Anda di halaman 1dari 15

1.

Cara memperkenalkan diri


Nama, IPG, Major, Asal dan tempat lahir, umur, nama ibu bapa dan pekerjaan,
bil adik beradik, status, kelebihan diri, penglibatan diri di ipg
BMI CGPA Hobi
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah mengembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
3. Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
4. Organisasi Pendidikan
Menteri pendidikan - Yang Berhormat Dato Seri Mahdzir Bin Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P.
Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan 2 Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin
Woon
5. Visi Prasekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
6. Misi Prasekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
7. Matlamat Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sifat
positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
8. Objektif Prasekolah
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur
antara 4-6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sifat positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.
9. PPPM
Merupakan dokumen lengkap yang mengandungi strategi 13 tahun untuk
menaik taraf sistem pendidikan supaya selaras dengan sistem pendidikan
terbaik di negara maju. Pelan ini mengenalpasti 100 inisiatif yang akan
dilaksanaan dalam 3 fasa atau gelombang dalam tempoh 13 tahun yang akan
datang. Kerajaan telah menetapkan 25 inisiatif utama untuk dicapai pada tahun
ini.
10. 11 anjakan
i. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
ii. Memastikan setiap murid profsien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris.
iii. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
iv. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
v. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
vi. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
vii. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
viii. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
ix. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
x. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
xi. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
11. Gelombang
i. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki
sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran
asas.
ii. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
iii. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi
yang lebih fleksibel.
12. Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
a. Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020
b. Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti Timss dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
c. Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.
d. Perpaduan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
e. Kecekapan sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada
13. Aspirasi murid
a. Pengetahuan
- Keupayaan literasi dan numerasi
- Menguasai mata pelajaran teras
- Pengetahuan dalam bidang lain
- Mengaplikasikan pengetahuan
b. Kemahiran berfikir
- Kreatif dan inovatif
- Penyelesaian masalah dan penaakulan
- Keupayaan belajar
c. Kemahiran memimpin
- Keusahawaan
- Berdaya tahan
- Kecerdasan emosi
- Ketrampilan komunikasi
d. Kemahiran dwibahasa
- Menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
- Belajar sekurang-kurangnya satu bahasa lain
e. Etika dan kerohanian
- Pegangan agama kuat
- Standard moral tinggi
- Integriti
- Tanggungjawab sivik
f. Identiti nasional
- Berpegang kepada Prinsip Rukun Negara
- Berbangga sebagai rakyat Malaysia
- Bersemangat patriotik
- Memahami sejarah Malaysia
14. Apakah persediaan sebelum masuk mengajar
Rpt, rps, rpm, rph, rps, bbm
15. Topik kamu rasa sukar dan langkah penyelesaian

Prasekolah asas operasi tambah, memperkenalkan konsep, konkrit, semi-konkrit


dan algaritma
PJ gimnastik
BC menulis kaligrafi

16. Pendekatan Prasekolah


a. Belajar melalui bermain merupakan sesuatu aktiviti yang memberi
kegembiraan serta peluang kepada murid melahirkan perasaan. Murid-murid
juga boleh meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan kemahiran.
b. Pendekatan bertema adalah cara pelaksanaan pengurusan PdP melalui
satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat minat
dan latar belakang murid
c. Pendekatan bersepadu pengurusan PdP yang menggunakan lebih
daripada satu komponen dalam aktiviti PdP iaitu penggabungjalinan.
Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan
sebenar.
d. Pendekatan projek bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari
sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, murid
dibimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-
konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang
lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian
dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran.
17. Strategi prasekolah
ICT, pendekatan projek, hands-on, belajar melalui bermain
18. Aktiviti yang pernah buat dan terang aktiviti tersebut
Sambutan Hari Kanak-kanak, menjemput badut dan cosplay, pemberian hadiah
kepada kanak-kanak
19. Apakah pandangan orang ramai terhadap profesion perguruan
Mangkuk besi, banyak cuti, waktu kerja separuh hari, amat disanjungi tinggi
20. Kenapa memilih menjadi guru
Dipengaruhi oleh ahli keluarga
21. Apakah pendapat tentang minat
Merupakan aktiviti kegemaran bergantung kepada individu.
Minat juga boleh dipupuk sejak di bangku sekolah.
Akan bertambah dan berkurang mengikut situasi perkembangan individu
22. Pekeliling rph
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 PENYEDIAAN REKOD
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
23. Apakah penting dalam rph
Pengajaran dengan objektif adalah selari
Pengurusan masa dicapai
Mengelakkan perkara yang tidak diingini
Menyediakan bbm yang bersesuaian dengan tahap murid
Tidak kelam kabut
Boleh mengesan kelemahan murid bagi topik tersebut
24. Beza kssr dan kbsr

25. Pendapat terhadap PBS


Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Namun terdapat banyak kertas kerja yang perlu diisikan, PBS ini amat berguna
bagi guru untuk menilai dan memahami tahap penguasaan dan pemahaman
murid. Guru juga boleh merancang tindakan yang seterusnya untuk
menambahbaikkan pengajaran bagi membantu murid meningkatan penguasaan
dan pemahaman murid. Guru juga mudah mengakseskan maklumat sebagai
rujukan.
26. 21st century learning
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan,
atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan
pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai
pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka
mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat
dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran
27. Apakah hubung kait objektif dan refleksi dalam rph
Menilai keberkesanan objektif yang ditetapkan
28. Apakah peranan anda sebagai guru dalam kelas anda?
Pengurus bilik darjah, pembimbing, fasilitator, penyampai ilmu, pengasuh,
29. Apakah tujuan anda datang sini?
Datang untuk menemu duga bagi mendapat kelulusan daripada tuan supaya
mendapat pelantikan DG 41
30. Apakah itu temu duga?
Untuk menilai samaada seseorang itu berlayak menyandang jawatan tersebut
31. Bahagian di Sarawak
12 Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit, Sibu, Sarikei, Bintulu,
Miri, Limbang, Lawas
32. Keistimewaan diri
Pengacara majlis, mereka, melukis, menyanyi, bercerita
33. Komen tentang IS
Islamic State in Iraq and Syria
Saya berpendapat IS amat zalim
34. Mbmmbi
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
35. Format upsr:
subjek upsr ada 6 iaitu, bm1, bm2, bi 1, bi 2, mt, sns
Klo dtnya rasional bi dipecahkan kaitkan dgn.kbat sbb format upsr dikurangkan
objektif aneka pilihan diganti objektif pelbagai bentuk basaskan kbat.
36. Bajet 2016
Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan
Mensejahtera Kehidupan Rakyat bertunjangkan 5 keutamaan utama.

Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5
Mbps kepada 20 Mbps

Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan


anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi


membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh
syariah untuk pembelian rumah

Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid
Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah,


4 MRSM dan 5 SBP
Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah
dan Menendah.

Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun


dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250
diteruskan pada Bajet 2016.

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku
yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan
bebas daripada bayaran tol.

Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk


meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra


Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program
Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki
rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah
memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred

Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada


RM950 sebulan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan


a) BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M
ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
b) BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg
berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
c) BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M
ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
d) BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k,
pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
e) BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi
RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400
f) BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000
akan diteruskan.
g) Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada
RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan


daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu
rumah

Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari
2016.

Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak
RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

37. BI
Isu : Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) mahu
rakyat menguasai bahasa lain selain bahasa kebangsaan seperti bahasa
inggeris dan bahasa mandarin.
Asas cadangan :
1. Generasi pasca merdeka di Sarawak lemah penguasaan bi.
2. Ramai graduan di Sarawak dan Malaysia scara amnya menganggur krna
tidak menguasai bi.
3. Bi boleh memajukan negeri Swak kerana Bi ada nilai komersil.
Bagaimana cara capai/laksana cadangan tersebut;
1. Kembalikan kuasa autonomi pendidikan pada kerajaan Negeri Sarawak.
Maksudnya, segala macam hal/kuasa yg berkaitan dengan pendidikan perlu
diberikan pada kerajaan negeri Sarawak utk mengurusnya. Skrg, pendidikan
ini di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Apa yg akan kerajaan Swak buat kalau kuasa autonomi pendidikan diberi.
1. Menggunakan Bi sbgai bahasa pengantar di sek.
2. Mengiktiraf sijil UEC, iaitu sijil peperiksaan bersepadu yg dikeluarkan oleh
Sek Menengah Persendirian Cina.
Pendapat stedi.

1. Penguasaan bahasa inggeris dalam klngan pelajar/rakyat boleh ditingkatkan.


Persoalan - penting sgtkah bahasa inggeris ni? Ya. Sangat penting. Sebab
tu, negara China walaupun bahasa mandarin merupakan bahasa yg paling
ramai orang guna, tapi rakyat China sudah mula mempertingkat
penguasaan BI. Alasan : boleh kuasai ekonomi dunia.
2. Menyediakan rakyat yang mempunyai daya saing yang tinggi. Banyak kajian
terutamanya kajian drpd institut penyelidikan pendidikan tinggi negara
mendapati bahawa antara punca graduan menganggur sbb tidak menguasai
bahasa inggeris in term of communication skills. Sbb kemahiran BI ni
merupakan slh satu kemahiran employability. So, mungkin. Dgn cara ini,
mereka boleh menyediakan rakyat yg berdaya saing dalam pasaran kerja.
Mungkin.

Kontra/persoalan Benarkah Bahasa Melayu ni tidak mempunyai nilai


komersil. Bgaimana pbudayaan BM dlm sistem pendidikan Malaysia yg
ada di Swak.

1. Rakyat Sarawak tdk menguasai Bahasa Melayu. Dlm urusan rasmi spti
pndidikan, majoriti rakyat sarawak mggunakan bahasa atau dialek sarawak
spti iban, melanau dan bahasa rojak melayu sarawak. Baca artikel psl -
"lingua franca - aplikasi teori pilihan bahasa" mohd azlan, 2010.
2. Mengapa kita tidak perlu mengiktiraf UEC (sijil peperiksaan bersepadu).
Sebab sijil ini tidak mengikut standard kurikulum kebangsaan dan melanggar
akta pendidikan 1996. Asas UEC ini ialah tuntutan Dong Zong yg boleh
mengancam perpaduan negara. (Baca Tuntutan Dong Zong) Kesimpulan.
Sbnarnya isu bahasa inggeris ni merupakan isu kebangsaan. Sbb tu
kerajaan perkenalkan MBMMBI (MBMMBI) Perlu atau tidak prlu bahasa
inggeris ini diperkasakan? Realitinya ya perlu. Ini kenyataan yg tidak boleh
dinafikan. Tp xperlula smpi mengangkat BI melebihi kepentingan Bahasa
kebangsaan. Ibaratnya, perkara ini boleh membelakangkn agenda nasional
iaitu bahasa sbgai alat perpaduan. Dlm perspektif yg lain, kalau Swak buat
juga, maksudny langgar Peruntukan Perlembagaan Pkra 152 (perkara yg
sudah dipersetujui oleh Sabah, Swak, Tnh Melayu dan Singapore) sebelum
membentuk Malaysia. Tu ja. Haha
38. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
- dipersetujui oleh Malaysia bersama dengan 11 negara dalam satu
mesyuarat Menteri-menteri negara terlibat di Atlanta, Amerika Syarikat
- Negara anggota yang terlibat: Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada,
Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam
- merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia
hanya akan berkuatkuasa selepas Perlimen kesemua negara yang terbabit
dalam rundingan itu meluluskannya.
- Perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif merangkumi pelbagai
skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik
kerajaan
- Sebab TPPA ditubuhkan:
a. Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana
tarif di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik
b. Merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan,
telekomunikasi malah tahap piawaian keselamatan makanan
- Manfaat/ Kebaikan TPPA
a. Meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus
meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit.
b. Akses pasaran yang lebih besar bagi Malaysia dengan negara-negara
yang Malaysia tidak mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS),
Kanada, Mexico dan Peru.
c. Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan
pendapatan rakyat, kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan
yang membela kebajikan pekerja, termasuk berkaitan kadar gaji
minimum yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
d. Bagi pasaran ini, di antara 2,000 hingga 4,000 tarif akan dihapuskan
termasuk bagi produk di mana Malaysia mempunyai kepentingan
eksport seperti produk elektrik dan elektronik (E&E), kayu dan produk
kayu; tekstil; plastik dan produk plastik,minyak sawit dan produk minyak
sawit.
e. Perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada
pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.
- Keburukan/ Kebimbangan rakyat
a. Kedaulatan negara: Perjanjian TPP tidak menghalang Kerajaan
daripada menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam,
terutamanya berkaitan keselamatan negara, kesihatan awam, alam
sekitar dan kebajikan.
b. Harga ubat-ubatan akan naik secara mendadak: Klausa perlindungan
paten dalam Perjanjian TPP ini tidak banyak berbeza dengan peraturan
yang sedia ada di Malaysia. Di bawah Perjanjian TPP, negara-negara
yang terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten sekiranya
terdapat kelewatan
c. Perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia: Hanya teks rundingan
sahaja yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Sehingga kini, isu-
isu dalam rundingan TPP telah dibincangkan secara terbuka bersama
pihak-pihak berkepentingan.
d. Dominasi AS: Rundingan TPP bukan samata-mata mengenai AS sahaja
kerana, selain Malaysia, terdapat 11 negara lain yang turut menyertai
rundingan ini. Maka keputusan dalam rundingan ini akan dibuat secara
kolektif dengan mengambil kira kepentingan semua negara terlibat.
e. Sekiranya tidak menyertai TPP: Malaysia akan mengalami kerugian
kerana pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara
yang menyertai TPP bagi menikmati akses pasaran yang lebih baik.
39. Nilai paling penting sebagai seorang guru
Berintegriti jujur, menepati masa, amanah, berpedagogi
40. Pedagogi
Berdasarkan kepelbagaian murid, strategi, teknik, merujuk teks book, merujuk
dskp/ kspk
41. How do you set objectives
Berdasarkan dskp yang dipilih, berdasarkan pengetahuan sedia ada,
berdasarkan penilaian dan pentaksiran
42. How do you write reflection
Berdasarkan pencapaian objektif, kekuatan, kelemahan, penambahbaikan,
tindakan susulan
43. How do u teach to mix ability class
Abm yang bersesuaian dengan tahap murid yang berbeza, aktiviti berkumpulan,
melantik murid untuk menjadi penolong guru.
44. Mengapa linus dilaksanakan
Menilai tahap penguasaan murid dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik supaya guru dapat mengambil tindakan susulan yang seterusnya
terhadap murid.
45. Rukun Negara
a. Kepercayaan kepada Tuhan
b. Kesetiaan kepada raja dan negara
c. Keluhuran perlembagaan
d. Kedaulatan undang-undang
e. Kesopanan dan kesusilaan
46. Bagaimana mengajar murid tentang kesetiaan keada raja dan negara
Membawa murid melawat museum, memperkenalkan tokoh, menonton video
bersama murid, sesi perbincangan kepada murid cara setia dan akibat tidak
setia kepada raja
47. Apakah maksud Keluhuran perlembagaan?
Satu sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan perundangan kedudukan dan hak sosial-ekonomi rakyat dan
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana2 individu/pihak.
48. Perkara negatif guru di sekolah. nyatakan. Cara kita sebagai guru baharu
ubah perkara negatif itu.
Kerja sampingan
Penderaan murid (merotan)
49. Mengapakah Obama datang ke Malaysia
Menghadiri persidangan kemuncak asean
50. Persidangan ASEAN yang seterusnya akan dijalankan di mana?
Laos (2016)
51. ASEAN
Peranan dalam memacu pertumbuhan dunia susulan pengembangan
populasi rantau ini
52. Tema hari guru 2015
Guru membina ilmu menyempurnakan akhlak
53. Serangan Bom di Paris
100++ mati dan cedera
President mengumumkan darurat
54. Persidangan asian g-20
Diadakan di China Han Zhou
55. SPP Suruhjaya Perkhidmatan Pelajaran
56. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
57. Misi visi kpm
Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
58. Berapa band yang terdapat dalam kssr?
6
59. Nyatakan makna bagi setiap band

60. 1m1s tujuan


a. menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam
sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid
yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang
sihat dari segi fizikal dan mental
b. mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat
memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan
sukan
c. dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip elemen keseronokkan, dapat
memberi pendedahan kemahiran asas permainan dan sebagai elemen
untuk mempertingkatkan sosialisasi.
d. memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan
diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus
atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah
pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
61. Perbezaan pendidik dan pengajar
Pendidik bukan sekadar mengajar tetapi juga melibatkan pembentuk akhlak,
memahami masalah dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh murid
memberidorongan, nasihat kepada murid
Pengajar lebih kepada penyampai ilmu
62. Apakah perbezaan pendidikan prasekolah dengan pendidikan awal kanak-
kanak?
Pendidikan prasekolah menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak
yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
masuk ke tahun 1 di sekolah formal. Pg 96-97
63. Sekiranya saya gagal dalam perkhidmatan ini, apakah tindakan anda?
Saya berkeyakinan tinggi bahawa saya tidak akan gagal dalam perkhidmatan
ini. Sekiranya saya gagal dalam perkhidmatan ini, saya membuat refleksi serta
membuat rayuan. Saya akan membuat penambahbaikan terhadap kesalahan
saya
64. Maksud tersurat dan tersirat jalur gemilang
Pg 11
65. Wajarkah kerja rumah berlebihan diberikan kepada murid
Tidak. Tekanan dan beban. Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan
emosi mereka terganggu. Hal ini membawa impak terhadap pencapaian
prestasi peperiksaan merosot selain membinasakan minat mereka terhadap
pelajaran tersebut
66. Profesionalisme guru
174
67. Bagaimanakah anda gunakan kualiti tersebut, kaitkan dengan
pengalaman anda
Integriti menyediakan rph, memasuk kelas lebih awal

68. Jika tidak ada kemudahan, macam mana ajar konsep sifar
Menggunakan bahan di sekeliling
69. Menteri

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun


Menteri Kewangan Haji Abdul Razak MP
Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin
Menteri Dalam Negeri Hamidi MP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mah Siew Keong MP[7]
Jamil Khir Baharom MP
Senator Idris Jala
Joseph Kurup MP
Joseph Entulu Belaun MP
Shahidan Kassim MP
Senator Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri MP
Senator Abdul Wahid Omar[8]
Wee Ka Siong MP[7]
Azalina Othman Said MP
Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah MP
Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai MP[7]
Menteri Kesihatan S. Subramaniam MP
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Mohamed Nazri bin Abdul Aziz MP
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein MP
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Mustapa Mohamed MP
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II Ong Ka Chuan MP
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Maximus Johnity Ongkili MP
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Douglas Uggah Embas MP
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Ahmad Shabery Cheek MP
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob MP
Menteri Luar Negeri Anifah Aman MP
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Wilfred Madius Tangau MP
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Rohani Abdul Karim MP
Masyarakat
Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof MP
Menteri Sumber Manusia Richard Riot Jaem MP
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor MP
Menteri Pendidikan Tinggi Idris bin Jusoh MP
Menteri Belia Dan Sukan Tuan Khairy Jamaluddin MP
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Abdul Rahman Dahlan MP
Kerajaan Tempatan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Hamzah Zainuddin MP
Kepenggunaan
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar MP
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid MP
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Senator Salleh Said Keruak
70. Ketua Menteri Sarawak
YB Datuk Patinggi Tan Sri HJ Adenan Hj Satem
71. Timbalan ketua Menteri Sarawak
YB Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang
72. Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
73. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Dr Loga Bala Mohan
74. Ketua pengarah Pendidikan Sarawak
Puan Rakayah Binti Haji Madon
75. Timbalan pengarah Pendidikan Sarawak
Tuan Haji Abang Mat Ali bi Abang Masagus
76. Ketua Pengarah Pendidikan Wilayah
Hajah Foziah binti Buang
77. Agong k14
Yang Di-pertuan Agong Almutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul
Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
78. Nyatakan pndangan tntng guru as a good listener ( 2 orng).
Jangan memberi pendapat objektif
Jangan membantah dan memberi peluang kepada murid untuk menghabiskan
menyatakan masalahnya
Bahasa isyarat
Nada suara
Kontact mata
Cara kedudukan menghadap ke arah murid
Ekspresi muka- peramah
79. Nyatakan ict yg terbaik kamu pnah guna ktika praktikum/intern..huraikan
skit.
Overhead projektor / smartboard
80. Kalau dpt kawasan p3, apa contoh kamu nk guna untuk trik mnat murid
suka pda maths 3.
Simulasi Jual Beli, menggunakan bahan semula jadi seperti daun dan batu
sebagai bahan hitungan
81. Selain skolah akan bg tugasan / kerja..nyatakan tugasan kamu yg rasa bg
impak bsar pada murid.terang apa kamu bt dn apa murid dpt.
Perkhemahan-murid mengelola dengan bimbingan guru- memupuk kerjasama
dan kepimpinan serta melatih sikap berdikari
82. Pgi skolah kna ajar geo..apa tindakan kamu sbb kamu xtau tntang geo.
Tetap akan mengajar. Membeli buku rujukan, minta tunjuk ajar daripada guru
yang berpengalaman
83. Kmu x lrat pning x dpt pgi skolah..apa tindakan kamu..
Sekiranya tidak sihat sehari sebelum sekolah, telefon kepada guru besar untuk
memaklumkan. Seterusnya menjumpai doktor di hospital untuk mendapat surat
cuti sakit. Surat cuti sakit akan diberikan kepada
84. Kmu terjumpa kawan kmu d perlis. Kwn ajak pgi hatnyai..kmu ada
psport..jd kamu pgi..pastu da d sana x dpat balik sbb hujan atau ada
perkara halang..apa tindakan kmu.
Menghubungi guru besar dan memaklumkan kepada gpk 1. Apabila balik
sekolah, meminta maaf
85. Kmu da berkahwin..nak smbut ulangtahun perkahwinan..dah balik skolah
masa suntuk suami tunggu d hotel tmpat dijanjikan..kamu sda lwat..tba2
ada murid dtg menangis nangis..apa tindakan kmu
Melayani murid tersebut. murid diberi keutamaan
86. Soalan saya ni Kamu posting d kdah..gb suruh bawa bdak pgi kem
pngakap d penang..smua perempuan..apa tindakan kmu..
Meminta kebenaran dengan iringan seorang guru perempuan lagi

Anda mungkin juga menyukai