Anda di halaman 1dari 39

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

1.0

PENGENALAN
Bagi mencapai matlamat dan kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam membsentuk serta
melahirkan murid yang aktif, kreatif inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan,
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau media pengajaran dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) adalah salah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda
tersebut.
Hal ini demikian kerana, media pengajaran yang kreatif akan dapat merangsang
pembelajaran murid serta menarik minat mereka untuk mempelajari matematik.
Menurut Atan Long (1982) telah membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga
kumpulan utama iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang-dengar.
Ketiga-tiga jenis media pengajaran ini boleh digunakan semasa P&P di dalam kelas
berlangsung bagi membantu para guru matematik mempelbagaikan pendekatan
pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi
pengajaran, guru dan pelajar.
Walaupun pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat seperti tayangan
slaid power point, video dan sumber rujukan internet begitu banyak digunakan, namun
kepentingan penggunaan media pengajaran matematik yang maujud dan konkrit tidak
boleh diabaikan begitu sahaja terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Hal ini
demikian kerana, menerusi media pengajaran kreatif dan konkrit ini murid-murid akan
menggunakan kelima-lima deria mereka secara optimum iaitu menyentuh, meghidu,
melihat, mendengar dan merasa bagi mentafsir segala pembelajaran mereka. Hal ini
pastinya akan memudahkan mereka untuk memahami dan menguasai sesuatu topik
matematik itu sendiri.

2.0

MEDIA PENGAJARAN

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


1

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan

pesanan

daripada

pengirim

kepada

penerima

sehingga

dapat

merangsang fikiran, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadilah proses
pembelajaran (Noraini Idris, 2005). Menurut Kemp dan Smellie (1994) pula
mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.
Penggunaan media pengajaran semasa sesi P&P berlangsung adalah sesuatu
situasi atau pengalaman yang bukan sahaja melibatkan penggunaan penglihatan dan
pendengaran seseorang tetapi ianya juga melibatkan teknik-teknik pengajaran
termasuklah juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang,
1989). Berdasarkan pandangan beliau, ianya telah membuka aspek atau skop media
pengajaran yang luas kerana bukan sahaja menekankan media pengajaran sebagai
suatu alat semata-mata malahan penekanan mengenai teknik dan proses pembelajaran
itu juga diutamakan.
Walaupun terdapat pelbagai definisi yang diutarakan oleh para pakar, namun
semua definisi yang dinyatakan membawa satu maksud yang sama iaitu menekankan
media pengajaran sebagai satu elemen yang sangat penting dalam P&P. Hal ini
demikian kerana, media pengajaran ini menjadi penghubung antara pelajar dan guru
dan antara pelajar dengan pelajar (Scribd:Media Pengajaran).
Dalam P&P matematik, penggunaan media pengajaran yang bersesuaian akan
memberikan beberapa kelebihan seperti memperjelaskan penyampaian mesej. Hal ini
bermaksud sesuatu mesej dapat diterangkan dengan jelas dan berkesan dengan
menggunakan pelbagai alatan dari konkrit ke abstrak. Selain itu, penggunaan media
pengajaran ini juga tidak menjadikan ruang, waktu dan pancaindera sebagai suatu
halangan.

3.0

KESESUAIAN MEDIA PENGAJARAN

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


2

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Kumpulan kami telah memperoleh tajuk matematik mengenai analisis dan
mentafsir data. Hal ini bermakna kami perlu menyediakan suatu media pengajaran
mengenai topik tersebut yang melibatkan penggunaan graf bar, graf garisan, carta pai
dan juga piktograf.
3.1

Tajuk

Media pengajaran bagi topik analisis data yang telah disediakan oleh kumpulan
kami dikenali sebagai Magic Board dan Roda Warna. Magic Board ini digunakan untuk
membuat graf bar dan graf baris di dalam kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia
70 cm 80 cm

diperbuat daripada mounting board yang berukuran lebih kurang

dan reben digunakan sebagai paksi. Pada mounting board ini, garisan

grid telah dilukis bagi membolehkan pengguna menganalisis data dengan mudah dan
jelas. Satu petak tersebut berukuran

1 cm x 1 cm .

Rajah 3.1.1 : Magic Board


Selain itu, kami juga telah menyediakan nilai-nilai yang berkemungkinan pada
paksi y iaitu berskala 2, 3, 5,10, 50, 100 dan 1000 untuk memudahkan pengguna
melabelkan paksi y menggunakan skala yang telah disediakan.
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
3

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

Rajah 3.1.2: Skala berukuran untuk paksi y


Bagi melabelkan paksi x pula, kami telah menyediakan kad yang boleh diguna
semula. Kad yang boleh diguna semula ini boleh digunakan berulang kali menggunakan
white board marker untuk menulis data. Tujuan kad tersebut dibina sedemikian adalah
untuk memberi kesenangan kepada pengguna untuk mengubah data dengan mudah
tanpa menggunakan kad yang banyak dan boleh menjimatkan masa pengguna apabila
mereka menjalankan aktiviti yang lain.

Rajah 3.1.3 : Kad guna


semula untuk label paksi x

Bukan setakat itu sahaja, kami juga telah


membina kad perwakilan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu kuning, oren, putih,
merah jambu, dan biru. Kad perwakilan ini digunakan untuk membina graf bar. Kad
perwakilan ini membolehkan pengguna melakukan perwakilan data dengan mudah dan
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
4

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


jelas. Contohnya, kad berwarna kuning mewakili bilangan basikal, manakala kad biru
mewakili bilangan motosikal. Apabila pengguna menggunakan kad perwakilan ini,
mereka dapat mentafsir data dengan mudah dan boleh membezakan data tersebut
tanpa berlaku kekeliruan. Kad pewakilan berwarna yang berbeza ini boleh menarik
perhatian pengguna kerana ia amat menarik dan berwarna warni. Kad perwakilan ini
dilekatkan menggunakan glue tack.

Rajah 3.1.4. :

Kad pewakilan

berwarna

Rajah 3.1.5 di bawah menunjukkan hasil graf bar yang terbina dengan
menggunakan kad perwakilan yang berwarna-warni dan sangat mesra pengguna serta
boleh dikitar semula. Selain itu, media pengajaran yang bina ini juga sangat sesuai
untuk digunakan oleh semua pringkat murid sama ada sekolah rendah mahupun
sekolah menengah.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


5

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

Rajah 3.1.5 : Graf Bar


Magic Board ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan graf baris. Bagi graf
baris ini, kami telah menyediakan pin-pin dan benang. Pin-pin ini digunakan untuk
menandakan data dan benang pula digunakan sebagai baris yang disambung
melaluipin-pin tersebut. Ia ditunjukkan seperti pada rajah 3.1.6.

Rajah 3.1.6 : Graf Baris

Media pengajaran yang berikutnya iaitu Roda Warna atau carta pai. Roda warna
ini telah dibina menggunakan mounting board tetapi ia berbentuk bulat. Dalam roda
warna ini terdapat dua roda kecil iaitu roda darjah dan roda peratus. Roda kecil ini
dibina bertujuan untuk memberi kesenangan kepada pengguna untuk menentukan nilai
data bagi maklumat yang dikumpulkan dan membuat pembahagian data sama ada
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
6

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


menggunakan peratus dan darjah. Benang juga disediakan sebagai pembahagi data
dan ia bersifat mudah alih. Benang ini boleh diubah kedudukan mengikut keperluan
pengguna kerana ia dilekatkan menggunakan pin.

Rajah 3.1.7: Roda Warna

Bahanbahan

yang

digunakan

yang

digunakan

dalam

penyediaan

media

pengajaran iaitu :
1
2
3
4
5
6
7
8
9
3.2

Mounting Board
Kertas berwarna
Marker
Reben
Pin
Benang
Bekas plastik
Klip kertas
Glue Tack
Kumpulan Sasaran

Media pengajaran yang telah kami sediakan ini sangat bersesuaian untuk muridmurid darjah 3 hinggalah ke darjah 6. Hal ini demikian kerana, topik analisis dan
mentafsir data ini mula dipelajari oleh murid-murid tahun 3 hinggalah ke tahun 6
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
7

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


berdasarkan silibus Matematik KBSR. Disamping itu, media pengajaran yang telah kami
sediakan ini sangat bersesuaian untuk semua jenis soalan yang melibatkan analisis dan
mentafsir data.
Walaupun media pengajaran yang telah kami reka khusus untuk topik mentafsir
dan menganalisis data ini bersesuaian dengan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6,
namun kumpulan kami telah bersepakat untuk mengkhususkan media pengajaran ini
khas untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini demikian kerana, menerusi media pengajaran yang
kami cipta ini mampu memberikan kefahaman dan penjelasan yang jelas untuk mereka
menghadapi UPSR itu nanti. Disamping itu, hanya murid-murid tahun 6 sahaja yang
telah belajar mentafsir dan menganalisis data menerusi ketiga-tiga jenis data iaitu graf
bar, graf garisan, carta pai dan piktograf. Atas faktor-faktor dan sebab tersebutlah kami
telah memilih murid-murid tahun 6 sebagai kumpulan sasaran bagi media pengajaran
yang telah kami cipta ini.
3.3

Keberkesanan Media Pengajaran Dalam P&P

Media pengajaran yang telah kami reka ini sangat-sangat bersesuaian untuk
digunakan dalam topik mentafsir dan menganalisis data kerana kami hanya
menggunakan dua buah media pengajaran yang konkrit iaitu Magic Board dan Roda
Warna.
Keberkesanan utama media pengajaran ini adalah mudah dikendalikan dan
sangat fleksibel. Hal ini demikian kerana, dengan hanya menggunakan dua buah media
pengajaran iaitu Magic Board dan Roda Warna, kami boleh menerangkan semua jenis
konsep mentafsir dan menganalisis data daripada kesemua jenis data yang ada iaitu
graf bar, graf garisan dan carta pai. Media pengajaran yang kami reka ini juga sangat
mudah digunakan kerana murid-murid mampu mengendalikan media ini tanpa
pantauan yang kerap daripada para guru. Hal ini demikian kerana, mereka hanya perlu
mentafsir soalan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk data ataupun murid-murid tahun
6 ini akan menganalisis data yang telah tersedia ada untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan seperti menganalisis purata, nilai maksimum, nilai minimum, julat, mod
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
8

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


dan frekuensi dengan hanya melihat data yang dibuat menerusi Magic Board dan Roda
Warna ini.
Hasil daripada keberkesanan media pengajaran ini iaitu mudah digunakan,
murid-murid ini juga mampu untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif semasa
menganalisis data-data yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung telah memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka sendiri konsep-konsep matematik yang
terdapat dalam topik mentafsir dan menganalisis data. Strategi pembelajaran yang
berpusatkan murid ini bersesuaian dengan teori pembelajaran konstruktivisme (Noriati
A.Rashid et. al, 2009) dapat dipraktikkan menerusi media pengajaran kami ini. Dengan
adanya media pengajaran ini, murid-murid akan berpeluang untuk mencuba sendiri
sama ada membina graf, carta pai dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu, media pengajaran yang telah kami cipta ini bukan
hanya mementingkan kreativiti dan menarik sahaja pada pandangan luar tetapi kami
juga begitu mengutamakan fungsi media pengajaran itu sendiri dalam membantu murid
menguasai topik analisis data. Media pengajaran yang telah kami bina ini mampu
membina kefahaman konsep untuk topik ini. Hal ini demikian kerana, kami sendiri
berpendapat, media pengajaran yang menarik pada pandangan mata sahaja tidak
mencukupi sedangkan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh media tersebut dalam
P&P sangatlah minimum. Hal ini pastinya akan merugikan guru dan pelajar itu sendiri.
Sebagai buktinya, media pengajaran kami ini sangat mudah difahami, jelas
disamping menarik kerana penggunaan pelbagai warna yang ceria. Dengan adanya
bantuan media pengajaran seperti Magic Board dan Roda Warna ini, penyampaian isi
pelajaran secara efektif mampu dilakukan dan media ini juga berupaya untuk
memperjelas mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.
Hal ini demikian kerana, menerusi media pengajaran kami ini murid-murid dapat
menggunakan sepenuhnya ilmu matematik yang mereka pelajari terutamanya yang
bersifat abstrak dan dapat diterjemahkan kepada bentuk yang lebih konkrit dan jelas
dengan hanya menggunakan data media yang telah kami sediakan. Jelasnya, menerusi
media pengajaran ini, murid-murid ini berupaya untuk mentafsir data dengan hanya
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
9

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


melihat Magic Board dan Roda Warna kami ini sahaja. Hasilnya, mereka mampu
membaca nilai-nilai data seperti purata, kekerapan (mode), nilai maksimum serta
minimum dan kadar frekuensi sesuatu data.
Disamping itu, media pengajaran yang telah kami bina ini juga begitu selaras
dengan prinsip perkembangan kognitif Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak
berumur 7 hingga 12 tahun sangat memerlukan bahan-bahan konkrit dan maujud
semasa dalam proses pembelajaran mereka (Haliza Hamzah & Joyn N. Samuel, 2009).
Bagi mencapai objektif ini, kami telah menggunakan sesuatu yang maujud untuk muridmurid berpeluang mencuba sendiri membina jenis-jenis data yang mereka pelajari
dengan menggunakan suatu medium pembelajaran yang konkrit dan dapat mereka lihat
dengan mata kasar dan bukannya sesuatu yang abstrak seperti penggunaan perisian
komputer Microsoft Excel. Selain itu, Jean Piaget juga turut menegaskan bahawa
murid-murid perlu diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang
diajar. Secara tidak langsung, menerusi media pengajaran kami ini murid-murid sendiri
akan terlibat secara aktif sama ada secara individu mahupun berkumpulan dalam
membina sesuatu data seperti graf bar, graf garisan dan carta pai.
Secara tidak langsung, murid-murid mampu memahami konsep asas analisis
data dan mereka dapat belajar kerana mereka faham dan bukannya kerana mereka
menghafal sesuatu konsep tanpa memahaminya dengan jelas. Bukan itu sahaja,
penglibatan murid-murid dalam aktiviti P&P dengan menggunakan media pengajaran
yang telah kami sediakan ini mampu membuktikan kebenaran Falsafah Projek
Matematik Nuffield yang diketengahkan oleh Confucius iaitu
Saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat dan saya buat saya faham.
(Abdullah L.S, 1992)
Bukan itu sahaja, menerusi media pengajaran ini para guru boleh membina
konsep pemahaman analisis data yang jelas dan interaktif kepada murid-murid.
Buktinya, menerusi media pengajaran magic board, kami telah membina grid-grid yang
yang boleh ditukar untuk memudahkan para guru dalam proses menjelaskan konsep
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
10

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


skala bagi paksi-y. Hal ini bermakna para guru tidak perlu bersusah payah untuk
membina grid bagi memberi pemahaman kepada murid-murid.
Selain itu, media pengajaran ini juga mampu menjimatkan masa P&P dalam bilik
darjah. Hal ini demikian kerana, dengan hanya menggunakan Magic Board dan Roda
Warna ini, kesemua jenis dan bentuk soalan analisis data mampu disampaikan dan
ditunjukkan dengan jelas. Hal ini kerana, para guru tidak perlu memadam dan membina
semula graf lain untuk soalan yang berlainan. Cukup dengan hanya menanggalkan kadkad warna dan menukar skala graf, guru boleh menggunakan semula media
pengajaran tersebut. Hal ini pastinya mampu menjimatkan masa para guru. Perkara ini
membuktikan bahawa media pengajaran yang kami bina ini sangat fleksibel dan mesra
pengguna. Bagi media pengajaran Roda Warna, pelajar hanya perlu menggunakan
benang yang fleksibel yang boleh diubah-ubah kedudukannya untuk menentukan nilai
peratus dan nilai darjah dalam carta pai.
Oleh hal yang demikian, para guru matematik tidak lagi perlu risau untuk melukis
carta pai yang mungkin leper atau bujur di papan hitam atau papan putih bagi
menerangkan konsep serta menunjukkan contoh soalan berkaitan kepada murid-murid
tahun 6 ini. Cukup dengan hanya menggunakan media pengajaran yang kami telah
bina ini dan suasana pembelajaran yang kondusif mampu dijana. Tidak cukup dengan
itu, media pengajaran yang kami bina ini juga sangat mudah untuk di bawa ke manamana sahaja. Ciri-ciri media kami yang sangat ringan, berbentuk sederhana dan sedikit
memudahkan para guru untuk membawa ke mana-mana sahaja media tersebut.
Secara tidak langsung, media pengajaran kami ini juga boleh digunakan oleh para guru
dan murid dengan berkesan.
Disamping itu, media pengajaran yang kami gunakan ini juga hanya
memperuntukkan kos yang rendah sahaja iaitu serendah RM20 ke bawah sahaja. Kos
yang rendah ini adalah hasil daripada penggunaan bahan-bahan yang mesra alam dan
boleh dikitar semula. Hal ini demikian kerana, untuk membina graf bar, graf garisan dan
carta pai, kami hanya menggunakan kertas terpakai atau kertas yang dikitar semula
sahaja. Bahan media yang kami cipta ini bukanlah berkonsepkan pakai buang. Jadi,
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
11

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


kertas-kertas yang digunakan untuk membina skala, tajuk label, benang dan tali ini
boleh digunakan semula semasa sesi P&P yang lain. Media pengajaran yang telah
kami bina ini bukan sahaja fleksibel, mesra pengguna dan murah, tetapi ianya juga
berupaya untuk membina kefahaman yang efektif kepada murid-murid dengan memberi
contoh soalan analisis data yang berkaitan.
Selain itu, konsep belajar sambil bermain juga boleh digunakan oleh media
pengajaran yang telah kami cipta ini. Aktiviti bermain juga merupakan salah satu proses
pembelajaran yang mana mereka akan meneroka, menjelajah, melakukan inkuiri
penemuan, membuat konjektur dan pembinaan melalui pengalaman secara langsung
(Rohani Abdullah et. el, 2007). Menerusi konsep belajar sambil bermain ini, para guru
boleh menyediakan soalan kuiz yang merupakan salah satu aktiviti pengukuhan untuk
murid-murid. Hal ini selaras dengan konsep teori pembelajaran behaviorisme yang
mengutamakan konsep pelaziman atau latihan semasa dalam proses pembelajaran
(Noriati A. Rashid, 2012).
Disamping itu, para guru boleh mengemukakan soalan-soalan ulangkaji dan kuiz
untuk persediaan UPSR dan pada masa inilah guru-guru akan membetulkan semula
konsep-konsep yang agak tersasar atau tidak betul dengan menggunakan media
pengajaran ini.
Bukan itu sahaja, media pengajaran kami iaitu Magic Board dan Roda Warna ini
juga boleh menarik minat pelajar untuk belajar matematik terutama mengenai konsep
mentafsir dan menganalisis data. Hal ini demikian kerana, murid-murid itu sendiri akan
terlibat dalam pembinaan data misalnya. Contohnya semasa melibatkan penggunaan
graf bar, pelajar itu sendiri akan meletakkan kertas-kertas warna mengikut pilihan
mereka. Selain itu, mereka juga akan menggunakan kreativiti mereka semasa membina
graf garisan bagi memilih skala-skala yang bersesuaian untuk digunapakai.
Menerusi penggunaan media pengajaran kami ini, bukan hanya boleh
merangsang perkembangan kognitif pelajar malahan kemahiran-kemahiran psikomotor
halus dan kasar juga mampu dikembangkan. Murid-murid akan menampal sendiri
kertas-kertas untuk membina graf bar atau membuat carta pai. Disamping itu,
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
12

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


penggunaan media pengajaran ini juga mampu menunjukkan kesinambungan idea dan
keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Rentetan ini,
media ini mampu membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti
perkembangan keseluruhan visual seperti bentuk-bentuk, jumlah-jumlah, julat dan
sebagainya yang terdapat pada media pengajaran yang telah dibina.
Selain itu, interaksi sosial yang positif juga mampu diwujudkan dengan adanya
pembelajaran menggunakan media pengajaran kami ini. Murid-murid ini akan
dibahagikan tugasan atau kuiz secara individu atau berkumpulan. Semasa aktiviti
berkumpulan inilah murid-murid akan berbincang antara satu sama lain dan idea yang
mereka ada mengenai gambaran data yang telah tersedia di atas media pengajaran.
Hal ini bermakna, strategi P&P yang berpusatkan guru dan kaedah talk and chalk boleh
dikurangkan kerana kaedah tradisional sebegitu tidak begitu bersesuaian untuk
membina kefahaman matematik dalam diri murid-murid. Oleh hal yang demikian, para
guru tidak perlu bercakap terlalu lama untuk menerangkan tentang konsep yang
panjang lebar atau melukis terlalu banyak data. Cukup dengan menunjukkan contoh
yang bersesuaian menggunakan media ini, murid-murid sudah boleh memahami
konsep. Oleh hal yang demikian, kerjasama dan interaksi antara guru dengan pelajar
dan antara pelajar dengan pelajar dapat diwujudkan dengan adanya penggunaan
media pengajaran ini.
Pelajar akan membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka dan guru
akan

hanya

memainkan

peranan

sebagai

pemudahcara,

mensederhanakan,

memoderasi, mencadangkan dan membenarkan mereka mempunyai ruang untuk


menyoal dan membuat percubaan. Menerusi pengamalan prinsip ini, pelajar sendiri
yang akan mencipta pemahaman baru untuk diri mereka sendiri.
Dengan adanya media pengajaran yang berkesan ini, mereka akan berpeluang
untuk mencuba memegang, menyentuh dan meletakkan sendiri kad-kad data yang
berkaitan dengan data yang tepat. Oleh hal yang demikian, penggunaan kelima-lima
organ deria mereka boleh digunakan secara optimum dalam usaha mereka memahami
konsep untuk topik analisis data. Peranan guru hanya akan wujud apabila murid-murid
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
13

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


betul-betul memerlukan bimbingan sahaja seperti yang disyorkan oleh Lev Vygotksy
dalam teknik scalfolding. Lama kelamaan bantuan dan bimbingan guru ini akan
dikurangkan dan diberhentikan secara terus setelah murid-murid berjaya menguasai
konsep.

4.0

PROSEDUR PELAKSANAAN DAN DEMONSTRASI


4.1

Kaedah penggunaan Roda Warna

Roda Warna digunakan apabila soalan memerlukan penyelesaian dengan


bantuan carta pai. Roda Warna ini amat mudah digunakan. Hal ini demikian kerana
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
14

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


roda warna ini dilengkapi dengan skala ukuran peratus. Ini demikian kerana maklumat
yang biasa dikaitkan dengan carta pai melibatkan peratus sebagai perwakilan jumlah.
Misalnya di dalam soalan 1 (rujuk contoh soalan di 4.3). Setelah mengira peratusan
setiap perkara maka menggunakan benang yang telah disediakan bina carta pai.
LANGKAH 1: Tetapkan satu benang sebagai garis penanda.
Berdasarkan gambar 4.1.1 di sebelah,
benang yang ditahan menggunakan pin berwarna
putih merupakan garis penanda dan diletakkan
bersebelahan dengan simbol 10%.
Simbol

10%

ini

menunjukkan

bahawa

selang setiap garisan pada roda yang berwarna


merah jambu mewakili 10%.
Gambar 4.1.1

Langkah 2: Gerakkan benang mengikut jumlah yang sepatutnya dan labelkan.


Berdasarkan soalan 1 (rujuk contoh soalan) sudut yang pertama bersamaan
dengan 21%, maka benang kedua akan diletakkan pada
sesungut

pertama

selepas

garisan

yang

kedua

(bersamaan dengan 21) seperti di dalam Gambar 4.1.2.


Ini boleh dikira secara satu persatu kerana roda
merah jambu telah dilengkapi 10 sesungut besar di mana
setiap jarak di antara sesungut bersamaan dengan 10

Gambar 4.1.2

(mewakili 10% bagi setiap bahagian. Kemudian pinkan benang tersebut dan labelkan
bahagian tersebut mengikut soalan.
Langkah 3: Ulang langkah 2 hingga kesemua bahagain telah siap dibina.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


15

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Bagi menentukan kedudukan benang yang seterusnya bagi membentuk bahagian yang
seterusnya, pengguna boleh memutarkan roda merah jambu (Gambar 4.1.3 dan 4.1.4)
atau mengira sesungut sahaja (Gambar 4.1.6).

Gambar 4.1.4

Gambar 4.1.3

Di samping itu, jika maklumat


diberikan di dalam bentuk pecahan
dan jumlah bagi keseluruhan pecahan
adalah

maka

menyamakan

pengguna

penyebut

bagi

boleh
setiap

pecahan

dan

membahagikan

kumpulan

berdasarkan jumlah penyebut. Berdasarkan soalan 3 (Rujuk contoh soalan) penyebut


Gambar 4.1.6
bagi pecahan setelah penyebutnya disamakan adalah 8.Gambar
Maka carta
4.1.5 pai dibahagikan

kepada 8 bahagian. (Gambar 4.1.7, 4.1.8, 4.1.9 dan 4.1.10).

FRADA, FATIN & NIA (K14) |

Gambar 4.1. 7
Gambar 4.1.9

Gambar 4.1.8
Gambar 4.1.10
16

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

Kemudian berdasarkan maklumat yang diberikan, kira jumlah pecahan yang


mempunyai saiz yang sama dengan maklumat yang diberikan. Berdasarkan soalan 3,
terdapat 3 lagi bahagian yang dapat dibentuk dengan saiz bahagian yang sama dengan
saiz bahagian makanan (berdasarkan soalan 3, saiz bahagaian makanan bersamaan

dengan

1
4

dan terdapat 3 bahagaian lagi dapat dibentuk dengan ukuran saiz yang

sama besar dengannya). Maka, jawapan bagi soalan ini adalah RM 500 x 4 = RM 2000.

Ini bertujuan untuk menerangkan konsep yang abstrak iaitu:

1
4

x Jumlah Gaji = RM

500.
4.2

Kaedah Penggunaan Magic Board

Magic Board merupakan media pengajaran yang paling fleksibel di mana media
ini dapat digunakan untuk mempersembahkan bentuk :
a) Graf Bar
Langkah membina Graf Bar menggunakan Magic Board.
Langkah 1: Bina atau tulis perwakilan bagi setiap paksi.
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
17

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Berdasarkan soalan 2 (Rujuk contoh soalan), Paksi
mendatar lebih sesuai diwakili oleh bulan dan paksi
menegak lebih sesuai diwakili oleh jumlah buku (Gambar
4.2.1).

Gambar 4.2.1

Langkah 2: Pilih skala yang bersesuai.


Berdasarkan soalan 2 (Rujuk contoh soalan) skala yang
paling sesuai adalah 2cm:5 (Gambar 4.2.2). Hal ini
demikian kerana nilai terbesar bagi baris bar adalah 24.
Gambar 4.2.2

Langkah 3: Labelkan paksi mendatar mengikut perkara


di dalam soalan.
Berdasarkan soalan 2 di dalam contoh soalan perkara yang dilabelkan pada paksi
mendatar adalah bulan iaitu Jun, Julai, Ogos dan September (Gambar 4.2.3).

Gambar 4.2.3

Langkah 4: Lekatkan kad warna mengikut jumlah setiap perkara.


FRADA, FATIN & NIA (K14) |
18

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Berdasarkan soalan 2, Jun=15 , Julai=24, Ogos=9 dan September=12

Berdasarkan maklumat yang terdapat pada graf bar, maka soalan yang
Gambar 4.2.5
Gambar 4.2.4
dikehendaki dapat dijawab.
Gambar 4.2.5

Gambar 4.2.4

b) Graf Garisan

Langkah membina Graf Garisan menggunakan Magic Board.


Bagi prosedur membina graf garisan menggunakan Magic Board ulang Langkah
1 hingga 3 bagi prosedur pembinaan graf bar menggunakan Magic Board.
Langkah 4: Pinkan tali berdasarkan maklumat yang terdapat pada soalan.
Berdasarkan soalan 2, Jun =15 , Julai = 24, Ogos = 9 dan September = 12 (Gambar
4.2.6).
Berdasarkan maklumat yang terdapat
pada graf garisan jawab soalan yang
diberikan.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


19

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Gambar 4.2.6

4.3

Contoh Soalan

Soalan 1:
Abu, Adib, Mala dan Nisa telah membeli 100 biji gula-gula.Mereka kemudian

membahagikan gula-gula tersebut di antara satu sama lain. Abu mendapat

21
100

daripada keseluruhan gula-gula. Manakala Adib, Mala dan Nisa masing-masing adalah
9
25

9
, 100

dan

17
50 . Kira peratus gula-gula yang dimiliki oleh Adib dan Mala.

Cara Penyelesaian: MENGGUNAAN CARTA PAI.


Langkah 1: Cari peratus gula-gula bagi setiap orang.
21
Abu: 100

x 100% = 21%

9
Adib: 25

x 100% = 36%

Mala:

9
100

17
Nisa: 50

x 100% = 9%

x 100% = 34%

Langkah 2:
Berdasarkan maklumat yang telah dikira, bina carta pai. Carta pai yang betul
hendaklah seperti di dalam gambar di bawah.
Rajah 4.3.0: Carta pai yang telah siap dibina bagi menjawab soalan yang diberikan.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


20

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

Gambar 4.3.0
Langkah 3:
Berdasarkan maklumat di dalam carta pai tersebut:
Peratusan gula-gula Adib dan Mala = 45%

Soalan 2:
Jadual dibawah menunjukkan data jualan buku bagi bulan Jun, Julai, Ogos dan
September.
Bulan
Jun

Jumlah jualan buku


1
4

Julai

2
5

Ogos

3
20

September

1
5 4.3.1
Rajah

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


21

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

Jadual 4.3.1 di atas menunjukan data jualan buku bagi bulan Jun, Julai, Ogos
dan September. Jika jumlah keseluruhan jualan adalah 60 buah buku, cari mode bagi
data tersebut. Kemudian cari purata keseluruhan jualan.

Cara Penyelesaian:
A MENGGUNAKAN GRAF BAR
Langkah 1: Cari jumlah jualan buku bagi setiap bulan.
Jun:

Ogos:

1
4

x 60 = 15
3
20 x 60 = 9

Julai:

2
5

x 60 = 24

September:

1
5

x 60= 12

Langkah 2: Berdasarkan maklumat yang diperolehi, bina graf bar.

Gambar 4.3.2

Langkah 3: Merujuk kepada graf yang telah dibina:


Mode (bar tertinggi) = 24 iaitu pada bulan Julai

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


22

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Purata keseluruhan = (15+24+9+12)

4 = 15

B MENGGUNAKAN GRAF GARISAN


Langkah 1: Cari jumlah jualan buku bagi setiap bulan.
Jun:

Ogos:

1
4

x 60 = 15
3
20 x 60 = 9

Julai:

2
5

x 60 = 24

September:

1
5

x 60= 12

Langkah 2: Berdasarkan maklumat yang diperolehi, bina graf bar.

Gambar 4.3.3

Langkah 3: Merujuk kepada graf yang telah dibina:


Mode (puncak tertinggi) = 24 iaitu pada bulan Julai

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


23

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Purata keseluruhan = (15+24+9+12)

4 = 15

Soalan 3:
Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan Mei Mei bagi bulan Februari.
Perkara
Sewa rumah

Jumlah perbelajaan
1
2

Minyak motor

1
8

Makanan

1
4

Lain-lain

1
8

Rajah 4.3.4

Jika perbelajaan pada makanan adalah RM 500. Berapakah jumlah pendapatan


bulanan Mei Mei.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


24

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Cara Penyelesaian : MENGGUNAKAN CARTA PAI.
Langkah 1: Samakan penyebut bagi setiap pecahan.
Sewa rumah:

1
2
1
8

Minyak motor:

Makanan:

Lain-lain:

1
4
1
8

=
=

4
8
1
8

2
8
1
8

Langkah 2: Bina carta pai berdasarkan maklumat yang telah diperoleh.

Gambar 4.3.5

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


25

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Langkah 3: Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bagi setiap

1
4

atau

2
8

adalah

bersamaan dengan RM 500. Di dalam graf terdapat 4 bahagian yang sama dengan
1
4

atau

2
8

. Jadi pendapatan bulanan Mei Mei adalah:

RM 500 x 4 = RM 2000

5.0

PENUTUP
Media pengajaran atau alat bantu mengajar (bbm) ini sangat penting sesi

pembelajaran dan pengajaran (P&P). Hal ini demikian kerana, media pengajaran ini
secara tidak langsung telah membantu untuk memudahkan para guru dalam
menjalankan sesi P&P secara berkesan.
Bagi media pengajaran kumpulan kami iaitu Magic Board dan Roda Warna
banyak memberikan kelebihan buat para guru matematik untuk menerangkan
mengenai konsep matematik mentafsir dan menganalisis data. Media yang reka ini
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
26

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


sangatlah bersesuaian untuk digunakan di mana-mana sahaja tidak kira masa dan
tempat. Kepelbagaian kelebihan dan kebaikan yang diperoleh oleh media pengajaran
kumpulan kami ini secara tidak langsung telah berupaya menghasilkan proses
pengjaran dan pembelajaran yang efektif kepada murid-murid. Hal ini disebabkan
media pengajaran ini dapat menarik minat dan merangsang minda murid-murid.
Melalui penggunaan media ini, ia memberi pengalaman kepada murid-murid
untuk meneroka topik matematik secara individu dan memahami konsep matematik
secara mendalam. Hal ini disebabkan mereka menjalankan aktiviti sendiri untuk
menyelesaikan masalah dengan bimbingan guru.
Kesimpulannya, kami berharap media pengajaran yang dibina ini dapat dijadikan
salah satu bahan bantu mengajar di sekolah kerana ia memberi manfaat kepada
murid-murid.

6.0

REFLEKSI
6.1

REFLEKSI OLEH FRADA ANAK GARAMAN

Syukur kepada Tuhan hal ini demikian kerana akhirnya tugasan ini dapat
disiapkan dengan jayanya meskipun banyak rintangan yang melanda. Namun dugaan
dan cabaran ini telah memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan baru kepada
saya. Berbeza dengan tugasan lain, di mana setiap bahagian dapat diolah secara
sendiri tanpa menjejaskan cara penulisan tetapi tugasan ini benar-benar memerlukan

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


27

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


kerjasama. Ini kerana jika kerja ini dibuat berasingan maka hasil penulisan pasti akan
bercanggah di antara satu dengan yang lain.
Namun melalui tugasan ini saya sedar bahawa bahan pembelajaran atau media
pengajaran yang direka hendaklah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Bagi memastikan media pengajaran ini sesuai atau tidak kami telah
berbincang sama ada penggunaan media ini dapat melibatkan semua murid, adakah
media ini sesuai dengan tahap umur kumpulan sasaran dan adakah media ini mudah
dimanipulasikan serta adakah media ini mampu menarik minat pelajar untuk belajar?
Soalan-soalan seperti ini telah menjadi landasan bagi kami untuk memastikan media
yang digunakan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun, tugasan seperti ini sekurang-kurangnya telah memberi
gambaran awal dan pengalaman mengenai cara dan perkara yang harus dititik
beratkan ketika membuat media pengajaran di masa hadapan kelak.
Di samping itu, saya juga turut mengetahuai bidang pembelajaran sekolah
rendah iaitu analisis data mula diperkenalkan seawal darjah 3 lagi. Namun,
pembelajaran topik ini tidaklah mendalam seperti yang dipelajari di sekolah menengah.
Saya juga turut mengetahui bahawa topik ini kurang popular di dalam kertas soalan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini kerana ketika mencari contoh soalan untuk
dijadikan rujukan saya telah merujuk pada contoh-contoh soalan UPSR. Topik ini
biasanya keluar di dalam kertas 1.
Tambahan lagi saya turut belajar membuat soalan berdasarkan topik. Hal ini
demikian kerana kumpulan kami perlu menyediakan soalan untuk membuat
demonstrasi penggunaan media pengajaran yang telah kami buat. Oleh kerana soalan
yang ditemui amat sedikit maka kumpulan kami terpaksa menggubah soalan sendiri.
Perkara yang paling sukar di dalam membuat soalan adalah menetukan aras soalan.
Hal ini demikian kerana pada pandangan kami soalan tersebut terlalu mudah. Namun
setelah berbincang di antara satu sama lain dan mengkaji atau menilai soalan yang
dijadikan rujukan maka soalan yang telah dibuat tadi adalah bersesuaian. Ini kerana
pada peringkat ini, murid belum lagi belajar analisis data dengan mendalam tetapi
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
28

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


mereka hanya belajar mengenai asas kepada topik ini sahaja. Syukurlah terdapat
dokumen sukatan matapelajaran Matematik KSSR yang dipelajari tahun lepas dapatlah
dokumen tersebut dijadikan panduan agar tidak lagi dari landasan yang sebenar.
Kumpulan kami juga menghadapi beberapa masalah ketikan hendak membuat
media pengajaran ini. Hal ini demikian kerana kami perlu menjadikan media tersebut
sentiasa boleh digunakan. Berbagai idea telah dicadangkan bagi membaikai kelemahan
ini dan akhirnya kami dapat menjadikan media ini fleksible dan boleh digunakan dalam
tempoh masa yang lama.
Selain itu, kumpulan kami juga mengahadapi sedikit kekeliruan ketika
menghuraikan kaedah penggunaan dan demonstrasi media yang telah dibuat. Hal ini
demikian kerana kami telah menghuraikan cara penyelesaian masalah dan bukannya
menerangkan cara penggunaan media bagi menyelesaikan masalah. Namun mujurlah
kami menyedari kesalahan ini pada peringkat awal dan kami telah sebulat suara untuk
mengubah isi dan menggunakan isi yang telah dibuat sebagai bahagian di dalam
contoh soalan.
Kerja terakhir iaitu mengambi gambar merupakan tugasan yang agak mudah
namun harus dibuat dengan terperinci. Hal ini demikian kerana setiap langkah
penggunaan hendaklah ditunjukkan dengan betul dan jelas di dalam gambar. Ini
bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami gambar yang diberikan.
Kesimpulannya, meskipun tugasan ini dibuat secara berkumulan tetapi ia
bukalah satu tugasanya yang mudah. Hal ini kerana banyak perkara yang harus dititik
beratkan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


29

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

6.2

REFLEKSI OLEH NUR FATIN BINTI MOHD MAZLAN

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan yang saya perolehi sepanjang


menyiapkan Tugasan Projek Literasi Nombor (WAJ 3105) yang diberikan oleh Puan
Wahidah binti Zakaria selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ini.
Menerusi tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara baru. Perkara
utama yang saya pelajari adalah bagaimana untuk membina media pengajaran yang
kreatif untuk digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) matematik untuk
sekolah rendah. Tugasan ini memang sangat-sangat memberi kelebihan kepada saya
kerana saya merupakan bakal guru matematik suatu hari nanti. Menerusi tugasan ini,
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
30

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


saya dapat berfikir bagaimana untuk membina satu bahan bantu mengajar untuk
digunakan semasa dalam proses P&P matematik.
Bagi saya untuk membuat suatu bahan pengajaran yang berguna, kreatif dan
menarik bukanlah suatu kerja yang senang kerana ianya memerlukan daya imaginasi,
kreativiti dan ilmu matematik yang tinggi untuk membuatnya. Pada peringkat awal
tugasan ini, saya dan rakan-rakan ketiadaan idea untuk membina media pengajaran
yang bersesuaian dengan silibus KBSR Matematik sekolah rendah. Hal ini demikian
kerana, media pengajaran yang kami bina bukan sahaja memerlukan kreativiti dan
menarik semata-mata malahan ianya perlu selaras dengan silibus matematik di sekolah
rendah. Namun bagi mengatasi kekangan ini, kami telah bersama-sama berbincang
dan merujuk kepada pelbagai bahan rujukan untuk pedagogi matematik dan silibus
matematik sekolah rendah, akhirnya kami mempunyai idea untuk membina Magic
Board dan Roda Warna untuk digunakan sebagai media pengajaran kami.
Hasil daripada terbinanya media pengajaran ini, saya boleh gunakan semasa
praktikum dan pengajaran sewaktu saya mengajar nanti. Selain itu, menerusi tugasan
ini juga saya telah dapat mempraktikkan ilmu matematik yang telah saya pelajari
selama ini semasa dalam proses membina media pengajaran ini. Ternyata untuk
membina suatu media pengajaran yang berkaitan dengan topik analisis data bukanlah
suatu kerja yang mudah. Hal ini demikian kerana, sebelum ini memanglah topik analisis
data ini saya telah fahami dan boleh menggambarkannya walaupun tidak menzahirkan
dalam bentuk konkrit. Namun bagi kanak-kanak sekolah rendah, hal ini pastinya amat
sukar untuk membina konsep pemahaman mereka. Tambah-tambah lagi untuk
membina suatu media untuk memberi mereka kefahaman, penjelasan dan bukti yang
kukuh bukanlah satu usaha yang mudah.
Disamping itu, menerusi tugasan ini juga telah memberi saya kelebihan untuk
sentiasa bijak dalam mengatur dan menyusun masa saya. Hal ini demikian kerana,
selaku pelajar Insitut Pendidikan Guru, kami akan sentiasa diberikan tugasan yang
banyak sekaligus. Jadi, untuk memastikan semua tugasan yang diberikan siap
mengikut waktu yang ditetapkan, kami perlu menyusun jadual waktu dengan bijak. Hal
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
31

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


ini demikian kerana, menerusi tugasan ini kumpulan saya yang terdiri daripada Frada
dan Nia perlu menyusun jadual waktu bersama untuk berbincang dan berkumpul
bersama-sama bagi membina media pengajaran ini.
Perkara ini secara tidak langsung telah membantu saya menyeimbangkan aspek
rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi saya kerana semasa proses menyiapkan
tugasan ini saya perlu berfikir secara logik dan emosi saya perlu stabil. Hal ini demikian
kerana, saya tidak boleh mudah berputus asa kerana walaupun pada peringkat awal
tugasan ini kami ketandusan idea. Jika tiada emosi yang stabil saya pastinya akan
cepat marah dan fed up dengan banyak tugasan yang diberikan ini. Bukan itu sahaja,
menerusi tugasan ini, aspek kemahiran sosial saya juga dapat dipertingkatkan. Hal ini
demikian kerana, menerusi tugasan ini saya dapat berkomunikasi dan berbincang
sesama rakan-rakan kumpulan saya, tidak lupa juga bersama rakan sekelas dan
pensyarah saya Puan Wahidah binti Zakaria.
Tidak cukup dengan itu, tugasan ini juga dapat menjana perkembangan kognitif
saya dengan kritis dan bermakna. Hal ini demikian kerana, pada peringkat awal
tugasan projek ini, saya berfikir untuk membina suatu media pengajaran yang
berbentuk belajar sambil bermain. Tetapi saya menyedari suatu perkara bahawa tidak
semua topik matematik boleh diajar dengan cara bermain. Jadi kami sama-sama telah
berfikir dan berbincang dan hasilnya kami berjaya membina media pengajaran yang
menarik ini. Diharapkan tugasan yang ini diterima baik oleh pensyarah. Sekian, terima
kasih.

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


32

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

6.3

REFLEKSI OLEH SENT SYLVANIA ANAK ROBERT MAGES

Syukur ke hadrat Tuhan kerana limpah kurnia-Nya kerja kursus ini dapat
disiapkan pada masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Wahidah binti Zakaria selaku pensyarah pembimbing WAJ 3105 Literasi
Nombor yang banyak membantu kami semasa melaksanakan kerja kursus ini. Tanpa
bantuan beliau kemungkinan kerja kursus ini tidak dapat disiapkan pada masa yang
ditetapkan.
Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah mendapat pelbagai input baru
dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan media
pengajaran. Pembinaan bahan media pengajaran ini agak mencabar kerana ia
memerlukan imaginasi yang tinggi untuk membina media pengajaran yang kreatif dan
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
33

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


inovatif serta bersesuaian dengan kumpulan sasaran.

Walaupun mengalami pelbagai

msalah tetapi saya tidak pernah berputus asa semasa melaksanakan kerja kursus ini.
Sebelum membina media pengajaran ini, kami telah mengadakan perbincangan
antara satu sama lain tentang media pengajaran yang ingin dibina. Melalui
perbincangan ini, saya dapat mengeluarkan idea dan pendapat tentang media yang
ingin dibina. Ia membantu saya untuk berfikir secara kritikal dan analitikal.
Pembinaan media pengajaran ini juga memberi peluang kepada saya untuk
mengaplikasikan keperluan dan cara untuk menghubungkan ilmu matematik ke dalam
kehidupan harian. Hal ini disebabkan kami telah merancang bajet semasa pembinaan
media pengajaran ini agar tidak memakan kos yang banyak tetapi menjimatkan dan
mesra alam.
Dalam penyediaan media pengajaran ini, saya dapat mengenal pasti hubungan
antara bahan konkrit, gambar dan abstrak yang mewakili ilmu matematik. Ia memberi
pendedahan kepada saya bahawa penggunaan bahan konkrit amat penting untuk
mengajar matematik. Hal ini bertujuan agar murid-murid dapat memahami konsep
matematik dengan lebih mudah dan mendalam. Ia bersesuaian dengan teori kognitif
yang dikemukakan oleh Jean Piaget.
Di samping itu, saya juga memahami kepentingan subjek WAJ3105 Literasi
Nombor dalam kehidupan seharian. Subjek ini memberi pendedahan kepada saya
bagaimana untuk melaksanakan pendekatan dan strategi yang bersesuaian untuk
mengajar numerasi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Ia amat
membantu saya suatu hari nanti apabila saya berpratikum dan bergelar seorang guru.
Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah menarik agar dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar dengan seronok.
Pada pandangan saya, kerja kursus ini memberi banyak manfaat kepada saya
kerana saya dapat mengurus masa saya dengan sebaik yang mungkin. Walaupun
mempunyai banyak kerja kursus yang lain tetapi saya dapat membahagikan masa saya
dengan sistematik. Saya juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
34

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


seperti melakukan pembacaan ilmiah yang berkaitan dengan topik ini. Ia memberi
pelbagai ilmu baru yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan meningkatkan
lagi pemahaman saya berkaitan topik ini.
Kerja kursus berkumpulan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
saya dengan ahli kumpulan saya. Kami berkongsi suka dan duka semasa menjalankan
kerja kursus ini. Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat mengamalkan sikap toleransi
dan keterbukaan semasa perbincangan kerana saya dapat menerima pandangan orang
lain secara terbuka.
Kesimpulannya, saya berharap kerja kursus yang akan dijalankan boleh
dijalankan dalam bentuk berkumpulan dan melakukan penerokaan yang lebih
mendalam untuk mengkaji bidang matematik.

7.0

BIBLIOGRAFI
7.1

Buku & Jurnal

Abdul L. S. (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi
Kognitif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


35

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Azizah binti Lebai Nordin. (1995). Pengajaran Pembelajaran Prasekolah. Jurnal
Masalah Pendidikan, 19(1), 11-23
B.R. Hergenhahn.(1988). An Introduction of Theories of Learning. United State of
America: Prentice-Hall Inc.
Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Effendi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabti Ahmad. (2007). Trend Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn.Bhd.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Cetakan Ketiga.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Harry D.(2005). An Introduction to Vygotsky. New York: Taylor & Francis Group.
Ismail Raduan. (1996). Faktor-faktor Mempegaruhi Kejayaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Di Kalangan Murid Sekolah Rendah dalam Jurnal
Akademik. Terengganu: Maktab Perguruan Batu Rakit. Jilid IX.
Noraini Idris, (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik : Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2007). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Azizi Omar. (2006). Isu-Isu Dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd
Siow Heng Loke et. al. (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum: Siri Panduan Guru.
Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
36

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad & Rahimawati Abdul Rahim. (2007). Membina
Pelajar Cemerlang Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

7.2

Laman web

Anis Afifah. (2012). Aktiviti Hands On. Diperoleh daripada


http://www.scribd.com/doc/93406834/Aktiviti-Hands-On. Diakses pada 25 Julai
2012
Masru,(2008). Media Pengajaran. Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/8449334/Media-Pengajaran. Diakses pada 27 Julai
2012
Saraswati. (). Nota Kuliah. Diperolehi daripada
http://ge2123.tripod.com/Saraswati/nota_kuliah_2.htm. Diakses pada 31 Julai
2012
FRADA, FATIN & NIA (K14) |
37

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)


Waney B. (2011). Media Pengajaran. Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/62434134/03-Media-Pengajaran. Diakses pada 2
Ogos 2012

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


38

LITERASI NOMBOR (WAJ 3105)

LAMPIRAN

FRADA, FATIN & NIA (K14) |


39

Anda mungkin juga menyukai