjuran bersama kepada pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk bekerjasama dalam penganjuran Pertandingan
Pidato Pendidikan STREAM 2021 ini.

5. Besarlah harapan pihak kami agar pelawaan ini diterima oleh pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk kelancaran Pertandingan Pidato Pendidikan
STREAM 2021 ini. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg.
Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Encik Shahrul Asyraf bin
Suhaimi, Pengarah Program Pertandingan Pidato Pendidikan STREAM Tahun 2021 di
talian 01125825411 atau melalui emel rasmi iaitu pidatoipgm2020@gmail.com. Kerjasama
daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“NEGARAKU MALAYSIA”
“PENGGERAK REVOLUSI PENDIDIK GENERASI BESTARI”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD ARIF AIZUDDIN BIN ABDULLAH)


Pengerusi
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Pertubuhan Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA)

Nama Program Pertandingan Pidato Pendidikan STREAM Tahun 2021

Program pengucapan awam yang melibatkan aspek:


 Penyampaian
 Pemikiran kritikal
Jenis Program
 Kepimpinan
 Pembangunan intrapersonal dan interpersonal
pelajar dan mahasiswa
 Mewujudkan platform pengucapan awam pelajar dan
mahasiswa untuk menyampaikan idea serta pemikiran
dalam isu-isu pendidikan negara.
Matlamat dan  Menjana pelajar dan mahasiswa yang lebih beridealisme,
objektif program proaktif dan kreatif menerusi pemikiran kritikal
 Mewujudkan usaha sama antara PuSPA serta Institut
Pendidikan Guru Malaysia dengan agensi-agensi luar dalam
pembangunan pendidikan.
 Melahirkan pelajar dan mahasiswa yang mengikuti
perkembangan semasa bidang Sains, teknologi, agama,
kejuruteraan, seni dan Matematik terhadap industri
tempatan.
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA) dan Dewan

Anjuran Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan


Guru Malaysia (IPGM)

Pusingan awal : 13 – 14 Ogos 2021


Tarikh
Pusingan akhir : 21 Ogos 2021

100 orang pelajar dan mahasiswa yang berusia 13 hingga 24


tahun dari seluruh sekolah menengah dan Institut Pendidikan
Sasaran Penyertaan
Guru (IPG) dari seluruh negeri di Malaysia.

Anggaran Kos RM 10,400.00


KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN STREAM TAHUN 2021

Tarikh :

PUSINGAN AWAL : 13 – 14 OGOS 2021


PUSINGAN AKHIR : 21 OGOS 2021

Anjuran :

PERTUBUHAN SENI PENGUCAPAN AWAM MALAYSIA (PuSPA)

dan

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dengan kerjasama :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)

1
1.1 TUJUAN

1.2 Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan


permohonan daripada pihak Padiberas Nasional Berhad untuk
penajaan bagi Pertandingan Pidato Pendidikan STREAM Tahun 2021.

2.1 LATAR BELAKANG

2.2 Pertandingan Pidato STREAM 2021 ini merupakan program yang buat
julung kalinya dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Seni Pengucapan Awam
Malaysia (PuSPA) pada tahun 2021. Pertandingan ini akan menjadi
program anjuran tahunan dalam kalendar tahunan Pertubuhan Seni
Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA) pada masa akan datang.

2.3 Program ini bertujuan untuk membincangkan isu pendidikan khususnya


isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan Sains, teknologi, agama,
kejuruteraan, seni, Matematik (STREAM) dengan menggunakan wahana
pengucapan awam. Wahana ini diharapkan akan dapat memberi impak
yang positif, kesedaran yang tinggi serta pencerahan ilmu yang berguna
dalam membincangkan isu berkenaan khususnya dalam dunia
pendidikan semasa.

2.4 Pelaksanaan program pertandingan pidato dalam bahasa Melayu ini juga
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dengan
baik dalam kalangan pelajar dan masyarakat, selain memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
di persada negara, serantau dan antarabangsa. Secara umumnya,
pelaksanaan program ini juga menjunjung tinggi nilai keharmonian,
perpaduan dan semangat muhibah yang sekian lama terjalin dalam
kalangan warga pendidikan di Malaysia khususnya.

2
3.1 ASAS PERTIMBANGAN

3.2 Penganjuran Pidato STREAM ini dirancang bagi menyahut cabaran dan
merealisasikan salah satu daripada tiga (3) matlamat pembelajaran
bahasa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu “memupuk
perkongsian identiti yang unik dalam kalangan rakyat Malaysia melalui
penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia.

3.3 Penganjuran Pidato STREAM ini juga dirancang bagi memenuhi hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerapkan kemahiran
STREAM dalam diri setiap pelajar.

3.4 Penganjuran Pidato STREAM ini turut menyahut usaha kerajaan bagi
mencapai anjakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk membentuk sebuah
sistem pendidikan yang mengutamakan usaha melengkapkan pelajar-
pelajar dengan ilmu pengetahuan dan keperluan yang berkaitan dengan
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

3.5 Penganjuran Pidato STREAM ini juga menyediakan ruang dan peluang
serta platform pelajar dan mahasiswa membina amalan baik dan
memupuk nilai profesional dalam usaha ke arah revolusi pendidikan
negara selaras dengan visi PuSPA iaitu “Penggerak Revolusi Pendidikan
Generasi Bestari”.

3.6 Penganjuran Pidato STREAM ini dilaksanakan khusus bagi meningkatkan


interaksi, integrasi dan perkongsian pintar antara institusi-institusi
pendidikan di seluruh Malaysia. Program seumpama ini sebenarnya
dapat memupuk dan mengasah bakat-bakat baharu dalam kepimpinan
dan pengendalian program secara berkesan. Melalui pertandingan ini
juga, setiap institusi pendidikan dapat melahirkan modal insan yang
berketerampilan, mampu menyampaikan buah fikiran, hujah bernas dan
pendapat dalam suasana penuh ilmiah serta menguasai kemahiran
berkomunikasi dengan baik.
4.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh/Hari : Pusingan awal : 13 – 14 Ogos 2021 (Jumaat dan Sabtu)


Pusingan akhir : 21 Ogos 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang


Medium : Aplikasi “Streamyard”
Tema : Pendidikan STREAM
Tetamu Kehormat : Dr. Hajah Rusmini binti Ku Ahmad,
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Sasaran Penyertaan : - 60 peserta daripada IPG
- 40 peserta sekolah menengah seluruh Malaysia.

Maklumat Ringkas Penyertaan

Jumlah Peserta Jumlah Hakim : 100 orang


Jumlah AJK Pelaksana Tetamu : 6 orang
Jumlah Keseluruhan : 10 orang
: 10 orang
: 126 orang

Yuran Penyertaan : - Kategori IPG : RM 100.00 setiap peserta


- Kategori Sekolah : RM 50.00 setiap peserta

Cara Pembayaran : Deposit Tunai/ Pemindahan Wang

Butiran Pembayaran : Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA)

Nombor Akaun: 564128639470 (Maybank)

Rujukan : Pidato STREAM 2021 (Nama IPG / Sekolah)


Tentatif Program : Rujuk Lampiran A
Jawatankuasa Induk Program : Rujuk Lampiran B
Cadangan Hadiah Pemenang : Kategori IPG
Johan
- Wang Tunai : RM 1,200.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Naib Johan
- Wang Tunai : RM 1,000.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Ketiga
- Wang Tunai : RM 800.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Keempat hingga kesepuluh
- Wang Tunai : RM 200.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)

Kategori Sekolah
Johan
- Wang Tunai : RM 1,000.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Naib Johan
- Wang Tunai : RM 800.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Ketiga
- Wang Tunai : RM 500.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
Keempat hingga kesepuluh
- Wang Tunai : RM 100.00
- Sijil Pencapaian (e-sijil)
5.1 IMPLIKASI KEWANGAN
5.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Butiran Perbelanjaan Amaun Jumlah

5.1.1
Hadiah dan Kategori IPG
Sijil
Johan RM 1,200.00
Naib Johan RM 1,000.00
Ketiga RM 800.00
Keempat hingga kesepuluh RM 1,400.00
(RM200.00 x 7 orang)

Kategori Sekolah

Johan RM 1,000.00
Naib Johan RM 800.00
Ketiga RM 500.00

Keempat hingga kesepuluh RM 700.00

(RM100.00 x 7 orang)

RM 7,400.00

5.1.2
Elaun Hakim Kategori IPG
Pusingan Awal dan Akhir

3 hakim x RM 500.00 RM 1,500.00

Kategori Sekolah

Pusingan Awal dan Akhir

3 hakim x RM 500.00 RM 1,500.00

RM 3,000.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN RM 10,400.00


5.3 Cadangan Sumber Pendapatan

Bil. Sumber Amaun Jumlah

Yuran Peserta

5.2.1
- 60 peserta IPG : RM 100.00 × 60 orang RM 6,000.00
- 40 peserta Sekolah Menengah : RM 50.00 RM 2,000.00
× 40 orang

RM 8,000.00
JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN SUMBER PENDAPATAN RM 8,000.00
5.4 Cadangan Penajaan Pihak Padiberas Nasional Berhad
5.4.1 Cadangan Penajaan Pertama – Hadiah Wang Tunai

Bil. Butiran Jalinan Kerjasama Amaun Jumlah


5.3.1.1 Pengurusan Wang Tunai oleh
Padiberas Nasional Berhad

Kategori IPG
RM 1,200.00
Wang Tunai Johan
RM 1,000.00
Wang Tunai Naib Johan

Wang Tunai Ketiga RM 800.00

Wang Tunai Kelima hingga kesepuluh RM 1,400.00

(RM200.00 x 7 orang)

Kategori Sekolah
RM 1,000.00
Wang Tunai Johan
RM 800.00
Wang Tunai Naib Johan
RM 500.00
Wang Tunai Ketiga
RM 700.00
Wang Tunai Kelima hingga kesepuluh

(RM100.00 x 7 orang)

RM 7,400.00
PENGURUSAN HADIAH WANG TUNAI OLEH RM 7,400.00
Padiberas Nasional Berhad
5.3.2 Cadangan Penajaan Kedua – Wang Tunai untuk Pembiayaan Teknikal Hakim

Bil. Butiran Jalinan Kerjasama Amaun Jumlah


5.3.2.1 Pengurusan Wang Tunai untuk
Pembiayaan Teknikal Hakim oleh
Padiberas Nasional Berhad
Elaun Hakim

Kategori IPG
Pusingan Awal dan Akhir RM 1,500.00

3 hakim x RM 500.00

Kategori Sekolah RM 1,500.00

Pusingan Awal dan Akhir

3 hakim x RM 500.00

RM 3,000.00
PENGURUSAN WANG TUNAI UNTUK RM 3,000.00
PEMBIAYAAN TEKNIKAL HAKIM OLEH
Padiberas Nasional Berhad
5.3.3 Cadangan Penajaan Ketiga – Hadiah Wang Tunai dan Pembiayaan Teknikal
Hakim
Bil. Butiran Jalinan Kerjasama Amaun Jumlah

5.3.3.1
Pengurusan Hadiah Wang Tunai dan
Wang Tunai untuk Pembiayaan
Teknikal Hakim oleh Padiberas
Nasional Berhad

Kategori IPG

Johan RM 1,200.00
Naib Johan RM 1,000.00
Ketiga RM 800.00
Keempat hingga kesepuluh RM 1,400.00
(RM200.00 x 7 orang)

Kategori Sekolah

Johan
RM 1,000.00
Naib Johan RM 800.00
Ketiga RM 500.00
Keempat hingga kesepuluh RM 700.00
(RM100.00 x 7 orang)

5.3.3.2 Kategori IPG


Pusingan Awal dan Akhir

3 hakim x RM 500.00 RM 1,500.00

Kategori Sekolah

Pusingan Awal dan Akhir

3 hakim x RM 500.00 RM 1,500.00

RM 10,400.00
PENAJAAN HADIAH WANG TUNAI DAN WANG TUNAI UNTUK RM 10,400.00
PEMBIAYAAN TEKNIKAL HAKIM OLEH PADIBERAS NASIONAL
BERHAD
6.1 SYOR
Memohon kelulusan ahli Pengurusan Tertinggi Padiberas Nasional Berhad
terhadap permohonan untuk bekerjasama dan penajaan bagi penganjuran
Pertandingan Pidato Pendidikan STREAM 2021.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

AHMAD HARITH BIN KHOSNI MUHAMMAD ARIF AIZUDDIN BIN ABDULLAH


Setiausaha Pengerusi
Pertandingan Pidato Pendidikan 2021 Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia (PuSPA)
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN STREAM 2021

(8 Ogos 2021 - 12 Ogos 2021) Medium

Tempoh masa penghantaran video pidato peserta bagi pusingan awal


Aplikasi
(13 Ogos 2021 – 14 Ogos 2021) “Facebook” atau
“Instagram”
Penilaian hakim terhadap video persembahan pidato bagi pusingan
awal
Masa Sabtu (21 Ogos 2021) Tempat
8.30 a.m - 9.00 a.m Ketibaan Tetamu Kehormat
9.00 a.m - 9.15 a.m Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Aplikasi
“Streamyard”
Pertandingan Akhir Pidato Pendidikan
9.30 a.m – 12.00 p.m
STREAM 2021 (Kategori Sekolah)
Masa Sabtu (21 Ogos 2021) Tempat
1.00 p.m - 1.15 p.m Ketibaan Tetamu Kehormat
1.15 p.m – 1.25 p.m Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
1.25 p.m - 1.30 p.m Bacaan doa

Pertandingan Akhir Pidato Pendidikan


1.30 p.m – 4.00 p.m
STREAM 2021 (Kategori IPG)

4.00 p.m - 4.15 p.m Ucapan Pengerusi PuSPA Aplikasi


“Streamyard”
4.15 p.m – 4.30 p.m Ucapan penaja rasmi pertandingan
Ucapan dan Perasmian Penutupun
Pertandingan Pidato Pendidikan 2021 oleh
4.30 p.m - 4.45 p.m
Rektor IPGM - Dr. Hajah Rusmini binti Ku
Ahmad
Pengumuman Keputusan Pertandingan
4.45 p.m – 5.00 p.m
Akhir kategori sekolah dan IPG.
LAMPIRAN B

JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN STREAM 2021

Penaung
Dr. Hajah Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Pengerusi
Encik Arif Aizuddin bin Abdullah
Pengerusi
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia

Timbalan Pengerusi
Encik Syed Fahmi Akmal bin Syed Isa
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia

Setiausaha
Encik Abdullah Umar Mahfudz bin Abdul Rahman
Setiausaha
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia

Timbalan Setiausaha
Cik Amni Afifa Humaira binti Mohd Razali
Penolong Setiausaha
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia

Bendahari
Cik Siti Nur Shafika binti Md Fakharuzi
Bendahari
Pertubuhan Seni Pengucapan Awam Malaysia

Penyelaras Program
Encik Shahrul Asyraf bin Suhaimi
LAMPIRAN- JALINAN KERJASAMA DAN PENGIKLANAN

Melalui projek ini, pihak PuSPA dan IPGM memperkenalkan konsep baharu
dalam hubungan kerjasama dan penajaan bersama agensi mahupun individu luar.
Sebarang kerjasama yang dijalankan tidak terhad kepada manfaat publisiti semata-
mata. Kertas kerja ini direka bentuk dan diperkembangkan dari konsep peningkatan
imej dan perkembangan hubungan korporat. Kami yakin dengan sumbangan pihak
anda akan menggalakkan hubungan yang rapat dan kukuh dengan pihak PuSPA
dan IPGM.

Sebarang kerjasama yang diberikan diharap mampu menyokong hasrat


kerajaan mempromosikan hubungan antara institusi pendidikan dengan agensi-
agensi luar serta individu korporat menjadikannya sebagai sumbangan sosial yang
bermakna dan terus mara dalam merapatkan hubungan PuSPA dan IPGM dengan
sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Malahan, hubungan ini diharapkan mampu
untuk meningkatkan imej korporat dan individu dalam meningkatkan pembangunan
pendidikan di Malaysia.

Faedah-Faedah Yang Diterima Oleh Penaja

1. Publisiti
Nama dan logo agensi yang turut serta dalam kerjasama ini akan disertakan
dalam kempen promosi dan publisiti yang dikelolakan sendiri pihak Urusetia
Program. Nama dan logo agensi akan ditayangkan sebelum dan sepanjang
berlangsungnya program tanpa had.

2. Media Sosial Program


Pihak urus setia akan meletakkan nama, logo dan jumlah sumbangan pihak
penaja dalam media sosial rasmi pertandingan ini. Media sosial ini akan dilawati
oleh para peserta, pelajar, graduan, kakitangan Institut dan pihak-pihak luar.

3. Iklan Buku Cenderamata


Penaja akan diberikan keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana
secara percuma dalam buku cenderamata program.
4. Media

Nama dan logo penaja akan diletakkan bersama-sama dalam hebahan promosi
program melalui akhbar dan media sosial serta televisyen pendidikan.

5. Persembahan Multimedia

Slot penghargaan kepada penaja akan dimasukkan dalam persembahan


multimedia semasa majlis perasmian dan majlis penutupan program yang akan
dihadiri oleh Rektor IPGM.

6. Ucapan Penajaan

Slot ucapan oleh wakil penaja akan diberikan semasa majlis penutup yang akan
disiarkan secara langsung melalui media rasmi pertandingan yang melibatkan
tetamu kehormat, peserta-peserta pertandingan dari kalangan pelajar dan
mahasiswa serta pihak-pihak luar.

7. Cenderamata dan sijil

Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil
penghargaan yang akan diuruskan oleh Urusetia Program.
LAMPIRAN PENGIKLANAN
PPM-006-14-10f192020

MALAYSIA

AATA PERTUBUHAN 1966


PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

BORANG 3
( Peiatuian 5)

SIJIL PENDAFTARAN

Adalah di ›erokui huhf7 t4’f1


PERTUBUHAN SEN I PEN(.UCAPAN A\VAM $1ALAYSIA (PUSPA)
NO 2ssg, JALAN PERAIATA 21, TANIAN PERI¥1ATA
53300 HULU KELAN(,
WILAYAH PEHSEK€!TUAN KUALA LUSIPUR

PPNl-tlIlfi-14-10092020

ASYATI BINTI ABANG IBRAHI


Pendaffar Pertuhuhan,
Malaysia
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUH MALAYSIA

PERAKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT BAGI TAHUN PENYATA

2020

No. Rujukan PPM-006-14-10092020

Nama Pertubuhan PERTUBUHAN SENI PENGUCAPAN


AWAM MALAYSIA (PUSPA)

Tarikh Mesyuarat Agung 02/10/2020

Bilangan Ahli Jawatankuasa Yang Didaftarkan 7

Bilangan Ahli 22

Tahun Kewangan Bermula 10/09/2020

Tahun Kewangan Berakhir 02/10/2020


Nama Setiausaha Yang Mengemaskinikan Maklumat
ABDULLAH UMAR MAHFUDZ BIN ABDUL RAHMAN

No Kad Pengenalan/No Paspot/No Polis/No Tentera


950101145591
Tarikh Hantar Penyata 09/10/2020

Masa dan Tarikh 22-10-2020 19:36:19


18
IBS8ANGSARBARU

PERTUBUHAN SENI PENGUCAPAN AWAN MALAYSIA *'“ *! 31/01/21


NO 2338 JALAN PERNATA 21 ^’ ^^
TANAN PERNATA HULU KELANG
53300 KUALA LUMPUR
WP 564128639470

PROTECTED BY PIDM UPTO RM250,000 FOR EACH DEPOSITOR SME FIR5TACCOUNT-I

URUSNIAGA AKALIN/ 9 DNS /ACCOUNT TRANSACTIONS

B4TRY0ATE VALDE DATE TRANOAOTION OE €iRRTION TRAI\BéDTION AhKiLOfT


ETECTNE 11JJLY2020, VYBANK2UBIZCU5TOMERSWILLBEABLE[0
P Y5TATUTORfCONTRIBUTIONS FDR EMPLOYEE5ONdNEVIAMAYB
NX2UBIZ T4I5INCLLDE£ PAYMENTSTO KW5QEP/,LHDN,WRKE5O{IR
5OC£J)AND
E 5. LOGIN TO MAYBANK2U BIZNOW.

N ULAI 113ULAI 2020, PELANGGAN NAYBANK2U BIZ BOLEH NENBUAT @RUNAN


K.PADABADAN BADANBERKANUN UNTUKPEKERJA 5ECARADALAMT£LIAN MELALUI
NAY£ANK2UB . INITERMASUKBAYARANCARLMAN fiPADAKW5P,LJDN,WRKESO
D4N EI5. LOG£ASUK KE MAYBANK2U BIZSEKARANG.

B \NK NEGARA ALAYSIA (BNN) HA5 DISCONTINUED ITS DCHEQS 5Y5 FEN WHICH
C\PTURESDISfONOUREDCHEQUE5INCIDENCE5 TRACKS BADCHE( UEOFFENDERS
O'J 30/09/20. \/\ ITH EFF-ECT FRON 01/10/20, ALL REFERENCES TO BNN S
D ZHEQS SYSTE 4 IN OUT T&CS WILL REFER TO THE SUBSTITUTED E§5
DC
5 f5TEN INPLEF ENTED BY NAYBANK.
R EASECONTA THOMEBRANCH FORFURTHERCLABIFICATIONS.

R EASE BEREM NDEDTO CHECKYOURBANKACCOUNT BALANCES


REGULARLY VA MAYBANK2J,MAYBANK2UAPP,MAEAPPOR
MAYBANK2UBIZANDBE
I FORMED OF'OUR DAILY FINANCIALACTIVITIES.

BAI€I AttHlR - CDIBEMJM JELAB

LEDQER• ENDING BALANCE - UNCLEAReo cneoues


BALANCE

Anda mungkin juga menyukai