Anda di halaman 1dari 42

MENGAPA NAK JADI GURU?

 Saya ingin menjadi role model dan contoh ikutan masyarakat.


 Keinginan untuk mendidik & membimbing anak bangsa sehingga menjadi
masyarakat yang berguna.
 Tugas guru untuk menyebarkan ilmu, jadi saya ingin menyumbang kepada
kemejadian insan yang dihasratkan oleh KPM

KEBOLEHAN DIRI

 Kelebihan yang ada pada diri saya ialah saya mudah berinteraksi dengang orang
lain, suka berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada orang lain,
 saya juga seorang yang bersungguh2 dalam mencapai matlamat.
 seorang yang mudah bekerjasama dan menerima pandangan orang lain sekiranya
diberi tugasan dalam kumpulan.

SPDPR

SPDPR sistem pelaporan murid

 Mula secara berperingkat pada 22 Mei 2021


 Sistem yang diwujudkan untuk membuat laporan secara atas talian berkenaan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
 Selain itu, SPdPR berfungsi sebagai medium untuk mengumpul maklumat
pelaksanaan dan pemantauan di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
 Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing.

6 ASPIRASI MURID

1. PENGETAHUAN
 setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
 Murid perlu menguasai matematik, sains, didedahkan dengan pengetahuan am
dan kemahiran lain
 Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
lain seperti seni, muzik, dan sukan.
2. KEMAHIRAN BERFIKIR
 murid belajar memperoleh ilmu pengetahuan
 murid perlu menguasai kemahiran kognitif termasuk penaakulan, pemikiran
kreatif kritis inovatis.
3. KEMAHIRAN KEPIMPINAN
 kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan
adalah penting.
 Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal,
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.
4. KEMAHIRAN DWIBAHASA
 Murid perlu menguasai bahasa Malaysia sebagai Bahasa kebangsaan dan
perpaduan dan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa.
 menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan
5. ETIKA & KEHARMONIAN
 untuk membolehkan murid mendepani cabaran agar boleh menyelesaikan
konflik secara harmoni, bijak, berprinsip ketika berada dalam keadaan kritikal
serta berani melakukan sesuatu yang betul.
6. IDENTITI NASIONAL
 Boleh dipupuk melalui penghayatan prinsip rukun negara.
 Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid.
APLIKASI DELIMA
 DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative
Malaysia.
 Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang
dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
 DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem
pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh
digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.
 DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang
untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka
menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu
 KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF,
ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan
pembelajaran kepada para guru dan pelajar.
 Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan
pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk
dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.
 Kesimpulannya, Ianya akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan
penawaran pengalaman penggunaan platform digital untuk pelbagai perkara.

PEMBELAJARAN TERBEZA

 murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid.


 Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan
serta kemampuan pembelajaran.
 Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya
murid dapat mencapai objektif pembelajaran.
 Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan
hasil.
 Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.

3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:


 Kandungan

 Proses

 Hasil

 Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang


diberikan berbeza mengikut tahap murid. Contohnya.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih
panjang serta banyak info yang diberikan (3 perenggan). 
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2
perenggan).

 Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang
sama tetapi melalui proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.

 Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan


menghasilkan produk yang berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi
penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting. 

BERI PANDANGAN ANDA BERKAITAN GURU ANTI-VAKSIN?

 Walaupun masyarakat diberi pilihan untuk menerima & menolak vaksinasi ini,
namun sebagai guru, kita merupakan contoh kepada masyarakat. Jadi, setiap
tindakan guru akan dinilai oleh masyarakat sekeliling lagi-lagi berkaitan isu vaksinasi
ini.
 Tindakan 2500 guru-guru antivaksin ini boleh menggugat imej profesion guru
kerana isu ini penting melibatkan keselamatan diri dan nyawa semua masyarakat
sekeliling terutama murid-murid.
 Contoh, sekiranya guru antivaksin ini hadir ke sekolah dan mengajar, murid-murid
akan terdedah dengan risiko bahaya covid-19.
 Maka, tindakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin adalah wajar,
guru-guru antivaksin ini tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila
sekolah kembali buka nanti.
 Datuk Dr. Radzi Jidin juga ada berbincang bersama Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) mengenai tindakan selanjutnya terhadap guru-guru ini selaku penjawat
awam. Contoh, mengeluarkan garis panduan kepada guru antivaksin mengenai
tugas yang sesuai dilakukan apabila tidak boleh mengajar di kelas.

MENGAPA PENUTUP SANGAT PENTING DI DALAM PDPC?


 Rumusan atau penutup penting dalam PdPc sebagai petunjuk kepada hala tuju
pembelajaran murid. Pada peringkat ini, murid diberikan maklum balas secara
menyeluruh tentang pencapaian mereka, bagaimana pembelajaran mereka boleh
diperbaiki dan langkah seterusnya. Berikut ialah fakta penting tentang rumusan atau
penutup yang juga dikenali sebagai kesimpulan dalam PdPc.

Fungsi rumusan / penutup:

1. Memberi gambaran keseluruhan pembelajaran murid.

2. Memberi maklum balas kepada tahap pembelajaran atau penguasaan murid.

3. Menyemak objektif pembelajaan.

4. Memberi peringatan kepada isi-isi utama.

5. Membuat perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian.

6. Aktiviti pengayaan atau pengukuhan

TERDAPAT 5 ASPIRASI SISTEM DI DALAM PENDIDIKAN


AKSES

 Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan


peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
 Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-
kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)
menjelang 2020.

KUALITI

 Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan


keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa.
 Kerajaan akan melaksanakan pentaksiran bertaraf antarabangsa seperti PISA &
TIMSS dalam tempoh 15 Tahun.

EKUITI:

 Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada


setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi.
 Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid
bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender
sehingga 50% menjelang 2020.

PERPADUAN:

 Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih ¼ daripada


masa mereka di sekolah.
 Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan
menghayati perbezaan.
 Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi
membina masa hadapan Malaysia.
 Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang
kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

KECEKAPAN:

 Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun


peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah
disalurkan ke dalam sistem.
 Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,
Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
tahap peruntukan semasa.

TERDAPAT 2 PENUTUP IAITU KOGNITIF DAN PENUTUP SOCIAL.

PENUTUP KOGNITIF

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari.

- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.

CARA MELAKSANA😍😍😍

- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti
mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.

- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar

- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.

- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.

PENUTUP SOSIAL

- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya


mereka ingin terus belajar.
- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan seperti
pujian atau ganjaran

APA MAKSUD KOGNITIF??

bermaksud kognisi, iaitu proses mental untuk mentafsir,mempelajari dan memahami


sesuatu.

Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 803.  

APA TUJUAN PENUBUHAN SEKOLAH AMANAH?

 sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan
pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan
diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu
dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
 Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah
tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada
lebih baik.
 Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar,
pinggir bandar dan luar bandar)

APA ITU SEKOLAH WAWASAN?

 Gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu
kawasan. Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala
kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya secara bersama
atau dikongsi Bersama
 Idea penubuhan sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri
iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun
1997.
 Sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang
terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Sistem persekolahan ini
memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia.

APA ITU FLIPPED CLASSROOM?

 Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa


kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas.
 Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan
kepada pelajar secara individu. 
 Erti kata mudahnya, pelajar diberi video pengajaran untuk ditonton sebelum masuk kelas.
Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti.
 Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang
efektif bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1N (komunikatif, kolaboratif, kritis
dan kreatif) murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
 Memberi lebih masa kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri
dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat
mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif.
 Tujuannya flipped classroom adalah nak bagi murid tu fahamkan yang asas tentang apa
yang kita akan ajar nanti.
 Jadi bila mereka masuk ke kelas, mereka dah tahu apa yang nak dibelajarkan (20-30%
peratus pengetahuan tentang apa yang cikgu akan ajar)

SELAIN DARIPADA FLIPPED CLASSROOM, APA LAGI KAEDAH PEMBELAJARAN


YG AWAK TAHU?

1.PEMBELAJARAN BERASASKAN MODUL


 Pendekatan yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan
matapelajaran. Perlu mengandungi objektif, tempoh pelaksanaan, nota, aktiviti yang
relevan dan juga pentaksiran.

2.PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

 Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan yang dirancang untuk memberi


pelajar peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui projek
yang merangkumi cabaran dan masalah yang mungkin mereka hadapi di dunia
nyata.

3. PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

 Pembelajaran yang menekankan peranan pelajar dalam proses pembelajaran.


Daripada cuma menghafal fakta dan bahan, pelajar membina pengetahuan melalui
penerokaan, pengalaman, dan perbincangan.

5.KONTEKSTUAL LEARNING.

 Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila


pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru bagi benda yang make sense
dengan mereka. Benda yang berkaitan dengan mereka, benda yang mereka lakukan
dalam hidup.

6.MASTERI LEARNING

 Semua murid boleh menguasai satu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan
penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai, masa yang cukup disediakan
untuk murid menguasai pembelajarannya.
 Murid perlu menguasai satu-satu unit pembelajaran, sebelum berpindah ke unit
yang lain. Di sini wujudnya latihan pengayaan (untuk murid cerdas pintar) dan
latihan pengukuhan (untuk murid yang belum menguasai).

7.PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

 Pembelajaran berasaskan masalah adalah pendekatan berpusatkan pelajar di


mana pelajar belajar tentang sesuatu perkara dengan bekerja dalam kumpulan
untuk menyelesaikan masalah terbuka. Masalah inilah yang mendorong motivasi
dan pembelajaran.

8. BLENDED LEARNING

 Blended learning adalah pendekatan gabungan yang melibatkan interaksi dalam


bilik darjah dan juga penggunaan teknologi untuk menyampaikan pengajaran.
 Dikategorikan sebagai pembelajaran teradun.

1. Blended face-to-face/teradun bersemuka. pendekatan tradisional. Sesuai digunakan


untuk kelas yang mempunyai murid dengan tahap pelbagai. Pendekatan dalam talian
diperkenalkan untuk murid yang tertinggal untuk melengkapi pembelajaran dalam
bilik darjah.

2. Blended online class. Pendekatan ini terbalik dgn pendekatan #1 tadi. Sejumlah


besar pengajaran dijalankan di dalam talian & aktiviti terpilih sahaja dilakukan dalam
bilik darjah seperti aktiviti makmal.

3. Flipped classroom. Kaedah ini membalikkan pendekatan tradisional dimana masa


kuliah dijalankan dalam talian dan masa dalam kelas digunakan untuk kerja-kerja
kolaborasi, perbincangan,projek/tugasan.

PENGETAHUAN AM

*IBU NEGERI DI MALAYSIA*

1. Kelantan Darul Naim – Kota Bharu

2. Terengganu Darul Iman – Kuala Terengganu

3. Pahang Darul Makmur – Kuantan

4. Johor Darul Takzim – Johor Bharu

5. Melaka Bandaraya Bersejarah – Bandar Melaka

6. Negeri Sembilan Darul Khusus – Seremban

7. Perak Darul Ridzuan – Ipoh

8. Selangor Darul Ehsan – Shah Alam

9. Kedah Darul Aman – Alor Star

10. Pulau Pinang Pulau Mutiara – Georgetown


11. Perlis Indera Kayangan – Kangar

12. Sabah Negeri Di Bawah Bayu – Kota Kinabalu

13. Sarawak Bumi Kenyalang – Kuching

*3 WILAYAH PERSEKUTUAN*

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Wilayah Persekutuan Labuan

3. Wilayah Persekutuan Putrajaya

*BANDAR DIRAJA*

1. Johor – Muar

2. Negeri Sembilan – Seri Menanti

3. Kedah – Anak Bukit

4. Selangor – Klang

5. Perlis – Arau

6. Perak – Kuala Kangsar

7. Kelantan – Kota Bharu

8. Terengganu – Kuala Terengganu

*TASIK DI MALAYSIA*

1. Tasik Bera (S)

2. Tasik Beris (B)

3. Tasik Chini (S)

4. Tasik Dayang Bunting (S)

5. Tasik Kenyir (B)

6. Tasik Pedu

7. Taman Tasik Perdana

8. Taman Tasik Taiping


9. Taman Tasik Putra

10. Tasik Putrajaya (B)

11. Tasik Temenggor

12. Taman Tasik Titiwangsa

*NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU*

1. Kelantan

2. Terengganu

3. Perlis

4. Kedah

5. Johor

*NEGERI MELAYU BERSEKUTU*

1. Perak

2. Selangor

3. Pahang

4. Negeri Sembilan

*SUNGAI TERPANJANG DI MALAYSIA*

1. Sungai Rajang, Sarawak

2. Sungai Kinabatangan

3. Sungai Klang

4. Sungai Gerik

5. Sungai Gombak

*GUNUNG DI MALAYSIA*

1. Gunung Kinabalu (Sabah)

2. Gunung Murud (Sarawak)


3. Gunung Tahan (Pahang)

4. Gunung Korbu (Perak)

5. Gunung Chamah (Kelantan)

6. Gunung Benum (Pahang)

7. Gunung Nuang (Selangor)

*BANJARAN DI MALAYSIA*

1. Banjaran Kedah – Singgora

2. Banjaran Bintang

3. Banjaran Titiwangsa

4. Banjaran Tahan

5. Banjaran Nakawan

6. Banjaran Crocker

7. Banjaran Brassey

8. Banjaran Tama Abu

*PULAU DI MALAYSIA*

1. Pulau Pangkor, Perak

2. Pulau Tioman, Pahang

3. Pulau Perhentian

4. Pulau Kapas

5. Pulau Dayang Bunting, Kedah

7. Pulau Ketam, Selangor

8. Pulau Aceh, Johor

APA PENTAKSIRAN YG SESUAI SEWAKTU PDPR??


 Pelaksanaan pentaksiran alternatif membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran pelajar, menjalankan pentaksiran dan memperbaiki mutu
pembelajaran pelajarnya semasa pandemik COVID-19.
 Terdapat keperluan bagi guru untuk menggabungkan kaedah penilaian alternatif
dalam PdP supaya guru boleh menilai kebolehan pelajar dengan berkesan.
 Definisi pentaksiran alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan
untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran pelajar.
 Pentaksiran ini selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21 berteraskan
elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai.
 Pentaksiran alternatif seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian pelajar secara holistik.
 Guru boleh memilih pentaksiran alternatif yang dapat disesuaikan berdasarkan
kaedah PdPR. Contoh, kuiz dalam talian, e-permainan (gamification) dan aktiviti
soal jawab semasa kelas dalam talian.

*PENTING ❗️❗️❗️❗️❗️

Pentaksiran berkualiti dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar berkualiti dan


berkemahiran daripada semua aspek serta meningkatkan keberkesanan PdP yang
dijalankan.

APA BEZA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA?

 hari Merdeka (Hari Kebangsaan) disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap
tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.
 Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan
persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan
bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi
membentuk Malaysia

**YG NI BAKAL GURU WAJIB TAHU JUGA TAW 🙈 SKPMG2

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2

guru sebagai perancang


guru sebagai pengawal

guru sebagai pembimbing

guru sebagai pendorong

guru sebagai penilai

murid sebagai pembelajaran aktif ☺️☺️☺️

APA ITU DIDIK TV??

 DidikTV dilancarkan pada 17 Feb  lepas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin bagi memenuhi keperluan kelompok pelajar daripada keluarga kurang
berkemampuan dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar serta pedalaman
yang berhadapan dengan ekses internet serta ketiadaan peranti.

 Usaha ini bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam pelajaran terutama
apabila KPM menjayakan pembelajaran dalam talian dan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 1.0 dan 2.0.

 DidikTV menjadi alternatif kepada murid yang tidak dapat hadir ke sekolah
disebabkan sakit, tidak mempunyai ekses atau tinggal di kawasan pedalaman,
tidak mampu ke sekolah disebabkan miskin atau murid yang tercicir, mengulang
yang membolehkan mereka belajar di rumah dan mengambil peperiksaan
persendirian.

Psst* nnti dia akan tnya plak mcm mana nk buat penambahbaikan dalam didik tv.. Adui, min pon x
tahu nk jawab mcm mana kalau ditanya soalan macam ni🤔🤔

SEBELUM MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN, APA YG GURU PERLU


LAKUKAN?
 Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut jadual spesifikasi ujian (JSU) yang
telah ditetapkan supaya ujian yang dilaksanakan kepada pelajar mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
 Oleh itu, sebelum pembinaan item ujian dibina, seorang guru perlu mengkaji
sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan.
 Jadual Penentu Ujian sangat penting kerana dapat menjadi panduan kepada guru
dalam pembinaan item ujian supaya item-item yang dibina merangkumi semua
kandungan pengajaran yang telah diajar.
 Justeru itu, sebelum pembinaan item ujian, banyak faktor yang perlu diambil kira
untuk memastikan item ujian yang dibina berkualiti dan mencapai tahap piawaian
yang telah ditetapkan
 Pembinaan item objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan kepada
6 aras dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif
atau pengetahuan.
 Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi
dan eleman-eleman tersebut dibahagi kepada 2 bahagian iaitu aras rendah dan aras
tinggi.

(KBAR)

✅pengetahuan

✅kefahaman

✅aplikasi

(KBAT)

✅analisis

✅sintesis

✅penilaian
APA ITU JSU, DAN APA YG KAMU TAHU TENTANG JSU??

 Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
 Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan
iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.
 Tujuan JSU memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
 pendek kata, JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan
pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

ANTARA KEPENTINGAN JSU

 Untuk mengelakkan daripada seseorang guru membina ujian secara sembarangan.


Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-
soalan yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan
yang telah ditetapkan.

" Kenapa kamu tidak siapkan kerja sekolah?"

" Kenapa kamu tidak bawa buku latihan hari ini?"

Kedua-dua soalan di atas merupakan soalan-soalan popular seorang guru kepada pelajar-pelajar
dia yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak membawa buku.

Sedarkah para guru sekelian,

Soalan-soalan tersebut sebenarnya lebih banyak memberi impak negatif dalam diri pelajar.
Bertanyakan 'kenapa' hanya akan menggalakkan mereka mencipta alasan dan pembohongan demi
untuk menyelamatkan diri daripada hukuman.

Justeru itu, apakah soalan yang terbaik jika berhadapan dengan situasi seperti itu?

Gunakan soalan yang mengarah kepada solusi dan jalan penyelesaian.

Contohnya:
" Apa yang kamu perlu lakukan untuk menyiapkan latihan?"

" Bagaimana kamu nak siapkan latihan ini?"

" Apa yang kamu akan lakukan bagi memastikan latihan ini dibuat?"

Bentuk-bentuk soalan begini lebih melatih pelajar mencipta jalan penyelesaian sendiri terhadap
masalah yang dihadapi. Bahkan, soalan-soalan ini juga turut mendidik pelajar menjadi seorang
yang bertanggungjawab.

APE BEZA PENTAKSIRAN PUSAT DAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH??

DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

 Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian
akademik murid.
 Mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Contoh,
peperiksaan akhir tahun, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), SPM, STPM adalah
komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambah baik pembelajaran murid


melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. 
 Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan
murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif.
Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran. 

ANTARA IKHTISAS DAN BUKAN IKHTISAS

 "ikhtisas" merujuk kepada Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan).


 Hanya pemegang sijil ikhtisas dalam Pendidikan sahaja yang boleh menjadi guru dan
mengajar di sekolah (kerajaan).
 Ini menunjukkan bahawa bukan sebarangan pemegang Ijazah Sarjana Muda boleh
menjadi guru dan mengajar di sekolah (kerajaan). Calon mestilah dari aliran
Pendidikan atau sekurang-kurangnya telah melalui Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah atau Diploma atau yang setaraf dengannya.

APAKAH KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH KEPADA MURID?

 Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar
dapat meningkatkan daya kepemimpinan.
 Kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya,
pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan
yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak.
 Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar.
Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada
dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus
bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan
ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada
peringkat sekolah.

APAKAH KEGUNAAN SAPS?

 Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis


data peperiksaan dalaman.
 Bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN
dan PPD.
 Menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take
Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
 Digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat
kelas. Contoh, memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut
maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.
 Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun
dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan

APA TEMA GURU PADA TAHUN INI?

 Bertema 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu',


 sambutan Hari Guru tahun ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa
keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

APA ITU PAJSK??

 PAJSK: Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum Sekolah


 Terdapat 3 komponen utama yang ditaksir dalam PAJSK iaitu
 SEGAK
 Kokurikulum
 Ekstra Kurikulum.

❤️kokurikulum terdiri daripada berape kategori ??

kokurikulum terdiri daripada 3 kategori ❗️❗️❗️

✅Kelab/Persatuan

✅Pasukan Badan Beruniform

✅Sukan/Permainan

APA TINDAKAN YG AKAN DIKENAKAN PADA SEORANG GURU SEKIRANYA


TIDAK MENYIAPKAN BUKU REKOD PENGAJARAN?

 Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan


kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 – berdasarkan
Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997
(P.U.A.531)
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN ATAU DIRUJUK SEBELUM MENULIS RPH?

 yang perlu dirujuk sebelum menulis Rph ialah DSKP ( Dukumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran) kerana ia mengandungi standard kandungan , standard
pembelajaran dan standard prestasi bagi murid

❗️❗️❗️APAKAH YANG PERLU DITULIS DALAM RPH?‼️‼️‼️

1. Mata pelajaran, Tingkatan, Masa,Tajuk

3. Standard Kandungan dan Standard Pelajaran

4. Elemen Merentas Kurikulum

5. Objektif

6. Aktiviti / Langkah

7. Refleksi

8. BBM

NOMBOR 4, 5 & 6 WAJIB ada dalam RPH sebab ada disebut dalam pekeliling Bil.3/1999.

*Objektif perlu lebih SPESIFIK dan BOLEH DIUKUR (EKSPLISIT) dan jelas.

APAKAH CIRI2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN YG BAIK?

❗️beroreintasikan murid

❗️menghuraikan hasil pembelajaran

❗️jelas dan boleh difahami

❗️boleh terlihat

MAKSUD REFLEKSI 🥰
 Refleksi didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula
perkara sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
 Ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti yang
telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara
bagi memperbaiki dan merancang dengan cara pengubahhsuaian agar proses PdP
pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menarik.

BAGAIMANA NK TULIS OBJEKTIF PEMBELAJARAN?????

 🏻 ‍🎓 Terima kasih kepada yg berbahagia dato di atas soalan tersebut, seperti yg


kita tahu, objektif pembelajaran merupakan penyataan yg menerangkan apa yg
ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran, sebagai kayu ukur dan
bagaimana kamahiran itu dapat dinilai secara zahir
 Menjawab tentang persoalan yg berbahagia dato tadi, iaitu bagaimana hendak
menulis objektif pembelajaran yg pertama mestilah merujuk kepada dskp, kerana
apabila kita tidak merujuk kepada dskp, objektif pembelajaran akan menyeleweng
dari topik yg asal
 Specific = kemahiran yang ingin dikuasai itu dituliskan dengan jelas mengiktu konteks dan
juga panduan bahan. 

- .....menulis perenggan pendek berdasarkan gambar yang diberi

 M: Measurable = boleh diukur.

- .....menulis perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat.

 A: Attainable/Achievable= murid mampu untuk melaksanakan tugas ini berdasarkan


kemahiran asas mereka.
 R: Realistic = sesuai mengikut konteks murid dan bersesuaian dengan keperluan
kemahiran pembelajaran.

Contoh objektif pembelajaran yang lengkap


Di akhir Pdpc, murid boleh menulis satu perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat
dengan tanda baca yang betul untuk menerangkan kejadian yang berlaku dalam gambar yang
diberikan.

BAGAIMANA MENULIS REFLEKSI??

1. Apakah pencapaian murid?

- Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?

- Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? 

- Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian? Apakah aktiviti yang
paling murid enjoy?

- Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan
membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? 

- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum
mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).

Contoh (intervensi) penambahbaikan:

- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata

- mengolah soalan agar murid memahami soalan

- menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras

- mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid

- menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan

- memberi lebih 'wait time' untuk murid respon


- menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation' dan sebagainya. 

APAKAH KEPENTINGAN REFLEKSI DI DALAM RPH? 🤵🏻

- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan

- Membina intervensi

- Mengenal pasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang

- Memahami prestasi murid

- Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc

- Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas

APA ITU SET INDUKSI?

 Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran
yang melibatkan sebarang idea, Teknik, proses, aktiviti, sumber
 Bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang
demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai
kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu.

‼️‼️‼️Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit

APA ITU RPT (RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN)

 RPT ini merupakan himpunan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dikumpulkan


dari semasa ke semasa untuk kegunaan semua guru dalam membantu
menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan sekaligus menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi RPT bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah.
APA ITU TAKSONOMI BLOOM? ANDERSON 1994 - 2001 (PERUBAHAN KATA
NAMA KE KATA KERJA)

= pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang
pendidikan.

Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti


pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

TERDAPAT TIGA DOMAIN DALAM PENDIDIKAN IAITU:

1 Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual
seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir,

2 Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti
minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.

3 Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam
pentaksiran.

Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam
konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

SOALAN : APA PERINGKAT DI SETIAP ARAS TAKSONOMI BLOOM ?

1) PENGETAHUAN

Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah
siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.

2)PEMAHAMAN

pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses
mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan
dalam perkataan anda sendiri.
3) APLIKASI

pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah
am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu
prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan
ialah pilih,buat,kira,selesaikan.

4) ANALISIS

Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini
memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah
faktor,buatkan rumusan dan buktikan.

5) SINTESIS

Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya


sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak
perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah
ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku

6) PENILAIAN

pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai
mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah
pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

APA ITU PAK 21?

 KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun
2014.
 Kini, PAK21 mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping
membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.
 Sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
 PAK21 juga selaras dengan konsep kemahiran 6C,
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KELAS MINDA PERTAMA ITU?

 ‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang
mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia.
 Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif,
kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistic.

AKTIVITI YG MENYAMAI MINDA KELAS PERTAMA

✅ gemar membaca

✅ mempunyai fikiran kbat

✅pemikiran holistik

✅kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

✅pembentukan sahsiah

✅ pemupupan nilai murni

APAKAH VISI DAN MISI KPM?? ❌

VISI

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

PELAKSANA PROGRAM TVET DI MALAYSIA (2021)

1) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

2) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);


3) Kementerian Sumber Manusia (KSM);

4) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);

6) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);

7) Kementerian Kerja Raya (KKR);

8) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC);

9) Kementerian Dalam Negeri (KDN);

10)Kementerian Pertahanan (KEMENTAH); dan

11) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

APA PULA KAITAN STEM DENGAN PEMBELAJARAN?

 STEM dan pembelajaran abad ke-21 berjalan seiringan dalam sistem pendidikan
yang semakin membangun.
 STEM diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan
inovatif untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam
bidang pekerjaan.

Ini boleh dijadikan faktor utama

kepada kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini.

Apabila melibatkan pembelajaran, masalah ini bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malah
para guru juga.

Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem kurikulum yang baru untuk membantu
pelajar menerima ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih produktif.

Kementerian pendidkan juga telah menetapkan matlamat untuk mencapai nisbah 60:40
pelajar sains berbanding sastera atau sains sodang sial pada peringkat sekolah dan institut
pengajian tinggi.
APA BIDANG TUGAS GURU KELAS

PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK

Kokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.

2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

a) Jadual Waktu

b) Jadual Tugas Harian

c) Struktur Organisasi Kelas

e) Pelan Larian Kecemasan

f) Gambar-gambar pemimpin

g) Sudut Bacaan

h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat

5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan
keceriaan kelas dan kebajikan kelas

APAKAH KEPENTINGAN UJIAN PSIKOMETRIK?

 Psikometrik ialah pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti.


 Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang
kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti
seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan
pertumbuhan individu itu.

TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK DILAKUKAN DI SEKOLAH?? ‼️‼️‼️

✅diperingkat sekolah rendah, tujuan kaunselor menggunakan ujian psikometrik adalah


untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid serta minat /
kecenderungan dalam bidang tertentu.

✅Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am
tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir,
berinteraksi serta minat / kecenderungan dalam bidang tertentu.

✅Manakala di peringkat menengah atas, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan


maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta minat / kecenderungan dalam
bidang yang lebih spesifik

HARI GURU: KENAPA SAMBUT PADA 16 MEI?

 Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun
1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the
Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
 Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak it

TEMA HARU GURU: berguru demi ilmu, bina generasi baharu

APA AKTIVITI YANG INGIN ANDA PADA HARI KEBANGSAAN SEMASA BERADA
DI SEKOLAH??

1 Pertandingan nyanyian lagu patriotik

2 Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan

3 Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan

4 Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan


8 Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan/ Jalur Gemilang

10 Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan

11 Pertandingan sudut kemerdekaan

13 Pertandingan sukan warisan/ tradisional (gasing, wau dll)

17 Pertandingan tarian tradisional

18 Pertandingan menghias kelas

SIAPA NAMA YDPA KITA???


YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta'in Billah

Negeri: Pahang

APAKAH MAKSUD MODAL INSAN??

 Modal insan menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan


dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan
sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.

TANGGUNGJAWAB GURU KEPADA MASYARAKAT

1) sebagai pakar rujuk dalam kehidupan masyarakat, kerana guru mempunyai ilmu
pengetahuan yg tinggi

2) guru haruslah membimbing masyarakat tentang pentingnya perpaduan

3) guru sebagai teladan dan juga role model

4) guru egen perubahan pada masyarakat


MENGAPA KPT DAN KP DIGGABUNGKAN??

1. Melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping


berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk
melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara ini.

2. Urusan lebih cekap – Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat


bidang pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara
lebih berkesan kepada kemajuan negara.

3. Transformasi pendidikan – Usaha transformasi pendidikan supaya dapat dilaksanakan


dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat
digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam
pendidikan negara.

MAKSUD KURIKULUM ❌

 kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum


merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.
 suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan lain-lain.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PT3 DAN PMR? APAKAH BENTUK


PENAMBAHBAIKAN YANG SUDAH DIBUAT?

 Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia
berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara
menyeluruh di peringkat menengah rendah.
 Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3
untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara
bertulis malah secara lisan.
 Contoh lain, kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.
KONSEP SEKOLAH CEMERLANG??

 Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh ke atas
kecemerlangan sekolah.
 Pentadbir sekolah yang mampu merancang, melaksana serta memenuhi matlamat
dan objektif dengan mengembleng sumber-sumber yang ada secara optima.
 Keberkesanan juga dilihat dari kemampuan pentadbir sekolah memahami dan
dapat menyelesaikan masalah sebenar serta mengatasi kekangan yang ada di
bawah kawalannya dalam ketetapan masa yang sesuai.

CIRI-CIRI PROSESNYA SEPERTI BERIKUT

❗️❗️❗️adanya perancangan secara kolobaratif dan ada hubungan kesejawatan di kalangan


kakitangannya,

❗️❗️❗️semangat kesepaduan dan kekeluargaan yang tinggi dan mantap di kalangan stafnya,

❗️❗️❗️matlamat sekolah jelas difahami dan dihayati oleh semua kakitangan,

❗️❗️❗️ada penghargaan yang tinggi terhadap setiap sumbangan kakitangan,

❗️❗️❗️sekolah dalam keadaan tenteram dan teratur di mana guru dan murid-murid
mempunyai disiplin yang tinggi.

APA YANG KAMU TAHU TENTANG PROGRAM PERKASAKU??

 Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) bagi merapatkan jurang


pembelajaran yang berlaku berikutan pandemik COVID-19.
 empat perkara utama yang perlu diberi fokus oleh semua guru dalam program
berkenaan untuk dilaksanakan iaitu

1) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang


pembelajaran yang timbul akibat pelbagai kekangan semasa melaksanakan PdPR.

2) Program Pemugaran Literasi dan Numerasi yang merupakan strategi bagi membantu
murid, guru dan ibu bapa atau penjaga untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan
numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid yang khususnya kepada murid Tahap 1
(Tahun 1, 2 dan 3) yang belum menguasai tahap minimum 3M (membaca, menulis dan
mengira) semasa PdPR.

3) memastikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan proses berterusan dan
komponen penting bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti dan merekod
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP) atau PdPR tidak diabaikan

4) satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mengurus,


menyimpan dan menyediakan akses kepada bahan dalam bentuk digital telah disediakan.

FUNGSI SURUHANJAYA PENDIDIKAN (SPP)

 SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) anggota Perkhidmatan Pendidikan


dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam
perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran
pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
 SPP menjalankan tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan
tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga
Rayuan Tatatertib.

APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)??

 Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

APA ITU MASTERY LEARNING

KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI


• Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
ke unit pembelajaran seterusnya.

• Pendekatan ini memerlukan proses PdP yang terancang dan berkualiti serta memberi
fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan

• Cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi
pembelajaran untuk memastikan semua pelajar mencapai keupayaan yang sama.

APA YANG MENYEBABKAN MUNCULNYA FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

 Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.
 Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan
termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

APA ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

 unsur-unsur yang ada dalam kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal,


seperti berikut:

1. Kebolehan berkomunikasi

2. Penampilan diri

3. Keyakinan diri / mengawal diri

5. Kerja berpasukan

Maksud Demokrasi Berparlimen


- Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara
perwakilan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-
raja menjadi lambang taat setia rakyat.

- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan
raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan
pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan
sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

- Sistem ini membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang
ekonomi , politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari ini

DASAR SAINS TEKNOLOGI INOVASI NEGARA 2013-2020

• agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap
melalui asas STI yang kukuh.

• menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju sains
untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.

• Visi dasar – sebuah negara maju sains bagi transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan
inklusif

• Misi dasar – memaju dan mengarus perdana STI di semua peringkat dan dalam semua
sektor.

• memberi fokus kepada 6 teras strategik seperti berikut:

(i) Memajukan Bidang-bidang Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik

dan Sosial, dan Pengkomersialan

(ii) Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat;

(iii) Menggiat dan Mencergaskan Industri

(iv) Mentransformasi Tadbir Urus STI;

(v) Menggalak dan Memupuk Kesedaran STI;


(vi) Mengukuhkan Hubungan Strategik Antarabangsa

PROGRAM YG DIJALANKAN DALAM LAPORAN 2020 PPPM

 Bagi mencapai matlamat menempatkan negara dalam kelompok sepertiga teratas


dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun,
sebanyak lapan (8) inisiatif telah dilaksana:
• Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu
• Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris
• Pengukuhan Pendidikan STEM
• Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
• Pembelajaran Abad ke-21
• Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dalam Pendidikan
• Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
• Pemerkasaan Insititut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru
• Pelaksanaan Program Penguasaan Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah
(PLaN)

MAKSUD RAJA BERPELEMBAGAAN

 sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.


 Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat
Perdana Menteri.
 Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali
dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat
keputusan.
 Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu
daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilirgilir.
 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia.
 Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun
1957.
 Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara ini di
samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta
rakyat yang dinaungi oleh raja.

HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN


KURIKULUM KEBANGSAAN

 FPK merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia.


 Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan
terjemahan falsafah pendidikan.
 Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas.
 Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK,
terdapatnya kurikulum kebangsaan dimana:
 Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia
iaitu:

1) KSPK – pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.

2) KSSR – kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.

3) KSSM - kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.

 Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum rasmi yang telah sempurna
dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan
dan penilaian.

KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA PEMERHATIAN

 Pentaksiran secara pemerhatian boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi


yang sesuai seperti Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain
bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid dalam
setiap mata pelajaran.
 Murid boleh membuat rakaman video proses melaksanakan sesuatu tugasan
seperti aktiviti dan eksperimen yang diberikan oleh guru.
 Guru memberikan maklum balas atau membuat pentaksiran berdasarkan rakaman
video.
 Guru juga boleh memerhati dan mentaksir tingkah laku murid semasa mereka
berinteraksi dengan guru atau dengan murid lain melalui aplikasi yang
bersesuaian.

KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA LISAN

 Pentaksiran secara lisan boleh dijalankan apabila guru mengadakan sesi soal jawab
dan memberikan maklum balas secara lisan kepada murid tentang
pembelajarannya.
 Guru juga boleh mengajukan soalan yang efektif untuk mencungkil pemahaman
murid tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya.
 Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi dalam talian yang
sesuai seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp, Telegram atau
aplikasi lain yang boleh digunakan untuk mentaksir jawapan murid secara lisan.
 Murid juga boleh merakam dan menghantar hasil kerja dengan menggunakan
aplikasi tersebut.

KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS

 Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil


penulisan murid seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya
melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti Telegram, Zoom, WhatsApp, atau
aplikasi yang lain.
 Guru boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan aplikasi Google
Docs, Google Slides, Google Forms atau aplikasi yang sesuai.
 Murid juga boleh menghantar hasil kerja bertulis melalui aplikasi yang digunakan
oleh guru atau peralatan lain seperti kamera, video dan pengimbas.
 Guru juga menyemak hasil kerja bertulis murid dengan memberikan maklum balas
melalui aplikasi dan medium yang sesuai.
MEREKOD DAN PELAPORAN PBD

 Guru perlu merekod maklumat pentaksiran yang dijalankan dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian masing-masing.
 Rekod ini boleh digunakan bagi membantu guru menentukan tahap penguasaan
murid. Guru masih menggunakan templat pelaporan PBD yang sedia ada di
 portal BPK untuk tujuan pelaporan PBD walaupun melaksanakan PdP dan PBD secara
dalam talian.
 Pelaporan masih dilakukan sekurang- kurangnya dua kali setahun

BILAKAH SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN DIRAIKAN

pada 1 Februari setiap tahun

MENGAPA KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA DIGELAR WILAYAH


PERSEKUTUAN?

 Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang
dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu,
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu
negara dan ditadbir secara langsung.
 Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 diikuti
Putrajaya pada 2001.

APA MAKSUD NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 dibawah satu pentabiran yg sama iaitu pada ketika itu british menggabungkan 4
negeri tersebut
 4 negeri melayu bersekutu tersebut

1) perak

2) selangor

3) pahang
4) negeri sembilan

APAKAH YANG DIKATAKAN “DIDIK HIBUR”

 Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.


 Bersifat santai dan menyeronokkan di bawah keadaan terkawal.
 Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang
Menyeronokkan
 Menggunakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan bermakna seperti
penyelesaian masalah, kerja projek, berlakon, simulasi, gerakan badan, menyanyi.
 Aktiviti berkumpulan atau berpasangan untuk mewujudkan semangat kerja
berpasukan, kerjasama dan toleransi.
 Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea.

Anda mungkin juga menyukai