Anda di halaman 1dari 4

Sinopsis buku sekolah bukan penjara university bukan kilang

Realitinya, hakikat sekolah dan universiti pada masa kini telah menjadi
terbalik. Sekolah telah menajdi tempat untuk mengajarkan konsumerisme
dan 'efficient citizens'. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak benarkan
untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap
kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka
daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang
dibenarkan oleh pengawal penjara. - Pengenalan, Sekolah Bukan Penjara
Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir

Kuasa blog, twitter dan facebook digunakan sepenuhnya meskipun belum


cukup maksimum. Media sosial menjadi alat untuk mengukuhkan
masyarakat sivil dan ruang awam; ‘social media is a longterm tools that can
strengthen civil society and the public sphere’ (Clay Shirky: 32). ‘Arab
spring’ menjadi rujukan anak muda di seluruh dunia, malah cakap-cakap
mengenai ‘Malaysian monsoon’ kedengaran di mana-mana. Sebagai contoh,
ia muncul di telapak tangan anda dalam bentuk buku ini. - Prakata, Musim
Monsoon Di Malaysia: Teriak Orang Muda oleh Faisal Tehrani (less)
Isu-isu yang dibawakan oleh beliau melalui buku ini (juga esei-esei lain)
adalah jelas, mengenai kebebasan akademik, pendidikan, politik dan sosial,
serta teater (seni) sebagai agen pencorak pemikiran masyarakat.

Terbahagi kepada empat cabang utama. Dua yang paling mendapat


perhatian aku semestinya Mahasiswa Dan Kebebasan Akademik dan
Pendidikan Nasional. Aku akui bersetuju dalam banyak perkara yang
diperkatakan oleh penulis bagi kedua-dua bahagian ini.

Mahasiswa keseluruhannya harus teguh berganding dalam satu gerakan


agar suara itu didengari dan bukan di pandang sepi oleh pihak pemerintah.
Dalam memperjuangkan hak itu sendiri tidak harus ada yang hanya
berpeluk tubuh di kala yang lainnya bertungkus lumus demi manfaat semua
mahasiswa. Monopoli oleh pihak pemerintah yang membantutkan
pemikiran serta peluang untuk melonjak lebih jauh harus dituntut
pemansuhan. Namun bukan dengan hanya pekik lolong dan demonstrasi
tanpa asas. Bekalkan ilmu dengan memaksimakan pembelajaran ketika
kuliah dan bentangkan di pentas juang. Biar masyarakat lihat bahawa
tindakan darah muda mahasiswa hari ini bukan sia-sia memberontak tanpa
musabab jelas. Jika gerakan mahasiswa itu cukup lantang dan jelas, faktor
seperti campur tangan partisan juga pasti mampu ditepis.

Di peringkat seawal tahap rendah sistem pendidikan negara kita dilihat


kucar kacir mengikut ragam setiap kali bertukarnya menteri pelajaran.
Apabila bilangan A menjadi matlamat maka lahirlah pelajar yang hanya
belajar semata-mata mengumpul A yang banyak. Hakikatnya kebolehan
pelajar tidak dikembangkan seluasnya mengikut acuan pilihan mereka
sendiri. Pelajar yang lebih banyak A biasanya disalurkan ke aliran sains
manakala selebihnya tercampak ke bidang sastera dan lain-lain. Tanpa
sedar wujud jurang yang mengkastakan pelajar atas nama modal insan. Tak
dinafikan usaha keras pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
menambahbaik sistem sedia ada dengan memperkenalkan Penilaian
Berasaskan Sekolah namun beberapa penunjuk aras masih harus
diperhalusi supaya keciciran pelajar di kelas corot dapat dikurangkan.

Antara usaha yang dilakukan adalah mewujudkan Teach For The Needs
(TFTN) iaitu sebuah program sukarelawan bertujuan memberi pendidikan
percuma kepada pelajar lemah yang kurang berkemampuan. Tenaga
pengajar yang terdiri daripada guru muda di seluruh Malaysia
memperuntukan tuisyen percuma bagi membantu pelajar-pelajar ini untuk
sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan. Rata-rata guru tersebut
menyuarakan beban tugas perkeranian sejak sistem pembelajaran baru
diperkenalkan. Penulis menyarankan supaya jawatan pembantu guru
diwujudkan segera bagi menangani masalah ini. Dalam erti kata lain
mengadakan satu perjawatan baru secara meluas di setiap sekolah yang
secara langsung menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam.

Buku ini disarankan amnya untuk masyarakat dan khususnya untuk


mahasiswa, guru dan ibu bapa.
Buku setebal 210 mukasurat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu 1) Mahasiswa dan kebebasan akademik
2)Pendidikan Nasional
3)Politik dan Sosial
4)Kritik.,teater

Bahagian pertama, saya kira adalah bahagian yang menarik dan agak
rancak. Pelbagai ceritera mengenai mahasiswa di Malaysia dibentangkan.
Mungkin saya kurang mempunyai ruang dan pengalaman yang cukup untuk
mengkritik mahasiswa di Malaysia, namun saya amat bersetuju dengan
poin-poin yang diketengahkan oleh penulis mengenai mereka. Saya kira
ianya bukan sahaja sesuai untuk mahasiswa dalam negara, bahkan sesuai
untuk mahasiswa yang menuntut di luar negara.Jika anda berminat untuk
mengetahui apa yang penulis lontarkan, saya cadangkan anda membaca
artikel-artikel beliau di The Malaysian Insider (TMI), Projek Dialog dan juga
blog beliau sendiri iaitu zamiramnesia.blogspot.com

Walaupun bahagian pertama lebih sensasi, namun saya lebih tertarik


dengan bahagian kedua. Iaitu mengenai pendidikan nasional. Ketika
membaca bahagian ini, kepala saya ligat membuat perbandingan dengan
pendidikan nasional di United Kingdom. Hakikatnya, kedua-dua buah
negara mempunyai permasalahan yang sama iaitu 'instruction' untuk
pendidikan ditentukan menggunakan sistem 'from top to bottom'. Saya
sendiri melihat sistem ini tidak lebih hanya memenangkan mereka yang
kuat dan meninggalkan mereka yang lemah. Tetapi, masih lagi
menggunakan topeng bahawa setiap perubahan yang berlaku adalah untuk
'keadilan sosial'.

Jika kita melihat semula pada Fasafah Pendidikan Negara, jelas pada saya,
setiap pembaharuan yang dibuat sekitar tahun 90-an hingga kini tidaklah
sebegitu holistik. Hinggakan saya pernah bertanya, jika pelajar di agung-
agungkan dengan sains, dan kita melihat kejayaan sains pada litar lumba F1,
menara KLCC, KLIA, terbinanya sekolah-sekolah sains, MRSM, dasar DEB
untuk biasiswa luar negara berat kepada sains, apa pula kejayaan dan hak
sastera? Mengapa ingin timbulkan kasta antara sains dan sastera? Dan
bagaimana pula untuk aspek-aspek yang lain? Jika sains kita lihat sebagai
pembangunan materi, sastera pula?

Penyata Razak merupakan penyata yang saya sendiri rasa agak baik.
Penyata yang saya rasa ideal untuk diperhalusi khas untuk pendidikan di
negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Jika di UK 'Educational
Reform Act 1988' memberi kesan kepada ketegangan etnik, Penyata Razak
jelas menunjukkan bahawa Malaysia walaupun masih lagi dilabel sebagai
negara membangun mempunyai matlamat yang jelas dalam pendidikan
untuk semua kaum yang ada. (jika anda tidak pasti penyata Razak, sila
google dan baca semula)Namun, masa pantas berlalu. kegelojohan untuk
mengejar nama negara membangun membuatkan isi penyata Razak ini
hanyalah sebagai penyata. Pendidikan negara, masih lagi di dalam
lingkungan yang sama.

Akhir sekali, saya suka menyentuh isu pelajar corot. Jarang isu ini
diketengahkan memandangakan media dinegara kita hanya megah mewar-
warkan kejayaan mereka yang memungut seberapa banyak A yang
adaa.Itulah kejayaan di sekolah.

Untuk bahagian ketiga, saya kira itu adalah pendapat peribadi penulis. dan
bahagian terakhir, saya memilih untuk membaca sepintas lalu.

secara ringkasnya, buah fikiran penulis membangunkan minda dan juga


membuka mata terhadap fakta-fakta yang berada dihadapan mata kita,
namun kita terlepas untuk melihatnya.

Nyatanya sistem pendidikan di Malaysia sangat jauh ketinggalan.


Pendidikan kita tidak mampu menjana pemikiran malah melahirkan
produk2 kilang untuk memenuhi permintaan industri2 yang hanya
mementingkan keuntungan. malah Kajian2 yang dilakukan di universiti
masih tidak mampu untuk melahirkan graduan berotak pencipta.

Anda mungkin juga menyukai